Memori Penterjemahan - Wordfast

Nama Wordfast digunakan bagi sejumlah produk memori penterjemahan yang dibangunkan oleh Wordfast LLC.[1] Produk Wordfast asal, yang kini dikenali sebagai Wordfast Classic, telah dibangunkan oleh Yves Champollion pada tahun 1999 sebagai satu altenatif yang lebih murah berbanding Trados,[2] iaitu satu program memori penterjemahan yang terkenal. Produk Wordfast kini boleh dilaksanakan dalam pelbagai pelantar, menggunakan format memori penterjemahan yang sebahagian besarnya mempunyai keserasian, dan sering mempunyai kesamaan dalam aliran kerja. Walaupun sesetengah produk ini juga sesuai digunakan dalam persekitaran korporat, tetapi perisian ini terkenal di kalangan penterjemah bebas.

Wordfast LLC berpangkalan di Delaware, Amerika Syarikat, namun kebanyakan aktiviti pembangunan dilakukan di Paris, Perancis. Selain daripada kedua-dua lokasi ini, terdapat juga pusat bantuan di Republik Czech.[3] Syarikat ini mempunyai seramai 50 pekerja.

Sejarah sunting

Perkembangan dalam Wordfast versi 1 (pada masa itu dipanggil hanya sebagai Wordfast) bermula pada tahun 1999 di Paris, Perancis, oleh Yves Champollion. Versi ini terdiri daripada satu set makro yang berfungsi di dalam Microsoft Word versi 97 atau versi-versi yang lebih tinggi. Pada masa itu, program memori penterjemahan lain, seperti Trados, juga berfungsi di dalam Microsoft Word.

Sehingga akhir tahun 2002, peralatan yang berasaskan Microsoft Word ini (kini dikenali sebagai Wordfast Classic) merupakan perisian percuma. Melalui penyebaran dari mulut ke mulut, Wordfast berkembang menjadi perisian memori penterjemahan yang kedua paling banyak digunakan di kalangan penterjemah.

Pada tahun 2006, syarikat Wordfast LLC telah ditubuhkan untuk memasarkan perisian ini.[4]Sebelum syarikat ini ditubuhkan, Wordfast diperkembangkan oleh Yves Champollian dengan usaha beliau sendiri. 

Pada bulan Januari 2009, Wordfast memperkenalkan Wordfast Translation Studio termasuk Wordfast Classic (WFC), dan Wordfast Professional (WFP) yang merupakan peralatan memori penterjemahan kendiri yang berasaskan Java . Kedua-dua peralatan ini boleh dibeli secara berasingan atau dibeli secara berpasangan. 

Pada May 2010, Wordfast telah memperkenalkan satu peralatan dalam talian percuma yang dinamakan sebagai Wordfast Anywhere. Peralatan ini membolehkan penterjemah untuk menterjemahkan projeknya di segala peralatan peranti yang dapat mengakses internet termasuk telefon pintar, PDA dan tablet. Menjelang Julai 2010, 5,000 pengguna telah mendaftar[5] di Wordfast Anywhere dan bilangan ini telah mencatat sebanyak 10,000 pada November 2010.[6]

Produk  sunting

Wordfast Classic sunting

Wordfast Classic merupakan satu set makro yang berfungsi di dalam Microsoft Word 97 atau versi-versi yang lebih tinggi di semua pelantar. Versi-versi Wordfast Classic yang lebih baru menyokong fitur-fitur yang hanya terdapat di dalam versi Microsoft Word yang lebih tinggi, tetapi versi-versi Wordfast Classic tersebut masih dapat digunakan dalam Word 97. Sesuatu dokumen yang diterjemahkan dalam Wordfast Classic akan ditukarkan kepada dokumen dwibahasa buat sementara (dokumen yang mengandungi kedua-dua teks sumber dan teks sasaran dalam bentuk segmen), dan akan ditukarkan semula menjadi teks sasaran yang lengkap apabila selesai diterjemahkan. Aliran kerja ini adalah sama dengan versi lama Trados 5, WordFisher dan Logoport. 

Versi pertama Wordfast Classic dinamakan sebagai Wordfast versi 1, dan dikembangkan oleh Yves Champollion. Versi ini telah diperkenalkan kepada orang ramai pada tahun 1999.[7]

Versi 2 telah digunakan oleh agensi penterjemahan Linguex, yang memperoleh hak penggunaan eksklusif selama 9 bulan bagi kakitangan mereka dan penterjemah bebas yang bersekutu dengan agensi ini pada akhir tahun 1999.[8][9] Pada masa ini Wordfast telah diperluaskan dengan ciri-ciri seperti kawalan kualiti berasaskan peraturan dan glosari, dan sokongan rangkaian.[2] Selepas kegagalan operasi Linguex, orang ramai boleh menggunakan versi 3 Wordfast sebagai peralatan percuma dengan pendaftaran mandatori.

Pada pertengahan tahun 2001, pemaju Wordfast telah menandatangani perjanjian usaha sama dengan kumpulan penterjemahan Logos untuk pengedaran perisian Wordfast di bawah sebuah syarikat UK yang baru diwujudkan bernama Champollion Wordfast Ltd.[10] Usaha sama berhenti pada bulan Ogos tahun itu selepas Logos gagal untuk berkongsi kod sumber perisian mereka dengan pemaju Wordfast, walaupun Logos mempunyai akses kepada kod sumber Wordfast dengan memintasi e-mel pemaju.[11] Sehingga hari ini, Logos masih mengedarkan versi Wordfast lama dari masa itu,[12] dan mendakwa bahawa hak nama "Wordfast” atau hak mengedarkan versi barunya dimiliki oleh mereka.[13]

Pada awalnya, versi 3 ialah perisian percuma, dengan pendaftaran mandatori, dengan menggunakan satu nombor siri yang dihasilkan oleh komputer pengguna. Pada bulan Oktober tahun 2002, Wordfast menjadi produk komersil berlesen dengan pembayaran EUR 170 bagi pengguna dari negara-negara “kaya” dan EUR 50 (kemudian EUR 85) bagi pengguna dari negara-negara lain, untuk lesen selama tiga tahun.[14]

Wordfast Classic boleh digunakan dalam format-format berikut: sebarang format yang boleh digunakan dalam Microsoft Word, termasuk fail plain text, Word documents (DOC / DOCX), Microsoft Excel (XLS/XLSX), PowerPoint (PPT/PPTX), Rich Text Format (RTF), RTF bertag and HTML. Perisian ini tidak menawarkan sebarang sokongan secara langsung untuk format-format OpenDocument kerana versi semasa Microsoft Word tidak mempunyai penapis import untuk fail OpenDocument.

Wordfast Anywhere sunting

Wordfast Anywhere ialah satu versi percuma berasaskan web bagi Wordfast, dengan aliran kerja dan antaramuka yang sama dengan Wordfast Classic. Perisian ini telah dikeluarkan pada bulan Mei 2010,[15] walaupun versi perkembangan boleh didapati oleh orang awam seawal pada Mei 2009. [16] Sebelum produk tersebut dikeluarkan, adalah tidak pasti sama ada perisian ini akan kekal sebagai perkhidmatan percuma selepas dikeluarkan. [17]

Walaupun perkhidmatan Wordfast diberikan secara percuma, terdapat beberapa had penggunaannya:[18]

  •  Fail sumber yang digunakan tidak boleh melebihi 10 fail dalam satu masa
  • Tidak melebihi 1 juta unit terjemahan bagi setiap akaun
  • Tidak melebihi 100 000 unit terjemahan bagi setiap memori penterjemahan
  • Tidak melebihi 100 000 masukan glosari bagi setiap akaun
  • Saiz fail yang dimuat naik tidak melebihi 2MB, tetapi boleh dimuat naik dalam format zip

Dasar privasi Wordfast Anywhere memastikan bahawa semua dokumen yang dimuat naik dirahsiakan serta tidak akan dikongsikan. Pengguna boleh memilih sama ada menggunakan penterjemahan mesin atau mengakses memori terbuka penterjemahan besar yang hanya dalam bentuk boleh-baca sahaja.[19]

Selain menggunakan Wordfast pada tablet seperti Windows Mobile, Android dan Palm OS, [20] aplikasi Wordfast Anywhere juga didapati di iPhone.[21] Sejak April 2011, Wordfast Anywhere mempunyai peralatan terbina dalam untuk mengecam perkataan secara optik bagi fail PDF.[22]

Wordfast Anywhere boleh menyokong Word documents (DOC/DOCX), Microsoft Excel (XLS/XLSX), PowerPoint (PPT/PPTX), Rich Text Format (RTF), Text (TXT), HTML, InDesign (INX), FrameMaker (MIF), TIFF (TIF/TIFF) dan fail PDF yang boleh diedit dan yang dapat mengecam perkataan secara optik.. Program ini tidak menyokong format OpenDocument.

Wordfast Pro sunting

Wordfast Pro merupakan peralatan memori penterjemahan aneka pelantar kendiri (Windows, Mac, Linux) yang mempunyai penapis untuk mengendali pelbagai jenis format fail dan menyediakan analisis berkumpulan yang asas (sebanyak 20 fail).

Wordfast Pro dapat menyokong Word documents (DOC/DOCX), Microsoft Excel (XLS/XLSX), PowerPoint (PPT/PPTX), Rich Text Format (RTF), Text (TXT), HTML, XML, ASP, JSP, Java, InDesign (INX/IDML), FrameMaker (MIF), dan PDF yang boleh diedit. Namun, perisian ini tidak dapat menyokong fail berformat OpenDocument.

Plus tools sunting

Plus tools merupakan satu set peralatan percuma direka bagi membantu penterjemah Wordfast Classic untuk melakukan fungsi lanjutan yang spesifik seperti pengekstrakan dan penjajaran teks.

Projek VLTM ( Memori Penterjemahan yang Amat Besar/ Very Large Translation Memory) sunting

Pengguna boleh memperolehi isi kandungan daripada memori penterjemahan awam yang amat besar, ataupun menubuhkan kumpulan kerja persendirian dengan penterjemah lain untuk berkongsi memori penterjemahan.

Pelayan Wordfast  sunting

Pelayan Wordfast merupakan aplikasi pelayan memori penterjemahan yang selamat digunakan bersama dengan Wordfast Classic, Wordfast Pro, atau Wordfast Anywhere bagi membolehkan perkongsian memori penterjemahan secara masa nyata antara penterjemah-penterjemah di seluruh dunia.

Pelayan Wordfast menyokong memori penterjemahan dalam format TMX atau Wordfast TM (txt), memanfaatkan sehingga 1,000 memori penterjemahan yang mengandungi 1 bilion unit terjemahan (TUs) bagi setiap memori penterjemahan dan melayan sehingga 50,000 orang pengguna secara serentak.

Memori penterjemahan dan format glosari yang disokong sunting

Format memori penterjemahan Wordfast ialah fail teks tab-terhad mudah yang boleh dibuka dan disunting dalam sebuah text editor. Produk Wordfast juga boleh mengimport dan mengeksport fail TMX untuk pertukaran memori dengan peralatan CAT komersial utama yang lain. Format glosariWordfast ialah fail teks tab-terhad mudah. Wordfast Pro juga boleh mengimport TBXfiles untuk pertukaran istilah dengan peralatan CAT komersial utama yang lain.

Produk-produk Wordfast boleh menyokong pelbagai TM dan glosari. Setiap TM boleh menyimpan sehingga 1 juta unit terjemahan, dan setiap glosari boleh menyimpan sehingga 250,000 kata masukan.

Wordfast mampu menggunakan TM berasaskan pelayan, dan mendapatkan semula data dari peralatan penterjemahan mesin (termasuk Google Translate dan Microsoft Translator).

Dokumentasi dan Sokongan sunting

Manual pengguna komprehensif boleh dimuat turun dari laman web Wordfast. Wordfast Pro dan Wordfast Anywhere juga menawarkan laman bantuan dalam talian. Pengguna boleh mengakses wiki Wordfast untuk bantuan permulaaan, tip dan trik, soalan-soalan lazim , dan lain-lain. Tutorial video boleh didapati dalam halaman YouTube khas Wordfast.

Wordfast menawarkan sokongan teknikal percuma kepada setiap pengguna yang berlesen. Pengguna juga boleh mengakses forum sokongan golongan pengguna yang boleh didapati dalam pelbagai bahasa secara percuma.

Harga dan Pelesenan sunting

WFC dan WFP boleh dibeli secara berasingan dengan EUR 400 bagi setiap lesen atau EUR 500 bagi lesen berpasangan bagi setiap lesen. Diskaun istimewa boleh dinikmati oleh pengguna di negara-negara tertentu.[23] Diskaun juga diberi kepada pengguna yang membuat pembelian 3 lesen atau ke atas. Semua lesen Wordfast, bermula daripada tarikh pembelian ,mengandungi sokongan e-mel secara percuma; kenaikan taraf perisian secara percuma untuk tiga tahun; hak membaharukan lesen untuk penggunaan produk selama 3 tahun.

Selepas tempoh penggunaan 3 tahun tamat, pengguna boleh menikmati diskaun 50% berdasarkan harga semasa produk apabila pengguna memperbaharui lesen mereka selama tempoh 3 tahun.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Kumpulan pengguna sunting