Menanti Februari

(Dilencongkan dari Menanti Februari (drama))

Menanti Februari ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 dibintangi oleh Fathia Latiff, Zul Ariffin dan Afiq Muiz.[1] Drama ini bersiaran di Slot Samarinda TV3 dari 3 April 2017 hingga 8 Mei 2017 menggantikan Kerana Anisa.[2][3]

Menanti Februari
Genre
PenciptaKeyroll Kiasan
Ditulis olehMohd Shahremy Ikmal
PengarahAyie Mustafa
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Sakit" oleh iamNEETA
Lagu penutup"Sakit" oleh iamNEETA
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Ashadee Shahar Sawaluddin
  • Nell Nazry
PenerbitShariffa Zainab Syed Wadzid Ali
Penyunting
  • Iqbal Ramli
  • Raime Eusoff
Lokasi
SinematografiIrwan Munir
Syarikat penerbitan
Sha's Media
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal3 April 2017 – 8 Mei 2017
Kronologi
MengikutiKerana Anisa
Diikuti olehAndainya Takdir

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[4]

Premis sunting

Mengisahkan Arie yang berkahwin dengan Fiza atas dasar cinta sehingga menyebabkan Edi, rakan baik kedua mereka memendam rasa. Namun, kebahagian yang diharapkan oleh Fiza tidak kesampaian apabila Arie terlalu taksub dengan kerjanya sehinggakan mengabaikan perasaan Fiza. Bagaikan satu kebetulan, segala kejadian manis dan peristiwa pahit antara Arie dan Fiza berlaku dalam bulan yang sama, iaitu di bula Februari. Namun, takdir penentu segalanya apabila Arie hilang dalam kemalangan di lautan sehingga hilang selama 6 bulan lamanya. Dalam masa 6 bulan itu, Fiza dan Edi semakin rapat dan akhirnya kedua mereka pula bersatu sebagai pasangan suami isteri. Takdir menentukan, apabila Arie ditemui selamat namun terpaksa menghadapi Fiza dan Edi, yang telah disatukan sebagai pasangan suami isteri. Arie tetap mahukan Fiza kembali kepadanya kerana ingin menebus kembali kesalahannya sebelum ini.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

  • Riz Amin sebagai Hisyam
  • Juedian Omar sebagai Lia
  • Wan Nor Azlin sebagai Pn Sofea
  • Dato Rahim Razali sebagai En Haris
  • Nurman Salleh sebagai En Fuad
  • Helvera Susanti sebagai Pn Asmah

Pelakon kanak-kanak sunting

  • Kirana Batrisya sebagai Intan

Penerbitan sunting

Menanti Februari menjalani penggambaran pada November 2016, antara lokasi penggambaran termasuk Langkawi, Kedah. Penggambran turut dijalankan di sekitar ibu kota dan Tapah, Perak.[5]

Runut bunyi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Drama Menanti Februari (TV3)". My Infotaip. 27 Mac 2017. Dicapai pada 7 Mei 2017.
  2. ^ Kenneth Chaw (18 April 2017). Menanti Februari stars Zul Ariffin and Nur Fathia challenge each other The Star Online. Dicapai pada 7 Mei 2017.
  3. ^ Cinta tiga segi Zul Ariffin, Fathia Latiff & Afiq Muiz dalam ‘Menanti Februari’ Utusan Borneo (7 April 2017). Dicapai pada 7 Mei 2017.
  4. ^ Menanti Februari (2017): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 20 Mei 2018.
  5. ^ Nor Akmar Samudin (6 April 2017). Jaga kualiti drama Harian Metro. Dicapai pada 7 Mei 2017.
: Samarinda, Isnin - Rabu Jam, 10:00 Malam
Sebelumnya Menanti Februari Berikutnya
Kerana Anisa Andainya Takdir