Menara Babel (lukisan)

Menara Babel merupakan subjek bagi tiga lukisan oleh Pieter Bruegel Si Penatua. Lukisan pertama ialah miniatur pada gading yang dihasilkan semasa Bruegel berada di Rom dan kini telah hilang.[1][2] Dua lukisan lain, yang merupakan lukisan minyak pada panel kayu, sering kali dibezakan dengan "Besar" dan "Kecil", masing-masing ditempatkan di Muzium Sejarah Seni, Vienna dan Muzium Boijmans Van Beuningen, Rotterdam.

Menara Babel "Besar"
Pieter Bruegel the Elder - The Tower of Babel (Vienna) - Google Art Project - edited.jpg
PelukisPieter Bruegel
Tahunc. 1563
BahanMinyak pada panel kayu
Dimensi114 cm × 155 cm (45 in × 61 in)
LokasiMuzium Sejarah Seni, Vienna
Menara Babel "Kecil"
Pieter Bruegel the Elder - The Tower of Babel (Rotterdam) - Google Art Project - edited.jpg
PelukisPieter Bruegel
Tahunc. 1563
BahanMinyak pada panel kayu
Dimensi60 cm × 74.5 cm (24 in × 29.3 in)
LokasiMuzium Boijmans Van Beuningen, Rotterdam

Lukisan di Rotterdam mempunyai separuh daripada saiz lukisan di Vienna. Secara amnya, lukisan-lukisan itu memiliki komposisi yang sama tetapi pada tahap butiran yang berbeza, sama ada pada seni bina menara atau langit dan landskap di sekeliling menara. Lukisan di Vienna memaparkan sekumpulan orang pada latar depannya dengan tokoh utama mungkin Nimrod, yang dipercayai telah mengarahkan pembinaan menara,[3] walaupun kitab Bible sebenarnya tidak menyatakan perihal ini. Bagi versi Vienna, menara Babel menjulang di sisi bandar besar, manakalan versi Rotterdam pula, menaranya berada di perkampungan.

Galeri butiran (Versi Vienna)Sunting

RujukanSunting

  1. ^ Orenstein, 6, salah satu karya kepunyaan Giulio Clovio
  2. ^ Morra, Joanne (2007). "Utopia Lost: Allegory, Ruins and Pieter Bruegel's Towers of Babel". Art History (dalam bahasa Inggeris). 30 (2): 200. doi:10.1111/j.1467-8365.2007.00538.x.
  3. ^ "The Tower of Babel". Art and the Bible (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Julai 2011.

SumberSunting

Pautan luarSunting