The Exchange 106

(Dilencongkan dari Menara TRX)

The Exchange 106 (dahulunya dikenali sebagai: Menara TRX) merupakan pencakar langit yang kini berada dalam pembinaan di Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur. Pembinaan bermula pada 29 April 2016, dan dirancang siap dibina pada pertengahan 2019. Apabila siap dibina, ia akan mempunyai 106 tingkat dan mencapai ketinggian 492 meter[1] secara langsung akan menggantikan Menara Berkembar Petronas sebagai bangunan tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara sebelum Menara Warisan Merdeka siap dibina yang dijangka pada 2022.[2] Bangunan ini ialah pencakar langit kedua di Asia Tenggara.

The Exchange 106
ذى إيکسچينج 106
Menara The Exchange 106 kini dalam pembinaan di ibu kota
Map
Nama lamaMenara TRX
Maklumat umum
StatusDalam pembinaan
JenisPejabat
LokasiTun Razak Exchange, Kuala LumpurKuala Lumpur, MalaysiaMalaysia
Pembinaan bermula2016
Disiapkan pada
2019
Tinggi492 m (1,614 ka)
Butiran teknikal
Bilangan tingkat
106
Reka bentuk dan seni bina
PemajuMulia Group
Kontraktor utamaMulia Group

Projek dibangunkan oleh Mulia Group Malaysia[3] dengan kerjasama kontraktor dari China Construction Eighth Engineering Bureau Co. Ltd. Bangunan ini juga merupakan bangunan tertinggi dibina oleh syarikat China di luar Tanah Besar China.

Pembinaan sunting

Perancangan asal ketinggian bangunan ini ialah 439 m dengan 92 tingkat sebelum ketinggiannya dinaikkan kepaa 452.1 m, 0.2m lebih tinggi daripada Menara Berkembar Petronas. Kemudiannya, ketinggiannya dinaikkan lagi kepada 492.3 m dan mempunyai 106 tingkat.

Perancangan asal bangunan ini juga menyatakan bahawa ia akan siap dibina pada 2021, namun dengan menggunakan teknologi dari China, satu tingkat dapat disiapkan dalam masa 2-3 hari.[4]. Hal ini menyebabkan jangka masa pembinaan dipendekkan kepada 2018, tiga tahun lebih awal.

Pengangkutan sunting

Bangunan ini akan mempunyai perkhidmatan Transit Aliran Massa Lembah Klang (KVMRT) melaui Stesyen MRT Tun Razak Exchange  SBK20 .

Lihat Juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "The Exchange 106". The Skyscraper Center. Dicapai pada 1 Oktober 2017. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ "Kuala Lumpur Skyscraper Diagram - SkyscraperPage.com". skyscraperpage.com. Dicapai pada 22 Februari 2017.
  3. ^ "Mulia Group Malaysia - The Exchange 106". The Mulia Group Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Oktober 2017. Dicapai pada 1 Oktober 2017. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ "TRX106 floors plan". The Star Online. Dicapai pada 26 Disember 2017. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)