Mencari Konklusi (digayakan sebagai mencarikonklusi) merupakan album studio kedua oleh kumpulan rock Malaysia, Hujan. Ia dikeluarkan pada 18 Ogos 2009 oleh Noh Phrofile Enterprise. Tiga lagu di dalam album ini dikeluarkan sebagai single.[1]

Mencari Konklusi
Album studio oleh Hujan
Dikeluarkan pada18 Ogos 2009
Dirakam pada2008-2009
GenreAlternative rock, Indie
SyarikatNoh Phrofile Enterprise
Kronologi Hujan
Hujan
(2008)
Mencari Konklusi
(2009)
Lonely Soldier Boy
(2010)
Single daripada album Mencari Konklusi
  1. "Mencari Konklusi"
    Dikeluarkan pada: Julai 2009
  2. "Kau Harus Ada"
    Dikeluarkan pada: November 2009
  3. "Sangkar Besi di Hatiku"
    Dikeluarkan pada: Mei 2010

PenerbitanSunting

Berbanding album pertama yang mengandungi 14 lagu, Mencari Konklusi hanya memuatkan 7 lagu sahaja. Menurut kumpulan ini, "album ini lebih kepada EP berbanding LP".[2][3]

Keluaran dan sambutanSunting

Mencari Konklusi dikeluarkan pada Julai 2009. Tiga lagu dikeluarkan sebagai single—"Mencari Konklusi", "Kau Harus Ada" dan "Sangkar Besi di Hatiku". Majlis pelancaran album ini diadakan di Hard Rock Cafe pada 9 Oktober 2009. Bagi mempromosikan album ini dalam format digital, Hujan bekerjasama dengan Metadome Sdn Bhd.[4]

Konsert jelajah bagi mempromosikan Mencari Konklusi berlangsung dari 4 Oktober sehingga 31 Oktober di seluruh Malaysia.[5]

Senarai runutSunting

Semua lagu ditulis dan digubah oleh Hujan. 

No. Tajuk Masa
1. "2nd Airwave (Malam Minggu)"   4:48
2. "Obsesi"   4:09
3. "Mencari Konklusi"   3:20
4. "Kau Harus Ada"   3:45
5. "Benci"   3:58
6. "Romantik"   3:58
7. "Sangkar Besi di Hatiku"   4:10

Sejarah keluaranSunting

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 18 Ogos 2009 Muat turun digital
Penstriman digital
Noh Profile Enterprise, FMC Music

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2010 Anugerah Juara Lagu 2010 Mencari Konklusi
Lagu/Lirik:Noh Hujan
Tercalon

RujukanSunting

  1. ^ Hujan Lebih Garang Dalam 'Mencari Konklusi Detik HOT (8 Jun 2010). Diperoleh pada 11 Jun 2020.
  2. ^ Hujan – Mencari Konklusi Review Life in KL (15 November 2009). Diperoleh pada 10 Mac 2010.
  3. ^ Zaidi Mohamad (27 Oktober 2009). Hujan – Teruja ke pentas dunia Berita Harian. Diperoleh pada 10 Mac 2010.
  4. ^ Budiey (10 Oktober 2009). Video Show Hujan Mencari Konklusi di Majlis Pelancaran Album Digital Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 10 Mac 2010.
  5. ^ Siti Azira Abd. Aziz (16 September 2009). Hujan jelajah satu Malaysia untuk ‘Mencari Konklusi’ mStar Online. Diperoleh pada 17 September 2009.