Mencari Ramlee
Mencari Ramlee ialah filem drama komedi cinta Malaysia 2025 arahan Megat Sharizal.
Mencari Ramlee | |
---|---|
Pengarah | Megat Sharizal |
Penulis | Megat Sharizal Lepat Hafiz |
Dihasilkan oleh | Megat Sharizal Syahid Johan Faizul A. Rashid (eksekutif) Rosmarayu Mokhtar (eksekutif) |
Dibintangi | Tony Eusoff Sofia Jane Mimi Lana Megat Sharizal Han Zalini Abi Madyan |
Sinematografi | Hafiz Rashid |
Disunting oleh | Kamil Hashim |
Muzik oleh | Pitahati |
Syarikat penerbitan | Playground Productions D'Ayu Pictures |
Tarikh tayangan | 19 Jun 2025 |
Masa tayangan | 114 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Sinopsis
suntingMengambil latar belakang 30 Mei 1973, sehari selepas kematian P. Ramlee, filem ini mengisahkan Zakaria, seorang peniru gaya P. Ramlee yang bergelut dengan masalah kewangan dan sukar mendapatkan pekerjaan. Zakaria turut menjaga adiknya, Yasmin, yang masih menuntut di universiti.
Untuk meneruskan hidup, Zakaria berhutang dengan seorang gangster tempatan, Yusuf. Ketika dipanggil ke rumah Yusuf untuk melangsaikan hutangnya, Zakaria bertemu dengan Zaiton, kakak kepada Yusuf, yang menghidap amnesia dan percaya dirinya masih berada di era 50-an.
Zaiton menyangka Zakaria ialah P. Ramlee yang sebenar. Yusuf mengambil kesempatan dengan menyuruh Zakaria berlakon sebagai P. Ramlee bagi membahagiakan kakaknya dan melangsaikan hutang.
Pelakon
sunting- Tony Eusoff sebagai Zakaria
- Sofia Jane sebagai Zaiton
- Mimi Lana sebagai Yasmin
- Megat Sharizal sebagai Yusuf
- Han Zalini sebagai Salleh
- Abi Madyan sebagai Joned
- Azhan Rani
- Amerul Affendi
- Beto Kusyairy
- Anas Ridzuan
- Bront Palarae
- Sharifah Amani
- Iedil Dzuhrie Alaudin
- Nadia Aqilah
- Vanidah Imran
- Najua Nasir
Penerbitan
suntingKeluaran
suntingFilem ini telah disenarai pendek dalam bahagian pertandingan Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) di Belanda dan mengadakan tayangan perdana di peringkat antarabangsa pada 6 Februari 2025.[1] Ini merupakan kali pertama filem ini ditayangkan di festival filem dunia.
Sambutan
suntingRujukan
sunting- ^ Khairil Khusyairi (25 Oktober 2024). Filem Mencari Ramlee Ke Festival Filem Rotterdam 2025 Gempak. Diperoleh pada 21 Februari 2025.