Mencintaimu Mr. Photographer
Mencintaimu Mr. Photographer merupakan sebuah drama percintaan dan konflik Malaysia 2017 diadaptasi daripada novel karya asal Emma Mariam dengan judul sama. Diarahkan oleh Eyra Rahman dan diterbitkan oleh MIG Production, drama ini dibintangi oleh Syafiq Kyle dan Hannah Delisha. Siri ini disiarkan serentak di Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Ria HD (Saluran 123) bermula 3 Julai 2017 - 27 Julai 2017, menggantikan Hero Seorang Cinderella.
Mencintaimu Mr. Photographer | |
---|---|
Genre | Drama, cinta, konflik |
Pengarah | Eyra Rahman |
Dibintangi oleh | Syafiq Kyle Hannah Delisha Arash Mohamad Amy Mastura Marissa Yasmin Ariz Lufias Aishah Azman Elvina Chua |
Lagu pembukaan | Hael Husaini - Jampi |
Negara asal | ![]() |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | Isnin - Khamis, 10 malam. |
Syarikat penerbitan | MIG Production Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria Astro Ria HD |
Siaran asal | 3 Julai 2017 – 27 Julai 2017 |
Kronologi | |
Mengikuti | Hero Seorang Cinderella |
Diikuti oleh | My Darling, Inspektor Daniel |
SinopsisSunting
Pertemuan yang berlaku tidak dirancang. Aira Qaisara atau Aira merupakan seorang gadis lincah dan manja yang bercita-cita untuk menjadi seorang peragawati seperti mamanya dan anak kepada seorang tokoh perniagaan, Tan Sri Megat Miqdad; terpisah dari mama dan abg tersayang kerana salah faham, yang membuatkan mamanya diceraikan oleh papanya ketika dia masih kanak-kanak. Aira yang tidak mengerti erti perpisahan tersebut telah menanam sifat benci dan marah kepada mamanya tanpa mengetahui sebab sebenar.
Nazmi Elyas atau Jemy, merupakan seorang jurugambar profesional yang terkenal dengan hasil kerja di dunia modelling. Seorang lelaki yang garang dan agak panas baran tetapi selalu cepat cair bila dengan Aira. Bekerja dengan bermacam jenis wanita yang moden dan cantik tetapi hanya Aira sahaja yang mampu membuatkan dia jatuh hati. Jemy, seorang anak yang tidak diakui status sebagai "Anak" oleh ibunya sendiri. Peristiwa hitam yang dilalui oleh ibunya semasa dulu telah menjadikan Jemy sebagai anak buangan. Kerana terlalu sayangkan Aira, Jemy sanggup bernikah dengan Aira di seberang, sebab mendapat tentangan hebat dari papa Aira yang mahukan Aira berkahwin dengan anak sahabat karibnya, Datuk Roslan. Dan, kerana peristiwa hitam ibu Jemy jugalah yang menjadi punca kepada perpisahan dua hati ini tanpa rela. Mampukah Jemy mempertahankan haknya? Apakah yang sebenarnya berlaku kepada ibu Jemy sehingga beliau tidak dapat menerima Jemy sebagai anaknya? Bagaimana pula dengan Aira? Mampukah dia menjalani hidup tanpa nakhodanya?
PelakonSunting
- Syafiq Kyle sebagai Nazmi Elyas
- Hannah Delisha sebagai Aira Qaisara
- Amy Mastura sebagai Datin Laila
- Arash Mohamad sebagai Tan Sri Megat Miqdad
- Marissa Yasmin sebagai Marlia
- Ariz Lufias sebagai Nazrul Elyas
- Aishah Azman sebagai Mila
- Hairie Othman sebagai Dato' Roslan