Mencintaimu Mr. Photographer (novel)

Mencintaimu Mr. Photographer ialah novel 2014 oleh penulis novel Malaysia, Emma Mariam, diterbitkan pada 2014 oleh Fajar Pakeer.[1] Novel ini telah diadaptasi sebagai sebuah siri drama bertajuk sama pada 2017 oleh Astro Ria.[2]

Mencintaimu Mr. Photographer
Umum
PengarangEmma Mariam
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreRomantik
Penerbitan
PenerbitFajar Pakeer
Tarikh penerbitan
2014
Jenis media
Cetakan (kulit keras)

SinopsisSunting

Aku dah jatuh cinta dengan Mr.Photographer tu? Hanya satu klik pada lensa kamera hubungan Aira dan Jemy semakin rapat.“Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai aku nak kena curi-curi tangkap gambar kau?” - Jemy.

Aira geram. Ah! Photographer tu memang sengal! “Saya nak kerja sini.” – Aira. Kerana impiannya untuk bergelar seorang model, Aira rela menelan setiap perangai berlagak dan panas baran Jemy. Namun, tanpa sedar setiap pertengkaran melahirkan cinta. Orang lain tak kenal maka tak cinta, Jemy dan Aira pula dah gaduh-gaduh baru nak kenal cinta.

“Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku!”. Di situ bermula detik di mana Aira, seorang pembantu studio fotografi berubah kepada seorang model.

Cinta yang kian bercambah disemi dengan kata-kata rindu dan sayang. Tentangan hebat daripada Tan Sri Megat Miqdad dan tuntutan kerjaya sebagai seorang model membuatkan Aira nekad menerima Jemy sebagai suami. Sebuah perkahwinan rahsia tercipta. Status isteri kepada seorang photographer turut dirahsiakan. Pahit manis rumah tangga dirasai. Cemburu dan kemanisan cinta membuah rasa bahagia yang tak terkata.

Dugaan dan kesilapan silam menjadi duri dalam hubungan mereka. Aira terpanar bila dituduh hanya mempermainkan perasaan Jemy sedangkan cintanya tiada penghujung. Akhirnya, demi menjaga hati masing-masing, kata perpisahan terbitdi hujung bibir. Namun, tegakah hati melepaskan yang tercinta? Rahsia apakah yang tersembunyi hingga membuat Jemy terpaksa melafazkan perpisahan? Pengkhianatan dan kesetiaan, yang mana satu pilihan mereka?

Adaptasi dramaSunting

Mencintaimu Mr. Photographer telah diadaptasi sebagai sebuah siri drama bertajuk sama yang memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama Astro Ria bermula 3 Julai 2017, dibintangi oleh Syafiq Kyle dan Hannah Delisha.

RujukanSunting

  1. ^ Mencintaimu Mr. Photographer by Emma Mariam Goodreads. Dicapai pada 21 Mac 2018.
  2. ^ Drama Mencintaimu Mr. Photographer My Infotaip (1 Julai 2017). Dicapai pada 21 Mac 2018.