Mendam Berahi (filem)

Filem Malaysia 2002 arahan Z. Lokman

Mendam Berahi ialah sebuah filem aksi Malaysia 2002 arahan Z. Lokman. Diterbitkan oleh Metrowealth Pictures, filem ini ditayangkan pada 28 Mac 2002 di pawagam seluruh negara. Ia dibintangi oleh Nurul Jasmin Deo, Shaleen Cheah, Tracy Trinita, Rita Rudaini dan ramai lagi. Filem ini merupakan filem Malaysia pertama yang ditayangkan di Filipina dan Thailand.[1][2][3]

Mendam Berahi
PengarahZ. Lokman
PenulisZ. Lokman
Lakon layarZ. Lokman
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 28 Mac 2002 (2002-03-28) (Malaysia)
Masa tayangan
110 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.83 juta
Pecah panggungRM 0.22 juta

Sinopsis

sunting

Kisah bermula mengenai kapal Mendam Berahi milik Sultan Mansur Shah yang dilarikan oleh Laksamana Khoja Hassan yang meninggalkan Melaka bersama harta karun semasa serangan Portugis pada tahun 1511. Selepas 500 tahun, pihak kerajaan melantik sebuah agensi untuk mencari kapal tersebut. Agensi tersebut diketuai Madam X yang mengarahkan tiga ejennya Edsa, Tania dan Sara yang dilatih oleh Komander Jiman untuk mengesan kapal tersebut di Kepulauan Sulu. Datuk Azmi, musuh ketat Madam X begitu marah dan iri hati apabila tidak mendapat tender tersebut. Dia mengupah Tiger Telly untuk mensabotaj rancangan Madam X dan tiga srikandinya. Walaupun menghadapi pelbagai rintangan dalam usaha mengesan kapal Mendam Berahi, namun tiga wanita tangkas tersebut tetap meneruskan misi mereka.

Pelakon

sunting

Penerbitan dan keluaran

sunting

Penggambaran filem ini dijalankan dari Ogos hingga September 2001.[4][5]

Mendam Berahi ditayangkan pada 28 Mac 2002.[6] Sebelum tayangan perdana rasmi Malaysia, filem ini pernah dirancang untuk ditayangkan di Indonesia.[7]

Trivia

sunting

Watak Madam X lakonan Nurul Jasmin Deo pada mulanya ditawarkan kepada Michelle Yeoh pelakon kelahiran Malaysia yang mencipta nama di luar negara. Michelle menolak tawaran tersebut kerana terlibat dengan filem lain The Touch.

Rujukan

sunting
  1. ^ Rosli Manah (21 Januari 2002). "Mendam Berahi ke pasaran luar negara". Utusan Malaysia. Dicapai pada 9 Februari 2017.
  2. ^ Akmal Abdullah (1 Disember 2001). "Mendam Berahi tayang di Thailand, Filipina". Berita Harian. Dicapai pada 5 Februari 2021 – melalui KLiK.
  3. ^ Hardi Effendi Yaacob (22 Ogos 2001). "Mendam Berahi ditayang Januari 2002". Berita Harian. Dicapai pada 9 Februari 2021 – melalui KLIK.
  4. ^ Rosli Manah (7 September 2001). "Mendam Berahi... guna teknologi bunyi terkini". Utusan Malaysia. Dicapai pada 4 Mac 2014.
  5. ^ Rosli Manah (5 Ogos 2001). "Aksi berani pelakon Mendam Berahi". Utusan Malaysia. Dicapai pada 4 Mac 2014.
  6. ^ Rosli Manah (8 Mac 2002). "Mendam Berahi - Z. Lokman yakin dapat sambutan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 4 Mac 2014.
  7. ^ Mokhtar Alias (26 September 2001). "Mendam Berahi dapat pasaran Indonesia". Berita Harian. Dicapai pada 4 Mac 2019.

Pautan luar

sunting