Mengharap Bintang (album Ezad)

Mengharap Bintang adalah merupakan album studio rakaman pertama daripada penyanyi Ezad Lazim yang diterbitkan pada 2012. Ini juga merupakan album rakaman solonya setelah beliau mengundurkan dirinya daripada kumpulan Exists pada 2007. Album ini juga masih mengekalkan konsep lagu yang sama dimana beliau merakamkan semula empat buah lagu lama beliau ketika masih bersama dengan kumpulan tersebut.

Mengharap Bintang
Album studio oleh
Dilancarkan pada10 Februari 2012
GenrePop, Pop Rock, Slow Rock
Panjang48:36
BahasaMelayu
SyarikatUniversal Music (Malaysia)
PenerbitSaari Amri, Rahim Othman, Eddie Hamid, Harun Ahmad, Ed Lazim, Manusia Putih
Single daripada Mengharap Bintang
  1. "Mengharap Bintang"
    Dikeluarkan: 26 Oktober 2011
  2. "Percintaan Ini"
    Dikeluarkan: 10 Februari 2012
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Trivia album sunting

Pada awalnya, Ezad merancang hanya ingin menerbitkan dan memuatkan sebanyak 5 buah lagu baharu sahaja didalam album sulungnya ini. Namun, disebabkan lagu-lagu lama beliau bersama kumpulan Exists masih mendapat permintaan dan sambutan meriah daripada para peminatnya, membuatkan Ezad merakamkan semula 4 buah lagu lamanya seperti '"Mengintai Dari Tirai Kamar", "Alasanmu", "Dirantai Digelangi Rindu" dan "Masih Terserlah Ayumu" serta beliau turut merakamkan semula lagu "Rindu Serindu Rindunya" iaitu lagu nyanyian asal kumpulan Spoon lalu dimuatkan didalam album ini. Album Mengharap Bintang ini telah mendapat sentuhan kemas daripada beberapa orang komposer yang pernah bekerjasama dengan beliau sewaktu masih berada dalan kumpulan Exist seperti Saari Amri, Rahim Othman, Eddie Hamid dan ramai lagi. Album ini telahpun dilancarkan di Redbox Sogo, Kuala Lumpur pada 10 Februari 2012. [1]

Senarai runut sunting

No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Mengharap Bintang"Mawar PutihManusia Putih4:27
2."Gambaran Sebuah Rindu"Ed LazimEd Lazim4:47
3."Kau Dan Aku Yang Dulu"Habsah HassanHarun Ahmad4:23
4."Tiba-Tiba Teringat"JuwieSaari Amri4:38
5."Alasanmu"Lukhman SRahim Othman5:30
6."Rindu Serindu Rindunya"Man TobaEddie Hamid6:20
7."Dirantai Digelangi Rindu"Rosman, Man TobaEddie Hamid4:30
8."Masih Terserlah Ayumu"Saari AmriSaari Amri5:36
9."Mengintai Dari Tirai Kamar"Saari AmriSaari Amri4:59
10."Percintaan Ini"Nizam HamidEddie Hamid5:00
Jumlah masa: 48:36

Rujukan sunting

  1. ^ Feride Hikmat Atak "Ezad mengaku sukar kikis imej Exists..." [1] mstar.