Pengenalan Kampung Menguwou sebuah kampung dalam zon Topokon. Perkampungan terletak di Daerah Tuaran dalam Dewan Undangan Negeri Tamparuli dalam Negara Sabah. Sebuah Negara Merdeka pada 31 Ogos 1963. Berada dalam Pulau Borneo adalah merupakan pulau yang ketiga terbesar di dunia.

Sejarah asal nama Menguwou sangat jelas terambil dari pohon kayu yang bernama ‘menguwou’ terletak di kordinat gps 6.187202, 116.289714 lokasi ini tempat pertemuan bagi penduduk sekitar untuk berbincang di bawah pohon menguwou. Pohon ini agak besar berdaun ribun serta berbuah lebat makanan bagi binatang seperti burung, tupai dan lain-lain lagi.

Penduduk awal yang dikesan menurut cerita orang tua-tua ialah DANSU kemungkinan telah membuat rumah berhampiran dengan pohon tersebut. Keluarga DANSU berasal dari keluarga SUNOD dari Kg. Guakon. DANSU telah turun ke kawasan tanah rata, kemungkinan bertani sawah padi dan menghampiri sungai untuk menangkap ikan sebagai sumber rezeki serta memudahkan perhubungan perahu melalui sungai ke tamu Tuaran.

DANSU telah berkahwin dengan perempuan kg. Datau (sekarang Kg. Bokulungon). Mereka mempunyai seorang anak lelaki yang bernama SARABUN yang telah berkahwin dengan perempuan yang bernama SIBAI dari kampung Suang Lombus (Torobong). Mereka mempunyai seorang anak lelaki yang bernama SONDIHAN. SARABUN mempunyai kisah dalam perkawinan dengan isteri keduanya yang bernama LANGAK, Perkahwinan ketiga dengan isterinya yang bernama KUBUD.

Sondihan berkahwin dengan perempuan dari suang Lombus yg bernama GAWOI. Perkahwinan mereka menghasilkan lapan orang anak. Bernama: SUNTAGI, LAMPAHAU, DUNDURIAN, SOMBIGING, RINTAS, LINGAYUNG dan TANDU. TANDU berkawin dengan perempuan Lotud yang bernama TIMBANG berasal dari Tuaran. Mereka memperolehi anak yang bernama LINGGIHON, MANSAK, SAMBAWON dan SUMBU. Jika berminat menelusuri keturunan penuh sila KLIK. Menurut silsilah dalam web tersebut sudah mencapai 13 keturunan hari ini 2019. Kemungkinan nenek moyang sudah wujud dalam antara kurun 1200 -1500.

Agama mereka tidak jauh dari konsep kepercayaan Asia yang memiliki sembahan roh penjaga keturunan keluarga yang meletakkan batu besar diletakkan berhampiran atau tidak jauh dari tangga rumah sebagai pelindung. Penduduk memanggilnya sebagai TONDUK.

Penduduk di kg. Menguwou mengamalkan perayaan - perayaan yang berkaitan dengan padi:

  • MADSALUD (Doa untuk padi yg sedang bunting).
  • KOULIYAN BAMBARAYON (Nyanyian KANDAGOI selepas padi di simpan di 'lokut' tempat menyimpan padi.
  • KANDAGOI adalah nyanyian panjang yang menceritakan kisah padi dari awal hingga akhir.
  • MONGINOMULOK Pesta Bambarayon iaitu nasi yang diragi dan dibungkus dengan daun dan minuman tapai. Terdapat nyanyian sepanjang malam yang dipanggil madsanad. Perayaan ini adalah kemuncak roh padi yang telah mencapai pesta kesatuan (Kemuncak penyatuan roh Huminodun yang dikorbankan oleh bapanya iaitu Kinorohingan) atau bermaksud Bambarayon (roh) sudah pulang ke rumah.
  • MADSANAD Nyanyian sepanjang malam, biasanya dilakukan oleh orang tua-tua perempuan.

Penduduk kampung Menguwou jarang mengamalkan adat istiadat berserta pantang larang. Hari ini anak mereka sudah bebas memilih agama keselesaan mereka masing-masing. Namun majoriti beragama Kristian Katolik. Bahasa ibunda pun semakin terhakis akibat ibu bapa sendiri yang kurang bertutur dalam bahasa Dusun dengan anak-anak mereka.

Penduduk kampung Menguwou hari ini adalah bertani sawah padi, menoreh getah, bekerja di jabatan kerajaan dan sewasta. Ramai generasi baru migrasi kerana pekerjaan.