Buka menu utama

Menteri Besar dan Ketua Menteri di Malaysia

rencana senarai Wikimedia
(Dilencongkan dari Menteri Besar)

Menteri Besar merupakan gelaran bagi Ketua Eksekutif kerajaan negeri di Malaysia yang mempunyai Raja atau Sultan iaitu Perlis, Johor, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja atau Sultan, gelaran bagi Ketua Eksekutif kerajaan negeri ialah Ketua Menteri.

Gelaran jawatan ini diwujudkan oleh Kerajaan British pada tahun 1948 ketika Persekutuan Tanah Melayu mula dibentuk tetapi semasa kesultanan Melayu dahulu jawatan yang seumpama dengannya dikenali sebagai Bendahara. Tetapi bagi sesetengah negeri seperi Johor, jawatan Menteri Besar telah lama wujud sebagaimana tertakluk di dalam Undang-undang Tubuh Negeri Johor, iaitu sebelum Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan dan dilantik sendiri oleh Sultan terdiri daripada pegawai tertinggi kerajaan negeri.

Nama jawatan Menteri Besar adalah mengambil nama yang digunakan di negeri Johor bagi tujuan penyeragaman. Sebelum itu pelbagai nama telah digunakan seperti Perdana Menteri di negeri Kelantan.

Selepas merdeka, jawatan Menteri Besar dipilih daripada parti yang mendapat majoriti bagi kerusi Dewan Undangan Negeri selepas setiap kali Pilihanraya diadakan.

Sistem Pentadbiran di Malaysia

Senarai nama Menteri Besar dan Ketua Menteri di MalaysiaSunting

Berikut merupakan senarai Menteri Besar dan Ketua Menteri yang terkini selepas Pilihan raya umum Malaysia 2018 (undian bermula 9 Mei 2018).

Negeri Jawatan Parti politik Penyandang Mula berkhidmat
  Johor Menteri Besar PH-PPBM Dato' Dr. Sahruddin Jamal April 14, 2019
  Kedah Menteri Besar Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Mahathir Mei 11, 2018
  Kelantan Menteri Besar PAS Ustaz Dato' Bentara Kanan Dato' Haji Ahmad Yakob[1] Mei 6, 2013
  Melaka Ketua Menteri PH-AMANAH Tuan Haji Adly Zahari[2] Mei 11, 2018
  Negeri Sembilan Menteri Besar PH-PKR Dato' Seri Haji Aminuddin Harun[3] Mei 12, 2018
  Pahang Menteri Besar BN-UMNO Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail Mei 15, 2018
  Pulau Pinang Ketua Menteri PH-DAP Tuan Chow Kon Yeow[4] Mei 14, 2018
  Perak Menteri Besar PH-PPBM Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu[5] Mei 12, 2018
  Perlis Menteri Besar BN-UMNO Dato' Seri Haji Azlan Man[6] Mei 7, 2013
  Sabah Ketua Menteri WARISAN Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal[7] Mei 12, 2018
  Sarawak Ketua Menteri GPS-PBB Datuk Patinggi Haji Abang Johari Tun Openg[8] Januari 13, 2017
  Selangor Menteri Besar PH-PKR Dato' Seri Haji Amirudin Shari[9] Jun 19, 2018
  Terengganu Menteri Besar PAS Prof. Dato' Seri Dr. Haji Ahmad Samsuri Mokhtar[10] Mei 10, 2018

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

Pautan luarSunting