Buka menu utama

Wikipedia β

Menteri Besar Terengganu

rencana senarai Wikimedia

Menteri Besar Terengganu ialah jawatan ketua kerajaan bagi negeri Terengganu. Semasa Terengganu di bawah pemerintahan mutlak, Menteri Besar dilantik oleh Sultan Terengganu. Semenjak pengisytiharan kemerdekaan Malaysia (ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu) dan pilihan raya pertama, Menteri Besar merupakan ahli Dewan Undangan Negeri.

Menteri Besar Terengganu
Coat of arms of Terengganu.svg
Dr Samsuri.jpg
Penyandang
Ahmad Samsuri Mokhtar

sejak 12 Mei 2018
Kerajaan Negeri Terengganu
Gelaran Yang Amat Berhormat
Anggota Majlis Eksekutif Negeri Terengganu
Lapor kepada Dewan Undangan Negeri Terengganu
Kediaman Jalan Batu Buruk, Kampung Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Kawasan Tingkat 16, Wisma Darul Iman, 20502 Kuala Terengganu, Terengganu
Pelantik Sultan Mizan Zainal Abidin
Sultan Terengganu
Tempoh 5 tahun atau lebih melalui Pilihan Raya
Pemegang sulung Ngah Muhamad bin Yusof
Pembentukan 21 April 1925 (1925-04-21) (93 tahun yang lalu)
Laman web pmb.terengganu.gov.my

Isi kandungan

Senarai Menteri Besar TerengganuSunting

Berikut merupakan senarai Menteri Besar Terengganu semenjak 1925.

Mula Tamat Menteri Besar[1] Parti
April 1911 Jun 1940 Dato' Seri Amar Diraja Ngah Muhamad bin Yusof BEBAS
Jun 1940 Mei 1942 Tengku Seri Setia Raja Tengku Omar bin Othman BEBAS
Mei 1942 Disember 1945 Dato' Jaya Perkasa Da Omar bin Mahmud BEBAS
Disember 1945 Disember 1949 YTM Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad Ibni Sultan Ahmad BEBAS
Disember 1949 Jun 1959 Dato' Perdana Menteri Diraja Dato' Seri Setia Raja Kamaruddin bin Idris BEBAS
Jun 1959 November 1961 Mohd Daud bin Abdul Samad PAS *
November 1961 September 1970 Tan Sri Ibrahim Fikri bin Mohammad Perikatan-UMNO
September 1970 September 1971 Dato' Mahmood bin Sulaiman Perikatan-UMNO
September 1971 Ogos 1974 Dato' Nik Hassan bin Wan Abdul Rahman Perikatan-UMNO
September 1974 Disember 1999 Tan Sri Dato Seri Amar Diraja Wan Mokhtar bin Haji Wan Ahmad UMNO
Disember 1999 Mac 2004 Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang PAS
Mac 2004 Mac 2008 Dato' Seri Haji Idris bin Haji Jusoh UMNO
Mac 2008 Mei 2014 Dato' Seri Haji Ahmad bin Said UMNO
Mei 2014 09 Mei 2018 Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Haji Abdul Rahman UMNO
10 Mei 2018 kini Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar PAS

Nota :* - Kerajaan Negeri Terengganu ditubuhkan oleh PAS selepas Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1959. 2 ahli Parti Negara di Terengganu telah melompat menyertai UMNO pada Oktober 1961. Kemudian Perikatan telah membentuk kerajaan negeri pada November 1961 di bawah Menteri Besar yang baru, Tan Sri Ibrahim Fikri bin Mohammad.[2]

KontroversiSunting

Kontroversi berlaku apabila Dato' Seri Haji Ahmad bin Said dikatakan akan ditamatkan perkhidmatannya oleh Kerajaan Persekutuan selepas kontrak sebagai Menteri Besar selama 2 tahun telah tamat. Sebelum ini, Ahmad Said enggan mengulas mengenai perkara tersebut[3], tetapi pada 12 Mei 2014, rakyat negeri Terengganu dikejutkan dengan berita Ahmad Said meletak jawatan sebagai Menteri Besar sekaligus menghantar surat keluar parti kepada Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor bersama-sama dengan ADUN Ajil, Ghazali bin Taib berkuatkuasa serta merta.[4], [5]

Perkara tersebut menyebabkan kerusi yang dipegang oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menjadi sama iaitu masing-masing 15 kerusi dan 2 lagi dipegang oleh ADUN Bebas.

Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru pada malam 12 Mei 2014. Dan pada 10 Mei 2018, Ahmad Samsuri Mokhtartelah menggantikan Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai Menteri Besar Terengganu.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting