Ketua Kerajaan Negeri di Malaysia

rencana senarai Wikimedia

Malaysia, Menteri Besar ( Jawi: منتري بسر ; secara harfiah Menteri Pertama atau dalam bahasa Inggerisnya First Minister) ialah ketua kerajaan setiap sembilan negeri di Malaysia yang mempunyai Sultan dan Raja. Bagi empat negeri tanpa raja, gelaran Ketua Menteri ( Jawi: كتوا منتري atau dalam bahasa Inggerisnya Chief Minister) digunakan kecuali Sarawak di mana ia menggunakan Premier (Perdana). Gelaran Menteri Besar biasanya tidak dapat diterjemahkan dalam media Inggeris di Malaysia, tetapi biasanya diterjemahkan sebagai Chief Minister (Ketua Menteri) oleh media asing. Mengikut protokol, semua Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier diberi gelaran terhormat Yang Amat Berhormat atau Singkatannya YAB.

Sembilan Sultan dan Raja bagi negeri-negeri Melayu yang beraja dan Yang di-Pertua Negeri - Yang di-Pertua Negeri yang dilantik bagi empat negeri lain yang tidak beraja berkhidmat sebagai ketua negeri dan istiadat negeri mereka, manakala kuasa eksekutif negeri terletak pada Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier. Selepas pilihan raya ke Dewan Undangan Negeri (DUN), Raja atau Yang di-Pertua Negeri biasanya menjemput parti (atau gabungan) dengan majoriti kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri. Raja atau Yang di-Pertua Negeri melantik dan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier, yang majlis eksekutifnya (atau Kabinet di Sabah dan Sarawak) bertanggungjawab secara kolektif kepada dewan. Berdasarkan sistem Westminster, memandangkan beliau mengekalkan kepercayaan dewan, tempoh Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier boleh bertahan sepanjang hayat dewan secara maksimum selama lima tahun. Tiada had kepada bilangan penggal yang Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier boleh berkhidmat.

Menteri Besar merupakan gelaran bagi Ketua Eksekutif kerajaan negeri di Malaysia yang mempunyai Raja atau Sultan iaitu Perlis, Johor, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja atau Sultan, gelaran bagi Ketua Eksekutif kerajaan negeri ialah Ketua Menteri.

Gelaran jawatan ini diwujudkan oleh Kerajaan British pada tahun 1948 ketika Persekutuan Tanah Melayu mula dibentuk tetapi semasa kesultanan Melayu dahulu jawatan yang seumpama dengannya dikenali sebagai Bendahara. Tetapi bagi sesetengah negeri seperi Johor, jawatan Menteri Besar telah lama wujud sebagaimana tertakluk di dalam Undang-undang Tubuh Negeri Johor, iaitu sebelum Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan dan dilantik sendiri oleh Sultan terdiri daripada pegawai tertinggi kerajaan negeri.

Nama jawatan Menteri Besar adalah mengambil nama yang digunakan di negeri Johor bagi tujuan penyeragaman. Sebelum itu pelbagai nama telah digunakan seperti Perdana Menteri di negeri Kelantan.

Selepas merdeka, jawatan Menteri Besar dipilih daripada parti yang mendapat majoriti bagi kerusi Dewan Undangan Negeri selepas setiap kali Pilihanraya diadakan.

Premier Jawatan ini sebelumnya dikenali sebagai Ketua Menteri Sarawak sebelum pindaan dibuat pada perlembagaan negeri yang diluluskan pada 15 Februari 2022 yang menukar gelaran jawatan tersebut kepada Premier dan berkuat kuasa bermula 1 Mac 2022[1].

Sistem Pentadbiran di Malaysia

Senarai nama Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier di MalaysiaSunting

Berikut merupakan senarai Menteri Besar dan Ketua Menteri yang terkini selepas Pilihan raya umum Malaysia 2018 (undian bermula 9 Mei 2018).

Pada tahun 2019 YAB Menteri Besar Johor Dato' Osman Sapian meletakkan jawatan dan jawatannya itu diserahkan kepada Dato' Dr Sahruddin Jamal dan meneruskan kerajaan Pakatan Harapan di negeri Johor.

Pada 24 Februari 2020, Presiden BERSATU, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin mengumumkan parti BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan. Negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan seperti negeri Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan tidak terjejas namun negeri Kedah, Perak dan Melaka akan terjejas dan negeri Johor tergantung.

YAB Menteri Besar Kedah Dato' Seri Mukhriz Mahathir kekal bersama Pakatan Harapan di negeri Kedah walaupun BERSATU tidak bersama dengan PH di peringkat persekutuan.

Kerajaan Pakatan Harapan di negeri Johor mendapat kurang ADUN untuk mengekalkan kerajaan PH di Johor selaku parti BERSATU mahu membentuk kerajaan negeri bersama dengan BN dan PAS. Kesannya kerusi UMNO merupakan kerusi terbanyak sekali dalam gabungan kerajaan negeri baharu dan Menteri Besar Johor ke-18 adalah daripada parti UMNO iaitu Dato' Hasni Mohammad yang juga merupakan Pengerusi BN Johor.

Kerajaan Pakatan Harapan di negeri Melaka juga mendapat kurang ADUN untuk mengekalkan kerajaan PH. Berikutan ini, parti BERSATU mahu membentuk kerajaan Perikatan Nasional bersama dengan BN. Ahli Dewan Undangan Negeri Rembia daripada PKR, Muhammad Jailani Khamis, dan ADUN Pengkalan Batu daripada DAP, Norhizam Hassan Baktee mengumumkan penyertaan mereka dalam gabungan Perikatan Nasional negeri itu. Oleh itu, ketua menteri baharu perlu dipilih. Pada 9 Mac 2020, Ketua Menteri Melaka ke-12 iaitu Sulaiman Md Ali dari parti UMNO mengangkat sumpah sebagai ketua menteri baharu menggantikan Adly Zahari.

Negeri Jawatan Parti politik Potret Penyandang Mula berkhidmat
  Kelantan Menteri Besar PN-PAS   Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob[2] Mei 6, 2013
  Sarawak Premier Sarawak GPS-PBB   Tan Sri Datuk Patinggi Haji Abang Johari Tun Openg[3] Januari 13, 2017
  Terengganu Menteri Besar PN-PAS Prof. Dato' Seri Dr. Haji Ahmad Samsuri Mokhtar[4] Mei 10, 2018
  Negeri Sembilan Menteri Besar PH-PKR Dato' Seri Haji Aminuddin Harun[5] Mei 12, 2018
  Pulau Pinang Ketua Menteri PH-DAP   Tuan Chow Kon Yeow[6] Mei 14, 2018
  Pahang Darul Makmur Menteri Besar BN-UMNO Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail Mei 15, 2018
  Selangor Menteri Besar PH-PKR Dato' Seri Haji Amirudin Shari[7] Jun 19, 2018
  Kedah Menteri Besar PN-PAS Dato' Seri Haji Muhamad Sanusi Md Nor Mei 17, 2020
  Sabah Ketua Menteri GRS Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor[8] September 29, 2020
  Perak Darul Ridzuan Menteri Besar BN-UMNO Dato' Seri Haji Saarani Mohamad[9] Disember 10, 2020
  Johor Menteri Besar BN-UMNO Datuk Onn Hafiz Ghazi Mac 15, 2022
  Perlis Menteri Besar PN-PAS Tuan Haji Mohd Shukri Ramli[10] November 22, 2022

  Melaka

Ketua Menteri

BN-UMNO

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh[11] Mac 31, 2023

Garis masaSunting

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Bernama (1 Mac 2022). "Ketua Menteri Sarawak digelar Premier Sarawak berkuat kuasa hari ini". Sinar Harian. Dicapai pada 1 Mac 2022.
  2. ^ Ahmad Yakob sworn in as Kelantan Menteri Besar.
  3. ^ Abang Johari angkat sumpah Ketua Menteri Sarawak.
  4. ^ Ahmad Samsuri Mokhtar is the new Terengganu MB.
  5. ^ Aminuddin Harun angkat sumpah MB Negeri Sembilan
  6. ^ Angkat sumpah Ketua Menteri Pulau Pinang Isnin.
  7. ^ "Sah! Amirudin Shari MB Selangor baharu". MStar Online. 19 Jun 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  8. ^ "Hajiji Noor angkat sumpah Ketua Menteri Sabah ke-16". Astro Awani. 29 September 2020. Dicapai pada 29 September 2020. Text "lastLeong" ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan); |first= missing |last= (bantuan)
  9. ^ Saarani angkat sumpah MB Perak, esok
  10. ^ Cikgu Shukri angkat sumpah MB Perlis yang baharu
  11. ^ Ab Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13

Pautan luarSunting