Buka menu utama
"Perdana Menteri Scotland" dilencongkan ke sini. Untuk ketua kerajaan negara kesatuan UK, sila lihat Perdana Menteri United Kingdom.

Menteri Pertama Scotland (Gaelik Scotland: Prìomh Mhinistear na h-Alba; Scots: Heid Meinister o Scotland) ialah ketua dalam kerajaan Scotland. Tugas utama menteri ini adalah untuk mempengerusikan Kabinet Scotland dan bertanggungjawab dalam perumusan, pembangunan dan pembentangan dasar Kerajaan Scotland.[2] Fungsi-fungsi tambahan Menteri Pertama termasuklah mempromosikan dan mewakili Scotland, dalam kapasiti rasmi sama ada di dalam dan di luar negara, dan bertanggungjawab untuk ehwal perlembagaan, kerana ia berkaitan dengan penurunan dan kerajaan Scotland.[2]

Menteri Pertama Scotland
منتري ڤرتام سكوتلند
Official portrait of Nicola Sturgeon.jpg
Penyandang
Nicola Sturgeon

sejak 20 November 2014
GelaranYang Amat Berhormat
Anggota
KediamanBute House, Edinburgh
PencadangParlimen Scotland
PelantikBaginda Ratu Elizabeth II
TempohTiada had penggal. Menteri Pertama dicalonkan oleh Parlimen berikutan pilihan raya umum atau peletakan jawatan Menteri Pertama yang terdahulu.
Pemegang sulungDonald Dewar
Pembentukan7 Mei 1999
(20 tahun yang lalu)
 (1999-05-07)
Gaji£151,271 setahun[1]
Laman webwww.firstminister.gov.scot

Menteri Pertama merupakan ahli Parlimen Scotland (MSP) dan dicalonkan oleh Parlimen Scotland sebelum dilantik secara rasmi oleh Baginda Raja/Ratu Pemerintah. Ahli-ahli Kabinet dan menteri-menteri muda kerajaan Scotland dan juga para pegawai undang-undang Scotland dilantik oleh Menteri Pertama. Sebagai ketua kerajaan, Menteri Pertama secara langsung bertanggungjawab terhadap tindakan Parlimen Scotland dan tindakan kerajaan yang lebih luas.

Nicola Sturgeon, ahli siasah daripada Parti Kebangsaan Scotland (SNP) merupakan Menteri Pertama Scotland yang terkini.[3]

Senarai Menteri PertamaSunting

Nicola SturgeonAlex SalmondJack McConnellJim WallaceHenry McLeishJim WallaceDonald Dewar 

RujukanSunting

  1. ^ "SALARIES FROM 1 APRIL 2017" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Parlimen Scotland. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 24 September 2017. 
  2. ^ a b "Scottish Cabinet and Ministers" (dalam bahasa Inggeris). Kerajaan Scotland. 26 Jun 2014. Dicapai 19 Julai 2014}.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  3. ^ "Nicola Sturgeon becomes Scottish first minister". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 19 November 2014. Dicapai 19 November 2014. 

Pautan luarSunting