Mentor (musim 7)
Mentor 7 ialah musim ketujuh bagi siri format baharu Mentor dimana ianya sebuah rancangan realiti televisyen berbentuk pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh TV3 dimana program ini memperlihatkan penyanyi-penyanyi terkenal tanah air yang bergelar Mentor akan memilih dan membimbing peserta yang dipanggil Protege untuk menjadi seorang artis dan pelapis dimasa akan datang. Musim ketujuh mulai disiarkan pada 4 November 2018 iaitu pada hari Ahad jam 9 malam di saluran TV3.
Mentor | |
---|---|
Musim 7 | |
Dihoskan oleh | Shuk Sahar Nana Mahazan |
Juri | Dato' Wah Idris Mas Idayu |
Bil. peserta | 8 |
Juara | Zaaim |
Naib juara | Pasya |
Negara asal | ![]() |
Bil. episod | 9 |
Keluaran | |
Rangkaian | TV3 |
Tarikh siaran | 4 November – 30 Disember 2018 |
Kronologi musim |
FormatSunting
Format PertandinganSunting
Tidak seperti enam musim yang lepas, format musim kali ini sangat berbeza apabila kesemua protege tidak lagi diasingkan kepada dua kumpulan. Kesemua protege disatukan dalam satu pentas setiap minggu dan persembahan mereka akan diadili oleh dua juri tetap. Protege yang mendapat markah dan undian terendah setiap minggu akan disingkirkan.
Format Permarkahan & UndianSunting
Markah kesemua peserta diadili juri tetap mewakili 50 peratus, manakala juri awam 20 peratus dan 30 peratus lagi berdasarkan undian atas talian di laman web www.xtra.com.my.
UjibakatSunting
Setelah siri ini direhatkan selama 4 tahun, Mentor musim ketujuh kini kembali disiarkan dengan menggunakan format yang berbeza daripada format asalnya, tidak seperti seperti enam musim yang lepas. Sesi uji bakat yang diadakan secara berasingan selama empat minggu bermula di Sabah pada 8 Ogos, bermula dengan ujibakat protege Datuk Syafinaz Selamat pada 8-9 September, Aizat Amdan pada 15-16 September, manakala Hafiz Suip pada 22-23 September dan yang terakhir, Siti Nordiana pada 29-30 September 2018.
Protege & MentorSunting
(Umur peserta dicatat sewaktu pertandingan)
Mentor Datuk Syafinaz SelamatSunting
Protege | Umur | Asal |
---|---|---|
Farranisha Shazwany binti Mohd Faizal (Ranisha) | 18 | Sabah |
Lazarul Afiezy bin Zakaria (Lazarul) | 28 | Kuala Lumpur |
Rasmawatie binti Mohd. Thamrin (Aznona) | 23 | Sabah |
Mentor Aizat AmdanSunting
Protege | Umur | Asal |
---|---|---|
Faizul Asyraf bin Fauzi (Pasya) | 24 | Selangor |
Mohammad Adzuan bin Mazlan (Megat) | 25 | Sabah |
Mohd Faris Arif bin Malek (Faris) | 26 | Sarawak |
Mentor Siti NordianaSunting
Protege | Umur | Asal |
---|---|---|
Zaaim bin Abdullah (Zaaim) | 28 | Kedah |
Taufiq bin Rodzi (Taufiq) | 24 | Kedah |
Nurshamimi binti Abdul Manan (Syamimi) | 18 | Kuala Lumpur |
Mentor Hafiz SuipSunting
Protege | Umur | Asal |
---|---|---|
Mohd Amal bin Mohd Faudzi (Amal) | 21 | Kuala Lumpur |
Muhammad Azmirul bin Hafiz Azman (Azmirul) | 24 | Negeri Sembilan |
Siti Nurnadia binti Mohd Rozi (Nadia) | 24 | Selangor |
Konsert PengenalanSunting
Minggu 1Sunting
Tarikh siaran: 4 November 2018
Tema: Pengenalan 1
Mentor: Aizat Amdan & Datuk Syafinaz Selamat
Protege | Lagu (penyanyi asal) |
---|---|
Pasya | "Aku Mau" (Once Mekel) |
Megat | "Menghujam Jantungku" (Tompi) |
Faris | "Sulit" (Aman Aziz) |
Ranisha | "Lelaki Teragung" (Dayang Nurfaizah) |
Aznona | "Akhirnya Kini Pasti" (Anita Sarawak) |
Lazarul | "I Believe I Can Fly" (R. Kelly) |
Pilihan Aizat Amdan: Pasya & Megat
Pilihan Syafinaz Selamat: Ranisha & Lazarul
Protege Tersingkir: Faris & Aznona
Minggu 2Sunting
Tarikh siaran: 11 November 2018
Tema: Pengenalan 2
Mentor: Siti Nordiana & Hafiz Suip
Protege | Lagu (penyanyi asal) |
---|---|
Taufiq | "Lebih Sempurna" (Syamel) |
Zaaim | "Gugurnya Bunga Cinta" (Laksamana) |
Syamimi | "Cinta Tersimpul Rapi" (Anis Suraya) |
Azmirul | "Ghazal Asmara" (Jamal Abdillah) |
Amal | "Jadi Aku Sebentar Saja" (Judika) |
Nadia | "Gubahan Rindu Puisi Syahdu" (Fauziah Latiff) |
Pilihan Siti Nordiana: Taufiq & Zaaim
Pilihan Hafiz Suip: Amal & Megat
Protege Tersingkir: Syamimi & Nadia
- Klu
- Protege yang terpilih.
- Protege yang tersingkir.
Konsert BattleSunting
Minggu 3Sunting
Tarikh siaran: 18 November 2018
Tema: Bebas
Protege | Lagu (penyanyi asal) |
---|---|
Pasya | "Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta" (Flybaits) |
Amal | "Bukan Cinta Biasa" (Afgan) |
Taufiq | "Fantasia Musim Cinta" (Iwan) |
Zaaim | "Dirantai Digelangi Rindu" (Exists) |
Megat | "Ku Mohon" (Datuk Sheila Majid) |
Azmirul | "Syair Si Pari-pari" (Zamani) |
Lazarul | "Izinku Pergi" (Kaer Azami) |
Ranisha | "Teruskanlah" (Agnez Mo) |
Persembahan terbaik: Pasya
Dua tercorot: Taufiq & Amal
Tersingkir: Taufiq
Minggu 4Sunting
Tarikh siaran: 25 November 2018
Tema: Bebas
Protege | Lagu (penyanyi asal) |
---|---|
Lazarul | "Surat Cinta Untuk Starla" (Virgoun) |
Zaaim | "Cintamu Mekar Di Hati" (May) |
Azmirul | "Amalina" (Santesh) |
Megat | "Akad" (Payung Teduh) |
Amal | "Jampi" (Hael Husaini) |
Pasya | "Gerhana Cinta Luka" + "Juwita" + "Tinggal Kenangan" (Saleem) |
Ranisha | "Breathe" (Lee Hi) |
Persembahan terbaik: Zaaim
Dua tercorot: Azmirul & Megat
Tersingkir: Tiada penyingkiran.
Minggu 5Sunting
Tarikh siaran: 2 Disember 2018
Tema: Bebas
Protege | Lagu (penyanyi asal) |
---|---|
Megat | "Merisik Khabar" (Dato' Sudirman) |
Azmirul | "Farhana" (Jinbara) |
Ranisha | "Rolling In The Deep" (Adele) |
Lazarul | "Aku Penghibur" (Jamal Abdillah) |
Pasya | "Versace On The Floor" (Bruno Mars) |
Zaaim | "Kehilangan" (Firman Siagian) |
Amal | "Sedetik Lebih" (Anuar Zain) |
Persembahan terbaik: Zaaim
Dua tercorot: Amal & Lazarul
Tersingkir: Amal
Minggu 6Sunting
Tarikh siaran: 9 Disember 2018
Tema: 90an
Protege | Lagu (penyanyi asal) |
---|---|
Azmirul | "Samrah Mentari" (Jamal Abdillah) |
Megat | "Untukmu Ibu" (Exists) |
Lazarul | "My Baby You" (Marc Anthony) |
Pasya | "Hati Emas" (Kembara) |
Ranisha | "Anggapanmu" (Ziana Zain) |
Zaaim | "Ghazal Untuk Rabiah" (M. Nasir) |
Persembahan terbaik: Zaaim
Dua tercorot: Megat & Ranisha
Tersingkir: Megat
Minggu 7Sunting
Tarikh siaran: 16 Disember 2018
Tema: Bebas
Protege | Lagu (penyanyi asal) |
---|---|
Ranisha | "Never Enough" (Loren Allred) |
Zaaim | "Januari" (Glenn Fredly) |
Azmirul | "Gelombang Cinta" (Heavy Machine) |
Pasya | "Izinkan Selamanya Namamu Dihati" (EYE) |
Lazarul | "Jeritan Batinku" (Tan Sri P. Ramlee) |
Persembahan terbaik: Lazarul
Dua tercorot: Azmirul & Ranisha
Tersingkir: Tiada penyingkiran.
Minggu 8 (Separuh Akhir)Sunting
Tarikh siaran: 23 Disember 2018
Tema: Solo & Duet
- Persembahan Solo
Protege | Lagu (penyanyi asal) |
---|---|
Pasya | "I Don't Want Miss A Thing" (Aerosmith) |
Lazarul | "I Have Nothing" (Whitney Houston) |
Azmirul | "Hampa Hatiku" (Ungu) |
Zaaim | "Seroja" (Search) |
Ranisha | "Loving You" (Minnie Riperton) |
- Persembahan Duet
Protege | Mentor | Lagu (penyanyi asal) |
---|---|---|
Pasya | Aizat Amdan | "Juwita Citra Terindah" (M. Nasir) |
Lazarul | Syafinaz Selamat | "O' Sole Mio" (Luciano Pavarotti) |
Azmirul | Hafiz Suip | "Nakal" (Gigi) |
Zaaim | Siti Nordiana | "Aankhen Khuli" + "Chori Chori Sapne Mein" + "Ladki Badi Anjani Hai" (Medley Artis) |
Ranisha | Syafinaz Selamat | "And I Telling You I'm Not Going" (Jennifer Hudson) |
Persembahan terbaik: Pasya
Dua tercorot: Lazarul & Azmirul
Tersingkir: Lazarul
Minggu 9 (Akhir)Sunting
Tarikh siaran: 30 Disember 2018
Tema: Grand Finalé
- Persembahan Duet
Protege | Artis Duet | Lagu (penyanyi asal) |
---|---|---|
Ranisha | Siti Sarah | "Beribu Sesalan" (3 Suara) |
Pasya | Jaclyn Victor | "Bohemian Rhapsody" (Queen) |
Azmirul | Ernie Zakri | "Bagaikan Sakti" (M. Nasir & Siti Nurhaliza) |
Zaaim | Lan Solo | "Gemuruh" (Wings & Search) |
- Persembahan Solo
Protege | Lagu (penyanyi asal) |
---|---|
Ranisha | "Listen" (Beyoncé Knowles) |
Pasya | "Bunga Bunga Cinta" (Misha Omar) |
Azmirul | "Laksamana Raja Di Laut" (Iyeth Bustami) |
Zaaim | "Bukan Rayuan Gombal" (Judika) |
Tempat Ke-4: Ranisha
Tempat Ke-3: Azmirul
Naib Juara: Pasya
Juara: Zaaim
Carta penyingkiranSunting
Kedudukan Protege Berdasarkan Undian
(Selepas Talian Undian Ditutup)
Rank | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | Akhir | |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
18/11 | 25/11 | 02/12 | 09/12 | 16/12 | 23/12 | 30/12 | ||
1 | Pasya | Zaaim | Zaaim | Zaaim | Lazarul | Pasya | Zaaim | |
2 | Zaaim | Pasya | Pasya | Pasya | Zaaim | Zaaim | Pasya | |
3 | Lazarul | Ranisha | Azmirul | Lazarul | Pasya | Ranisha | Azmirul | |
4 | Ranisha | Lazarul | Ranisha | Azmirul | Ranisha | Azmirul | Ranisha | |
5 | Megat | Amal | Megat | Ranisha | Azmirul | Lazarul | ||
6 | Azmirul | Megat | Lazarul | Megat | ||||
7 | Amal | Azmirul | Amal | |||||
8 | Taufiq |
- Protege yang menjadi juara.
- Protege yang menjadi naib juara.
- Protege yang menduduki tempat ketiga.
- Protege yang menduduki tempat keempat.
- Protege yang terselamat daripada penyingkiran.
- Protege yang telah tersingkir daripada pertandingan.
HadiahSunting
Tempat | Hadiah |
---|---|
Juara | Wang tunai RM80,000.00 Sebuah Kereta tajaan Aerocar Sebuah Trofi |
Naib Juara | Wang tunai RM40,000.00 Sebuah Trofi |
Tempat Ketiga | Wang tunai RM20,000.00 Sebuah Trofi |
Tempat Keempat | Wang tunai RM10,000.00 Sebuah Trofi |
KontroversiSunting
- Netizen mula mempertikaikan format undian online yang digunakan Mentor musim kali ini apabila Aizat Amdan membuat keputusan untuk tidak memilih Faris iaitu salah seorang protegenya yang mendapat undian online tertinggi iaitu sebanyak 85% ketika konsert pengenalan pertama berlangsung, namun sebaliknya Aizat lebih memilih dua lagi protegenya iaitu Pasya dan Megat yang masing-masing mendapat undian terendah sebanyak 9% dan 6% sekaligus dijadikan sebagai protege.
- Ketua juri pertandingan ini, Dato' Wah Idris dikecam netizen dan penonton apabila menyingkirkan Taufiq, iaitu salah seorang protege kepada Siti Nordiana di konsert battle yang pertama. Ini kerana tindakan beliau disifatkan sebagai kejam kerana penonton beranggapan bahawa penyingkiran Taufiq adalah berat sebelah kerana seharusnya di minggu pertama tiada penyingkiran dilakukan kerana kesemua protege masih dalam proses pembelajaran dan masih banyak yang perlu dipelajari.