Mentor ialah sebuah pertandingan nyanyian berbentuk rancangan televisyen realiti Malaysia yang mengetengahkan perana artis ternama selaku mentor membimbing protégé masing-masing iaitu para peserta pertandingan ini. Mentor yang dimulakan pada tahun 2005 disiarkan di TV3 dan selesai dua musim (2005 dan 2006), dan kembali disiarkan pada tahun 2009 hingga kini (kecuali 2013). Konsep pertandingan Mentor juga berjaya dibawa ke Indonesia lalu diadaptasi menjadi Bintang Cari Bintang di saluran Trans TV. Terdapat juga rancangan bernama TV3 Mentor yang dianjurkan di Ghana oleh TV3 Ghana, sebuah anak syarikat milik Media Prima Berhad yang turut memiliki TV3 di Malaysia, tetapi formatnya berbeza sekali.

Mentor
FormatTelevisyen realiti
PengacaraJohan Khairuddin (1)
Ezlynn (1-2)
Ashraf Sinclair (2)
Ally Iskandar (3-6)
Awal Ashari (Legend)
Isseyy Fazlisham (2016-2017)
Marsha Milan (2016-2017)
Shuk Sahar (2019)
Elly Mazlein (2019)
Haziq Hussni (Otai)
Elly Mazlein (Otai)
JuriZainal Abidin (2)
Dato' Ramli M.S. (5)
Azmeer (Legend)
Adlin Aman Ramlie (Legend)
Dato' Hattan (2017)
Syafinaz Selamat (2019)
Altimet (2019)
Edry KRU (Otai)
Mark Adam (Otai)
Lagu pembukaan"Tunjuk Ajarku Sifu"
Lagu penutup"Tunjuk Ajarku Sifu"
PenggubahCat Farish
Negara asal Malaysia
BahasaMelayu
Inggeris
Bilangan musim7 (Siri asal)
5 (Siri baru)
Penerbitan
Pemasangan kamera
Tetapaan kamera utama
Tempoh siaran2 jam
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal22 Mei 2005 – 15 Disember 2019

Sejarah sunting

Senarai Juara sunting

Siri Format Asal

Tahun Musim Edisi Protege Mentor
2005 Mentor 1 Pija Zainal Abidin
2006 Mentor 2 Fiq Amy Search
2009 Mentor 3 Black Mas Idayu
2010 Mentor 4 Mohd Ziana Zain
2011 Mentor 5 Salma Erra Fazira
2012 Mentor 6 Caroline Ella
2014 Mentor Legend Azmil Dayang Nurfaizah

Siri Format Baharu

Tahun Edisi Musim Protege Mentor
2016 Milenia Musim 1 Fareez Hazama Azmi
2017 Milenia Musim 2 Elica Akim Ahmad
2018 Otai Musim 1 Elvira Misha Omar
Mentor 7 Musim 7 Zaaim Siti Nordiana
2019 Milenia Musim 3 Apex Tajudin Hazama Azmi

Mentor (2005-2018) sunting

Mentor 1 (2005) sunting

Musim pertama Mentor menampilkan lapan peserta dipilih dari proses ujibakat pada bulan Februari dan Mac, untuk menerima bimbingan dari lapan artis ternama. Musim ini diacarakan oleh Johan Farid Khairuddin dan Ezlynn dan disiarkan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pada setiap malam Ahad dari 15 Mei hingga 21 Ogos 2005 di TV3.

Para peserta dibahagi kepada dua kumpulan, yang mana setiap peserta beradu dengan satu sama lain dalam kumpulan masing-masing di peringkat terawal. Pemarkahan para peserta ditentukan oleh 30% penilaian juri dan 70% undian penonton. Kelapan-lapan peserta (tujuh orang solo dan sebuah kumpulan vokal, serta mentor masing-masing dinyatakan) adalah seperti berikut:

Kump Protege Mentor
A Alynn Arlynda (Alynn) Hattan
Dewi Liana Seriestha (Dewi) Liza Hanim
Nabil Zamanhuri (Nabil) Nora
Norafizah Mohd Yasin (Pija) Zainal Abidin
B Mas Nabiella Nazari (Biella) Noraniza Idris
Mohd Fahmi Jaafar (Fahmi) Siti Nurhaliza
Ewan, Nana & Zarul (FO'3) Cat Farish
Siti Surianie Julkarim (Yanie) Ning Baizura

Di malam pusingan akhir, Pija selaku anak didik Zainal Abidin menjadi juara musim pertama Mentor, membawa pulang kereta Proton Gen-2, wang tunai RM20,000, dua tiket pergi balik ke Los Angeles dan sebuah motosikal Demak sebagai hadiah utama. Naib juaranya Nabil menerima wang tunai RM10,000 dan sebuah motorsikal Demak.

Mentor 2 (2006) sunting

Musim kedua Mentor disiarkan mulai 9 Julai hingga malam kemuncak pada 3 Disember 2006 dengan format yang berbeza dari musim lalu. Rancangan ini diberhentikan selepas 17 September, untuk memberi laluan kepada bulan Ramadhan dan Aidilfitri, dan kembali bersiaran pada November dengan acara separuh akhir. Ezlynn kembali sebagai pengacara tetapi digandingkan dengan Ashraf Sinclair. Konsert mingguan tetap diadakan setiap malam Ahad di Sri Pentas 2. Pemarkahan pula berdasarkan 50% penilaian juri dan 50% undian penonton.

Kali ini, disebabkan kesukaran memilih peserta yang sesuai dijadikan anak didik para mentor, maka TV3 menganjurkan Konsert Prolog pada malam pertama bagi 12 peserta terpilih merebut peluang untuk diasuh enam orang artis, setiap mentor memilih dua orang sebagai pilihan. Inilah kali kedua Siti Nurhaliza menjadi mentor.[1] Bagaimanapun, hanya enam peserta yang meraih undian tertinggi secara keseluruhan mara, maka berlakunya proses beberapa peserta pilihan diserahkan dari mentor pemilih ke mentor lain.

Keenam-enam finalis terbahagi kepada dua kumpulan lagi seperti berikut:

Kump Protege Mentor
A Nuriylia Jailani (Nieyl) Nurul
Siti Khatijah Hassan (Kat) Siti Nurhaliza
Hidayah Othman (Eiya) Yasin
B Mohd Firdaus Abdul Halim (Fiq) Amy Search
Rahayu Baharudin (Ayu) Hazami
Syed Afrizal Syed Alwie (Rizal) Zhaf VE

Pada malam kemuncak yang diadakan di Stadium MBSA pada akhir tahun, Fiq di bawah bimbingan Amy Search menjuarai musim ini dan meraih kontrak rakaman bersama EMI dan wang tunai RM50,000.[2] Beliau berentap dengan Ima, juara Bintang Cari Bintang dari Indonesia, dalam pertandingan Juara Antara Juara, lalu memenanginya.

Mentor 3 (2009) sunting

Setelah berehat selama dua tahun, akhirnya Mentor disiarkan semula pada tahun 2009. Kali ini pula, enam orang mentor mengadakan uji bakat sendiri di hari-hari yang berlainan untuk mencari bintang harapan yang memenuhi kriteria tersendiri yang ditetapkan oleh setiap seorang mentor tersebut. Bagi edisi kali ini yang disiarkan dari 19 April hingga 12 Julai 2009 dengan Ally Iskandar sebagai pengacara, sebenarnya tujuh orang layak ke pertandingan sebenar, dua daripadanya digabungkan menjadi duo oleh mentor mereka.

Kump Protege Mentor
A Khairul Najmuddin Abu Samah (Hyrul) & Hal Husaini Razmi (Sani) (Evo) Jaclyn Victor
Camellus De'lelli Anam (Chaq) Ajai
Hunanis Zafira Huzaini (Fira) Lah Ahmad
B Tahiruddin Haji Sain (Thye) Adibah Noor
Suriani Abdul Wahab (Keena) Awie
Hanifah Muhammad Hanafiah (Black) Mas Idayu

Selepas tiga pusingan terawal, Evo dan Keena disingkirkan untuk memberi laluan kepada yang lain ke separuh akhir. Thye tersingkir pada separuh akhir pertama, tetapi pihak Mentor menggemparkan peminat dengan mengekalkan Chaq yang mendapat markah terendah pada separuh akhir kedua. Oleh itu, tiga protege (Black, Fira, Chaq) berentap di konsert akhir di Stadium MBSA pada 12 Julai 2009, yang berakhir dengan kejuaraan di tangan Black dengan hadiah tunai RM 100 ribu.

Mentor 4 (2010) sunting

Untuk musim kali ini juga, enam orang mentor mengadakan uji bakat sendiri di hari-hari yang berlainan untuk mencari bintang harapan yang memenuhi kriteria tersendiri yang ditetapkan oleh setiap seorang mentor tersebut. Sebelum itu, ujibakat khas diadakan untuk penduduk Malaysia Timur dengan Ajai sebagai jurinya.

Mas Idayu mencipta kontroversi apabila gagal memilih protege ketika habis proses ujibakat. Satu ujibakat khas yang dijalankan dengan kerjasama TV3 dan Mas Idayu sendiri telah diadakan di Johor Bharu. Biarpun begitu, akhirnya Mas Idayu memilih peserta ujibakat dari Kelantan, Shaq. Bagi edisi kali ini yang disiarkan dari 2 Mei hingga 11 Julai 2010 dengan Ally Iskandar sebagai pengacara dan dibantu oleh Nas Ahmad, berlaku banyak kontroversi antaranya ketika konsert pengenalan, Mas Idayu menghentikan persembahan protegenya akibat kecederaan suara peserta itu. Ziana Zain pula bertindak menggugurkan protegenya, Katy Natalia Rasul (Thalia) akibat prestasi yang tidak memuaskan hingga menimbulkan rasa tidak puas hati Thalia. Thalia kemudian dikaitkan dengan masalah disiplin. Ziana bertindak memilih peserta ujibakat Mas Idayu, iaitu Mohd Izwan 48 jam sebelum konsert minggu pertama.

Kump Protege Mentor
A
Ila Damiaa Johar (Ila) Joe Flizzow
Nurhadzwani Salleh (Nani) Azmeer
Mohd Shabini Ibrahim (Shaq) Mas Idayu
B
Adi Hamiz Johar (Adi) Dayang Nurfaizah
Haimie Napsun (Ayiem) Mus May
Mohd Izwan Mohd Nor (Mohd) Ziana Zain

Selepas tiga pusingan terawal, Shaq dan Ayiem disingkirkan untuk memberi laluan kepada yang lain ke separuh akhir. Ila Damia tersingkir pada separuh akhir kedua. Oleh itu, tiga orang (Adi, Nani & Mohd) berentap di konsert akhir di Stadium MBSA pada 4 Julai 2010, yang berakhir dengan kejuaraan di tangan Mohd dengan hadiah tunai RM 100 ribu. Adi pula di tempat kedua, diikuti Nani.

Mentor 5 (2011) sunting

Ally Iskandar sekali lagi menjadi pengacara untuk musim kelima, dengan keenam-enam artis terpilih menjadi mentor buat kali pertama.

Kump Protege Mentor
A
Muhammad Farish Mohamed Razali (Ayish) Noh Salleh
Ratnah Awang (Ratnah) Afdlin Shauki
Nurshiha Mohammad Zikir (Shiha) Dato' Sharifah Aini
B
Aiman Hakim Ridza Abdoh (Aiman) Rahim Maarof
Nursyafiqah Nasratullah Mohammad Nor (Iqa) Edry Abdul Halim
Salmah Andi Asis (Salma) Erra Fazira

Setelah empat pusingan, Ayish dan Aiman tersingkir, menjadikan empat daripada peserta yang kekal dalam rancangan ini kesemuanya wanita. Sementara itu, Ratnah tersingkir selepas separuh akhir kedua. Malam penentuan menentukan Salma sebagai Juara Mentor 5 dengan Salma berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah trofi dan sebuah kereta Chevrolet Cruze manakala mentornya, penyanyi dan pelakon Erra Fazira turut memenangi hadiah wang tunai RM100,000. Sementara, Shiha mendapat wang tunai RM30,000 berserta sebuah Vespa LX150 tajaan Naza World. Mentornya, Sharifah Aini juga menerima hadiah wang tunai RM30,000. Diikuti dengan Iqa dengan mentornya Edry KRU yang berada di tempat ketiga, membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 setiap seorang.

Mentor 6 (2012) sunting

Seperti musim kelima Mentor, musim keenam Mentor memperlihatkan keenam-enam artis menjadi mentor buat kali pertama. Untuk kali keempat berturut-turut, Ally Iskandar adalah pengacara untuk rancangan yang bersiaran dari 4 Mac hingga 10 Jun 2012, kecuali pada 8 April untuk memberi laluan kepada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011.

Sebelum digantikan oleh Tisha, protege asal Ferhad ialah Wanie atau nama sebenarnya Salwani Sawi, dari Labuan. Selepas konsert pengenalan, Wanie menarik diri atas masalah kesihatan dan Tisha menggantikan tempatnya.

Kump Protege Mentor
A
Ana Syuhada Noor Asram (Ana) Ramlah Ram
Anas Ridzuan (Anas) Faizal Tahir
Shanorbiah Shamsir Alam (Tisha) Ferhad
B
Puteri Caroline Mohd Kamel (Caroline) Ella
Abdul Kadir Haji Unding Lana (KJ) Adam
Noor Nazatul Farahin Mohd Hussin (Zatul) Ogy Dato' Ahmad Daud

Perjalanan Ana dan KJ dalam Mentor berakhir selepas empat pusingan, manakala Tisha tersingkir pada separuh akhir kedua. Caroline, Zatul dan Anas berjaya ke separuh akhir, dengan Caroline dan mentornya Ella menjuarai dengan hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi. Zatul (mentor Fauziah Ahmad Daud) dan Anas (mentor Faizal Tahir) berada di tempat kedua dan ketiga, masing-masing menerima hadiah wang tunai RM30,000 dan RM10,000. Zatul juga menerima sebuah trofi.

Mentor 7 (2018) sunting

Setelah siri ini direhatkan selama 4 tahun, Mentor musim ketujuh kini kembali disiarkan dengan menggunakan format baharu, dimana kesemua protege kini tidak lagi diasingkan kepada dua kumpulan, tidak seperti enam musim yang lalu. Sesi uji bakat yang diadakan secara berasingan selama empat minggu bermula di Sabah pada 3 Ogos, diikuti Datuk Syafinaz Selamat pada 8-9 September, Aizat Amdan pada 15-16 September, manakala Hafiz Suip pada 22-23 September dan yang terakhir, Siti Nordiana pada 29-30 September 2018.

Protege Mentor
Farranisha Shazwany Mohd Faizal (Ranisha) Datuk Syafinaz Selamat
Lazarul Afiezy Zakaria (Lazarul)
Faizul Ashraf Fauzi (Pasya) Aizat Amdan
Mohammad Adzuan Mazlan (Megat)
Zaaim Abdullah (Zaaim) Siti Nordiana
Taufiq Rodzi (Taufiq)
Mohammad Amal Mohammad Fauzi (Amal) Hafiz Suip
Muhammad Azmirul Hafiz Azman (Azmirul)

Di kemuncak konsert, Zaaim yang merupakan protege kepada Siti Nordiana dinobatkan sebagai juara musim ketujuh bagi siri mentor kali ini. Sebagai juara, Daniel Adam Woodroof membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM80,000 berserta sebuah kereta bernilai RM70,000. Manakala tempat kedua atau naib juara dimenangi oleh Pasya (mentor Aizat Amdan), serta Azmirul (mentor Hafiz Suip) berada ditempat ketiga dan Ranisha (mentor Datuk Syafinaz Selamat) berada dikedudukan tempat keempat.

Mentor Legend (2014) sunting

Tidak seperti musim ketiga hingga keenam yang menggunakan Ally Iskandar sebagai pengacara, musim ketujuh Mentor yang menggunakan nama Mentor Legend menggunakan Awal Ashaari sebagai pengacara. Zuan Azmi yang juga pengacara rancangan Melodi ialah pengacara di belakang pentas. Ia disiarkan dari 16 November 2014 hingga 22 Februari 2015, kecuali pada 28 Disember 2014 dan 18 Januari 2015. Semua peserta Mentor Legend turut membuat persembahan istimewa di Anugerah Juara Lagu ke-29 pada 18 Januari 2015 untuk memperingati mangsa banjir serta tragedi MH17 dan MH370.

Mentor Legend menggunakan mentor-mentor yang pernah menjadi juara pada musim sebelumnya, kecuali Ajai (musim ketiga) dan Dayang Nurfaizah (musim keempat) yang kedua-duanya memenangi tempat kedua. Mereka masing-masing menggantikan Ziana Zain dan Erra Fazira yang tidak dapat menyertai atas sebab-sebab tertentu. Musim ini juga merupakan musim terakhir yang menggunakan format asal program ini sebelum format baharu diperkenalkan di Mentor Milenia 2016.

Kump Protege Mentor
A Mohd Zulfahmi Esmail (Fahmie) Ajai
Maishara Fazny Mahadzir (Sarah) Amy Search
Mohd Farhan Zahi Mohd Zaini (Tuah) Mas Idayu
B
Nurul Aina Abdul Ghani (Aina) Ella
Azmil Karim (Azmil) Dayang Nurfaizah
Farah Nadeera Zaini (Nadeera) Zainal Abidin

Mentor Legend dimenangi oleh Azmil dan mentornya Dayang Nurfaizah. Beliau dan mentornya membawa pulang hadiah wang tunai RM300,000 serta trofi. Sementara itu, naib juara, Aina dan mentornya Ella membawa pulang wang tunai RM200,000. Disusuli dengan Sarah dengan mentor Amy Search yang memenangi wang tunai RM100,000.

Mentor Milenia (2016-2019) sunting

Mentor Milenia 2016 sunting

Mentor Milenia merupakan siri pertandingan program realiti TV yang menggunakan format Drama nangis nangis , emosi baharu yang diadaptasi daripada siri asal Mentor. Jika siri asal menggunakan khidmat yang dibarisi penyanyi-penyanyi lama sebagai Mentor, siri Milenia ini dibarisi oleh penyanyi-penyanyi muda masa kini yang dilantik menjadi Mentor dalam mencari bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian. Kesemua protege musim baharu ini juga sudah tidak diasingkan kepada dua kumpulan seperti siri asal program ini. Mentor Milenia 2016 dibarisi oleh empat orang mentor iaitu Akim, Hazama, Azlan dan Black. Yang menariknya, Black yang juga merupakan juara Mentor musim ketiga yang lalu dilantik menjadi salah seorang Mentor Milenia kali ini.

Protege Asal Mentor
Nur Saheeba Raja Iftikhar Ahmad Khan (Ebba) Kuala Lumpur Akim
Muhd Afeeq Farhan Zulkifli (Han) Kedah
Nurul Izzati Mohd Rashid (Zetty) Pahang Azlan
Sharifah Nurilmuhayati Syed Hussien (Nuri)
Rossaidi Abdul Rany (Qody) Kedah Black
Nurul Syazwanie Mohd Basri (Wanie) Selangor
Muhd Fareezuan Mihd Fauzi (Fareez) Selangor Hazama
Nurul Amira Mat Nasir (Mya) Pahang

Diakhir pertandingan ini, Fareez Hazwan iaitu protege kepada Hazama dinobatkan sebagai Juara Mentor Milenia 2016. Manakala Naib Juara dimenangi oleh Qody dan Tempat Ketiga dimenangi oleh Wanie dimana kedua-dua protege Black masing-masing di tempat kedua dan tempat ketiga.

Mentor Milenia 2017 sunting

Masih mengekalkan format siri baharu seperti musim yang lalu, Mentor Milenia musim kali ini juga masih mengekalkan barisan mentor musim yang lalu kecuali Azlan dimana tempatnya telah digantikan dengan Tomok.

Protege Asal Mentor
Angelica Paujin (Elica) Sabah Akim
Noor Jannah Abu Hanipah (Anna) Selangor
Ahmad Nuzul Faiszal Mohammad (Nuzul) Kelantan Black
Nur Syaheera Abdul Aziz (Syeera) Selangor
Muhd Saiful Naim Muhd Noor (Usop) Kedah Hazama
Nor Balqis Ahmad Tajudin (Balqis) Terengganu
Mohd Rozaimi Rosli (Along) Kedah Tomok
Nur Qhalysa Syazreena Zainuddin (Qalisya) Sabah

Di kemuncak konsert akhir musim kali ini, protege kepada Akim, iaitu Elica diumumkan sebagai juara musim kali ini. Sebagai juara elica membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000, sebuah trofi, pakej telefon bimbit pintar Neffos X1, serta pakej percutian ke London. Manakala naib juara dimenangi oleh Usop, Along di tempat ketiga dan Syeera di tempat keempat.

Mentor Milenia 2019 sunting

Setelah setahun siri ini direhatkan dan tidak disiarkan disebabkan ingin memberi laluan kepada siri Mentor Otai dan Mentor 7 pada 2018, Mentor Milenia kembali disiarkan untuk musim ketiganya pada tahun 2019. Barisan mentor seperti Akim, Hazama dan Black masih dikekalkan dengan disertai oleh Stacy dan Ernie Zakri sebagai mentor musim kali ini.

Protege Asal Mentor
Sarifah Noor Hasmah Syed Hussain (Sharee Lopes) Sabah Akim
Nazrul Fhad Sulaiman Fahmi (Ryan Que) Selangor
Muhammad Sean Asyraff Mohammad Zamani (Bulan) Selangor Black
Muhammad Aidil Kamarulzaman (Aedy Kama) Kuala Lumpur
Muhd Firdaus Abdul Rafi (Daus Husny) Johor Ernie Zakri
Mohamad Yazrul Abdul Latif (Yazrul Arrep) Sarawak
Ahmad Amirul Hafizi Ahmad Tajudin (Apex Tajudin) Terengganu Hazama
Ameerul Solihin Ariffin Malek (Arayn Malek) Johor
Erika Rianty Anthony (Rika Riana) Sabah Stacy
Abdul Amir Ariff Abdul Manaf (Remy Manaf) Selangor

Apex Tajudin iaitu protege kepada Hazama dinobatkan sebagai Juara Mentor Milenia 2019 kali ini dimana ini merupakan kemenangan kedua Hazama selepas menjuarai Mentor Milenia buat kali pertama pada tahun 2016. Selaku juara, Apex membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000, sebuah trofi,dan buah motorsikal Benelli RFS 150i beserta awek Thailand. Manakala tempat kedua dimenangi oleh Daus Husny, tempat ketiga dimenangi oleh Aedy Kama dan tempat keempat dimenangi oleh Iqbal Ali.

Musim kali ini juga tercipta sejarah apabila buat kali kedua (selepas musim pertama) dimana menyaksikan kejutan apabila kedua-dua protege Akim gagal mara ke konsert akhir Mentor Milenia apabila mereka tersingkir awal. Manakala Stacy juga nyaris mengalami igauan ngeri apabila Iqbal Ali, iaitu satu-satunya protege yang masih bertahan ketika itu (selepas Remy Manaf tersingkir konsert kelima) hampir tersingkir di konsert suku akhir namun terselamat disebabkan tiada penyingkiran dilakukan ketika itu.

Mentor Otai (2018) sunting

Mentor Otai adalah merupakan salah satu siri adaptasi daripada program realiti televisyen Mentor yang disiarkan di TV3. Tidak seperti musim yang lain yang mengentengahkan bakat-bakat muda dalam bidang nyanyian, format kali ini sangat berbeza apabila musim ini mencari dan mengetengahkan bakat-bakat baru yang berusia 30 tahun hingga 50 tahun keatas. Barisan mentor kali ini adalah Zarul Husin, Misha Omar, Siti Sarah dan Tam Spider.

Protege Asal Mentor
Elvira Carrie Olga (Elvira) Kuala Lumpur Misha Omar
Azran Hamzah (Azran) Kelantan
Alina Hassan (Alina) Selangor Siti Sarah
Sairi Sari Osman (Ayie) Negeri Sembilan
Kamarol Azril Al'Azemi (AJ) Kuala Lumpur Tam Spider
Irwan Ahmad (Irwan) Kuala Lumpur
Aznie Ariffin (Azee) Kedah Zarul Husin
Lokman Azimi (Lokman) Perak

Dikemuncak konsert akhir, Elvira iaitu protege kepada Misha Omar dinobatkan sebagai juara Mentor Otai. Selaku juara, Elvira membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi. Tempat kedua pula dimenangi oleh protege kepada Zarul Husin, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Alina, iaitu kepada Siti Sarah, dan tempat keempat dimenangi oleh AJ yang merupakan protege kepada Tam Spider.

Trivia sunting

Rancangan ini sudah dua kali bertembung dengan kejohanan bola sepak Piala Dunia iaitu pada 2006 dan 2010 dan ia merupakan rating penonton rancangan ini yang paling buruk sebaik sahaja bertembung dengan kejohanan bola sepak terunggul di dunia itu.

Anugerah dan pencapaian sunting

Tahun Anugerah Kategori Karya Tercalon Keputusan
2018 Anugerah Skrin 2018 Rancangan Realiti Terbaik Mentor Otai Akhir Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Khadijah Ibrahim (23 Jun 2006). "Konsert Prolog tentukan protege Mentor 2". Utusan Malaysia. Dicapai pada 22 Mac 2009.
  2. ^ "Sabahan wins Mentor finals". The Star. 4 Disember 2006. Dicapai pada 22 Mac 2009.

Pautan luar sunting