Mentor (musim 3)

(Dilencongkan dari Mentor 3)

Mentor 3 ialah musim ketiga bagi siri asal Mentor dimana ianya sebuah rancangan realiti televisyen berbentuk pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh TV3 dimana program ini memperlihatkan penyanyi-penyanyi terkenal tanah air yang bergelar Mentor akan memilih dan membimbing peserta yang dipanggil Protege untuk menjadi seorang artis dan pelapis dimasa akan datang. Musim ketiga mulai disiarkan pada 9 April 2009 iaitu pada hari Ahad jam 9 malam di saluran TV3.

Mentor
Negara asalMalaysia
Bilangan episod10
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal19 April 2009 – 10 Julai 2009
Pautan luar
[[1] Laman sesawang]

Format rancangan

sunting

Rancangan Mentor musim ketiga ini terdiri daripada peringkat ujibakat (disiarkan pada 19 April, 9.00 malam), Konsert Mingguan Mentor (Ahad, 9.00 malam, mulai 3 Mei), Jurnal Protege (Isnin hingga Jumaat, 7.28-7.30 malam) dan Jurnal Mentor (Ahad, 5.30-6.00 petang). Konsert Mingguan memberi laluan kepada Konsert Jomheboh sebulan sekali sepanjang pertandingan.

Konsert mingguan dilangusngkan pada setiap Ahad mulai 10 Mei hingga peringkat akhir pada 12 Julai yang menyaksikan Hanifah bin Md Hanafiah atau "Black", iaitu protege Mas Idayu, dinobatkan sebagai juara keseluruhan musim ini.[1]

Mentor musim ketiga telah menamatkan penyiarannya pada 12 Julai 2009.

Ujibakat

sunting

Keenam-enam mentor mengadakan sesi ujibakat masing-masing di hari-hari berlainan pada bulan Mac dan April. Sesi-sesi ujibakat tersebut diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, kecuali sesi Awie di Hotel Sri Pacific (berhampiran PWTC), Kuala Lumpur.

14 Mac: Jaclyn Victoria
15 Mac: Mas Idayu
21 Mac: Lah Ahmad
22 Mac: Adibah Noor
28 Mac: Ajai
4 April: Awie

Di samping syarat umum yang menetapkan peserta berusia antara 17-25 tahun dan datang secara solo, setiap mentor menetapkan kehendak tersendiri dalam pencarian bakat masing-masing.

Misalnya, Adibah mengehendaki anak didiknya sudah menghabiskan pelajaran sekolah menengah dan fasih bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Awie pula hanya membenarkan kaum wanita menjadi anak didiknya kerana hendak memberi peluang kepada kaum wanita memeriahkan muzik rock tempatan yang didominasi kaum lelaki. Bagaimanapun, dilaporkan seramai 15 orang lelaki menghadiri ujibakat Awie tanpa menghiraukan syarat wanita sahaja tersebut, lalu terpaksa diusir oleh mentor tersebut.[2]

Protege & Mentor

sunting

(Umur protege dicatat sewaktu pertandingan.) Kumpulan A

Protege Umur Asal Mentor
Khairul Najmuddin bin Abu Samah & Hal Husaini bin Razmi (Evo) 17 & 20 Kuala Lumpur & Rembau, Negeri Sembilan Jaclyn Victor
Camellus De'lelli Anam (Chaq) 21 Penampang, Sabah Ajai
Hunanis Zafira binti Huzaini (Fira) 18 Batu Caves, Selangor Lah Ahmad

Kumpulan B

Protege Umur Asal Mentor
Tahiruddin bin Haji Sain (Thye) 22 Kota Belud, Sabah Adibah Noor
Suriani binti Abdul Wahab (Keena) 22 Kuala Lumpur Awie
Hanifah bin Muhammad Hanafiah (Black) 22 Kuala Lumpur Mas Idayu
Catatan
  • ↑a  Mentor-mentor ini terpaksa memilih dua atau lebih orang di ujibakat awal lalu menangguhkan keputusan ke lain hari atau mengadakan ujibakat pusingan kedua untuk menguji mereka sekali lagi.
  • ↑b  Jaclyn melakukan kelainan dengan menggabungkan Hyrul dan Sani menjadi duo bernama Evo, setelah percaya akan keharmonian nyanyian kedua-dua mereka.

Konsert Pengenalan

sunting

Pengenalan Show

sunting

Tarikh disiarkan: 3 Mei 2009
Juri professional: Azmeer & Sazlan Mat Adnan

Protege Lagu (penyanyi asal)
Evo "Hanya Kau Yang Mampu" (Aizat Amdan)
Fira "Killing Me Softly" (Roberta Flack)
Keena "Permata Biru" (Ella)
Black "Lagu Untukmu" (Meet Uncle Hussain)
Thye "Lelaki Ini" (Anuar Zain)
Chaq "My Love" (Justin Timberlake)

Di akhir rancangan, keenam-enam peserta dibahagi kepada dua kumpulan, maka juri Azmeer dan Sazlan menetapkan bahawa Evo, Chaq dan Fira ditempatkan dalam kumpulan A manakala Black, Thye dan Keena pula di kumpulan B.

Konsert Battle

sunting

Battle 1 Show (Group A)

sunting

Tarikh disiarkan: 10 Mei 2009
Juri professional: Zainal Abidin & Cat Farish

Protege Lagu (penyanyi asal) Markah
Fira "Merisik Khabar" (Dato' Sudirman) 39.7
"Jangan Ada Dusta Diantara Kita" (Broery Marantika & Dewi Yull) - duet Lah Ahmad
Evo "Pergi Untuk Kembali" (Ello) - duet Jaclyn Victor 56.4
"Seindah Biasa" + "Cindai" (Dato' Siti Nurhaliza)
Chaq "Terima Kasih Cinta" (Afgan) 67.9
"Gagap" (Stacy) - duet Ajai
Semua "Sempurna" (Andra & The Backbone)


Battle 1 Show (Group B)

sunting

Tarikh disiarkan: 17 Mei 2009
Juri professional: Fauzi Marzuki & Edry KRU

Protege Lagu (penyanyi asal) Markah
Keena "Bintang Kehidupan" (Nike Ardilla) 48.9
"Seiring Sejalan" (Broery Marantika & Dato' Sharifah Aini) - duet Awie
Thye "Lagu Gembira" (Jamal Abdillah) - duet Adibah Noor) 45.0
"Melodrama" (Andrea Bocelli)
Black "Manira" (Noraniza Idris) 72.1
"Selangit" (Mas Idayu) - duet Mas Idayu
Semua "Situasi" (Bunkface)


Battle 2 Show (Group A)

sunting

Tarikh disiarkan: 24 Mei 2009
Juri professional: Aidit Alfian & Nora Ariffin

Protege Lagu (penyanyi asal) Markah
Evo "Itu Kamu" (Estranged) 53.0
"Selalu Mengalah" (Seventeen) - duet Thye
Chaq "Sayang" (Ajai & Marsha) - duet Keena 70.4
"Bila Rasaku Ini Rasamu" (Kerispatih)
Fira "Dan Sebenarnya" (Yuna) + "Bukan Milikmu Lagi" (Agnes Monica) 50.6
"Cinta Antara Kita" (Duta & Baizura Kahar) - duet Black
Semua "Sesuatu Janji" (Taufik Batisah)


Battle 2 Show (Group B)

sunting

Tarikh disiarkan: 7 Jun 2009
Juri professional: Adnan Abu Hassan & David Arumugam

Protege Lagu (penyanyi asal) Markah
Black "Ku T'lah Jatuh Cinta" (Agnes Monica) 77.4
"Srikandi Cintaku" (Bloodshed) - duet Evo
Keena "Gemuruh" (Wings) - duet Fira 52.4
"Tak Ada Logika" (Agnes Monica)
Thye "Selasihku Sayang" (Dato' Ahmad Jais & Datin Rafeah Buang) 65.2
"Pilihlah Aku" (Latif Ibrahim) - duet Chaq
Semua "Bencinta" (Faizal Tahir)


Battle 3 Show (Group A)

sunting

Tarikh disiarkan: 14 Jun 2009
Juri professional: Johan Nawawi & Fauziah Latiff

Protege Lagu (penyanyi asal) Markah
Chaq "Mana Satu Idaman Kalbu" + "Malam Ku Bermimpi" (P. Ramlee & Saloma) - duet Alyah 52.6
"Apologize" (Timbaland)
Evo "Ku Tak Bisa" (Slank) - duet Tomok 52.3
"Lagu Jiwa Lagu Cinta" (Mawi & M. Nasir)
Fira "Terlanjur Cinta" (Pasha & Rossa) - duet Faizal Tahir) 72.1
"Ayat Ayat Cinta" (Rossa) + "Just Dance" (Lady Gaga)

Tersingkir: Evo

Battle 3 Show (Group B)

sunting

Tarikh disiarkan: 21 Jun 2009
Juri professional: Helen Yap & Liza Hanim

Protege Lagu (penyanyi asal) Markah
Thye "Salam Terakhir" + "Anak Gembala" (Dato' Sudirman) - duet Bob Yusof 76.4
"Orak Arik" (Zainal Abidin)
Black "Bertakhta Dihati" (Farahdhiya) - duet Farahdhiya 60.0
"Hitam Manis" (R. Azmi)
Keena "Dia Datang" (Fadzil Ahmad) - duet Dato' M. Daud Kilau 48.6
"Si Baju Hijau" (Sanisah Huri)

Tersingkir: Keena

Konsert Semifinals

sunting

Semifinal 1 Show

sunting

Tarikh disiarkan: 28 Jun 2009
Juri professional: Hattan & Syafinaz Selamat

Protege Lagu (penyanyi asal) Markah
Chaq "Inilah Nasibku" (Nico) + "Fanatik" (KRU) 54.9
Thye "Keroncong Untuk Ana" (Dato' M. Nasir) + "Hatinya Tak Tahan" (Noraniza Idris) 39.8
Fira "Pulangkan" (Misha Omar) + "Whine Up" (Kat DeLuna) + "Nirmala" (Dato' Siti Nurhaliza) 43.1
Black "Tasik Utara" (GahMuhyi) + "Cik Mek Molek" (Dato' M. Daud Kilau) + "Hijau" (Zainal Abidin) 63.3

Tersingkir: Thye

Semifinal 2 Show

sunting

Tarikh disiarkan: 5 Julai 2009
Juri professional: Jay Jay & Ning Baizura

Protege Lagu (penyanyi asal) Markah
Black "Yang Pernah" (Estranged) + "Telinga Ke Tulang" (Spider) 76.4
"Madah Berhelah" (Ziana Zain) - duet Mas Idayu
Chaq "Mengenangmu" (Kerispatih) - duet Ajai 56.5
"Smooth Criminal" + "Beat It" + "Billie Jeans" + "You Are Not Alone" (Michael Jackson)
Fira "Dimanakan Ku Cari Ganti" (P. Ramlee) + "Makhluk Tuhan Paling Seksi" (Mulan Jameela) 60.0
"Khabie Khushi Khabi Gham" (Lata Mangeshkar) + "Poco Poco" (Inul Daratista) - duet Lah Ahmad

Tersingkir: Tiada penyingkiran.

Konsert Grand Finale

sunting

Grand Finale Show

sunting

Tarikh disiarkan: 12 Julai 2009
Juri professional: Acis, Zainal Abidin & Sheikh Haikel

Segmen 1
Protege Lagu (penyanyi asal)
Black "Jeritan Batinku" (P. Ramlee) + "Jangan Kau Mimpi" (Siti Sarah) + "Nakal" (Gigi)
Fira "Bukan Niatku" (Fira)
(Lagu & Lirik: Sharon Paul)
Chaq "Tapi Bukan Aku" (Kerispatih) + "Revolusi" (Bunkface)
Segmen 2
Protege Lagu (penyanyi asal)
Black "Di Alam Fana Cinta" (Fotograf) + "Sinar" (May) - duet Shamrin & Mus May
Fira "Hurt" (Christina Aguilera) + "Right Round" (Florida) + "Don't Stop The Music" (Rihanna) - duet One Nation Emcees
Chaq "Penjelasan Satu Persatu" (Chaq)
(Lagu & Lirik: Ajai)
Segmen 3
Protege Lagu (penyanyi asal)
Black "Aku Rindu Sayang Kamu" (Black)
(Lagu & Lirik: Yuzai Juperi)
Fira "Atas Nama Cinta" (Rossa) + "Mentera Semerah Padi" (Dato' M. Nasir & Spider) + "Joget Berhibur" (Dato' Siti Nurhaliza)
Chaq "Aku Cinta Aku Rindu" (Ajai & Nurul) + "Jai Ho" (The Pussycat Dolls) + "Boom Boom Pow" (The Black Eyed Peas) - duet Stacy

Tempat Ketiga: Fira (52.3)
Naib Juara: Chaq (52.6)
Juara: Black (75.0)

Rujukan

sunting
  1. ^ Wahida Asrani (13 Julai 2009). "Kemenangan Black berjaya tukar persepsi imej dangdut Mas Idayu?". mStar Online. Dicapai pada 13 Julai 2009.
  2. ^ "Mentor: Awie Suruh Peserta Lelaki Pulang!". gua.com.my. 2009-04-06. Dicapai pada 2009-04-21.

Pautan luar

sunting