Menumbok ialah sebuah daerah kecil dalam daerah Kuala Penyu, Sabah, Malaysia yang juga merupakan satu daripada tiga bahagian pentadbiran dalam daerah Kuala Penyu. Bandar ini juga ditadbir sebagai sebuah daerah kecil dalam bidang kuasa daerah Kuala Penyu. Terdapat sebuah pelabuhan kecil di negeri Sabah, yang berfungsi sebagai pintu masuk utama ke Labuan dari tanah besar.

Menumbok
Jeti Menumbok, Jeti yang menjadi pintu masuk dari Sabah ke Labuan
Jeti Menumbok, Jeti yang menjadi pintu masuk dari Sabah ke Labuan
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPedalaman
Keluasan
 • Jumlah19.165 km2 (7.400 batu persegi)

Sejarah sunting

 
Pejabat Daerah kecil Menumbok

Asal usul nama menumbok

Menurut cerita orang-orang tua yang terdahulu, daerah ini mempunyai dua legenda yang tersendiri yang sukar untuk dipercayai namun hakikatnya adalah diterima pakai oleh orang-orang kampung di sini. Kisah yang pertama menceritakan bahawa nama daerah ini berpunca daripada seekor ikan besar yang mati terdampar di perkampungan ini iaitu sejenis ikan menumbok. Kisah yang keduanya pula menceritakan keadaan air sungai dari Sungai Padas Damit yang mengalir deras menuju ke muara bertembung dengan air laut dari air laut ketika air pasang bertepatan di perkampungan ini iaitu di Menumbok. Dengan gelaran ini, maka disebut-sebut sehingga sekarang Menumbok.

Geografi sunting

Daerah Kecil Menumbok mempunyai keluasan 74 batu persegi atau 19,165 hektar dan terletak di barat daya negeri Sabah, iaitu di Bahagian Pedalaman dalam Daerah Kuala Penyu. Daerah ini terletak hampir 165 km dari Kota Kinabalu. Ia juga berhadapan dengan Pulau Labuan dan oleh sebab inilah ia dikenali sebagai pintu masuk ke tanah besar Negeri Sabah. Daerah ini dihubungkan melalui jalan raya dengan Kuala Penyu yang sejauh 47 km dan juga dengan Beaufort yang sejauh 65 km.

Daerah Kecil Menumbok mempunyai tanah rata, tanah berbukit-bukau dan kawasan paya. Kawasan berbukit-bukau dengan paras ketinggian antara 100 – 500 kaki ditumbuhi dengan hutan muda dan hutan semak di samping tanaman getah yang terletak di bahagian barat. Sebahagian besar kawasan menghala ke timur ialah paya yang dipenuhi dengan hutan bakau dan nipah. Terdapat dua batang sungai iaitu Sungai Klias dan Sungai Padas Damit mengalir menghala ke Laut Cina Selatan. Di muara Sungai Klias terletaknya Pekan Menumbok.

Pentadbiran sunting

Kawasan Parlimen : P.177 Beaufort

Kawasan DUN : DUN N.26 Kuala Penyu

JKDB : 1 orang

JKKK : 21 orang

Pentadbiran Mukim sunting

Mukim Mempakul sunting
  1. Kampung Mempakul
  2. Pekan Menumbok
  3. Kampung Laut Menumbok
  4. Kampung Darat Menumbok
  5. Kampung Bukit Nuri
  6. Kampung Peringan
  7. Kampung Sarap / Siampak
Mukim Tanjung Aru sunting
  1. Kampung Tanjung Aru
  2. Kampung Sangkabok
  3. Kampung Lambidan
  4. Kampung Melikai
  5. Kampung Manggis / Golong-Golongan
  6. Kampung Jungkun
  7. Kampung Jagus
Mukim Kilugus sunting
  1. Kampung Kilugus
  2. Kampung Siaun
  3. Kampung Sinapokan
  4. Kampung Matadan
  5. Kampung Kelampun
  6. Kampung Kepayan Skim
  7. Kampung Batu Linting

Demografi sunting

Penduduk Daerah Kecil ini terdiri daripada berbilang bangsa dan kepercayaan agama. Untuk menjamin kepentingan beragama di daerah kecil ini, banyak masjid, surau gereja dan tokong telah dibina. Berikut ialah senarai masjid, surau, gereja dan tokong di Daerah Kecil Menumbok.

Masjid dan surau sunting

  1. Masjid Pekan Menumbok
  2. Masjid Kg. Mempakul
  3. Surau Kg. Darat Menumbok
  4. Surau Kg. Laut
  5. Surau Kg. Sekalong
  6. Surau Kg. Bukit Nuri
  7. Surau Kg. Peringan
  8. Surau Kg. Melikai
  9. Surau Kg. Sarap/Siampak
  10. Surau Kg. Manggis
  11. Surau Kg. Jungkon
  12. Surau Kg. Sinapokan
  13. Surau Kg. Kilugus
  14. Surau Kg. Kepayan Skim
  15. Surau Kg. Lambidan
  16. Surau Kg. Jagus
  17. Surau Kg. Sangkabok
  18. Surau Kg. Tanjung Aru
  19. Surau Kg. Siaun

Gereja sunting

  1. Chapel St. Ambrose, Kg. Padang Golf
  2. Chapel St. Thomas, Kg. Kelampun
  3. Chapel Kg. Batu Linting

= Tokong sunting

  1. Tokong Cina, Pekan Menumbok.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting