"Menyantun Kasih" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh Siti Nordiana. Lagu ini ialah hasil nukilan oleh M. Nasir dan dikelurkan pada 14 Oktober 2022 oleh Luncai Emas.[1][2] Sebuah muzik video telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini.

"Menyantun Kasih"
Single oleh Siti Nordiana
Dilancarkan pada14 Oktober 2022
Dirakamkan padaApril – Julai 2022
Format
GenrePop
Panjang4:28
SyarikatLuncai Emas
Penulis
PenerbitM. Nasir
Kronologi single Siti Nordiana
""Amaran"
(2021)"
"Menyantun Kasih"
"Menyantun Kasih" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penerbitan sunting

"Menyantun Kasih" ialah kolaborasi sulung Siti Nordiana dan M. Nasir.[3] Ditanya mengenai gaya dan alunan muzik lagu ini, beliau berkata:

"Pertama kali Nana dengar demo lagu ini, Nana terus jatuh cinta. Susunan muzik lagu ini menggunakan elemen etnik Sunda yang lain daripada lagu-lagu Nana sebelum ini. Ia membuatkan satu pembaharuan untuk Nana. Liriknya menceritakan tentang kesetiaan seseorang yang bertahan demi cinta. Walaupun ditinggalkan, dia masih rasa sayang kepada kekasihnya. Banyak juga cabaran dan pengalaman sewaktu merakam lagu ini. Dato’ M. Nasir sendiri yang bimbing Nana dari segi penghayatan dan lontaran. Keon pula menerangkan erti lirik itu, agar Nana faham apa yang Keon ingin sampaikan. Ia merupakan satu pengalaman yang Nana tak dapat lupakan,".

Nana juga berkata, beliau mengambil masa lima tahun sejak 2017 untuk mendapatkan khidmat Nasir untuk memberikan lagu ciptaannya.[4][5][6] Menurutnya, beliau perlu melalui empat kali proses rakaman antara April hingga Julai 2022 sebelum Nasir berpuas hati dengan hasilnya.[2]

Muzik video sunting

Muzik video untuk "Menyantun Kasih" dikeluarkan serentak dengan pelancaran rasmi lagunya pada 14 Oktober 2022. Ia diarahkan oleh Yussuf Yunus.[1] Muzik videonya telah meraih jumlah tontonan sebanyak 200 ribu kali sejak dikeluarkan.[4]

Format dan senarai runut sunting

Muat turun digital[7]
  1. "Menyantu Kasih" – 4:28

Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 14 Oktober 2022 Muat turun digital[7]
Pensitriman digital[8]
Luncai Emas

Rujukan sunting

  1. ^ a b Budiey (15 Oktober 2022). "Impian Siti Nordiana Nyanyi Lagu M. Nasir Tercapai Melalui MENYANTUN KASIH". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 Oktober 2022.
  2. ^ a b Sudirman Mohd Tahir (14 Oktober 2022). "Lima tahun Siti Nordiana tunggu M Nasir". Harian Metro. Dicapai pada 19 Oktober 2022.
  3. ^ "Impian Siti Nordiana termakbul". Media Permata. 17 Oktober 2022. Dicapai pada 30 Oktober 2022.
  4. ^ a b Fauzan Uda Ahmad (19 Oktober 2022). "Siti Nordiana ambil masa 5 tahun untuk pikat M Nasir! Akhirnya diberi lagu Menyantun Kasih!". Kita Reporters. Dicapai pada 30 Oktober 2022.
  5. ^ Syahdeen Tahir (14 Oktober 2022). "'Hampir lima tahun baru dapat lagu Datuk M. Nasir' - Siti Nordiana". Astro Awani. Dicapai pada 30 Oktober 2022.
  6. ^ Farihad Shalla Mahmud (15 Oktober 2022). "Berbaloi tunggu lima tahun". Berita Harian. Dicapai pada 30 Oktober 2022.
  7. ^ a b "Menyantun Kasih - Single by Siti Nordiana on Apple Music". Apple Music. Dicapai pada 30 Oktober 2022.
  8. ^ "Menyantun Kasih - Single by Siti Nordiana". Spotify. Dicapai pada 30 Oktober 2022.