Menyemai Cinta Bersamamu

Lagu nyanyian asal penyanyi Nora yang dicipta oleh Azlan Abu Hassan dan lirik ditulis oleh Ucu dimuatkan dalam album Kirana pada tahun 2000. Lagu ini pernah memenangi 2 anugerah dari Anugerah Industri Muzik ke-8 iaitu lagu terbaik dan susunan muzik terbaik. Ia diterbitkan oleh Azlan Abu Hassan dan susunan muzik(kibod) serta adunan dan rakaman dibuat oleh beliau sendiri di Grooveworks Studio, Kajang.