Mercedes-Benz SLR McLaren

Mercedes-Benz SLR McLaren adalah model kereta supercar buatan Jerman hasil usaha sama Mercedes-Benz dan McLaren Automotive. Ia dipasang di Pusat Teknologi McLaren di Woking, England. DaimlerChrysler memiliki 40% saham di dalam Kumpulan McLaren.

Mercedes-Benz SLR McLaren
Sebuah SLR McLaren perak ditontonkan semasa Pameran Motor Eropah di Brussel.
Maklumat
PengilangMercedes-Benz
Syarikat indukDaimlerChrysler AG
Pengeluaran2003-sekarang
(3,500 unit dirancang)
KelasSupercar/grand tourer
Gaya badanCoupé 2 pintu
roadster 2 pintu
Reka letakFMR
EnjinEnjin 5.5 L V8 dengan pengecas super
PenghantaranTransmisi automatik 5-kelajuan
Jarak roda2700 mm (106.3 in)
Panjang4656 mm (183.3 in)
Lebar1908 mm (75.1 in)
Tinggi1261 mm (49.6 in)
Berat Curb1768 kg (3898 lb)

Mercedes-Benz SLR McLaren diklasifikasikan sebagai supercar sebagaimana model-model kereta berprestasi tinggi seperti Porsche Carrera GT dan Ferrari Enzo. Sesetengah pengkritik turut mengklasifikasikan kereta ini sebagai Super GT kerana penggunaan transmisi automatik di dalamnya. Walau bagaimanapun, kedua-dua kategori tersebut boleh diguna pakai memandangkan matlamat utama pembangunan model ini adalah untuk menggabungkan ciri-ciri kereta Super GT dan supercar.

Menggunakan transmisi automatik 5 kelajuan, Mercedes-Benz SLR McLaren adalah kereta transmisi automatik terpantas di dunia. SLR adalah kependekan bagi "Sport, Leicht, Rennsport" (sport, light, racing). Mercedes-Benz merancang untuk membina hanya 700 unit kereta tersebut setahun dengan pengeluaran sepanjang 7 tahun (jumlah dirancang: 3,500 unit). Harga asas adalah dari £300,000 (harga jualan di Malaysia adalah lebih tinggi).

Sejarah sunting

Pembangunan model Merces-Benz diinspirasikan daripada kereta Mercedes-Benz 300 SLR model tahun 1955 yang sebenarnya berasaskan kereta W196 F1, tetapi dinamakan sempena Mercedes 300SL Gullwing.

Sepintas lalu sunting

 
Bahagian enjin SLR McLaren

Brek sunting

SLR McLaren menggunakan brek cakera angkup tetap dengan cakera brek karbon-seramik untuk kuasa membrek yang lebih baik di samping tahan kabur. Mercedes-Benz mendakwa brek tersebut tahan kabur sehingga 1000 °C. Cakera brek hadapan berdiameter 370 mm dengan angkup 8 piston manakala cakera brek belakang pula berdiameter 360 mm dengan angkup 4 piston. Hasilnya, sistem brek bagi Mercedez-Benz SLR McLaren mampu menghasilkan kuasa membrek maksimum sejumlah 1,500 kW.

Enjin sunting

  • Enjin: Enjin V8 SOHC 5.4 L (5439 cc) bersudut 90-darjah dengan pengecas super, 3 injap sesilinder
  • Kuasa kuda: 617 bhp (460 kW) @ 6,500 rpm
  • Kilasan: 780 N-m @ 3,250 rpm
  • Lubang x lejang (mm): 97 x 92
  • Nisbah mampatan: 8.8:1
  • Transmisi: Transmisi automatik 5-kelajuan
  • Kelajuan maksimum: 334 km/j

Transmisi sunting

Sungguhpun Mercedes-Benz mempunyai teknologi transmisi automatik 7-kelajuan yang dikenali sebagai 7G-Tronic, namun kotak gear tersebut tidak digunakan di dalam SLR McLaren kerana tidak mampu untuk menampung kuasa dan kilasan bagi model-model berprestasi tertinggi seperti SLR65 AMG, S65 AMG, SL65 AMG dan CL65 AMG. Sungguhpun demikian, kotak gear 5-kelajuan yang digunakan menawarkan 3 mod pemanduan iaitu Sporty, Comfort dan Manual.

Nisbah gear adalah seperti berikut:-

Gear 1 2 3 4 5 Pacuan akhir
Nisbah 3.56:1 2.19:1 1.41:1 1.00:1 0.83:1 3.06:1

Prestasi sunting

Bergantung kepada sumber, kereta tersebut memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa lebih kurang 3.5 saat, 0-200 km/j dalam masa 10.6 saat, dan 0-300 km/j dalam masa 28.8 saat. Pengeluar mendakwa kelajuan maksimum ialah 334 km/j, tetapi ada penulis majalah automtif yang mencatat kelajuan maksimum 340 km/j. Angka-angka tersebut menjadikan Mercedes-Benz SLR McLaren sebagai kereta transmisi automatik dengan penukar kilasan yang terpantas di dunia.

Badan SLR McLaren menggunakan gentian karbon, menjadikannya lebih ringan. Tidak seperti kebanyakan supercar yang mengabaikan aspek kemewahan untuk mengurangkan berat, Mercedes-Benz SLR McLaren adalah supercar paling mewah di dunia.

Pautan luar sunting