Mercedes-Benz dalam Formula Satu

(Dilencongkan dari Mercedes Grand Prix)

Koordinat: 52°01′19″N 1°08′42″W / 52.021964°N 1.144899°W / 52.021964; -1.144899

Mercedes-Benz kini bersaing dalam Formula Satu, dan bertanding sebagai Mercedes AMG Petronas Formula One Team, yang berpangkalan di Brackley, United Kingdom dengan menggunakan lesen Jerman. Mercedes-Benz telah bertanding dalam Kejuaraan Eropah dengan memenangi tiga gelaran, bertanding dalam Formula Satu pada tahun 1954, dan bertanding sebagai satu pasukan selama dua tahun. Mercedes-Benz kembali sebagai pembekal enjin pada tahun 1994, dan dua kejuaraan pengeluar dan empat kejuaraan pemandu telah dimenangi dengan enjin Mercedes-Benz. Mercedes bertanding sejak tahun 2010 selepas pembelian Brawn GP. Mercedes telah memenangi dua kejuaraan pemandu dan sepuluh perlumbaan sebagai satu pasukan dalam Formula Satu.

Jerman Mercedes
Nama penuhMercedes-AMG Petronas Motorsport (2017–2019)
Mercedes AMG Petronas Formula One Team (2012–2019, 2022–)
Mercedes GP Petronas Formula One Team (2010–2011)
Daimler-Benz AG (1954–1955)
PangkalanBrackley, Northamptonshire, United Kingdom[1]
Ketua pasukanToto Wolff
Ketua Pegawai EksekutifMike Elliott
Pengarah teknikalJames Allison
Laman sesawangwww.mercedesamgf1.com
Nama terdahuluBrawn GP Formula One Team
Formula Satu musim 2023
Pemandu44. United Kingdom Lewis Hamilton[2]
63. United Kingdom George Russell[3]
Pemandu ujian47. Jerman Mick Schumacher[4]
CasisMercedes F1 W14[5]
EnjinMercedes-Benz
TayarPirelli
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Penampilan pertamaGrand Prix Perancis 1954
Perlumbaan terkiniGrand Prix Abu Dhabi 2023
Perlumbaan disertai293
Kejuaraan Pengeluar8
Kejuaraan Pemandu9
Kemenangan125
Petak pertama137
Pusingan terpantas105
Kedudukan 2023Ke-2 (409 mata)

Selepas memenangi perlumbaan pertama mereka di Grand Prix Perancis 1954, pemandu pasukan, Juan Manuel Fangio, memenangi tiga lagi Grand Prix untuk memenangi Kejuaraan Pemandu tahun tersebut, dan mengulangi kejayaan ini pada tahun berikutnya apabila beliau memenangi gelaran tersebut buat kali kedua dengan Mercedes. Walaupun memenangi dua kejuaraan, Mercedes-Benz menarik diri daripada sukan permotoran disebabkan insiden Le Mans 1955, dan tidak kembali sehingga menyertai semula sebagai pembekal enjin dengan persatuan bersama Ilmor. Walaupun Mercedes-Benz kembali sebagai pengeluar, tahap kejayaan masih lagi rendah. Sejak Mercedes kembali ke Formula Satu, tahap kejayaan mereka masih lagi rendah, dengan hanya memenangi empat perlumbaan, tiga oleh Nico Rosberg dan satu oleh Lewis Hamilton pada musim 2012 dan 2013. Rangkaian kuasa berprestasi tinggi Mercedes AMG pula membekalkan enjin kepada pasukan McLaren dan Force India.

Sejarah sunting

Silver Arrows (1930-an) sunting

Mercedes-Benz dahulunya bertanding dalam perlumbaan bermotor Grand Prix pada tahun 1930-an, apabila Silver Arrows menguasai pertandingan bersama pesaing utama mereka, Auto Union. Kedua-dua pasukan telah banyak dibiayai oleh rejim Nazi, dengan memenangi kesemua Kejuaraan Grand Prix Eropah selepas tahun 1932, di mana Rudolf Caracciola memenangi tiga kejuaraan bersama Mercedes-Benz.[6]

 
Fangio di Grand Prix Jerman 1954

Daimler-Benz AG (1954–1955) sunting

Pada tahun 1954, Mercedes-Benz kembali kepada apa yang kini dikenali sebagai Formula Satu (Kejuaraan Dunia telah ditubuhkan pada tahun 1950), dengan menggunakan teknologi canggih (Mercedes-Benz W196).[7] Kereta tersebut menggunakan konfigurasi roda terdedah konvensional dan dalam versi yang selaras, yang melindungi roda dan mempunyai rangka yang lebih luas. Juan Manuel Fangio, juara musim 1951, menyertai Mercedes-Benz dari pasukan Maserati pada pertengahan musim untuk beraksi pada perlumbaan pertama mereka di Grand Prix Perancis pada 4 Julai 1954. Mercedes bermula dengan cemerlang, dengan mencatat kemenangan 1-2 dengan Fangio dan Karl Kling, serta menetapkan pusingan terpantas (Hans Herrmann). Fangio memenangi tiga lagi perlumbaan pada tahun tersebut dan memenangi kejuaraan tahun tersebut.

Mercedes mendominasi musim berikutnya,[7] dengan Fangio memenangi empat perlumbaan, dan rakan sepasukan baru beliau, Stirling Moss, memenangi Grand Prix British. Fangio menamatkan musim sebagai juara dan Moss sebagai naib juara. Bencana di 24 Jam Le Mans pada 11 Jun yang mengorbankan pemandu kereta sport Mercedes, Pierre Levegh, dan lebih daripada 80 penonton menyebabkan Grand Prix Perancis, Jerman, Sepanyol dan Switzerland dibatalkan.[8] Selepas insiden ini, Mercedes menarik diri daripada sukan permotoran, termasuk Formula Satu, pada akhir musim ini.[7]

Mercedes GP dan Mercedes AMG Petronas F1 Team (2010–kini) sunting

Mercedes kembali ke Formula Satu pada musim 2010 selepas membeli kepentingan minoriti (45.1%) pasukan Brawn GP, dan Aabar Investments membeli 30% kepentingan minoriti tersebut pada 16 November 2009,[9] dengan Ross Brawn meneruskan tugasnya sebagai ketua pasukan dan terus bertapak di Brackley.[10] Berikutan pembelian Brawn GP, serta perjanjian penajaan dengan Petronas,[11] pasukan itu dinamakan semula sebagai Mercedes GP Petronas Formula One Team.[12] Pasukan ini mempunyai sejarah yang lama, yang dijejak semula ke Tyrrell Racing, yang bertanding sebagai pengeluar dari tahun 1970 sehingga tahun 1998, sehinggalah dibeli oleh British American Tobacco untuk menjadi British American Racing pada tahun 1999. BAR kemudiannya menjadi Honda Racing F1 Team pada tahun 2006 apabila BAT menarik diri daripada sukan tersebut. Ia sekali lagi bertukar tangan pada tahun 2008, apabila Honda menarik diri dan dibeli oleh pengurusan pasukan, yang menamakannya Brawn GP. Brawn menggunakan enjin Mercedes, dan walaupun mempunyai bajet yang rendah, Jenson Button berjaya memenangi enam daripada tujuh perlumbaan pertama dan akhirnya berjaya memenangi Kejuaraan Pemandu Dunia 2009 dan Brawn memenangi Kejuaraan Pengeluar. Ia adalah kali pertama dalam sejarah sukan tersebut di mana sebuah pasukan memenangi kedua-dua gelaran pada musim pertama mereka.

 
Nico Rosberg mendapat podium Mercedes yang pertama sejak tahun 1955 di Grand Prix Malaysia 2010.

Nico Rosberg, menyertai pasukan Mercedes selepas kontrak beliau tamat dengan Williams. Juara dunia sebanyak tujuh kali, Michael Schumacher,[13] kembali dari persaraan beliau untuk menyertai pasukan, dan Nick Heidfeld menjadi pemandu ujian dan pemandu simpanan. Daripada pemandu pasukan Brawn pada musim 2009, Jenson Button, menyertai McLaren, manakala Rubens Barrichello menyertai pasukan Williams untuk musim 2010. Dengan pengambilalihan Brawn, Mercedes menamatkan penglibatan mereka dengan McLaren. Syarikat induk Daimler AG dijual kembali 40% pegangan saham dalam McLaren Group, manakala mereka terus membekalkan enjin kepada pasukan.[14]

Prestasi pasukan sepanjang musim 2010 tidak seperti di bawah nama Brawn, dengan Mercedes berada di bawah tiga pasukan utama, Ferrari, McLaren dan Red Bull. Hasil terbaik mereka datang dari Rosberg, yang mendapat podium sebanyak tiga kali, dengan mendapat tempat ketiga di Sepang, Shanghai dan Silverstone. Rosberg menamatkan musim di tangga ketujuh dalam Kejuaraan Pemandu, namun Schumacher mengalami musim yang mengecewakan. Beliau gagal mendapat kemenangan, podium, petak pertama atau pusingan terpantas buat kali pertama sejak musim pertamanya pada tahun 1991. Beliau juga terlibat dalam sebuah kontroversi di Hungary selepas hampir berlanggar dengan bekas rakan sepasukan Ferrari beliau, Rubens Barrichello ke dinding pada 290 km/j. Akhirnya, pasukan menamatkan musim di tangga keempat dalam Kejuaraan Pengeluar, dengan 214 mata.

 
Michael Schumacher di Grand Prix Malaysia 2011.

Sebelum musim 2011, Daimler dan Aabar membeli baki kepentingan 24.9% yang dimiliki oleh pengurusan pasukan pada bulan Februari 2011.[15] Dengan menggunakan MGP W02, Schumacher dan Rosberg terpaksa bersara dari perlumbaan disebabkan kerosakan akibat kemalangan. Di Malaysia, Rosberg bermula dari tempat kesembilan dan Schumacher sekali lagi gagal untuk memasuki Q3, dan bermula dari tempat kesebelas. Schumacher mendapat mata kejuaraan pertama Mercedes untuk musim ini dengan mendapat tempat kesembilan, manakala Rosberg mendapat tempat ke-12. Di China, Rosberg dan Schumacher menunjukkan prestasi yang kuat, dengan Rosberg mendapat tempat kelima serta mengetuai empat belas pusingan perlumbaan, manakala Schumacher mendapat tempat kelapan. Rosberg mendapat tempat kelima sekali lagi, kini di Turki, manakala di Sepanyol, Schumacher menamatkan perlumbaan di tempat keenam, di hadapan Rosberg.

Di Monaco, Schumacher menyamai keputusan terbaiknya untuk Mercedes, dengan mendapat tempat keempat. Di Valencia, Rosberg mendapat tempat ketujuh, dan Schumacher mendapat tempat ke-17, selepas berlanggar dengan Vitaly Petrov. Rosberg dan Schumacher kedua-dua menamatkan perlumbaan di luar kedudukan mata pada dua perlumbaan berikutnya di Great Britain dan Jerman. Isu kotak gear menyebabkan Schumacher gagal mendapat mata di Grand Prix Hungary, tetapi Rosberg berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan. Di Grand Prix Belgium, Schumacher bermula dari tempat terakhir selepas kehilangan roda semasa pusingan kelayakan. Namun begitu, beliau berjaya mengutip mata dengan mendapat tempat kelima, manakala Rosberg mendapat tempat keenam, setelah mendahului perlumbaan tersebut pada peringkat awal. Sekali lagi, Mercedes menduduki tempat keempat dalam Kejuaraan Pengeluar, seperti pada tahun 2010, dengan 165 mata. Musim ini merupakan musim yang mengecewakan kerana kedua-dua Rosberg dan Schumacher gagal mendapat kemenangan, menaiki podium atau mendapat petak pertama.

 
Michael Schumacher di Grand Prix Monaco 2012

Bagi musim 2012, nama GP dikeluarkan dari nama pasukan dan digantikan dengan AMG, iaitu bahagian berprestasi tinggi Mercedes, kepada gelaran mereka. Pasukan ini akan dikenali sebagai Mercedes AMG Petronas F1 Team.

Pada perlumbaan ketiga musim ini di China, Rosberg mendapat petak pertama dan Schumacher pula bermula dari tempat ketiga, namun dinaikkan ke tempat kedua disebabkan penalti kedudukan yang diberikan kepada Lewis Hamilton. Pasukan memperolehi kemenangan pertama mereka dalam masa 57 tahun apabila Nico Rosberg memenangi perlumbaan tersebut. Di samping itu, Rosberg menjadi pemandu Jerman yang pertama untuk memenangi sebuah Grand Prix dengan memandu kereta Jerman sejak kemenangan Hermann Lang di Grand Prix Switzerland 1939.

Pada 28 September 2012, ia telah diumumkan bahawa Lewis Hamilton akan menyertai Mercedes dari musim 2013 dan seterusnya, setelah menandatangani kontrak tiga tahun dan akan menjadi rakan sepasukan Nico Rosberg.[16] Pada 26 Mei 2013, Nico Rosberg memenangi perlumbaan pertama Mercedes pada musim 2013 di Grand Prix Monaco. Mercedes kemudiannya mendapat tempat ketiga di Grand Prix Kanada, atas usaha Lewis Hamilton, dan diikuti oleh satu lagi kemenangan bagi Rosberg di Grand Prix British selepas Mercedes mendapat tempat 1-2 pada pusingan kelayakan. Pasukan kemudiannya meraih kemenangan ketiga mereka selepas Lewis Hamilton memenangi perlumbaan pertamanya untuk Mercedes di Grand Prix Hungary.

Keputusan lengkap Formula Satu sunting

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan Casis Enjin Tayar Pemandu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Mata WCC
1954 Daimler-Benz Mercedes-Benz W196 Mercedes-Benz 2.5 L8 Continental ARG 500 BEL FRA GBR GER SUI ITA ESP n/a1 n/a1
  Juan Manuel Fangio 13 43 1 1 13 3
  Karl Kling 23 73 4 Ret Ret3 5
  Hans Herrmann Ret3 Ret3 3 43 Ret
  Hermann Lang Ret
1955 Daimler-Benz Mercedes-Benz W196 Mercedes-Benz 2.5 L8 Continental ARG MON 500 BEL NED GBR ITA n/a1 n/a1
  Juan Manuel Fangio 1 Ret 1 1 2 13
  Karl Kling 42 Ret Ret 3 Ret
  Hans Herrmann 42 DNQ
  Stirling Moss 42 9 2 2 1 Ret3
  André Simon Ret
  Piero Taruffi 4 2
1956 – 2009: Mercedes tidak bertanding sebagai satu pasukan
2010 Mercedes GP Petronas F1 Team Mercedes MGP W01 Mercedes-Benz FO 108X 2.4 V8 B BHR AUS MAL CHN ESP MON TUR CAN EUR GBR GER HUN BEL ITA SIN JPN KOR BRA ABU 214 Ke-4
  Michael Schumacher 6 10 Ret 10 4 12 4 11 15 9 9 11 7 9 13 6 4 7 Ret
  Nico Rosberg 5 5 3 3 13 7 5 6 10 3 8 Ret 6 5 5 17 Ret 6 4
2011 Mercedes GP Petronas F1 Team Mercedes MGP W02 Mercedes-Benz FO 108Y 2.4 V8 P AUS MAL CHN TUR ESP MON CAN EUR GBR GER HUN BEL ITA SIN JPN KOR IND ABU BRA 165 Ke-4
  Michael Schumacher Ret 9 8 12 6 Ret 4 17 9 8 Ret 5 5 Ret 6 Ret 5 7 15
  Nico Rosberg Ret 12 5 5 7 11 11 7 6 7 9 6 Ret 7 10 8 6 6 7
2012 AMG Mercedes Petronas F1 Team Mercedes F1 W03 Mercedes-Benz FO 108Z 2.4 V8 P AUS MAL CHN BHR ESP MON CAN EUR GBR GER HUN BEL ITA SIN JPN KOR IND ABU USA BRA 142 Ke-5
  Michael Schumacher Ret 10 Ret 10 Ret Ret Ret 3 7 7 Ret 7 6 Ret 11 13 22† 11 16 7
  Nico Rosberg 12 13 1 5 7 2 6 6 15 10 10 11 7 5 Ret Ret 11 Ret 13 15
2013 Mercedes AMG Petronas F1 Team Mercedes F1 W04 Mercedes-Benz FO 108Z 2.4 V8 P AUS MAL CHN BHR ESP MON CAN GBR GER HUN BEL ITA SIN KOR JPN IND ABU USA BRA 360 Ke-2
  Nico Rosberg Ret 4 Ret 9 4 1 5 1 9 Ret 4 6 4 7 8 2 3 9 5
  Lewis Hamilton 5 3 3 5 12 4 3 4 5 1 3 9 5 5 Ret 6 7 4 9

* Musim sedang dijalankan.
Tidak menamatkan perlumbaan, namun diklasifikasikan kerana melengkapkan lebih daripada 90% jarak perlumbaan.
1 Kejuaraan Pengeluar tidak diberi sehingga musim 1958.
2 Menunjukkan kereta dikongsi.
3 Menunjukkan versi selaras.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Tuntutan". Mercedes-Benz Grand Prix.
  2. ^ "Hamilton signs new two-year contract with Mercedes". formula1.com (dalam bahasa Inggeris). 3 July 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 June 2022. Dicapai pada 18 June 2022.
  3. ^ "George Russell signs for Mercedes: British driver to join Lewis Hamilton for 2022 Formula 1 season". Sky Sports (dalam bahasa Inggeris). 7 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 September 2021. Dicapai pada 18 June 2022.
  4. ^ "Mick Schumacher to join Mercedes as reserve driver for 2023". Formula1.com. 15 December 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 December 2022. Dicapai pada 16 December 2022.
  5. ^ "Shovlin compares Mercedes' 2022 struggles to McLaren in 2009". Formula1.com. 16 August 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 August 2022. Dicapai pada 16 August 2022.
  6. ^ "De geschiedenis van Mercedes-Benz in de Grand Prix-racerij". MotorRacingBlog.nl. 2009-11-20. Dicapai pada 2009-11-30.
  7. ^ a b c "Profil Mercedes-Benz". Grandprix.com. Inside F1. Dicapai pada 20 Februari 2012.
  8. ^ Lang, Mike (1981). Grand Prix! Edisi 1. Haynes Publishing Group. m/s. 82. ISBN 0-85429-276-4.
  9. ^ Straw, Edd (2009-11-16). "Mercedes mengambil alih Brawn". Autosport.com. Haymarket Media. Dicapai pada 2009-11-16.
  10. ^ "Mercedes-Benz mengambil alih Brawn GP". The Guardian. Guardian News and Media. 16 November 2009. Dicapai pada 20 Februari 2012.
  11. ^ "Petronas bersama Mercedes". Formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 21 Disember 2009. Dicapai pada 22 Februari 2012.
  12. ^ "Mercedes mengambil alih Brawn F1". BBC News. 16 November 2009. Dicapai pada 16 November 2009.
  13. ^ "Michael Schumacher bersedia untuk kembali ke F1 dengan Mercedes". BBC Sport. BBC. 23 Disember 2009. Dicapai pada 1 Oktober 2010.
  14. ^ Benson, Andrew (16 November 2009). "Mercedes mengambil alih Brawn F1". BBC News. Dicapai pada 15 Disember 2009.
  15. ^ Noble, Jonathan (28 Februari 2011). "Daimler mengambil alih". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 28 Februari 2011.
  16. ^ Benson, Andrew (28 September 2012). "Lewis Hamilton akan meninggalkan McLaren selepas menandatangani kontrak bersama Mercedes". BBC Sport. BBC. Dicapai pada 28 September 2012.

Pautan luar sunting