Mercury City Tower

Mercury City Tower (Rusia: Меркурий Сити Тауэр) ialah sebuah bangunan pencakar langit 75 tingkat di Moscow, Rusia. Terletak di Pusat Perniagaan Antarabangsa Moscow, pembinaan bangunan ini dimulakan pada tahun 2009. Ketinggian bangunan ini mencecah 338.8 meter (1,112 ka) pada 1 November 2012 dan memintas ketinggian The Shard di London, United Kingdom sebagai bangunan tertinggi di Eropah.[5]

Mercury City Tower
Башня "Меркурий Сити"
Mercury City Tower is located in Bumi
Mercury City Tower
Mercury City Tower (Bumi)
Maklumat umum
StatusSiap dibina
Gaya seni bina
Ekspresionisme struktur
LokasiPusat Perniagaan Antarabangsa
Bandar/pekanMoscow
NegaraRusia
Pembinaan bermula2009
Disiapkan pada
2013
PembiayaanAS$ 1 bilion
Tinggi338.8 m (1,112 ka)
Butiran teknikal
Bilangan tingkat
75
5 di bawah tanah
Keluasan tingkat
180,160 meter persegi (1,939,200 ka2)
Lif/mesin pengangkat
31
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekM.M. Posokhin
Frank Williams and partners
G.L. Sirota
PemajuLLC Rasen Stroy
Jurutera penstrukturan
Mosproject-2
Kontraktor utamaRasen Construction
Rujukan
[1][2][3][4]

Pembinaan sunting

Pada Mei 2011, pihak pemaju mengumumkan bahawa Mercury City Tower telah mencecah 230 meter (750 ka), dengan lebih separuh daripada dinding luar dilitupi dalam salutan berwarna tembaga. Pembinaan bangunan ini telah melepasi menara berketinggian 301.6 meter (990 ka) iaitu Bandar Raya Ibu Kota, yang juga berlokasi di Moscow pada 17 Januari 2012. Pada 25 Julai tahun yang sama, tingkat ke-75nya sedang dibina. Menurut syarikat pemaju yang membangunkan projek Mercury City Tower, bangunan ini mencecah ketinggian 339 meter (1,112 ka) pada 1 November 2012.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ Mercury City Tower di Pangkalan Data Pencakar Langit CTBUH
  2. ^ Mercury City Tower di Emporis
  3. ^ "Mercury City Tower". SkyscraperPage.
  4. ^ Mercury City Tower di Structurae
  5. ^ a b Ilya Khrennikov (1 November 2012). "Moscow Mercury City Tops Shard as Europe's Tallest Tower". Bloomberg. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Julai 2015.

Pautan luar sunting