Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (lebih dikenali sebagai MERCY Malaysia) adalah sebuah organisasi bukan untung yang memberi bantuan perubatan, pembangunan kesihatan dan pengurangan risiko bencana yang mampan untuk masyarakat yang memerlukan dalam situasi krisis dan bukan krisis. Sebagai sebuah pertubuhan bukan keuntungan, MERCY Malaysia bergantung semata-mata kepada pembiayaan dan sumbangan daripada organisasi dan individu yang murah hati untuk meneruskan perkhidmatan mereka untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada penerima, sama ada di Malaysia dan luar negara. Pertubuhan ini didaftarkan mengikut Akta Pertubuhan (1966) di Malaysia, dan ibu pejabat mereka terletak di ibu negara di Kuala Lumpur.

Mercy Malaysia
JenisNGO
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
Penubuhan
PengasasTan Sri Dr Jemilah Mahmood
Diasaskan16 September 1999; 24 tahun yang lalu (1999-09-16)
Identiti
Orang pentingTuanku Diraja Sultan Dr Nazrin Muizuddin Shah (Sultan Perak) (penaung)
Dato' Dr. Ahmad Faizal Perdaus (presiden)
Kawasan berkhidmatSeluruh dunia
FokusKemanusiaan, perubatan
Laman sesawangwww.mercy.org.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Permulaan awal (1999–2003) sunting

MERCY Malaysia telah diasaskan oleh Dr Jemilah Mahmood pada tahun 1999 sebagai tindak balas kepada konflik di Kosovo. Memandangkan tiada pertubuhan yang sedia ada yang boleh menerima beliau sebagai seorang sukarela untuk memberikan perkhidmatan perubatan di sana , beliau dan sekumpulan rakan-rakan mendaftar MERCY Malaysia dengan Pendaftar Pertubuhan dengan objektif untuk memberi bantuan perubatan [1]. Bekerja dengan Helping Hands USA [2], MERCY Malaysia kemudian menghantar sebanyak lima misi ke Kosova untuk menyediakan penjagaan perubatan bergerak. Pada tahun yang sama , MERCY Malaysia menghantar pasukan bantuan kepada Turki sebagai tindak balas kepada gempa bumi di Izmit.

Pada tahun 2000, MERCY Malaysia menyediakan bantuan perubatan kepada Orang Pelarian Dalaman (Internally Displaced Persons) kerana konflik di Maluku, Indonesia.

Tahun berikutnya melihat MERCY Malaysia memberi bantuan keperluan perubatan kepada mereka yang terselamat dari gempa bumi di Gujarat. Pada tahun yang sama, MERCY Malaysia memberi bantuan kepada mereka yang terselamat dari banjir di Kemboja [3] di Kampong Cham[4]. Pada bulan Oktober 2001, MERCY Malaysia telah menghantar satu pasukan ke Afghanistan untuk berkhidmat kepada pelarian di kem-kem pelarian. [5]

Pada tahun 2002, MERCY Malaysia terus menyampaikan perubatan dan mengembangkan operasinya di sepanjang jalan. Pertubuhan ini meneruskan kehadirannya di Kabul, [6] dan kemudian memperluaskan operasinya di Afghanistan untuk menjalankan satu-satunya pusat perubatan di Spin Buldak[7], iaitu satu kawasan terpencil yang terletak kira-kira 100km dari Kandahar. MERCY Malaysia juga melancarkan Tabung Bantuan Kemboja untuk terus menyokong usaha-usaha bantuan akibat banjir di Mekong. [8] Pertubuhan itu juga mula menerima pengiktirafan dan mengumpul dana dan derma yang meningkat daripada pihak luar kerana ia bertindak balas kepada keperluan di Palestin. [9]

Pada tahun 2003, Mercy Malaysia memberi tindakbalas kepada keperluan di Baghdad, Iraq dan menghantar pasukan pertama pada bulan Januari [10]. Pada bulan Februari, MERCY Malaysia melancarkan Tabung Kemanusiaan China dan menghantar satu pasukan sebagai tindakbalas kepada gempa bumi yang menerima magnitud 6.8 skala Richter yang melanda kawasan terpencil di wilayah Xinjiang di barat laut China, berhampiran sempadan dengan Kyrgyzstan dan Tajikistan [11]. Pada bulan April 2003, pasukan MERCY Malaysia disalah-anggap sebagai anasir ganas dan telah diserang di Iraq, di mana Dr Baba Deni dan Dr Jemilah telah cedera dalam kejadian itu [12]. Mei 2003 menyaksikan MERCY Malaysia bertindakbalas kepada rayuan antarabangsa dari Sri Lanka selepas negara itu mengalami banjir dan tanah runtuh yang paling buruk dalam tempoh 60 tahun [13] Satu pasukan terdiri dari enam orang telah dikerahkan ke selatan Sri Lanka untuk memberi bantuan perubatan dan kemanusiaan kritikal kepada mangsa banjir dan tanah runtuh di Ratnapura, yang terletak kira-kira 100km tenggara dari ibu negara di Colombo. Tahun ini ditamatkan dengan misi ke Kerman, Iran berikutan gempa bumi Bam 2003 yang berlaku pada 26 Disember 2003[14]. Sembilan orang -termasuk Dr, seorang doktor badut - menyediakan sokongan perubatan dan psikososial kepada mangsa gempa bumi, dan telah ditempatkan di bekas Hospital Lapangan Itali di Baravat, 5 km dari Bam. [15]

Titik perubahan (2004) sunting

Pada awal tahun 2004, MERCY Malaysia terus bekerja dalam zon konflik, dan melancarkan kempen mengumpul dana dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyediakan beg sekolah untuk kanak-kanak di negara-negara yang dilanda perang seperti Palestin, Afghanistan dan Iraq [16].

MERCY Malaysia memperuntukkan RM1 juta bagi Iraq khususnya dalam bantuan perubatan dan kemanusiaan, dan telah bekerjasama dengan Islamic Relief untuk mengangkut tiga trak bantuan kemanusiaan ke Falluja [17]

MERCY Malaysia juga bertindakbalas kepada rayuan Korea Utara untuk bantuan antarabangsa berikutan perlanggaran kereta api dan letupan di Ryongchon [18] di mana tiga ahli pasukan telah membawa bekalan perubatan bernilai RM50,000.

Pada tahun 2004 , pertubuhan ini mula mendapat pengiktirafan yang lebih untuk kerja kemanusiaannya, di mana ia menerima lima pencalonan bagi Anugerah Kemanusiaan NSTP- PwC Young, [19] dan pada bulan Julai, Dr Jemilah Mahmood telah dilantik menjadi presiden pertama Persekutuan Kebangsaan Badan Bukan Kerajaan untuk Bantuan Bencana Malaysia (NFNDRM) [20]

Dalam bulan yang sama, MERCY Malaysia memberi tindakbalas kepada permintaan daripada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memberikan bantuan perubatan kepada pelarian di Sudan[21]. Selepas penilaian awal, MERCY Malaysia memulakan pengumpulan dana untuk Klinik Kesihatan Bersalin dan Kanak-kanak untuk wanita di El-Geneina di Darfur Barat [22]. Di samping itu, MERCY Malaysia juga membina tempat perlindungan untuk saudara-mara pesakit di Hospital El-Geneina, serta membina pusat makan untuk memenuhi keperluan pemakanan pesakit[23].

Sementara itu, dengan kedatangan musim sejuk di Falluja, kerja amal diteruskan dengan penghantaran barang-barang keperluan kepada Orang Buangan Dalam (IDP) di sana, dan MERCY Malaysia juga menyudahkan pembaikan Hospital Ibn Al-Quff dan Hospital Pengajaran Pediatrik Al-Mansoor di Iraq[24]. Satu lagi projek pembinaan semula yang berjaya di Bam, Iran, juga telah dirasmikan. Satu pusat kesihatan yang baru yang dibiayai oleh rakyat dan kerajaan Malaysia, telah direka untuk menampung 130,000 orang di bandar ini dan merawat sehingga 200 pesakit sehari. [25]. Awal Disember 2004 menyaksikan MERCY Malaysia bertindakbalas kepada keperluan kemanusiaan di Filipina untuk membantu mangsa-mangsa ribut tropika yang telah meninggalkan kira-kira 1,000 mati[26].

Gempa bumi dan tsunami Lautan Hindi 2004 adalah titik perubahan utama untuk MERCY Malaysia. "Kami organisasi antarabangsa pertama tiba (di Aceh) dan ia telah dihebahkan oleh media antarabangsa. Tiba-tiba, orang menyedari wujudnya MERCY Malaysia," sebut Dr Jemilah[27]. Pasukan MERCY Malaysia dihantar ke Aceh [28] dan Sri Lanka[29], di samping membantu mangsa tsunami di dalam negara di Pulau Pinang, Malaysia[30]. Sebuah buku telah dilancarkan pada tahun 2005, bertajuk "A Time To Heal: A Reflection of Mercy Malaysia's Response to the Indian Ocean Tsunami" [31] untuk memperingati bencana yang melanda pada 26 Dis 2004. Buku tersebut mengimbau pengalaman sukarelawan dan pekerja MERCY Malaysia yang bertugas di Malaysia, wilayah Aceh, Indonesia dan Sri Lanka.

Tempoh Pertumbuhan Mendadak (2005-2007) sunting

Awal tahun 2005 telah dipenuhi dengan aktiviti kemanusiaan akibat tsunami, dan MERCY Malaysia sedia mengakui skala bencana telah menjangkaui operasi mereka kepada hadnya [32]. Sokongan orang ramai adalah amat menggalakkan, dan derma mengalir dalam bentuk bantuan kewangan dan juga sumbangan barangan seperti beg mayat [33] dan pakaian. Kutipan barangan derma menjadi tidak terurus pada satu tahap apabila barangan tidak relevan dan tidak boleh digunakan didermakan, dan MERCY Malaysia terpaksa merayu kepada orang ramai supaya tidak melihat organisasi sebagai tempat pembuangan barangan yang tidak diingini[34]. Sebagai sebahagian daripada usaha pembinaan semula bagi mangsa tsunami, MERCY Malaysia telah membina rumah tahan-seismik untuk pelarian dari Kampong Weu Raya dan Sebun Ayu di Lhok Nga, [35] di samping membina semula Pusat Kesihatan Komuniti Meuraxa di Banda Aceh[36].

Pembinaan semula rumah-rumah bagi penduduk Kampong Weu Raya terbukti menjadi satu pengalaman pembelajaran yang baik untuk MERCY Malaysia. Mengenal pasti sempadan sebenar adalah satu tugas yang sukar, penduduk kampung yang terselamat perlu menggaris kembali plot tanah di mana rumah mereka dulu[37]. Apabila pembinaan bermula, pasukan binaan yang terdiri dari 30 penduduk kampung dan 180 pekerja binaan dari Medan berjaya membina pada kadar satu rumah sehari, dengan menggunakan kayu meranti dan konkrit. Walaupun pada asalnya direka seluas 36 meter persegi, setiap unit kemudiannya dibina kepada 52 meter persegi. Ketidakpuasan hati timbul di kalangan penduduk kampung yang mahu rumah-rumah batu atau reka bentuk yang berbeza berbanding NGO lain.Bangunan Program Akademi Jururawat, Fakulti Kedoktoran Universiti Syiah Kuala (Unisyiah) yang ditaja sepenuhnya oleh Petroliam Nasional Bhd. (Petronas). Bangunan ini dinamakan Gedung Petronas.

  • Rumah anak yatim Kayee Kunyit di Aceh Besar yang ditaja oleh Yayasan Shamsuddin Abdul Kadir di bawah Kumpulan Sapura.
  • Pembinaan semula kem pemindahan dalaman (IDP) Desa Weu Raya; rumah penempatan semula Desa Seubun Ayun dan rumah utama Desa Weu Raya.
  • Menyiapkan Pusat Anak Yatim Daruzzahidin di Kuta Baro, rumah anak yatim Babun Najah di Ulee Kareng, dan Pusat Anak Yatim Sukamakmur di Sibreh.
  • Pembinaan Sekolah Menengah Umum Lhoknga, Akademi Perawat Jabatan Kesihatan, Akademi Farmasi Dinas Kesihatan, Pusat Kesihatan Masyarakat Meuraxa dan Pusat Kesihatan Masyarakat Panga, Aceh Jaya.

Pada bulan Mac, MERCY Malaysia bertindak balas kepada gempa bumi Sumatera Mac 2005 yang melanda pulau-pulau Nias [38] Bulan Oktober menyaksikan pertubuhan bertindak balas kepada gempa bumi Kashmir 2005 yang melanda Kashmir yang ditadbir Pakistan dikenali sebagai Azad Kashmir, berhampiran bandar Muzaffarabad [39]. Sebuah hospital lapangan adalah ditubuhkan, dan lebih daripada tujuh pasukan telah dihantar untuk berkhidmat dan menyokong lebih 400,000 penduduk [40] yang terselamat di bandar terpencil di Bagh [41].

MERCY Malaysia turut memberi bantuan ketika banjir melanda Johor, Pahang, Melaka pada 19 Disember 2006 - Januari 2007.

2008 dan seterusnya sunting

Pada tahun 2008, Mercy Malaysia juga bertindak balas ke Myanmar untuk membantu mereka yang terselamat dari Taufan Nargis. [42]

Pada 25 Januari 2009, MERCY Malaysia menghantar pasukan pakar perubatan ketujuh ke Semenanjung Gaza. Dr Ahmad Faizal Perdaus menyatakan infrastruktur dan kemudahan kesihatan di Gaza mengalami kerosakan teruk, dan bekalan perubatan dan ubat-ubatan bernilai USD400,000 (USD1 = RM3.62) telah dihantar. [43]. Pada tahun yang sama, MERCY Malaysia menghantar pasukan dua anggota ke Padang, Indonesia untuk bertindak balas terhadap gempa bumi Sumatera Barat. [44]

Pada 3 Ogos 2009, Dato' Dr Ahmad Faizal Mohd. Perdaus mengambil alih jawatan Presiden MERCY Malaysia dari Tan Sri Dr Jemilah Mahmood. [45]

Pada tahun 2010, MERCY Malaysia bekerjasama dengan Merlin UK Diarkibkan 2006-01-07 di Wayback Machine ​​untuk menghantar bantuan dalam Haiti. Mereka juga bertindak balas secara langsung dalam fasa kecemasan kepada gempa bumi di Chile di samping banjir di Pakistan.

Pada tahun 2011, MERCY Malaysia menghantar pasukan ke gempa bumi Tohuku di Jepun, Somalia, gempa bumi melanda Turki dan juga untuk membantu mereka yang telah terjejas oleh banjir di Thailand.

Pada tahun 2012, Mercy Malaysia telah menghantar pasukan ke Rakhine , Myanmar , di mana mereka diedarkan barangan (bukan makanan) dan klinik bergerak ditubuhkan untuk membantu mereka yang terjejas, di samping menghantar bantuan kepada Mindanao, Filipina untuk bertindak balas terhadap mereka yang terjejas oleh Ribut Tropika Washi dan Taufan Bopha. Mereka juga telah menghantar pasukan penilaian mereka untuk membantu pelarian Syria di sana. Untuk menyokong semua aktiviti tersebut, MERCY Malaysia turut melancarkan usaha pertama rasmi dalam pembiayaan mampan di bawah panji-panji Seringgit Sehari.

Struktur pentadbiran sunting

Dalam mematuhi Akta Pertubuhan, MERCY Malaysia mengemukakan akaunnya kepada juruaudit luar, menerbitkan Laporan Tahunan untuk semakan dan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan untuk semua ahli, biasanya pada bulan Jun setiap tahun. [46]

Struktur dan tadbir urus pertubuhan itu digariskan di dalam Perlembagaan MERCY Malaysia. [47]

Penaung sunting

Penaung MERCY Malaysia adalah Tuanku Diraja Sultan Dr Nazrin Muizuddin Shah dari Perak. Mengikut Perkara 17 di dalam Perlembagaan, "Seorang Penaung Persatuan, tertakluk kepada persetujuan beliau, hendaklah seorang yang terpilih yang dilantik oleh resolusi Mesyuarat Agung."

Lembaga Pemegang Amanah sunting

MERCY Malaysia kini mempunyai enam pemegang amanah di Lembaga [48]

Tan Sri Dato 'Ajit Singh, bekas Diplomat Malaysia kini berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah.

Mengikut Perkara 16 di dalam Perlembagaan, pemegang amanah diberi kuasa untuk "memastikan tadbir urus yang baik untuk Persatuan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, perkara yang berkaitan dengan tadbir urus, kesihatan kewangan, audit dan pengurusan aset Persatuan."

Oleh kerana MERCY Malaysia bukan sebuah syarikat berdaftar, keupayaan untuk memperoleh aset dihadkan oleh Akta Pertubuhan. Walau bagaimanapun, dengan peruntukan dalam Perkara 19, yang menggariskan skop Pelaburan Ke Arah Sara Diri, melalui Lembaga Pemegang Amanah, MERCY Malaysia "mempunyai kuasa untuk memiliki tanah, untuk memohon dan mendapatkan tanah, untuk pajakan, mengecas dan menyahcas tanah, mendirikan dan memiliki bangunan di atas tanah yang diperolehi."

Majlis Eksekutif sunting

Mengikut Perkara 8 di dalam Perlembagaan , Majlis Eksekutif hendaklah terdiri daripada:

  1. )Seorang Presiden; yang hendaklah menjadi seorang Doktor Perubatan
  2. )_Dua orang Naib Presiden, di mana Naib Presiden I adalah seseorang daripada bidang perubatan dan Naib Presiden II yang bukan dari bidang perubatan;
  3. )Seorang Setiausaha Kehormat;
  4. )Seorang Penolong Setiausaha Kehormat;
  5. )Seorang Bendahari Kehormat;
  6. )Tiga orang ahli Majlis Biasa di mana sekurang-kurangnya seorang daripadanya hendaklah merupakan seseorang daripada bidang perubatan.

Ahli Persatuan sunting

Menurut Perkara 6, terdapat dua jenis keahlian yang membolehkan hak mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan; Ahli Biasa dan Ahli Seumur Hidup. Perbezaannya ditakrifkan dalam yuran yang dibayar kepada pertubuhan.

Satu lagi jenis keahlian yang boleh didapati adalah Ahli Kehormat. Kategori ini bertujuan memberi penghormatan kepada individu yang secara langsung atau tidak langsung menyumbang kepada objektif pertubuhan, dan pencalonan dibuat oleh Majlis Eksekutif. Ahli Kehormat tidak berhak untuk mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

Sekretariat sunting

Mengikut Perkara 11, "Persatuan hendaklah mempunyai suatu Sekretariat yang terdiri daripada Pengarah Eksekutif dan beberapa pegawai, semua bekerja di bawah Persatuan sama ada sebagai pekerja tetap atau kontrak. "

Sekretariat bertanggungjawab bagi melaksanakan keputusan yang dibuat oleh Majlis Eksekutif, di mana Pengarah Eksekutif melaporkan kepada Majlis Eksekutif secara berkala.

Untuk mengelakkan konflik kepentingan, tiada anggota Majlis Eksekutif akan pada masa yang sama bekerja sebagai anggota Sekretariat. Perbezaan ini juga perlu oleh kerana Majlis Eksekutif dilantik oleh ahli Persatuan. Pegawai-pegawai di Sekretariat bekerja di bawah pertubuhan, dan oleh itu hubungan mereka dengan organisasi ditadbir oleh kontrak pekerjaan mereka dan Akta Kerja 1955.

Akauntabiliti sunting

Pada tahun 2015, MERCY Malaysia mula memaparkan laporan kewangannya kepada orang ramai melalui penerbitan laporan tahunan. [49] Pertubuhan itu juga memenangi Sebutan Khas oleh ACCA Malaysia pada Anugerah Laporan Sosial dan Alam Sekitar (MESRA) untuk Laporan Sosial oleh sebuah NGO, bagi tahun 2006 [50] dan 2007[51].

Pada tahun 2017, MERCY Malaysia menjadi NGO ketiga di dunia (dan pertama di Asia) untuk mendapatkan pensijilan dari Humanitarian Accountability Partnership (HAP)[52]

Bagi menyelaras bantuan perubatan dan kemanusiaan, MERCY Malaysia telah menggunapakai beberapa kaedah seperti Sphere Standard. Sphere Standard merupakan penentu keperluan minimum mangsa bencana. Ini termasuklah penilaian tahap kesihatan, nutrisi, air, kebersihan serta tempat tinggal. 60 agensi kemanusiaan telah menggunakan pelbagai piawai sejak 10 tahun yang lalu. Piawai penilaian juga dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah serta badan-badan bukan kerajaan. [53]

Rujukan sunting

  1. ^ Transnational activism in Asia: problems of power and democracy By Nicola Piper, Anders Uhlin, p133 [1]
  2. ^ Helping Hands USA
  3. ^ Background and Cambodia Disaster Situation
  4. ^ "Five-member team for Cambodia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-24. Dicapai pada 2014-01-04.
  5. ^ "Mercy team to leave on Tuesday". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-24. Dicapai pada 2014-01-04.
  6. ^ "12th mission to Kabul". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-10. Dicapai pada 2014-01-04.
  7. ^ Succour to the needy in Spin Buldak
  8. ^ "Mercy Malaysia starts Cambodia Relief Fund for flood victims". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-10. Dicapai pada 2014-01-04.
  9. ^ Pertama boost for the cause of Palestinians
  10. ^ MERCY Malaysia among NGOs leaving for Baghdad
  11. ^ Mercy Malaysia launches drive to help quake victims
  12. ^ ‘Biting the bullet’ for Iraqis
  13. ^ Mercy Malaysia all set to help Lankan flood victims
  14. ^ Mercy Malaysia to send medical team to Kerman
  15. ^ Blowing bubbles amid the rubble
  16. ^ Bags for children in war-torn lands
  17. ^ Mercy Malaysia allocates RM1m in aid for Iraq
  18. ^ Malaysian medical relief society sends aid to North Korea
  19. ^ Mercy Malaysia strong contender for award
  20. ^ Jemilah Heads Disaster Relief NGOs
  21. ^ MERCY Malaysia Needs RM1.5 Million for Relief Mission to Sudan
  22. ^ MERCY Needs RM2 Million for Sudan Relief
  23. ^ Shelters for patients’ relatives
  24. ^ Mercy Malaysia dispensing aid to Fallujah’s needy
  25. ^ Gift of health centre for Bam
  26. ^ Mercy to aid storm victims in Philippines
  27. ^ "Rebuilding lives". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-12. Dicapai pada 2021-10-03.
  28. ^ "Mercy Malaysia team for Aceh". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-05. Dicapai pada 2014-01-04.
  29. ^ Sri Lanka welcomes help from Malaysians
  30. ^ Mercy sends team to Penang
  31. ^ "A Time To Heal: A Reflection of Mercy Malaysia's Response to the Indian Ocean Tsunami [2]
  32. ^ Mercy team stretched to the limit in Aceh
  33. ^ Social worker close to target of getting 20,000 body bags
  34. ^ ‘Donors’ using centres as dumping grounds
  35. ^ Mercy Malaysia to provide earthquake-proof houses
  36. ^ "Mercy to rebuild hub". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-05. Dicapai pada 2014-01-04.
  37. ^ A new beginning in Aceh
  38. ^ Heavy rain delays Mercy trip to Nias
  39. ^ Mercy team gets to work
  40. ^ Some Mercy Malaysia volunteers return home
  41. ^ NGO seeks funds for clinics in Pakistan
  42. ^ Mercy team off to Yangon to evaluate cyclone crisis
  43. ^ Mercy Hantar Pasukan Ketujuh Ke Gaza
  44. ^ "Mercy Malaysia sends assessment team to Padang, Indonesia in response to earthquake". ReliefWeb. 2009-10-01. Dicapai pada 3 October 2009.
  45. ^ Ahmad Faizal Perdaus Mercy Malaysia's New President
  46. ^ "MERCY Malaysia - Our Society". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-25. Dicapai pada 2014-01-04.
  47. ^ "Perlembagaan MERCY Malaysia" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-07-22. Dicapai pada 2014-01-04.
  48. ^ MERCY Malaysia - Tadbir Urus kami Diarkibkan 2010-10-25 di Wayback Machine.
  49. ^ "Laporan Tahunan MERCY Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-25. Dicapai pada 2014-01-04.
  50. ^ ACCA Malaysia Environmental and Social Reporting Awards (MESRA) Report of the Judges 2006 [3]
  51. ^ ACCA Malaysia Environmental and Social Reporting Awards (MESRA) Report of the Judges 2007 [4]
  52. ^ Giving aid with gratitude
  53. ^ Ubah mekanisme beri bantuan

Pautan luar sunting