Meriam laut 46 sm/45 Type 94

Meriam laut 46 sm/45 Type 94 Jepun (Jepun: 四十五口径九四式四〇糎砲, Hepburn: Yonjūgo-kōkei kyūyon-shiki yonjussenchi-hō) adalah artileri laut berukuran 46 sm (18.1 inci), merupakan yang terbesar pernah dipasang pada mana-mana kapal perang. Hanya dua kapal yang membawanya, iaitu kapal tempur super Yamato dan Musashi Tentera Laut Imperial Jepun semasa Perang Dunia II. Ia telah ditetapkan dengan meriam yang lebih kecil bersaiz 40 sm (15.7 in) dalam usaha untuk menyembunyikan saiz sebenarnya.

Meriam 46 sm/45 Type 94
Meriam Laut Type 94 sedang di kalibrasi pada Yamato semasa pembinaan
JenisMeriam laut
Tempat asalJepun
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1940–1945
Digunakan olehTentera Laut Imperial Jepun
PerangPerang Dunia II
Sejarah pengeluaran
PerekaC. Hada[1]
PengeluarKure Naval Arsenal[1]
Jumlah dibina~27
Spesifikasi
Berat147.3 tan
Panjang laras21.13 m (69 ka 4 in), 46 kaliber
Diameter46 cm (18.1 in)

ShelAP Type 91: 1,460 kg (3,218.7 lb)
HE Type 0: 1,360 kg (2,998.3 lb)
AA Type 3: 1,360 kg (2,998.3 lb)
Kaliber46 cm (18.1 in)
BreechBlok pengisi belakang Welin
RekoilMekanisme anjalan hidraulik
PengangkutKapal tempur kelas Yamato
Ketinggian+45/-5 degrees. 10°/s
Rentas300°, 2°/s
Kadar tembakan1.5 - 2 rounds/min
Halaju muncung780 m/s (2,600 ft/s)
Jarak tembakan efektif25 km (16 bt)
Jarak tembakan maksimum42 km (26 bt) at 45° elevation

Meriam itu direka mengikut strategi lazim tentera laut Jepun Kantai Kessen, iaitu Doktrin Tempur Muktamad, yang mengandaikan Jepun akan memenangi peperangan dengan bertempur dan menjuarai aksi tentera laut yang muktamad. Asas bagi kemenangan tersebut ialah dapat mengenepikan dan mengalahkan musuhnya. Tiada kapal lain yang dapat menandingi kuasa tembakan dan kekuatan tembakan sisi kapal tempur kelas Yamato.

Walaupun begitu, tidak ada pertarungan antara kapal tempur dengan kapal tempur yang melibatkan samada kapal kelas Yamato dan kapal perang musuh. Kedua-duanya tenggelam akibat serangan udara.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b [1], U.S. NAVAL TECHNICAL MISSION TO JAPAN Target O-45(N), Japanese 18" gun mount

Bibliografi sunting

  • Campbell, John (1985). Naval Weapons of World War Two. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. ISBN 0-87021-459-4.

Pautan luar sunting

Templat:WWIIJapaneseNavalWeapons