Meriam pusing adalah meriam berukuran kecil yang dipasang pada pacak yang dapat berpusing atau paksi pusing mendatar yang membolehkan sudut gerakan yang sangat luas. Satu lagi jenis senjata yang juga dikenali sebagai meriam pusing adalah jenis awal senapang kombinasi kancing batu api dengan dua laras yang diputar sepanjang paksi mereka yang membolehkan operator meriam untuk mengalihkan laras raifal ke laras halus. Meriam pusing berbeza dengan meriam pivot, meriam yang jauh lebih besar dan terpasang pada pivot horizontal.

Meriam pusing di istana kota Carisbrooke, Pulau Wight

Cetbang

sunting
 
Sebuah cetbang dengan kaliber 4.5 cm

Serangan Mongol ke atas Jawa (1293) membawa teknologi serbuk mesiu ke Jawa dalam bentuk meriam (Bahasa Cina: Pao).[1]:1–2[2][3] Ini menghasilkan cetbang ala Timur yang serupa dengan meriam Cina. Namun, meriam pusing hanya berkembang di Nusantara kerana hubungan maritim yang erat antara Nusantara dan India Barat selepas 1460 Masihi, yang membawa senjata mesiu baru ke Nusantara, mungkin melalui perantara Arab. Ini kelihatan seperti meriam dan meriam Uthmaniyyah tradisional, cth prangi, iaitu meriam pusing bermuatan belakang. Satu jenis cetbang baru, dipanggil cetbang gaya Barat, telah dibangunkan daripada meriam prangi Turki. Seperti prangi, cetbang ini ialah meriam pusing belakang yang diperbuat daripada gangsa atau besi, menembak peluru tunggal atau tembakan penabur.[4]:94-95 Sesetengahnya dipasang pada dudukan tetap dan di pedati meriam. Meriam ini dipergunakan sebagai senjata anti personil, bukan anti kapal. Pada zaman ini, bahkan pada abad ke-17, askar laut Nusantara berperang di panggung yang biasa disebut 'balai' (lihat gambar kapal di bawah). Ditembakkan pada kumpulan askar dengan peluru scattershot, meriam seperti ini pasti sangat berkesan.[5]:162

 
Kapal galliot dan fusta Jawa
 
Meriam naga atau lela naga.

Di era kesultanan-kesultanan Melayu abad ke-17 dan ke-18 di sekitar Semenanjung Melayu dan Nusantara yang kerap berdagang dan berperang, digunakan meriam pusing reka bentuk unik yang disebut "lela" (Bahasa Melayu) dan juga "rentaka", jenisnya yang lebih kecil dan lebih mudah dipindah.[6] Lela yang digunakan oleh Kesultanan-kesultanan Melayu dikenali dengan reka bentuknya yang tidak mengikut reka bentuk meriam Eropah, karena pola-pola ukiran, muncungnya yang mengembang atau membentuk mulut naga, dan bahagian belakangnya yang memiliki rekor (disebut "Ekor lotong"). Meriam-meriam pusing tersebut digunakan di atas kapal-kapal dagang atau pun kapal perang kerajaan untuk menghalau lanun dan juga dalam perang maritim.[7][8]

Rentaka

sunting
 
Meriam rentaka Melayu.

Rentaka adalah istilah bahasa Melayu untuk jenis lela yang berukuran kecil, berlaras panjang dan diperbuat daripada besi. Istilah ini digunakan untuk membezakan dengan lela, versi ukuran menengah hingga besar.[6][9] Senjata ini banyak digunakan pada abad ke-17 dan ke-18 di Nusantara. Rentaka adalah meriam kecil yang berlubang laras halus (smoothbore) dan diisi dari lubang moncong laras (muzzle loading).[7]

Rentaka digunakan umumnya dengan memasang pacak di bawah meriam (disebut "cagak"), atau di pedati untuk menjadi meriam mudah alih yang dapat dibawa di kapal-kapal dagang Melayu, atau juga di darat. Senjata ini dahulu digunakan untuk menandakan perang di laut, dan juga isyarat untuk memulai dan menamatkan puasa pada bulan ramadhan dalam kepercayaan agama Islam. Dalam adat kerajaan, meriam ini juga digunakan untuk mengumumkan kelahiran atau pernikahan dalam keluarga kesultanan saat itu.[7][8]

Lihat pula

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Schlegel, Gustaaf (1902). "On the Invention and Use of Fire-Arms and Gunpowder in China, Prior to the Arrival of European". T'oung Pao. 3: 1–11.
  2. ^ Lombard, Denys (2005). Nusa Jawa: Silang Budaya, Bagian 2: Jaringan Asia. Jakarta: Gramedia Pustaka Utama. Hal. 208.
  3. ^ Reid, Anthony (2011). Asia Tenggara dalam Kurun Niaga 1450-1680 Jilid II: Jaringan Perdagangan Global. Jakarta: Yayasan Pustaka Obor Indonesia. Hal. 255.
  4. ^ Averoes, Muhammad (2020). Antara Cerita dan Sejarah: Meriam Cetbang Majapahit. Jurnal Sejarah, 3(2), 89 - 100.
  5. ^ Wade, Geoff (2012). Anthony Reid and the Study of the Southeast Asian Past. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. ISBN 978-981-4311-96-0.
  6. ^ a b Ismail, Norain B.T. (2012). Peperangan dalam Historiografi Johor: Kajian Terhadap Tuhfat Al-Nafis. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
  7. ^ a b c (Inggeris) "Cannons of the Malay Archipelago" - Artikel tentang "Meriam-meriam Kepulauan Melayu", oleh Don Davie. Diakses 7 April 2010.
  8. ^ a b Teoh, Alex Eng Kean (2005). The Might of the Miniature Cannon A treasure of Borneo and the Malay Archipelago. Asean Heritage.
  9. ^ Bird, Isabella L. (1883). The Golden Chersonese and the Way Thither. New York: G. P. Putnam's Sons.