Meriam putaran, meriam automatik putaran atau meriam Gatling merujuk pada senjata api automatik laras berbilang dan berkaliber besar yang menggunakan sebuah pemasangan laras berputar jenis Gatling untuk melepaskan tembakan terus pada kadar tembakan yang lebih tinggi berbanding meriam automatik berlaras tunggal dengan saiz kaliber yang sama. Fungsi-fungsi suapan, tembakan dan lentingan dilaksanakan pada masa yang sama di dalam laras yang berbeza selari dengan putaran pemasangan; putaran ini juga memberi masa untuk laras-laras ini menyejuk. Laras-laras berputar pada hampir semua meriam moden jenis Gatling dikuasai oleh sumber kuasa luar seperti sebuah motor elektrik, walaupun kuasa dalaman seperti versi-versi dioperasi dengan gas juga telah dibangunkan.

GAU-8 Avenger, sebuah meriam putaran 30-mm 7-laras yang dipasang pada sebuah pesawat A-10 Thunderbolt II
Empat laras meriam putaran buatan Soviet/Rusia yang disusun dengan saiz kaliber menaik, dari kiri: GShG-7.62, GSh-6-23, GSh-6-30, AK-630

Di sebabkan saiz dan berat meriam putaran yang besar, ia biasanya dipasang pada platform senjata di atas kenderaan, pesawat datau kapal, di mana ia digunakan dalam sistem senjata rapat.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting