Rokok ialah tembakau yang dibalut berbentuk silinder sama ada daripada kertas mahupun daripada pelbagai jenis daun berukuran antara 70mm hingga 120mm dengan diameter 10mm (berlainan mengikut negara).Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.

Orang yang sedang merokok

Merokok ialah aktiviti seseorang yang menggunakan sebatang rokok.

Bahaya kandungan rokok sunting

 
Perbandingan antara paru-paru normal (kiri) dan paru-paru perokok (kanan)

Bahan-bahan dalam rokok sunting

Bahan-bahan yang terkandung dalam asap rokok ialah: 2 kali lebih banyak nikotin, 5 kali lebih banyak karbon monoksida, 3 kali lebih banyak tar dan 50 kali lebih banyak bahan kimia yang berbahaya bagi kesihatan.

Bagi perokok aktif sunting

Ini merupakan bahaya rokok bagi perokok aktif, iaitu orang yang merokok secara langsung menghisapnya rokok. Merokok dalam kalangan perokok aktif dapat menyebabkan:[1]

Penyakit kanser sunting

Penyakit bukan kanser sunting

Bagi perokok pasif sunting

Pada kalangan perokok pasif, yaitu orang yang tidak secara langsung menghisap rokok, tetapi menghisap asap rokok yang dikeluarkan dari mulut orang yang sedang merokok. Merokok dalam kalangan perokok pasif dapat menyebabkan:

  • Meningkatkan risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung
  • Masalah pernafasan termasuk radang paru-paru dan bronkitis
  • Sakit atau pedih mata
  • Bersin dan batuk-batuk
  • Sakit kerongkong
  • Sakit kepala

Bagi ibu hamil dan janin, asap rokok dapat menyebabkan:

  • Keguguran janin/bayi
  • Peluang tumbesaran janin terencat meningkat 30% lebih tinggi
  • Kematian janin dalam kandungan
  • Pendarahan dari uri (abruption placenta)
  • Peluang berat badan berkurang meningkat daripada 20 hingga 30%

Bahaya asap rokok terhadap bayi ialah:

  • Masalah dan penyakit pernafasan
  • Mengganggu perkembangan kecerdasan otak
  • Jangkitan telinga
  • Leukemia
  • Kanser otak
  • Bayi 22% lebih cepat lelah
  • Sindrom kematian secara mendadak

Kesan merokok sunting

Kesihatan sunting

Rokok mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan tubuh badan disebabkan oleh bahan kimia yang berbahaya dalam asap rokok. Kesan tersebut boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan jangka panjang dan kesan jangka pendek. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang didalam tubuh badan.

Antara kesan jangka pendek ialah mengurangkan fungsi otak disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida dan pengurangan oksigen daripada asap rokok tersebut.Selain itu, menghisap rokok boleh mengganggu daya pendengaran dan penglihatan kerana mengurangkan kadar pengaliran darah ke seluruh tubuh badan. Perokok selalunya mempunyai nafas yang berbau dan mudah mendapat jangkitan mulut dan gusi serta gigi menjadi kuning. Mereka yang merokok juga akan menghadapi kesukaran untuk bernafas dan mudah merasa letih apabila melakukan sesuatu pekerjaan terutamanya apabila bersukan.

Dalam jangka panjang, rokok boleh membahayakan kesihatan diri kerana bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok yang boleh mengurangkan fungsi sekaligus merosakkan organ dalam tubuh kita. Sebagai contoh, nikotin yang ada didalam rokok boleh menyebabkan ketagihan sekiranya menghisap rokok secara berulang kali. Selain itu, tembakau boleh mengakibatkan penyakit jantung dan barah. Terdapat lebih kurang 63 bahan kimia didalam rokok yang akan menyebabkan barah paru-paru, mulut, usus, tekak dan payudara. Penghisap rokok tegar akan menghidap penyakit strok, penyakit mulut dan gusi, osteoporosis, mandul dan penyakit paru-paru seperti asthma dan bronkitis (jangkitan pada paru-paru).

Hampir satu per empat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat. Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanyaia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu Perokok juga bukan hanya membahayakan kesihatan diri sendiri malah turut memberikesan yang lebih merbahaya terhadap kesihatan orang sekeliling. Mereka yang menghidu asap rokok tanpa merokok dari orang yang merokok dikenali sebagai perokok pasif.Contohnya, kanak-kanak akan mudah mengidap penyakit paru-paru dan jantung seperti,asthma, mengganggu pertumbuhan paru-paru, kecacatan pendengaran, mempunyai IQrendah, masalah kawalan motor, keguguran dan mati dalam kandungan. Ibu mengandung juga akan mengalami implikasi yang buruk terhadap bayi dalam kandungan seperti melahirkan bayi yang tidak cukup bulan dan bayi kurang berat badan.

Alam sekitar sunting

Selain membahayakan kesihatan diri, merokok juga boleh mencemarkan persekitaran. Asap rokok akan menyebabkan pencemaran udara. Jadi, bukan hanya mereka yang merokok yang mendapat keburukan malahan, orang sekeliling turut merasa kesukaran untuk mendapatkan udara yang bersih dan segar. Tambahan pula, puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mencemarkan alam sekitar seperti mengakibatkan longkang tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes. Ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain seperti demam denggi.Selain itu, alam sekitar akan kelihatan kotor dan akan menyebabkan datangnya masalah pencemaran air dan lain- lain. Sebagai contoh, apabila sistem pengairan terganggu,bencana alam boleh berlaku seperti banjir kilat. Merokok juga menyumbang sebanyak 25% kepada kes kebakaran. Ini boleh dilihat apabila mereka yang merokok kurang rasa tanggungjawab untuk membuang puntung rokok yang masih berbara di merata-rata tempat. Kebakaran juga menyebabkan peningkatan kandungan karbon dioksida dan karbon monoksida meningkat dan penghuni Bumi akan merasai kekurangan oksigen untuk bernafas dan menaikkan suhu bumi sekaligus mengakibatkan pelbagai bencana alam akibat perbuatan manusia sendiri.

Sosial sunting

Pertubuhan Kesihatan Sedunia berpendapat bahawa merokok adalah satu aktiviti ketagihan. Merokok secara tidak langsung akan menyebabkan seseorang itu terlibat dengan najis dadah. Hal ini disebabkan rokok merupakan bunga kepada dadah. Keadaan ini boleh digambarkan sebagai permulaan untuk menjinakkan diri dengan bahan- bahan yang tidak mendatangkan sebarang manfaat seperti melepak dan penagihan dadah. Ini sekaligus, akan meningkatkan masalah sosial dalam masyarakat. Merokok juga sering bermula pada zaman remaja. Kaji selidik yang dilakukan oleh Global Youth Survey mendapati 20 peratus daripada pelajar yang berumur 13 tahun hingga15 tahun adalah perokok, manakala remaja bawah 18 tahun yang merokok juga meningkat sehingga 20 peratus.

Ini kerana remaja merupakan satu fasa dimana mereka sedang mencari identiti. Oleh itu, meraka sangat mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah terutama daripada rakan-rakan. Para remaja juga mempunyai sikap ingin tahu dan ingin mencuba yang tinggi. Selain itu, ibu bapa yang merokok juga akan menggalakkan anak-anak cuba untuk merokok. Ini kerana anak-anak merasakan merokok itu tidak akan mengakibatkan apa-apa keburukan. Dan selalunya ibu bapa merupakan contoh yang paling dekat dan merekalah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak. Anak-anak akan mudah mengikuti apa yang dilakukan oleh ibubapa mereka.

Ekonomi sunting

Di samping itu, merokok mengundang ke arah pembaziran. Wang yang sepatutnya digunakan ke arah kebaikan telah digunakan untuk membeli rokok iaitu satu perkara yang tidak bermanfaat. Seharusnya wang yang diperolehi perlu dilaburkan ke arah yang lebih baik seperti untuk pelajaran, makanan, memperbaiki taraf hidup keluarga, meningkatkan ekonomi negara dan lain-lain lagi. Dengan ini dapat dilihat yang merokok merupakan satu pembaziran harta. Satu kajian telah dilakukan oleh seorang sarjana Barat, C. Everentt Koop, golongan perokok kebanyakannya mati pada usia muda berbanding dengan golongan yang tidak merokok. Hal ini amat membimbangkan terutamanya pihak kerajaan yang terpaksa menanggung risiko kekurangan tenaga kerja dalam pelbagai sektor apabila pekerja yang merokok mati pada usia yang muda walaupun mati itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Merokok juga akan menyebabkan seseorang itu hilang fokus dalam melakukan pekerjaan terutama bagi mereka yang ketagih dan akan mengurangkan prestasi kerja seseorang. Secara tidak langsung pula, akan mengurangkan produktiviti sesebuah syarikat serta melemahkan taraf ekonomi negara.

Rujukan sunting

  1. ^ Reitsma, Marissa B; Fullman, Nancy; Ng, Marie; Salama, Joseph S; Abajobir, Amanuel (April 2017). "Smoking prevalence and attributable disease burden in 195 countries and territories, 1990–2015: a systematic analysis from the Global Burden of Disease Study 2015". The Lancet. 389 (10082): 1885–906. doi:10.1016/S0140-6736(17)30819-X. PMC 5439023. PMID 28390697.

Catatan sunting

  • Ashes to Ashes: The History of Smoking and Health (1998) edited by S. Lock, L.A. Reynolds and E.M. Tansey 2nd ed. Rodopi. ISBN 90-420-0396-0
  • Coe, Sophie D. (1994) America's first cuisines ISBN 0-292-71159-X
  • Gately, Iain (2003) Tobacco: A Cultural History of How an Exotic Plant Seduced Civilization ISBN 0-8021-3960-4
  • Goldberg, Ray (2005) Drugs Across the Spectrum. 5th ed. Thomson Brooks/Cole. ISBN 0-495-01345-5
  • Greaves, Lorraine (2002) High Culture: Reflections on Addiction and Modernity. edited by Anna Alexander and Mark S. Roberts. State University of New York Press. ISBN 0-7914-5553-X
  • James I of England, A Counterblaste to Tobacco
  • Lloyd, J & Mitchinson, J: "The Book of General Ignorance". Faber & Faber, 2006
  • Marihuana and Medicine (1999), editor: Gabriel Nahas ISBN 0-89603-593-X
  • Phillips J.E. (1983). "African Smoking and Pipes". The Journal of African History. 24 (3): 3. doi:10.1017/s0021853700022039.
  • Roberts, Allen F. (2004-08-15). "Smoking in Sub-Saharan Africa". Dalam Gilman, Sander L.; Xun, Zhou (penyunting). Smoke: A Global History of Smoking. Reaktion Books. m/s. 46–57. ISBN 978-1-86189-200-3. Dicapai pada 2009-03-22.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Robicsek, Francis (1978) The Smoking Gods: Tobacco in Maya Art, History, and Religion ISBN 0-8061-1511-4
  • Gilman, Sander L.; Xun, Zhou (2004-08-15). "Introduction". Dalam Gilman, Sander L.; Xun, Zhou (penyunting). Smoke: A Global History of Smoking. Reaktion Books. m/s. 9–28. ISBN 978-1-86189-200-3. Dicapai pada 2009-03-22.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Wilbert, Johannes (1993) Tobacco and Shamanism in South America ISBN 0-300-05790-3
  • Burns, Eric. The Smoke of the Gods: A Social History of Tobacco. Philadelphia: Temple University Press, 2007.
  • Kulikoff, Allan. Tobacco & Slaves: The Development of Southern Cultures in the Chesapeake. North Carolina: University of North Carolina Press, 1986.
  • Proctor, Robert N. (2000-11-15). The Nazi War on Cancer. Princeton University Press. ISBN 978-0-691-07051-3. Dicapai pada 2009-03-22.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar sunting