Jacobin adalah sejenis burung merpati hias yang dibiakkan melalui pembiakan terpilih.[2] Jacobin, sepertimana dengan baka-baka lain merupakan keturunan dari burung Pergam Batu (Columba livia). Baka ini dikenali kerana tudung bulunya yang menutupi keseluruhan kepala seperti seorang paderi Jacobin.[3]

Jacobin
Status pemuliharaan Biasa
Negara asal India[1]
Pengelasan
Kumpulan Baka Australia Suara dan bulu dari Asia
Kumpulan Baka A.S Hias
Nota
Sejenis baka pameran yang popular
Merpati (Columba livia)

Sejarah sunting

Jacobin telah dinamakan bersempena dengan nama paderi Jacobin yang wujud sejak tahun 1100 dan dikenali kerana tabiat bertudungnya yang ketara. Berdasarkan kamus Oxford, Jacobins adalah para rahib Dominica yang terdapat di Gereja St Jacques di Paris (Jacobin merujuk pada zaman pemerintahan Raja James I.)

Berdasarkan pada maklumat dari para pembiak baka, merpati Jacobin mula dibiakan dari mutasi yang ditemui seawal tahun 1500-an. Ia telah melalui empat tahap pembangunan utama sebelum menghasilkan baka yang boleh dijumpai pada hari ini.

Penampilan sunting

Jacobin adalah sejenis merpati bersaiz sederhana, agak ramping dan tinggi. Ciri-ciri Jacobin adalah penutup kepala berbulu ketara yang membentuk roset pada kedua-dua belah kepalanya. Kakinya pula licin tiada berbulu. Selain dari tudung kepala, merpati ini berbadan ramping dan tinggi. Ia boleh didapati dalam warna hitam,putih, merah dan kuning.

Pembiakan sunting

Jacobin sepertimana merpati lain mula memasuki usia matang pada umur enam bulan. Sebelum proses pembiakan bermula, pembiak baka akan memotong bulu penutup dan merapikan bulu di sekitar dubur bagi membolehkan proses pengawanan yang lebih baik. Bulu penutup yang besar dan tebal boleh menggangu proses mengawan.

Selepas mengawan, Jacobin betina mula bertelur. Biasanya dua biji telur dihasilkan dalam masa selang sehari. Proses pengeraman akan dilakukan bergilir-gilir antara burung jantan dan betina. Telur akan menetas selepas 17 hari. Keluarga angkat seperti merpati homer biasanya akan digunakan untuk mengeram dan membesarkan anak burung Jacobin. Ini di sebabkan baka Jacobin yang terdapat pada masa ini memiliki paruh yang pendek dan mengalami kesukaran untuk memberi makan kepada anak-anaknya.

Rujukan sunting

  1. ^ Levi, Wendell (1965). Encyclopedia of Pigeon Breeds. Sumter, S.C.: Levi Publishing Co, Inc. m/s. 195. ISBN 0-910876-02-9.
  2. ^ Levi, Wendell (1977). The Pigeon. Sumter, S.C.: Levi Publishing Co, Inc. ISBN 0-85390-013-2.
  3. ^ Seymour, Rev. Colin (Ed)(2006) Australian Fancy Pigeons National Book of Standards.

Pautan luar sunting