Mesin tiket

Mesin tiket atau mesin layan diri tiket (TVM) adalah sejenis mesin layan diri yang menghasilkan tiket. Sebagai contoh, mesin ini akan mengeluarkan tiket kereta api di stesen kereta api. Urus niaga biasa pada mesin tiket adalah pengguna akan menggunakan paparan antara muka untuk memilih maklumat tiket (jenis dan bilangan tiket) dan kemudian pengguna akan memilih kaedah pembayaran sama ada secara tunai, kad kredit/debit atau kad pintar. Tiket seterusnya akan dicetak dan dikeluarkan daripada mesin kepada pengguna.

GaleriSunting

Pautan luarSunting

  •   Kategori berkenaan Mesin tiket di Wikimedia Commons
  • Winchester, Clarence, penyunting (1936), "Ticket and change machines", Railway Wonders of the World, m/s. 471–474 — Penerangan berilustrasi mesin–mesin tiket di London Underground
  • Financial Self Service Kiosk Solutions and Online Banking Services, Electronic Kiosks, 2014, dicapai pada 20 Februari 2014 — Kiosk khidmat kewangan