Zaman Mesolitik

(Dilencongkan daripada Mesolitik)

Templat:Zaman Batu Zaman Mesolitik (Bahasa Yunani: mesos "tengah", lithos "batu") ialah zaman perkembangan teknologi manusia antara zaman-zaman Paleolitik dan Neolitik. Istilah Mesolitik diperkenalkan oleh John Lubbock dalam kertas kerja Pre-historic Times terbitan tahun 1865. Walaupun begitu, istilah tersebut jarang digunakan sehingga dilariskan oleh V. Gordon Childe dalam buku The Dawn of Europe (1947).[1]

Di Eropah

sunting

Zaman Mesolitik bermula dengan zaman kehangatan Holosen sekitar 11,660 tahun dahulu, dan berakhir dengan kegiatan pertanian terawal yang berbeza tarikh permulaannya mengikut rantau geografi. Di sesetengah kawasan, seperti Timur Dekat, pertanian sudah digiatkan menjelang akhir Pleistosen, oleh itu betapa singkatnya dan sukarnya untuk menentukan zaman Mesolitik. Di kawasan yang kekurangan impak glasier, adakalanya lebih baik untuk menggunakan istilah "Epipaleolithic". Kawasan-kawasan yang mengalami kesan persekitatan yang lebih ketara seperti akhirnya zaman glasier terakhir, mengalami zaman Mesolitik yang lebih ketara selama beribu-ribu tahun. Misalnya, di Eropah Utara, masyarakat boleh hidup dengan bekalan makanan yang mencukupi dari tanah rawang yang terhasil dari iklim yang lebih hangat. Keadaan sebegini turut menimbulkan perilaku manusia tersendiri yang diabadikan dalam bahan catatan, seperti kebudayaan Maglemosia dan Azilia, serta menunda kedatangan zaman Neolitik sehingga selewat-lewat 5000 SM di Eropah Utara.

Memandangkan apa yang diistilahkan oleh Mithen sebagai "pakej Neolitik" (termasuk pertanian, pengembalaan, kapak batu tergilap, rumah panjang buatan balak dan barang tembikar) merebak ke Eropah menerusi laluan-laluan yang masih dipertikai oleh para ilmuwan, cara hidup Mesolitik akhirnya diketepikan, lambat-laun menjadi lesap. Adaptasi zaman Mesolitik dipetik kerana relevan kepada persoalan peralihan kepada pertanian, termasuk sedentisme, jumlah penduduk dan makanan berasaskan tumbuhan.[2] Di Eropah, sezaman "Mesolitik seramik" boleh ditentukan pada tahun 5200-3850 SM (tertentukur) di Eropah Selatan hingga Utara; juga dikenali sebagai Subneolithicum atau "Mesolitik, Pemburu Terakhir, Petani Terawal" (Price).[3] Peringkat kebudayaan Mesolitik ini boleh didapati di pinggiran masyarakat sedentari dan kebudayaan Neolitik (Tembikar Linear -dengan budaya Rössen dan budaya Lengyel sebagai budaya terbitan terpentingnya- dan Tembikar Cardium) sehingga sudah melalui "peringkat Neolitik bukan seramik". Ketika ini, kebanyakan orang Mesolitik menggunakan sejenis tembikar berbeza yang dihasilkan dengan kaedah yang tidak diketahui oleh para petani Neolitik. Walaupun lain tempat lain gayanya, namun terdapat ciri-ciri biasa seperti tapak bonjol serta gulungan tanah liat yang bertindih, sebagai tanda wujudnya jalinan erat ataupun hubungan "etnik" sesama kelompok-kelompok ini. Bentuk tembikar yang istimewa ini ada kaitan dengan pengangkutan bentang balak di kawasan tanah lembap.[4]. Jeunesse et al. (1991, fig.22) mengaitkan tembikar bertapak bonjol seumpamanya yang ditemui di Sepanyol, Scandinavia selatan dan rantau Dnieper-Donets di Ukraine. Di Afrika Utara juga terjumpanya tembikar bertapak bonjol ala neolitik. Budaya Ertebølle di Denmark ialah satu contoh kebudayaan Mesolitik yang mengusahakan hasil tembikar dan giat berdagang dengan masyarakat Neolitik di selatan.[5]

Mithen berkata bahawa kebudayaan Mesolitik sudah menemui jalan mati dalam sejarah, tidak senasib dengan budaya-budaya seawal zaman Paleolitik akhir di Asia Barat yang berevolusi secara berterusan sehingga zaman Neolitik. Pada masa yang sama, kajian genetik menunjukkan bahawa keturunan Eropah moden, khususnya DNA mitokondria nsab ibunya, diturunkan terus dari orang-orang Mesolitik ini yang mungkin akhirnya memeluk gaya hidup Neolitik yang didatangkan dari Asia Barat.[5]

Dfin ta Théviec - Mużew ta 'Toulouse

sunting

Di Levant

sunting

Zaman Mesolitik terbahagi kepada dua:

Mesolitik 1 (budaya Kebara; 20–18,000 SM hingga 12,150 SM) menyusuli zaman Aurignacia atau Paleolitik Akhir di seluruh rantau Levant. Menjelang akhir zaman Aurignacia, perusahaan batuan mengalami perubahan beransur-ansur, dengan hasil mikrolit dan bled kecil perimping terawal yang pernah dijumpai. Mikrolit dari budaya ini banyak berbeza dengan artifak Aurignacia. Zaman ini lebih sewajarnya dipanggil Epipaleolitik.

Menjelang 20,000 hingga 18,000 SM, iklim dan alam sekitarnya berubah, maka bermulanya zaman peralihan apabila rantau Levant semakin gersang dan kawasan hutan menguncup untuk memberi laluan kepada steppe. Zaman sejuk dan kering ini berakhir pada awal zaman Mesolitik 1. Oleh itu, masyarakat pemburu-pengumpul Aurignacia terpaksa mengubah cara hidup dan pola penempatan mereka untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah, maka berkembangnya jenis penempatan dan perusahaan batu-batan yang baru.

Zaman Mesolitik 2, juga dikenali sebagai budaya Natufia. Zaman ini dicirikan oleh permulaan kegiatan pertanian yang melancarkan zaman Neolitik. Kebudayaan Natufia dibahagikan kepada dua zaman: Natufia Awal (12,500–10,800 SM) (Christopher Delage menganggarkan a. 13000 - 11500 tahun dahulu tak tentukur, bersamaan ca. 13,700–11,500 SM)[6] dan Natufia Akhir (10,800–9,500 SM). Zaman Natufia Akhirnya mungkin sekali berlaku seiringan dengan Drias Muda. Hasil pentarikhan radiokarbon menentukan budaya Natufia berzaman antara tahun 12,500 dan 9500 SM, sebaik sebelum akhirnya zaman Pleistosen.[7] Zaman ini dicirikan oleh permulaan kegiatan pertanian.[8]

Pertempuran terawal yang diketahui setakat ini, berlaku ketika zaman Mesolitik di sebuah tapak yang dikenali sebagai Perkuburan 117 di Mesir.

Tapak Mesolitik

sunting

Antara tapak Mesolitik terkenal:

Lihat juga

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ Linder, F., 1997. Social differentiering i mesolitiska jägar-samlarsamhällen. Institutionen för arkeologi och antik historia, Uppsala universitet. Uppsala.
  2. ^ Europe's first farmers - T.Douglas Price, Cambridge University Press 2000, page 5
  3. ^ De Roevers, p. 135
  4. ^ De Roevers, p.162-163
  5. ^ a b Mithen, 2004
  6. ^ Delage, Christopher, The Last Hunter-gatherers in the Near East, British Archaeological Reports (1 Jun 2004), ISBN 1841713892
  7. ^ Munro, Natalie D. (2003). "Small game, the Younger Dryas, and the transition to agriculture in the southern Levant" (PDF). Mitteilungen der Gesellschaft für Urgeschichte. 12: 47–71. Cite has empty unknown parameters: |month= dan |coauthors= (bantuan)
  8. ^ Bar-Yosef, Ofer (1998). "The Natufian Culture in the Levant, Threshold to the Origins of Agriculture" (PDF). Evolutionary Anthropology. 6 (5): 159–177. doi:10.1002/(SICI)1520-6505(1998)6:5<159::AID-EVAN4>3.0.CO;2-7.

Bacaan lanjut

sunting
  • Dragoslav Srejovic Europe's First Monumental Sculpture: New Discoveries at Lepenski Vir. (1972) ISBN 0-500-39009-6

Pautan luar

sunting