Mesyuarat Agung MIC 2009

Mesyuarat Agung Tahunan MIC ke-63 diadakan pada 12-13 September 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra,Kuala Lumpur.Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Tun Razak telah merasmikan mesyuarat parti komponen utama Barisan Nasional itu. Presiden parti ialah Dato' Seri S.Samy Vellu dan menjadi presiden selama 32 tahun .

Pemilihan parti sunting

Perwakilan akan memilih Timbalan Presiden , Naib Presiden dan ahli jawatankuasa MIC. Samy Vellu menang jawatan Presiden MIC dalam pelihan MIC pada April 2009. 90 % dari 1,460 perwakilan mengundi calon Pasukan Presiden MIC. Namun empat calon bukan Pasukan Presiden berjaya memenangi kerusi Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

  • Timbalan Presiden : Dato' G. Palanivel.Beliau menang kali kedua berturut-turut. Palanivel ditentang oleh Dato' S. Subramaniam dan Dato' S. Sothinathan.
  • Naib Presiden: Datuk Dr. S. Subramaniam, Datuk M. Saravanan dan Dato' S.K. Devamany
  • Pengerusi Tetap : Tan Sri G.Vadiveloo.

Prestasi buruk MIC sunting

Parti komponen Barisan Nasional termasuk MIC tewas kepada PKR dan DAP di kebanyakan DUN dan Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008. Pemimpin utama tewas seperti Dato' Seri Samy Vellu di Sungai Siput . Palanivel A/L K. Govindasamy tewas di Parlimen Hulu Selangor .Murugesan A/L Sinnandavar tewas di Subang.Komala Devi A/P M Perumal tewas di Kapar. S.Vigneswaran A/L M. Sanasee tewas di Kota Raja. Sothinathan A/L Siena Goundar tewas di Teluk Kemang.

Saravanan A/L Murugan menang di parlimen Tapah.Devamany A/L S. Krishnasamy menang di Cameron Highlands. Subramaniam A/L K.V. Sathasivam menang di Segamat.

Kontroversi Presiden MIC sunting

Ramai ahli dan bukan ahli MIC mendakwa Samy Vellu merupakan liabiliti kepada MIC dan Barisan Nasional. Parti MIC akan berkecai jika beliau meninggalkan parti sekarang. Pengunduran Dr Mahathir Mohamad menyebabkan Barisan Nasional tumbang di 5 negeri.

Wawasan sunting

MIC merupakan parti politik terbesar masyarakat India di Malaysia. Ahlinya seramai 630,000 orang. MIC akan berusaha mengembalikan sokongan masyarakat India kepada Barisan Nasional (BN).Pedaftaran ahli baru boleh dibuat secara 'on-line' melalui Portal MIC . Fokus utama ialah golongan muda dan berpendidikan.Lebih banyak cawangan-cawangan yang diketuai oleh golongan muda akan dibuka.MIC akan berusaha gigih membantu BN memenangi Pilihan Raya kecil Bagan Pinang 2009 di Negeri Sembilan.Datuk G. Palanivel selaku Timbalan Presiden MIC akan mengetuai jentera pilihan raya MIC di Bagan Pinang.[1]

Keselamatan sunting

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman menggesa mana-mana yang fikir mereka gengster hebat, tolong jangan keras kepala kerana tindakan tegas akan diambil.[2]

Samy Vellu mendakwa beribu-ribu samseng masuk ke dalam bangunan PWTC.

Kalungan selipar sunting

Beberapa perwakilan MIC kecewa dengan desakan dan 'tohmahan' mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Presiden MIC. Mereka menggesa selipar digantung pada gambar Tun Dr Mahathir. Tindakan ini menyamai tindakan melempar kasut di Iraq dan India. Mereka kesal Tun Dr Mahathir campur tangan dalam hal dalaman MIC. Samy Vellu menjadi presiden MIC selama 32 tahun tetapi enggan berundur. Sedangkan beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun rela berundur.


Setelah didesak, Samy Vellu setuju mengambil tindakan disiplin terhadap seorang perwakilan parti.

Kampung Buah Pala sunting

Perwakilan menyatakan masalah Kampung Buah Pala di Pulau Pinang disebabkan kegagalan pemimpin MIC untuk menangani isu ini dari peringkat awal.[3]

Pemilihan dikatakan tidak sah sunting

Pada 18 September 2009, 4 surat aduan dikemukakan kepada Jawatankuasa Pemilihan MIC kerana tidak sah dan mendesak pemilihan baru diadakan. Surat tersebut dihantar kepada CWC pada 18 September, 23 September dan 25 September. .Antaranya ialah :

  • Campur tangan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu yang mengatasi keputusan Jawatankuasa Pemilihan melarang para perwakilan daripada membawa telefon bimbit masing-masing ke kawasan pembuangan undi.
  • Calon Pasukan Presiden berkempen selepas tempoh larangan berkempen 12 tengah hari, 11 September 2009 dikuatkuasakan. Barisan calon Pasukan Presiden mengadakan sidang media berunsur berkempen pada pukul 3 petang, 11 September 2009 di Ibu Pejabat MIC.
  • Mendakwa akhbar milik keluarga Presiden MIC, Tamil Nesan menyiarkan rencana dan iklan-iklan yang berunsur kempen, menyokong dan memihak calon Pasukan Presiden pada hari pemilihan 12 September.
  • Akhbar itu didakwa diedarkan secara percuma kepada perwakilan di Dewan Merdeka, PWTC pada pagi hari pemilihan.
  • Melarang calon daripada mencatatkan pengiraan undi sedangkan ia dibenarkan sehari sebelum itu.
  • Kira-kira 90 % pekerja di dewan pengiraan undi merupakan kakitangan Ibu Pejabat MIC, Koperasi Pekerja Jaya dan Institut Pembangunan Pendidikan Maju, bukannya pekerja bebas kalangan pelajar universiti yang dijanjikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan

Mereka yang menulis surat aduan ialah Subramaniam, Saaran Nadarajan, R. Anbalagan, Ananthan (Kajang Ananthan) dan R. Subramaniam, N.S. Maniam dan P. Gananasaekharan. Peguam mereka ialah. S. Saraswathy.Perlembagaan MIC membenarkan kes mereka dibawa ke mahkamah.Tetapi Akta Pertubuhan 1966 tidak menyediakan peruntukan sedemikian. Seksyen 91 Perlembagaan MIC menyebut bahawa sebelum sesuatu isu boleh dibawa ke mahkamah, ia perlu dirujuk kepada CWC terlebih dahulu.[4]


Rujukan sunting