Mesyuarat Karađorđevo

Mesyuarat Karađorđevo terjadi pada 25 Mac 1991 antara dua orang presiden daripada negara bekas Yugoslavia iaitu Franjo Tuđman daripada Croatia dan Slobodan Milošević, Serbia di kawasan memburu Karađorđevo di barat laut Serbia. Topik perbincangan mereka adalah berkaitan dengan krisis Yugoslavia yang sedang berlangsung. Tiga hari kemudian kesemua presiden daripada enam buah republik bertemu di bandar Split, Croatia.

Meskipun berita mengenai kewujudan mesyuarat ini mendapat publisiti meluas di media Yugoslavia pada masa tersebut, mesyuarat ini menjadi kontroversi pada tahun-tahun berikutnya, di sebabkan dakwaan oleh beberapa ahli politik Yugoslavia bahawa Tuđman dan Milošević telah berbincang dan bersetuju untuk membahagikan Republik Sosialis Bosnia dan Herzegovina berdasarkan etnik.

Dakwaan-dakwaan ini terbahagi seperti penafian bahawa sebarang persetujuan telah dicapai dan spekulasi ini merupakan teori konspirasi semata-mata, sehingga dakwaan bahawa mereka telah bersetuju untuk membahagikan semula Bosnia dan Herzegovina antara negera Croatia dan Serbia yang akan merdeka, iaitu wilayah yang mana didiami oleh majoriti ethnic Croat atau Serb akan diilhak oleh kekdua-dua negara ini, dengan sebuah negara penampan kecil oleh etnik Bosniak yang terletak di antaranya. Oleh kerana perbincangan Tuđman–Milošević berlaku tanpa adanya seorangpun saksi, dan tiada transkript yang dicatatkan, kandungan sebenar inti patit perbincangan mereka tidak diketahui.

Nota sunting

Rujukan sunting

  • Almond, Mark (December 2003). "Expert Testimony". Review of Contemporary History. Oriel College, University of Oxford. 36 (1): 177–209.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Bilandžić, Dušan (1999). Hrvatska moderna povijest (dalam bahasa Croatian). Golden marketing. ISBN 953-6168-50-2.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Hoare, Marko Attila (March 1997). "The Croatian Project to Partition Bosnia-Hercegovina, 1990-1994". East European Quarterly. 31 (1): 121–138.
  • Lučić, Ivo (June 2008). "Bosna i Hercegovina od prvih izbora do međunarodnog priznanja". Review of contemporary History. Zagreb, Croatia: Croatian Institute of History. 40 (1): 107–140. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  • Lučić, Ivo (June 2003). "Karađorđevo: politički mit ili dogovor?". Review of Contemporary History. Zagreb, Croatia: Udruga Sv. Jurja. 35 (1): 7–36. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  • Magaš, Branka; Žanić, Ivo (2001). The War in Croatia and Bosnia-Herzegovina 1991–1995. London: Frank Cass. ISBN 978-0-7146-8201-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Sadkovich, James J. (January 2007). "Franjo Tuđman and the Muslim-Croat War of 1993". Review of Croatian History. Zagreb, Croatia: Croatian Institute of History. 2 (1): 204–245. ISSN 1845-4380.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Šarinić, Hrvoje (1999). Svi moji tajni pregovori sa Slobodanom Miloševićem 1993-1995. Zagreb: Globus international. ISBN 9536749009. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  • Tanner, Marcus (2001). Croatia : a nation forged in war (ed. 2nd). New Haven; London: Yale University Press. ISBN 0-300-09125-7.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Tuđman, Miroslav (2006). Vrijeme krivokletnika. Zagreb: Detecta. ISBN 953-99899-8-1.CS1 maint: ref=harv (link)
  • "Prosecutor v. Tihomir Blaškić - Judgement" (PDF). United Nations International Criminal Tribunal for the former Yugoslavia. 2000-03-03. Dicapai pada 2009-08-18.
  • "Testimony of Josip Manolić at the Prlić trial". International Criminal Tribunal for the former Yugoslavia. 6 July 2006.