Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel

mesyuarat sidang kemuncak dwitahunan

Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (bahasa Inggeris: Commonwealth Heads of Government Meeting, disingkatkan kepada CHOGM) adalah sidang kemuncak dwitahunan yang disertai semua ketua-ketua kerajaan dari negara-negara Komanwel. Setiap dua tahun, mesyuarat ini akan dikendalikan oleh negara ahli yang berbeza, biasanya dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau Presiden. Biasanya Ratu Elizabeth II yang menjadi Ketua Kerajaan Komanwel akan merasmikan mesyuarat tersebut. Sejak 1944 hingga 1971, mesyuarat ini yang dikenali sebagai Persidangan Perdana Menteri Komanwel diadakan di London. kecuali pada 1966 mesyuarat ini telah diadakan di Lagos. CHOGM yang pertama diadakan pada 1971.

Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel
Kerangka
Jenis/bentuk sahPeristiwa berulang Sunting ini di Wikidata
Keanggotaan 56 negara Sunting ini di Wikidata
Tapak webthecommonwealth.org Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Ditubuhkan1971 Sunting ini di Wikidata
GabunganNegara-Negara Komanwel Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Terdahulu, mesyuarat CHOGM membincangkan perkara-perkara dasar berkaitan isu semasa atau yang sedang berlangsung yang melibatkan negara ahli. Antaranya CHOGM membincangkan isu dasar aparteid diAfrika Selatan dan bagaimana memberhentikannya. Rampasan kuasa di Pakistan dan Fiji. Isu kepincangan pilihan raya di Zimbabwe. Selalunya negara ahli bersepakat dalam beberapa idea dan usul dan mengeluarkan deklarasi bersama seperti Deklarasi Langkawi.

Sejarah

sunting
Tahun Tarikh Negara Kota Tempat singgahan Pengerusi
1971 14–22 Januari   Singapura Singapura Tiada Lee Kuan Yew
1973 2–10 Ogos   Kanada Ottawa Mont-Tremblant Pierre Trudeau
1975 29 April – 6 Mei   Jamaica Kingston Tiada Michael Manley
1977 8–15 Jun   United Kingdom London Hotel Gleneagles James Callaghan
1979 1–7 Ogos   Zambia Lusaka Lusaka Kenneth Kaunda
1981 30 September – 7 October   Australia Melbourne Canberra Malcolm Fraser
1983 23–29 November   India New Delhi Goa Indira Gandhi
1985 16–22 Oktober   Bahamas Nassau Lyford Cay Lynden Pindling
1986 3–5 Ogos   United Kingdom London Tiada Margaret Thatcher
1987 13–17 Oktober   Kanada Vancouver Okanagan Brian Mulroney
1989 18–24 Oktober   Malaysia Kuala Lumpur Langkawi Mahathir Mohamad
1991 16–21 October   Zimbabwe Harare Victoria Falls Robert Mugabe
1993 21–25 October   Cyprus Limassol Tiada Glafcos Clerides
1995 10–13 November   New Zealand Auckland Millbrook Jim Bolger
1997 24–27 October   United Kingdom Edinburgh St Andrews Tony Blair
1999 12–14 November   Afrika Selatan Durban George Thabo Mbeki
2002 2–5 March   Australia Coolum Tiada John Howard
2003 5–8 December   Nigeria Abuja Aso Rock Olusegun Obasanjo
2005 25–27 November   Malta Valletta Mellieħa Lawrence Gonzi
2007 23–25 November   Uganda Kampala Munyonyo Yoweri Museveni
2009 27–29 November   Trinidad dan Tobago Port of Spain Laventille Heights Patrick Manning
2011 28–30 October   Australia Perth Kings Park Julia Gillard
2013 15–17 November   Sri Lanka Colombo Sri Jayawardenepura Kotte Mahinda Rajapaksa
2015 27–29 November   Malta Valletta; Mellieħa Fort St Angelo Joseph Muscat
2018 19–20 April   United Kingdom London Istana Windsor Theresa May
2020 Akan diumumkan.   Rwanda Akan diumumkan Akan diumumkan Akan diumumkan
2022 Akan diumumkan.   Samoa Akan diumumkan Akan diumumkan Akan diumumkan

Kemalangan dan tindakan

sunting

Rujukan

sunting