Meta (syarikat akademik)

Meta ialah sebuah syarikat yang menjalankan analisis data besar ke atas tinjauan literatur saintifik, yang telah diperoleh oleh syarikat CZI dan ditutup pada 2021 berkuat kuasa pada 2022.[1]

META ULC
Tahun penubuhan 2009
Pengasas Sam Molyneux, Amy Molyneux
Tarikh tamat perkhidmatan Mac 31, 2022 ( 31-03-2022 )
ibu pejabat
Tumpuan perkhidmatan
Akademia, kerajaan, penerbitan, industri
Perkhidmatan Rangkaian pengetahuan saintifik yang dikuasakan oleh kecerdasan mesin
Bilangan Pekerja
350
laman web meta.org

Sejarah sunting

Permulaan sunting

Meta Inc., atau sebelum ini dikenali sebagai Sciencescape Inc.,[2] diasaskan pada 2010 oleh Sam dan Amy Molyneux. Sebelum penubuhan Meta Inc., Sam Molyneux mendalami bidang genomik kanser di Institut Kanser Ontario, Hospital Princess Margaret di Toronto.[3][4] Perkhidmatan ini dibangunakan dengan objektif untuk mengkurasi berjuta-juta penerbitan ilmiah.[5][6][7][4][8][9]

Ibu pejabar syarikat ini terletak di Redwood City, California[10] (sebelum ini, syarikat ini terletak di Toronto, Ontario, Kanada[5] ) dan mengendalikan Meta Science, platform penjelajahan literatur.[6][7][3]

Setakat September 2016, Meta telah menganalisis lebih 26 juta kertas penyelidikan dan memprofilkan 14 juta penyelidik.[11] Dengan bantuan pemprosesan bahasa semula jadi, Meta mengimbas artikel - termasuk jutaan artikel yang disimpan dalam repositori akses terbuka. Analisis ini termasuk pengumpulan maklumat berkaitan maklumat pengarang, sitasi dan topik. Syarikat penerbitan ilmiah yang mengambil bahagian di dalam analisi ini menerima habuan melalui pendedahan produk jurnal mereka terhadap orang ramai.[12] Anatara syarikat penerbitan ilmiah yang mengambil bahagian termasuk Persatuan Perubatan Amerika, Pusat BioMed, Elsevier, Karger, Penerbitan Sage, Taylor & Francis, Wolters Kluwer dan Royal Society.[13][14] Teknologi untuk platform itu dibangunkan melalui perkongsian bersama antara Meta dan SRI International.[15]

Gabungan dengan Inisiatif Chan Zuckerberg sunting

Meta bergabung dengan Inisiatif Chan Zuckerberg pada 2017, menandakan pemerolehan yang pertama untuk Inisiatif tersebut.[16]

Tamat perkhidmatan sunting

Pada 28 Oktober 2021, Inisiatif Chan Zuckerberg mengumumkan penutupan Meta, dengan 31 Mac 2022 sebagai cadangan tarikh tamat perkhidmatan.[1]

Ciri dan spesifikasi sunting

Liputan perkhidmatan Meta termasuk bidang sains bioperubatan dengan kemas kini masa nyata daripada PubMed dan sumber lain.[17] Laman web ini menyediakan akses kepada lebih 22 juta makalah seawal tahun 1800-an.[8][9] Dengan menyaring kertas dan menganalisis tingkah laku pengguna, penentuan bahagian kertas penyelidikan yang penting dapat dilakukan dan seterusnya memasukkannya ke dalam hasil carian yang berkaitan.[6] Meta juga menyediakan perkhidmatan visualisasi penyelidikan dengan menyusun kertas penyelidikan mengikut tarikh penerbitan dan jumlah sitasi. Kemudian, maklumat tersebut dipersembahkan kepada pengguna untuk mengenal pasti kertas penyelidikan yang penting dengan cepat.[3]

Platform penyelidikan Meta Science menggunakan algoritma yang membolehkan pengguna menngisih (menyusun) penerbitan mengikut traikh penerbitan dan subjek.[5] Pengguna boleh melanggan maklumat terkini untuk pelbagai bidang penyelidikan termasuk biologi, gen, penyakit, gangguan genetik, dadah, orang, makmal & institut dan jurnal.[5][4][18]

Rujukan sunting

 

Pautan luar sunting

  1. ^ a b Chan Zuckerberg Science Initiative, Meta Transition, dicapai pada October 28, 2021 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "shutdown" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ "Meta Launches Universal Machine Intelligence Platform to Unite the Fragmented Scientific Information Ecosystem". MarketWatch. November 3, 2015. Dicapai pada May 8, 2018.
  3. ^ a b c The Data Visualizers, MaRS Commons Magazine, dicapai pada January 12, 2014 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "four" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ a b c Mashoka Maimona (June 13, 2013), Tech companies make final pitches at Extreme Startups 2013 demo day, Financial Post, dicapai pada January 12, 2014 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "nine" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  5. ^ a b c d Darrell Etherington (June 16, 2013), Sciencescape Wants To Solve Academic Research Discoverability, Deal With The Noise Problem, TechCrunch, dicapai pada January 12, 2014 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "one" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  6. ^ a b c Sciencescape aims to sift through snowballing science research, Wired.co.uk, dicapai pada January 12, 2014 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "two" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  7. ^ a b Candice So (June 13, 2013), Sciencescape cataloguing research papers everywhere, one essay at a time, itbusiness.ca, dicapai pada January 12, 2014 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "three" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  8. ^ a b Hazman Aziz (June 26, 2013), Sciencescape -- A new kid on the block, Hazman Labs, inc, diarkibkan daripada yang asal pada July 3, 2013, dicapai pada January 12, 2014 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "seven" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  9. ^ a b Vaibhav (June 18, 2013), Sciencescape in the Future of Scientific Research, TechnoGiants, dicapai pada January 12, 2014 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "eight" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  10. ^ Chan Zuckerberg Initiative signs lease in Lane Partners' new Redwood City building, San Francisco Business Times, January 25, 2017, dicapai pada October 31, 2018
  11. ^ About Meta, Meta, September 13, 2016, dicapai pada September 13, 2016
  12. ^ Carl Straumsheim (May 10, 2016), Predictive Analytics for Publishing, Inside Higher Ed, dicapai pada September 12, 2016
  13. ^ Teri Tan (April 29, 2016), Digital Solutions in India 2016: Big Data and AI with Meta, Publishers Weekly, dicapai pada September 12, 2016
  14. ^ Partners, Meta, September 12, 2016, dicapai pada September 12, 2016
  15. ^ "Chan Zuckerberg Initiative makes first buy, a Canadian artificial intelligence startup". www.bizjournals.com. January 26, 2017. Dicapai pada 2018-03-16.
  16. ^ "Chan Zuckerberg Initiative acquires and will free up science search engine Meta – TechCrunch". techcrunch.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-03-14.
  17. ^ Darrell Etherington (June 13, 2013), Extreme Startups Demo Day Wrap Up: Canadian Startups Make A Strong Showing, TechCrunch, dicapai pada January 12, 2014
  18. ^ Under The Hood, Sciencescape.org, dicapai pada January 12, 2014