Meter elektrik

Takhta Salah Gunakan

Meter elektrik merupakan alat bagi mengukur penggunaan tenaga elektrik oleh pengguna kediaman domestik, premis perniagaan, bangunan kerajaan, dsb. Meter elektrik ditentukurkan mengikut unit bil rasmi, yang paling lazim ialah dalam kilowatt jam. Meter elektrik dibaca secara berkala mengikut kitaran bil elektrik (biasanya sebulan sekali); oleh itu, bil elektrik mencatatkan penggunaan elektrik pada kitar bil tersebut (seperti pada bulan sebelumnya).

Meter elektrik digital di sebuah rumah kediaman di Malaysia.
Meter elektrik digital di Amerika Utara.

Sesetengah negara mempunyai tarif elektrik yang berbeza bagi waktu siang dan malam. Oleh itu, meter elektrik di negara tersebut akan mencatat penggunaan tenaga pada waktu kemuncak di mana tarif elektrik adalah lebih mahal. Sesetengah meter elektrik mempunyai geganti yang berupaya mematikan peralatan elektrik yang tidak diperlukan.[1]

Unit ukuran

sunting
 
Meter elektrik keadaan pepejal, disambungkan ke pencawang elektrik 2 MVA.

Unit ukuran yang paling lazim ialah kilowatt jam, bersamaan dengan penggunaan bebal satu kilowatt selama satu jam. Sesetengah syarikat bekalan elektrik pula menggunakan unit SI megajoule.

Permintaan biasanya diukur dalam unit watt, tetapi mengikut nilai purata dalam satu jangka masa tertentu, biasanya suku atau setengah jam.

Kuasa reaktif diukur dengan menggunakan unit "Volt-ampere reaktif", (varj) dalam kilovar-jam. Mengikut kebiasaan, beban "melengah" atau aruhan, seperti motor, akan mempunyai kuasa reaktif positif. Beban "mendahulu", atau beban kapasitif, akan mempunyai kuasa reaktif negatif.[2]

Volt-ampere mengukur kesemua kuasa elektrik yang melalui rangkaian pengagihan, termasuklah kuasa reaktif dan sebenar. Ia bersamaan dengan hasil darab voltan punca min kuasa dua dengan ampere.

Jenis-jenis meter

sunting
 
Mekanisme meter elektrik jenis aruhan elektromekanikal.
1 - Gelung voltan - lilitan wayar halus yang banyak yang ditempatkan di dalam perumah plastik, disambungkan secara selari dengan beban.
2 - Gelung arus - tiga lilitan wayar tebal, disambungkan secara sesiri dengan beban.
3 - Pemegun/Stator - menumpukan dan mengurung medan magnet.
4 - Cakera rotor aluminium.
5 - Magnet brek rotor.
6 - Spindel dengan gear cecacing.
7 - Paparan dail - memaparkan nombor ukuran.

Meter elektrik berfungsi dengan mengukur voltan dan arus secara berterusan dan seterusnya mencari hasil darab kedua-duanya untuk memberi nilai kuasa yang seterusnya dikamirkan dengan masa untuk memberi bacaan tenaga dalam unit kilowatt jam.

Meter elektromekanikal

sunting
 
Meter elektrik jenis elektromekanikal.

Jenis meter yang paling banyak digunakan ialah jenis elektromekanikal.[3][4]

Meter sebegini berfungsi dengan mengira putaran cakera aluminium yang berputar mengikut kuasa elektrik yang digunakan. Semakin laju cakera tersebut berputar, bermakna semakin tinggi jugalah tenaga elektrik yang digunakan pada waktu tersebut. Ia hanya memakan kuasa sekecil 2 watt sahaja.

Cakera tersebut berputar hasil tindak balas dua gelung peraruh; satu untuk voltan dan satu lagi untuk arus. Medan magnet gelung voltan dilengahkan 90 darjah menggunakan gelung pelengah.[5] Ia menghasilkan arus pusar pada cakera dan daya yang dikenakan pada cakera adalah mengikut hasil darab arus dan voltan. Satu magnet kekal mengenakan daya berlawanan mengikut kelajuan putaran cakera. Keseimbangan antara dua daya berlawanan ini mengakibatkan cakera berputar pada kelajuan yang berkadaran dengan kuasa yang digunakan. Cakera tersebut menggerakkan mekanisme pendaftaran yang mengkamirkan kelajuan cakera mengikut waktu dengan mengira putaran, sebagaimana odometer kereta, bagi mendapatkan bacaan penggunaan tenaga mengikut masa.

Jenis meter di atas adalah untuk bekalan AC fasa tunggal. Sistem tiga fasa memerlukan tambahan dua set gelung voltan dan arus.

Meter elektronik

sunting
 
Meter elektrik keadaan pepejal di Belanda.

Meter elektronik digunakan pada pendawaian satu fasa, tiga fasa dan meter industri (LPC). Meter elektronik memaparkan penggunaan tenaga pada paparan LCD. LED berfungsi sebagai alat pengukur, setiap 1000 kelip akan merekodkan satu unit bacaan penggunaan pada paparan LCD, serta berupaya menyimpan data bacaan bulan sebelumnya di dalam litar perisian meter. Selain penggunaan tenaga, meter elektronik juga boleh membaca nilai arus, nilai voltan, petanda pengusikan pada pepasangan meter dan meter, pekali lain bagi beban dan bekalan seperti permintaan maksimum, faktor kuasa dan kuasa reaktif.

Meter solar

sunting

Meter pintar

sunting

Meter pintar diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2016, dimana TNB mula memasang meter ini di kawasan Putrajaya dan Ayer Keroh, Melaka. Mempunyai ciri-ciri Advanced Metering Infrastructure (AMI):

  1. Pembacaan meter jarak jauh untuk mengelakkan pembilan secara anggaran terutama bagi meter yang terlindung untuk direkodkan penggunaan dan premis pengguna tiada penghuni atau berkunci.
  2. Komunikasi dua hala.
  3. Mempunyai indikasi kejanggalan atau gangguan kerosakan.
  4. Kualiti kuasa yang efektif.
  5. Pengurusan outage.
  6. Pemutusan atau penyambungan bekalan elektrik secara jarak jauh.
  7. Penggunaan portal laman sesawang atau paparan meter di dalam rumah sebagai rujukan serta membantu pengguna untuk menngenalpasti langkah-langkah menjimatkan elektrik.
  8. Pengebilan yang sangat tepat dan jitu.


Meter prabayar

sunting
 
Meter prabayar dan token jalur magnetik di UK. Butang A memaparkan maklumat dan statistik seperti kadar tarif dan baki kredit. Butang B mengaktifkan sedikit kredit kecemasan apabila baki kredit habis.
 
Kekunci prabayar.

Amalan perniagaan yang biasa digunakan oleh syarikat pembekal tenaga elektrik ialah mengeluarkan bil pasca bayar yang mengukur penggunaan elektrik pada kitar bil yang lepas, misalnya sepanjang bulan lalu sebelum bil terkini dikeluarkan. Namun demikian, ada juga syarikat pembekal tenaga elektrik yang memperkenalkan sistem meter prabayar, di mana pengguna perlu membeli nilai kredit sebelum menggunakan bekalan elektrik, sebagai mana sistem prabayar telefon bimbit. Nilai kredit mesti ditambah apabila nilai sedia ada hampir habis untuk mengelakkan bekalan elektrik tiba-tiba terputus apabila baki kredit habis. Sistem terawal menggunakan peti wang tunai yang ditempatkan pada meter, tetapi pemasangannya berisiko kerana pengguna terdedah kepada risiko kecurian peti wang meter yang seterusnya menyebabkan gangguan bekalan elektrik. Sistem sekarang pula menggunakan pelbagai pendekatan seperti kad pintar dan token yang boleh ditambah nilai di pusat pembayaran yang dilantik.

Perbezaan antara meter elektromekanikal dan meter elektronik

sunting
Jenis Elektromekanikal Elektronik
Kos Rendah Sederhana
Fungsi Satu fungsi: Pengiraan kWh atau kVarh Multi fungsi: Pengiraan kWh, kVarh, kW, nilai arus, nilai voltan, nilai angkadar kuasa dsb
Kejituan Sukar mendapatkan bacaan yang jitu jika faktor usia meter sudah usang atau rosak Sangat jitu
Hubungan Tidak boleh Ya.
(Infra red, plc, gsm, gprs modem)
Indikasi Tenaga Piring aluminium berputar (arah jam) LED berkelip
Ciri-ciri istimewa Tahan lama.
Tidak rosak dengan panahan kilat.
Boleh mengesan petanda kejanggalan, pengusikan dan penggera.
Bateri yang dibina di dalam mampu berfungsi selama 3 tahun tanpa bekalan elektrik untuk menyimpan data bacaan terkini.
RMR
(Remote Meter Reading)
Tidak Boleh

Lokasi pepasangan

sunting
 
Juruteknik sebuah syarikat bekalan elektrik menanggalkan pateri pada meter semasa memotong bekalan elektrik bagi sebuah rumah di Durham, Carolina Utara.

Lokasi pemasangan meter biasanya di kawasan luar premis, terutamanya berhampiran pintu masuk utama (menghadap jalan utama). Bagi fasiliti seperti lampu jalan menempatkan meter di dalam perumah besi bertutup (Secure Meter Box) serta mempunyai tetingkap kaca bagi membolehkan pekerja pembaca jangka merekodkan penggunaan tenaga tersebut serta dalam masa yang sama melindungi meter daripada diceroboh oleh bintang, laku musnah atau curi elektrik.

Pengubahsuaian meter serta Kes Usikan Pepasangan Meter (KUPM)

sunting

Terdapat sesetengah kes di mana segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab mengubahsuai meter supaya mereka membayar bil elektrik kurang daripada sepatutnya, ataupun tidak perlu membayar langsung. Perbuatan sebegini bukan sahaja tidak jujur, malah ia salah di sisi undang-undang serta boleh jadi berbahaya. Mereka yang melakukan kegiatan ini boleh disabitkan menyalahi undang-undang dibawah Akta Bekalan Elektrik 1990 (pindaan 2015).

Meter elektrik lama jenis elektromagnetik biasanya boleh diusik dengan mendekatkan magnet kekal pada bahagian luar meter, menyebabkan arus pusar tidak dapat dihasilkan pada rotor, menyebabkan pergerakan ceper tersekat-sekat sekaligus menyebabkan bil menjadi lebih rendah daripada sepatutnya. Selain itu, kebanyakan meter elektromekanikal ini akan ditebuk di penutup meter dan menggunakan sebatang bendasing untuk menahan pergerakan ceper. Langkah pencegahan yang dilaksanakan oleh syarikat pembekal tenaga, Tenaga Nasional Berhad adalah dengan mengarahkan penukaran kepada meter elektronik atau digital yang boleh membantu mencegah pengusikan tersebut, memandangkan bacaan meter elektronik lebih tepat serta telah diprogramkan agar merekodkan aktiviti pengusikan dan data tersebut disimpan di dalam perisian di dalam meter supaya tidak dapat digugat oleh pelaku yang tidak bertanggungjawab.

Terdapat juga sesetengah kes di mana segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab membuat sambungan pintasan atau sambungan terus pada pendawaian sebelum meter untuk memperoleh bekalan elektrik secara percuma atau separuh dari penggunaan caj bulanan. Perbuatan tersebut juga dikenali sebagai kes usikan pepasangan meter (KUPM). Kecurian elektrik bukan sahaja salah di sisi undang-undang di Malaysia, malah berbahaya kerana pelaku terdedah kepada risiko renjatan elektrik yang boleh membawa maut serta mengakibatkan premis pengguna mengalami kabakaran.

Biasanya, meter yang dipasang oleh syarikat pembekal tenaga seperti Tenaga Nasional Berhad akan dimaterikan (sil) sambungannya untuk mencegah pengguna daripada mengusik pepasangan meter. Hanya juruteknik yang dilantik sahaja yang dibenarkan untuk menanggalkan materi (sil) tersebut, sama ada untuk menggantikan meter yang rosak ataupun untuk memotong bekalan elektrik. Fius bekalan TNB dan perangkai neutral (neutral link) tidak perlu dimaterikan (sil).

Lihat juga

sunting
  1. ^ E.g., Sistem Pengurusan Beban Minnkota Power Diarkibkan 2006-06-16 di Wayback Machine, dicapai 22 Ogos 2009. Sistem ini juga digunakan secara meluas di negeri-negeri di mana penjanaan dan pengagihan tenaga elektrik diuruskan oleh kerajaan, misalnya Republik Czech.
  2. ^ IEEE Recommended practice for industrial and commercial power systems analysis Standard 399-1997, IEEE, ISBN 1-55937-968-5 page 47
  3. ^ Jehl, Francis (1941). Menlo Park Reminiscences. Kessinger Publishing. ISBN 9780766126480. p.841
  4. ^ Fleming, J.A. (1914). Magnets and Electric Currents. New York: Spon & Chamberlain., p. 335
  5. ^ "Volume 3-10" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-05-13. Dicapai pada 2009-08-04.

Pautan luar

sunting