Metilena difenil diisosianat

Metilena difenil diisosianat ataupun MDI merupakan sebuah sebatian diisosianat. Sebatian ini secara umumnya mempunyai tiga isomer, bergantung kepada kedudukan kumpulan isosianat, yaitu 2,2'-MDI, 2,4'-MDI dan 4,4'-MDI. 4,4'-MDI merupakan isomer yang paling banyak digunakan dan dipanggil sebagai "MDI Tulen".

Metilena difenil diisosianat
4,4'-methylene diphenyl diisocyanate.svg
Methylene-diphenyl-diisocyanate-3D-vdW.png
Nama
Nama IUPAC
1,1'-Metilenebis(4-isosianatobenzena)
Nama lain
4-4' Metilena difenil diisosianida
Pengenalpasti
Singkatan MDI
101-68-8
ChemSpider 7289
Imej Jmol-3D Imej
Sifat
C15H10N2O2
Jisim molar 250.25 g/mol
Takat lebur 40 °C (104 °F; 313 K)
Takat didih 314 °C (597 °F; 587 K)
Bertindak balas
Bahaya
Takat kilat 212℃〜214℃
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
Rujukan kotak info

PembuatanSunting

Langkah pertama dalam penghasilan MDI ialah dengan melakukan tindak balas antara anilin dan formaldehid, dengan menggunakan asid hidroklorik sebagai pemangkin untuk menghasilkan campuran diamina asal, 4,4'-diaminodifenilmetana dan poliamina.

Diamina ini kemudiannya ditindak balas bersama fosgen untuk menghasilkan campuran isomer diisosianat. Penyulingan berperingkat pula dijalankan untuk memisahkan antara isomer-isomer diisosianat tersebut.

KegunaanSunting

Kegunaan utama MDI Tulen ialah dalam pembuatan poliuretana dan juga digunakan sebagai pelekat dalam bidang industri.