Metro Skuad ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2012 terbitan Skop Productions dengan idea dan konsep asal oleh Yusof Haslam.[1] Berlatarkan Ibu Pejabat Polis Putrajaya, ia mengisahkan tentang cabaran yang dihadapi oleh unit elit eponim Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ditugaskan untuk membanteras jenayah. Siri ini dibintangi oleh Kamal Affandi Hashim, Azad Jasmin, Salina Saibi, Ana Dahlia, Adam Corrie, Amir Arafat, Reenetha Veeraya, Riz Amin, Zack X-Factor dan Farid Wari. Ia bersiaran di TV2 dari 2 Mac 2012 hingga 15 Mac 2013 menggantikan Gerak Khas yang ditamatkan sementara pada 2011.[2][3]

Metro Skuad
GenreDrama, aksi, jenayah, thriler, misteri, saspens
PenciptaYusof Haslam (idea dan karya asal)
Dibangunkan oleh
Ditulis olehPanel Skrip Skop Productions
Pengarah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Metro Skuad" oleh James Baum
Lagu penutup"Metro Skuad" oleh James Baum
PenggubahJames Baum
Negara asalMalaysia
Bahasa
Bilangan musim2
Bilangan episod52 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Fetty Hj. Ismail
  • Salmah Hj. Ismail
PenerbitYusof Haslam
Penyunting
  • Shahrul Dhoman
  • Murad Man
  • Wan Norhadi Wan Noh
  • Azman Md. Lazim
Lokasi
SinematografiOmar Ismail
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
Skop Productions
Penyiaran
Saluran asalTV2
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal2 Mac 2012 – 29 Mac 2013
Kronologi
Rancangan berkaitan

Sama seperti Gerak Khas, Metro Skuad turut memaparkan kes-kes jenayah yang sering berlaku di negara ini seperti penyeludupan, pembunuhan, rompakan, pemerdagangan manusia dan ceti haram. Ia menjadi drama pertama terbitan Skop Productions yang diterbitkan dalam definisi tinggi.

Sinopsis sunting

Unit Metro Skuad yang di bawah pimpinan Superintenden Kamal telah ditugaskan untuk membendung jenayah hingga ke akar umbi demi menjaga kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara. Beliau dibantu oleh anggota-anggota bawahan dan pegawai-pegawai atasan. Bermulalah misi Unit Metro Skuad bagi membanteras jenayah, Drama ini dibahagikan kepada dua bahagian dengan permulaan dan pertengahan


MUSIM PERTAMA (2012)

Pada permulaan siri, penonton akan diperkenalkan dengan Superitendan Kamal seorang bekas pegawai Unit Tindak Khas (beliau kerap mengenakan beret maroon) yang mengetuai Metro Skuad bersama enam pegawai (dua ASP, lima Inspektor) iaitu ASP Azad, ASP Shakira, Insp Peter, Devi, Rohana bagi menjalankan operasi menentang pelbagai jenayah seperti Kongsi Gelap, Dadah, Bunuh, Culik dan lain-lain. Episod pertama Metro Skuad ditugaskan bagi menumpaskan dua kumpulan sindiket dadah bergiat aktif di Lembah Klang diikuti kumpulan kongsi gelap dan pada masa sama Insp Peter membuat penyamaran untuk menyertai salah satu kumpulan kongsi gelap.


Di samping itu ASP Azad menghadapi kerenah dengan sikap dua adiknya iaitu Rina dan Amjad yang hidup sosial, hingga beliau dan mak ayahnya tidak tahu macam mana hadapi perangai mereka sungguhpun Azad dirinya pegawai polis. Di akhir episod ASP Azad ditukarkan ke IPK Pulau Pinang tambah pula Rina, Amjad berubah dan tidak mahu membebankan mak ayah dan Azad.


MUSIM KEDUA (2013:AKHIR)

Metro Skuad masih diketuai Supt Kamal dan ASP Shakira serta kehadiran tiga pegawai baru yang diserap ke dalam unit ini iaitu ASP Rizman (menggantikan ASP Azad) seorang pegawai JSJ Johor bersama Insp Farid dan Zack. Episod pertama untuk musim kedua, Metro Skuad menyiasat kes pembunuhan Amira merupakan perempuan simpanan kepada Ahli Perniagaan disusuli episod ketiga yang mana ASP Rizman memburu Geng Cobra yang membunuh isterinya kira-kira lima tahun dulu semasa beliau bertugas di Johor Bahru sehingga ASP Rizman gangguan emosi selepas kematian isterinya.


Sementara itu ASP Shakira mempunyai ibu dan dua adiknya iaitu Irfan dan Sheila yang sungguh baik hati namun beliau berhadapan ayah kandungnya yang menceraikan ibunya kerana hidup berzina dan mempunyai teman wanita bernama Zakiah hingga Syakira cukup membenci.Di episod lain pula beliau pergi ke Beijing,China untuk bercuti dan berselisih dengan dua penjenayah artifak sehingga beliau dipukul.ASP Rizman pula menemui jodohnya bernama Anita yang membantu membaiki keretanya di suatu jalan.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Salina Saibi sebagai ASP Syakira
Adam Corrie Lee sebagai Peter
  • Kamal Affandi Hashim sebagai Superintenden Kamal (Musim 1-2)
  • Azad Jasmin sebagai ASP Azat (Musim 1)
  • Salina Saibi sebagai ASP Syakira (Musim 1-2)
  • Ana Dahlia sebagai Rohana (Musim 1-2)
  • Adam Corrie Lee sebagai Peter (Musim 1-2)
  • Amir Arafat sebagai Amir (Musim 1)
  • Reneetha Veeraya sebagai Devi (Musim 1–2)
  • Riz Amin sebagai ASP Rizman (Musim 2)
  • Zack X-Factor sebagai Zack (Musim 2)
  • Farid Wari sebagai Farid (Musim 2), beliau pernah memegang watak undangan sebagai Marzuki dalam episod musim 1, "Siapa Bunuh Lisa?"

Pelakon pembantu sunting

  • Anne Abdullah sebagai Ibu ASP Azat, Amjad dan Rina (Musim 1)
  • Azmeer Raja Lawak sebagai Bapa ASP Azat, Amjad dan Rina (Musim 1)
  • Izreen Azminda sebagai Rina (Musim 1)
  • Abdul Hafizi Alim sebagai Amjad (Musim 1)
  • Khaty Azian sebagai Ibu ASP Syakira, Irfan dan Sheila (Musim 2)
  • Reza Hasbi sebagai Irfan (Musim 2)
  • Lia Natalia sebagai Sheila (Musim 1-2), beliau pernah menjadi pelakon undangan untuk episod "Kongsi Gelap" dalam musim 1

Pelakon undangan sunting

Metro Skuad menampilkan sejumlah barisan pelakon undangan untuk setiap episod, terdapat juga pelakon yang berlakon lebih daripada satu episod:

Penampilan khas sunting

  • Ungku Hariz sebagai Rakan karib Amjad (Musim 1)
  • Nasz Najib sebagai Rakan karib Amjad (Musim 1)
  • Allana Amir sebagai Rakan karib Rina (Musim 1, tidak dinamakan)
  • Huda Ali sebagai Siti, isteri ASP Rizman (Musim 2)
  • Taib Mahmud sebagai Bapa ASP Syakira, Irfan dan Sheila (Musim 2)

Episod sunting

Musim Episod Tarikh siaran di TV2
Episod pertama Episod terakhir
1 26 2 Mac 2012 24 Ogos 2012
2 26 5 Oktober 2012 29 Mac 2013

Musim 1 (2012) sunting

Nombor episod (Musim 1) Nombor episod (Keseluruhan) Tajuk Tarikh siaran asal
11–2"Dendam"  Bahagian 1 (2 Mac 2012 (2012-03-02))
Bahagian 2 (9 Mac 2012 (2012-03-09))
23–5"Kongsi Gelap"  Bahagian 1 (16 Mac 2012 (2012-03-16))
Bahagian 2 (23 Mac 2012 (2012-03-23))
Bahagian 3 (30 Mac 2012 (2012-03-30))
36"Amuk"  (6 April 2012 (2012-04-06))
47–8"Jerat Awang Hitam"  Bahagian 1 (13 April 2012 (2012-04-13))
Bahagian 2 (20 April 2012 (2012-04-20))
59–10"Orang Dalam[a]"  Bahagian 1 (27 April 2012 (2012-04-27))
Bahagian 2 (4 Mei 2012 (2012-05-04))
611"Jual Orang"  (11 Mei 2012 (2012-05-11))
712–13"Siapa Bunuh Lisa"  Bahagian 1 (18 Mei 2012 (2012-05-18))
Bahagian 2 (25 Mei 2012 (2012-05-25))
814–16"Suspek"  Bahagian 1 (1 Jun 2012 (2012-06-01))
Bahagian 2 (8 Jun 2012 (2012-06-08))
Bahagian 3 (15 Jun 2012 (2012-06-15))
917"Haikal"  (22 Jun 2012 (2012-06-22))
1018–19"Khianat"  Bahagian 1 (29 Jun 2012 (2012-06-29))
Bahagian 2 (6 Julai 2012 (2012-07-06))
1120–21"Misi Khas"  Bahagian 1 (13 Julai 2012 (2012-07-13))
Bahagian 2 (20 Julai 2012 (2012-07-20))
1222–24"Asid"  Bahagian 1 (27 Julai 2012 (2012-07-27))
Bahagian 2 (3 Ogos 2012 (2012-08-03))
Bahagian 3 (10 Ogos 2012 (2012-08-10))
1325–26"Konflik"  Bahagian 1 (17 Ogos 2012 (2012-08-17))
Bahagian 2 (24 Ogos 2012 (2012-08-24))

Musim 2 (2012–2013) sunting

Nombor episod (Musim 2) Nombor episod (Keseluruhan) Tajuk Tarikh siaran asal
127–28"Nekad[b]"  Bahagian 1 (5 Oktober 2012 (2012-10-05))
Bahagian 2 (12 Oktober 2012 (2012-10-12))
229–31"Amira"  Bahagian 1 (19 Oktober 2012 (2012-10-19))
Bahagian 2 (26 Oktober 2012 (2012-10-26))
Bahagian 3 (2 November 2012 (2012-11-02))
332–33"Dendam Berdarah"  Bahagian 1 (9 November 2012 (2012-11-09))
Bahagian 2 (16 November 2012 (2012-11-16))
434–35"Terpedaya"  Bahagian 1 (23 November 2012 (2012-11-23))
Bahagian 2 (30 November 2012 (2012-11-30))
536–37"Syaitan"  Bahagian 1 (7 Disember 2012 (2012-12-07))
Bahagian 2 (14 Disember 2012 (2012-12-14))
638–39"Kemelut"  Bahagian 1 (21 Disember 2012 (2012-12-21))
Bahagian 2 (28 Disember 2012 (2012-12-28))
740–41"Jejak Di Beijing"  Bahagian 1 (4 Januari 2013 (2013-01-04))
Bahagian 2 (11 Januari 2013 (2013-01-11))
842–43"Jalan Pintas"  Bahagian 1 (18 Januari 2013 (2013-01-18))
Bahagian 2 (25 Januari 2013 (2013-01-25))
944–46"Cinta Awang Hitam"  Bahagian 1 (1 Februari 2013 (2013-02-01))
Bahagian 2 (8 Februari 2013 (2013-02-08))
Bahagian 3 (15 Februari 2013 (2013-02-15))
1047–48"Samseng"  Bahagian 1 (22 Februari 2013 (2013-02-22))
Bahagian 2 (1 Mac 2013 (2013-03-01))
1149–50"Kes Cina Buta"  Bahagian 1 (8 Mac 2013 (2013-03-08))
Bahagian 2 (15 Mac 2013 (2013-03-15))
1251"Anita"  (22 Mac 2013 (2013-03-22))
1352"Buruan"  (29 Mac 2013 (2013-03-29))

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Episod ini ialah pembikinan semula dari episod "Suspek" dalam Gerak Khas musim 12 (2010), namun diubah mengikut kesesuaian jalan cerita.
  2. ^ Episod ini tidak diulang siar atas sebab tertentu selepas tayangan perdana rasmi di TV2.

Rujukan sunting

  1. ^ Metro Skuad: Drama aksi kepolisan terbaru yang akan muncul di TV2. Skop Productions. 4 Januari 2012. Dicapai pada 7 Februari 2012.
  2. ^ Budiey (28 Februari 2012). Kisah unit elit polis dalam Metro Skuad Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 April 2012.
  3. ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi (26 Januari 2014). Kuasa Gerak Khas Diarkibkan 2018-04-26 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 April 2014.