Lingkungan Suara
Suara Wanita
Soprano
Mezzo-soprano
Kontralto (atau Alto)

Suara Lelaki

Kauntertenor (Alto atau Mezzo)
Tenor
Baritenor
Bariton
Bariton-bes
Bes

Kaitan

Sopranis
Kastrato

Mezzo-soprano dalam bahasa Itali bermaksud "soprano perantaraan", ialah penyanyi wanita yang lingkungan suaranya terletak di antara suara soprano dan alto. Suara mezzo-soprano kebiasaannya memanjang dari A di bawah C tengah hingga ke dua A di atas oktaf (contohnya A3-A5 dalam notasi pic saintifik, di mana C tengah = C4).

Suara mezzo-soprano secara umumnya adalah lebih berat dan bernada kelam berbanding dengan suara penyanyi soprano. Namun jika dibandingkan dengan penyanyi alto (juga dikenali sebagai kontralto), resonan suara mezzo-soprano adalah lebih tinggi lingkungannya.

Istilah Dugazon dan Galli-Marié (diambil dari nama 2 penyanyi terkenal Louise-Rosalie Lefebvre dan Célestine Marié) kadang-kala digunakan untuk merujuk kepada suara mezzo-soprano ringan. Suara penyanyi kastrato yang berada dalam lingkungan suara mezzo-soprano dikenali sebagai mezzo-soprano kastrato atau mezzista.

Penyanyi mezzo-soprano kebiasaannya adalah peranan wanita ke-2 untuk opera kecuali beberapa opera seperti karya Georges Bizet berjudul Carmen, peranan Rosina hasil karya penggubah Gioacchino Rossini untuk opera The Barber of Seville dan beberapa lagi.

Peranan lazim untuk penyanyi mezzo-soprano termasuklah sebagai ahli sihir, jururawat, wanita yang pintar seperti peranan Azucena dalam opera karya Verdi yang berjudul Il trovatore. Penyanyi mezzo juga kerap diberi peranan sebagai lelaki muda (berpakaian dan bergaya seperti lelaki, dalam bahasa Inggeris dipanggil trouser role) seperti peranan Cherubino, hasil karya penggubah Mozart untuk opera berjudul Le Nozze di Figaro dan juga sebagai watak wanita bersikap dengki seperti peranan Amneris dalam opera gubahan Verdi berjudul Aida .

Penyanyi mezzo-soprano amat dikenali dan mahsyur untuk lagu-lagu era barok, muzik-muzik awal dan opera era barok. Mereka kerapkali berlakon untuk peranan soubret (salah satu jenis suara soprano) jika bunyi suara dramatik diperlukan. Pada masakini, penyanyi kontralto juga dikira sebagai mezzo-soprano.

Kategori suara (fächer) mezzo-soprano

sunting
  • Mezzo-soprano lirik - Bersuara tinggi dan ringan. Boleh mencapai lingkungan atas hingga ke ketinggian di atas C tinggi (C6). Selain dari peranan yang lazim, watak lelaki muda (yang dilakonkan oleh wanita) juga ditulis untuk suara jenis ini. Jenis suara ini juga menyanyikan suara koloratura mezzo seperti peranan wanita berani karya penggubah Rossini dan opera-opera era barok. Antara peranan-perana untuk mezzo-soprano lirik termasuklah:-
  • Peranan koloratura karya penggubah Rossini seperti opera La Cenerentola dan peranan Rosina dalam The Barber of Seville
  • Peranan lirik seperti Dorabella dalam opera Cosi fan tutte, Cherubino dalam opera The Marriage of Figaro, Octavian dalam opera Der Rosenkavalier.

Di antara penyanyi-penyanyi yang tergolong dalam fächer ini adalah Janet Baker, Marilyn Horne, Frederica von Stade, Anne-Sofie von Otter dan Cecilia Bartoli.

  • Mezzo-soprano dramatik – Bersuara penuh dan kerap berada di bawah suara penyanyi lirik mezzo, namun suara ini boleh menyanyi melangkaui muzik orkestra dengan mudah.
  • Peranan – peranan untuk suara ini termasuklah Azucena dalam Il trovatore, Amneris dalam Aida, Dalila dalam Samson et Dalila, Brangäne dalam Tristan und Isolde, dan Herodias dalam Salome.

Di antara penyanyi-penyanyi yang tergolong dalam fächer ini adalah Giulietta Simionato, Fiorenza Cossotto, Olga Borodina dan Dolora Zajick.

Peranan mezzo-soprano dalam opera

sunting
Lingkungan suara mengikut nota paparan keyboard
 
Soprano
 
Alto
 
Tenor
 
Bes

Berikut adalah senarai peranan penyanyi mezzo-soprano dalam repertoir kebiasaan menurut piawaian suara mereka. Kebanyakan mezzo-sopranos juga secara lazimnya menyanyikan peranan alto, dan sesekala menyanyikan peranan penyanyi soprano. Amat jarang untuk seorang mezzo-soprano melakonkan watak utama dalam sesebuah opera kerana kebanyakan nota lagu ditulis untuk penyanyi soprano.

Peranan mezzo-soprano sebagai watak utama dalam opera

sunting
  • Carmen, Carmen (Bizet)
  • Cenerentola, La Cenerentola (Rossini)
  • Charlotte, Werther (Massenet)
  • Dalila, Samson et Dalila (Saint-Saëns)
  • Didon, Les Troyens (Berlioz)
  • Hänsel, Hänsel und Gretel (Humperdinck) – melakonkan peranan lelaki
  • Judith, Bluebeard's Castle (Bartók)
  • Rosina, Il barbiere di Siviglia (Rossini)

Peranan lain untuk mezzo-soprano dalam opera

sunting
  • Adalgisa, Norma (Bellini)
  • Amneris, Aida (Verdi)
  • Azucena, Il trovatore (Verdi)
  • Brangäne, Tristan und Isolde (Wagner)
  • The Countess, The Queen of Spades (Tchaikovsky)
  • Dorabella, Così fan tutte (Mozart)
  • Fricka, Das Rheingold, Die Walküre (Wagner)
  • Giulietta, Les contes d'Hoffmann (Offenbach)
  • Herodias, Salome (Richard Strauss)
  • Jezibaba, Rusalka (Dvořák)
  • Klytemnästra, Elektra (Richard Strauss)
  • Laura, La Gioconda (Ponchielli)
  • Lola, Cavalleria Rusticana (Mascagni)
  • Magdalena, Die Meistersinger von Nürnberg (Wagner)
  • Mallika, Lakmé (Delibes)
  • Marina, Boris Godunov (Mussorgsky)
  • Meg Page, Falstaff (Verdi)
  • Olga, Eugene Onegin (Tchaikovsky)
  • Ortrud, Lohengrin (Wagner)
  • Preziosilla, La forza del destino (Verdi)
  • Princess Eboli, Don Carlos (Verdi)
  • Principessa, Adriana Lecouvreur (Cilea)
  • Suzuki, Madama Butterfly (Puccini)
  • Venus, Tannhäuser (Wagner)
  • The Witch, Hänsel und Gretel (Humperdinck)

Mezzo-soprano (wanita melakonkan peranan lelaki) dalam opera

sunting
  • Cherubino, Le nozze di Figaro (Mozart)
  • Idamante, Idomeneo (Mozart)
  • Nicklausse, Les contes d'Hoffmann (Offenbach)
  • Octavian, Der Rosenkavalier (Richard Strauss)
  • Ratmir, Ruslan and Lyudmila (Mikhail Glinka)
  • Siebel, Faust (Gounod)

Peranan mezzo-soprano dalam opereta dan teater muzikal

sunting

Peranan mezzo-soprano penting atau terkemuka menjadi suatu yang kebiasaan dalam setiap karya muzik gubahan penggubah Gilbert dan Sullivan. Kesemua karya-karya seni mereka dilakonkan oleh penyanyi terkenal pada era itu, iaitu Jessie Bond pada 1880an. Nama beliau tidak tersenarai di bawah kerana kekerapan beliau beraksi dalam opereta dan teater muzikal.

  • Adelaide (Guys and Dolls)
  • Anne Catherick (The Woman in White)
  • Cathy Hiatt (The Last Five Years)
  • Carrie Pipperidge (Carousel) (kerap dilakonkan oleh penyanyi soprano)
  • Dinah (Starlight Express)
  • Elisabeth (Elisabeth)
  • Elle Woods (Legally Blonde)
  • Ellen Scott (Miss Saigon)
  • Elphaba (Wicked)
  • Eponine (Les Misérables) (boleh juga dilakonkan oleh penyanyi alto)
  • Eva Peron (Evita) (boleh juga dilakonkan oleh penyanyi soprano)
  • Grizabella (Cats) (boleh juga dilakonkan oleh penyanyi soprano tetapi lebih sesuai untuk penyanyi alto)
  • Helena Landless (The Mystery of Edwin Drood)
  • Kim (Miss Saigon)
  • Leona Samish (Do I Hear a Waltz?)
  • Linda (Lost in the Stars)
  • Liza Elliot (Lady in the Dark)
  • Lucy (Jekyll & Hyde) (boleh juga dilakonkan oleh penyanyi soprano)
  • Madame Giry (The Phantom of the Opera)
  • Magenta (The Rocky Horror Show)
  • Marian Halcombe (The Woman in White)
  • Margaret (The Light in the Piazza)
  • Martha (The Secret Garden)
  • Maureen Johnson (Rent)
  • Mei Li (Flower Drum Song)
  • Miss Hannigan (Annie)
  • Mother (Ragtime (Ragtime)
  • Mrs. Potts (Beauty and the Beast)
  • Nellie Forbush (South Pacific)
  • Nessarose (Wicked)
  • Nettie Fowler (Carousel)
  • Orlofsky (Die Fledermaus)
  • Red Riding Hood (Into the Woods)
  • Rosemary (How to Succeed in Business Without Really Trying)
  • Rose Maurrant (Street Scene)
  • Sally (You're a Good Man, Charlie Brown)
  • Sarah (Tanz der Vampire)
  • The Lady of the Lake (Monty Python's Spamalot) (boleh juga dilakonkan oleh penyanyi alto)
  • The Narrator (Joseph and the Amazing Technicolor Dreamcoat) (boleh juga dilakonkan oleh penyanyi soprano)
  • The Witch (Into the Woods)
  • Ulla (The Producers)

Lihat juga

sunting

Pautan Wikipedia Bahasa Inggeris

sunting

(Untuk pemahaman lanjut)

Pautan luar

sunting