Mikoyan MiG-35

(Dilencongkan dari MiG-35)

Mikoyan MiG-35 (bahasa Rusia: Микоян МиГ-35) yang juga dikenali dengan nama pengenalan NATO, Fulcrum F merupakan sebuah pesawat tempur pelbagai guna yang ditingkatkan prestasinya daripada variasi terdahulu MiG-29M/M2 dan MiG-29K/KUB. Pesawat ini diklasifikasikan sebagai pesawat udara tempur generasi ke-4.5. MiG-35 dikelaskan sebagai pesawat udara berat-sederhana kerana kemampuan untuk belepas dengan berat maksimumnya meningkat sebanyak 30% di mana melebihi ukuran klasifikasi sebelum ini.

MiG-35 Fulcrum-F
Mikoyan-Gurevich MiG-35 MAKS'2007 Pichugin.jpg
MiG-35 milik Rusia
Penerangan
Jenis Pesawat tempur udara pelbagai guna
Pengeluar Mikoyan
Penerbangan sulung 7 Februari 2007
Variasi Mikoyan MiG-29
Krew 1 atau 2
Dimensi
Panjang 19 m (62 kaki 4 in)
Tinggi 6 m (19 kaki 8 in)
Panjang sayap 15 m (49 kaki 3 in)
Berat
Berat tanpa muatan 15,000 kg (33,069 paun)
Janakuasa
Enjin 2 kipas turbo lepas bakar Klimov RD-33MK
Tujahan maksimum 8,900 kg (19,620 paun) setiap enjin
Persenjataan
Meriam 1x 30 mm meriam GSh-30-1 dengan 250 tembakan seminit.
Prestasi
Kelajuan maksimum Mach 2.4 (2,556 km/j, 1,587 batu/j)
Jarak pemanduan 3700 km (2,387 batu) dengan tangki luaran 4800 km (3000 batu)
Altitud tertinggi 18,900 m (62,000 kaki)
Kadar panjat 320 m/s (63,360 kaki/min)

MiG-35 telah dipamerkan secara rasmi ketika Menteri Pertahanan Rusia, Sergey Ivanov melawat Loji Bangunan Mesin Lukhovitsky "MAPO-MIG".[1] MiG-35 telah dipertingkat dengan sistem avionik dan persenjataan yang jauh lebih baik berbanding variasi terdahulunya, radar Jujukan Pengimbas Elektronik Aktif (AESA) baharu dan rekaan unik Sistem Pengesan Optikal (OLS), memberi kelebihan kepada pesawat ini selain sistem pintasan kawalan-darat (CGI) serta mampu membawa pelbagai misi secara individu.

Pesawat ini dijual dengan 2 variasi iaitu MiG-35 (1 tempat duduk) dan MiG-35D (tempat duduk berkembar).

PeneranganSunting

Reka bentukSunting

Perubahan ketara radar Jujukan Pengimbas Elektronik Aktif (AESA) Phazotron Zhuk-AE, enjin RD-33MK dan Sistem Pengesan Optikal (OLS) baharu.[2][3][4] Selain itu, peranti elektronik analog dalam kokpit dikurangkan.

EnjinSunting

Enjin RD-33MK "Morskaya Osa" (bahasa Rusia: Морская Оса) yang bermaksud "penyengat laut" telah diubahsuai. Ini merupakan versi terbaru RD-33 dan mempunyai 7% lebih kuasa jika dibandingkan model prototaip disebabkan penggunaan teknologi moden dalam sirip penyejuk di mana menghasilkan tujahan sebanyak 9,000 kg. Enjin baharu ini juga kurang mengeluarkan asap dan dimuatkan dengan nozel tujahan vektor bagi meningkatkan keberkesanan pertempuran sehingga 15%.[5][6]

KokpitSunting

Peranti elektronik analog dikurangkan dan digantikan dengan 3 paparan hablur cecair (LCD) sama saiz, paparan pelbagai fungsi (MDF) dan paparan tambahan untuk OLS (bahagian belakang kokpit MiG-35D mempunyai 4 LCD).

PenderiaSunting

Pengubahsuaian baharu termasuk radar Jujukan Pengimbas Elektronik Aktif (AESA) Phazotron Zhuk-AE boleh golek dan optronik kompleks yang terdiri daripada reka bentuk OLS baharu bagi menggantikan penderia inframerah jejak dan cari (IRST) terdahulu, OLS tambahan di bawah tempat masuk udara di sebelah kanan dan sepasang pengesan pemancaran laser yang terletak di hujung sebelah atas setiap sayap.

Radar AESA baharu menawarkan jarak frekuensi operasi yang lebih luas serta mampu menipu radar musuh dan berkebolehan untuk menghadapi serangan serentak. Penggabungan teknologi angkasa lepas iaitu OLS dengan topi keledar yang mempunyai sistem sasaran terbina dalam menghasilkan titik sasaran udara mahupun darat yang lebih tepat.

Perbezaan utama daripada penderia IRST terdahulu ialah pemasangan peranti baharu yang bukan sahaja menyediakan jarak operasi yang lebih baik malah menawarkan paparan bersuis sama ada pandangan inframerah, mod TV atau gabungan kedua-duanya sekali. OLS di bahagian atas muncung berfungsi sebagai IRST manakala OLS di bawah tempat masuk udara di sebelah kanan berfungsi sebagai penanda sasaran serangan darat (ground strike designator).

Sejarah operasiSunting

RusiaSunting

Kementerian Pertahanan Rusia merancang untuk memesan 37 buah pesawat pada tahun 2013,[7] tetapi jumlahnya kemudian diturunkan menjadi 24 buah pada bulan Ogos 2017.[8] Enam buah dalam kumpulan pertama telah dipesan pada bulan Ogos 2018,[9] dan dua buah pesawat pertama telah diserahkan kepada Tentera Udara Rusia pada 17 Jun 2019.[10]

Pengguna berpotensiSunting

MesirSunting

Pada tahun 2014, Mesir merancang untuk menandatangani satu perjanjian pembelian sejumlah 24 buah pesawat MiG-35 dengan Rusia.[11][12][13] Pada Februari 2015, Pengurus Besar MiG, Sergei Korotkov telah mengumumkan bahawa syarikat telah bersedia untuk membekalkan pesawat MiG-35 kepada Mesir sekiranya ia memohonnya.[petikan diperlukan] Bagaimanapun, pada April 2015, Mesir sebaliknya telah menandatangani sebuah kontrak bernilai $2 bilion untuk membeli 46 buah pesawat MRCA MiG-29M/M2.[14][15]

IndiaSunting

MiG-35 merupakan satu pesaing pada Eurofighter Typhoon, Boeing F/A-18E/F Super Hornet, Dassault Rafale, Saab JAS 39 Gripen, dan General Dynamics F-16 Fighting Falcon dalam persaingan MRCA India untuk pembelian sebanyak 126 buah Pesawat Tempur Pelbagai Peranan untuk kegunaan Tentera Udara India. Semasa ujian penilaian, Kementerian Pertahanan India kecewa akan masalah-masalah yang terkait dengan sistem avionik pesawat di mana radar tidak mampu mencapai jarak sasaran maksimum. Selain itu, enjin RD-33MK juga tidak mencapai tujahan yang cukup. Akibatnya, MiG-35 telah terkeluar dari persaingan pada bulan April 2011.[16][17][18]

Pesawat ini kini bersaing dengan 6 buah pesawat lain dalam ssatu tender terkini, yang dikenali sebagai MMRCA 2.0 oleh media di India, bagi perolehan sejumlah 114 buah pesawat MRCA.[19]

ArgentinaSunting

Pada tahun 2021 Rusia telah menawarkan kepada Argentina satu perjanjian untuk pesawat MiG-35 termasuk peluru berpandu anti kapal Kh-35 dan peluru berpandu udara ke permukaan Kh-38.[20][21][22]

Lain-lainSunting

Peru, Bangladesh dan Myanmar adalah antara negara yang berminat untuk membeli MiG-35.[23]

Pada tahun 2019, terdapat laporan bahawa kerajaan Rusia telah mencadangkan untuk membekalkan dia buah skuadron MiG-35 kepada Tentera Udara Diraja Malaysia, bagi mengantikan armada MiG-29N. TUDM sebelumnya telah menghentikan penggunaan pesawat MiG-29 ekoran kos dan jumlah masa penyelenggaraan yang tinggi. Perjanjian ini juga menghendaki Malaysia untuk memulangkan kembali 18 buah MiG-29N kepada Rusia. Tawaran ini dibuat oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin kepada Malaysia pada bulan Ogos 2019.[24]

Pesawat setandingSunting

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Halaman Aviapedia MiG-35
  2. ^ http://www.aviapedia.com/files/books/PhazotronMagAI07_full.pdf
  3. ^ Aviapedia » Klimov fighter engines video. RD-33
  4. ^ Aviapedia » New MiG-35 OLS video
  5. ^ Klimov :: Production :: Aircraft Program :: RD-33MK
  6. ^ MiG-35/MiG-35D
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 37 MiG-35s tidak disediakan
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 24 MiG-35s tidak disediakan
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 6 MiG-35s on order tidak disediakan
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan MiG-35 introduction tidak disediakan
  11. ^ News Desk. "Egypt interested in buying 24 MiG-35s from Russia". defense-update.com. Diarkibkan from yang asal pada 30 October 2014. Dicapai pada 14 November 2014.
  12. ^ "Russia said set to sell its top fighter jets to Egypt". The Times of Israel. Diarkibkan from yang asal pada 26 June 2018. Dicapai pada 14 November 2014.
  13. ^ "MiG-35: The plane that won't die". in.rbth.com. Diarkibkan from yang asal pada 8 April 2017. Dicapai pada 30 May 2014.
  14. ^ "Мы обезопасились от катастрофических последствий". migavia.ru (dalam bahasa Rusia). Diarkibkan from yang asal pada 7 February 2016. Dicapai pada 6 February 2016.
  15. ^ "Согласован контракт на поставку 46 истребителей МиГ-29 в Египет". vedomosti.ru. 24 May 2015. Diarkibkan from yang asal pada 26 June 2018. Dicapai pada 28 February 2019.
  16. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :0 tidak disediakan
  17. ^ "И снова мимо". Diarkibkan from yang asal pada 26 March 2016. Dicapai pada 4 July 2018.
  18. ^ "Проиграли второй раз подряд | Еженедельник "Военно-промышленный курьер"". vpk-news.ru. Diarkibkan from yang asal pada 4 July 2018. Dicapai pada 4 July 2018.
  19. ^ http://sps-aviation.com/story/?id=2370&h=MMRCA-20-Contenders
  20. ^ www.fullaviacion.com.ar/2021/02/22/federacion-rusa-ofrece-cazas-mig-35-y-helicopteros-mi-171-a-la-republica-argentina
  21. ^ www.defensasur.com.ar/index.php/america-del-sur/116-argentina/14051-la-federacion-de-rusia-ofrece-cazas-mig-35-a-la-fuerza-aerea-argentina
  22. ^ https://www.diarioelanalista.com.ar/federacion-de-rusia-dona-cazas-mig-35-a-la-fuerza-aerea-argentina-airpower/
  23. ^ "Peru, Myanmar, Bangladesh interested in purchasing MiG-35s". TASS. 22 August 2017. Diarkibkan from yang asal pada 25 February 2019. Dicapai pada 24 February 2019.
  24. ^ "Russian president shares special bond with Dr M". New Straits Times. 30 August 2019. Dicapai pada 31 August 2019.

Pautan luarSunting