miHoYo

pembangun dan penerbit permua China

miHoYo Co., Ltd. (Bahasa Cina: 米哈游pinyin: Mǐhāyóu) ialah syarikat pembangunan dan penerbitan permainan video Cina. Selain permainan, syarikat itu telah mencipta pelbagai produk seperti siri animasi, novel, komik, muzik, dan barangan.

miHoYo Co., Ltd.
Nama asliBahasa Cina: 上海米哈游网络科技股份有限公司
Jenis/bentuk sahPembangun permainan video, penerbit permainan video Sunting ini di Wikidata
IndustriPermainan video
Ditubuhkan13 Februari 2012; 12 tahun yang lalu (2012-02-13)
Pengasas
  • Cai Haoyu (KEP)
  • Liu Wei (presiden dan setiausaha)
  • Luo Yuhao (pengarah)
Ibu pejabatShanghai, China
Bilangan lokasi9
Tokoh penting
  • Jim Yang (presiden; HoYoverse)
  • Yin Chunbo (naib presiden)
  • Zhang Qinghua (pengarah seni)
  • Cai Jinhan (pengarah muzik)
Keluaran
PerkhidmatanHoYoLAB
Jumlah aset$7 bilion
Bilangan kakitangan5000[1] (2022)
Anak syarikat
  • HoYoverse
  • Shanghai miHoYo Yingtie Technology
  • Shanghai miHoYo Tianming Technology
Tapak web
Twitter: miHoYo_Japan Instagram: mihoyo_jp LinkedIn: mihoyo Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Shanghai miHoYo Network Technology Co., Ltd.
Cina Ringkas: 上海米哈游网络科技股份有限公司
Cina Tradisional: 上海米哈遊網絡科技股份有限公司

Syarikat itu ialah pencipta siri Honkai, yang terdiri daripada beberapa permainan, termasuk Honkai Impact 3rd dan Honkai: Star Rail. miHoYo turut membangunkan Genshin Impact, permainan lakonan aksi dunia terbuka yang dikeluarkan pada tahun 2020, yang merupakan salah satu permainan mudah alih dengan kutipan tertinggi.

Dalam mengembangkan pengeluaran kandungan, penyelidikan teknologi dan penerbitannya di luar China, pada Februari 2022, miHoYo melancarkan anak syarikat penerbitan globalnya Cognossphere Pte., Ltd. (berdagang sebagai HoYoverse) yang berpangkalan di Jurong Timur, Singapura. Sejak itu, miHoYo telah menjalankan perniagaan secara global di bawah jenama itu dan beroperasi di Montreal, Los Angeles, Tokyo dan Seoul.[2]

miHoYo juga beroperasi di bawah anak syarikat Shanghai miHoYo Yingtie Technology dan Shanghai miHoYo Tianming Technology; yang pertama ialah penerbit Genshin Impact, Honkai: Star Rail, dan Zenless Zone Zero, manakala yang kedua ialah pembangun Tears of Themis.

Sejarah sunting

Asas sunting

miHoYo bermula dengan tiga pelajar sains komputer dari Universiti Shanghai Jiao Tong yang berkongsi minat dalam teknologi dan budaya ACG (anime, komik dan permainan): Cai "Hugh" Haoyu (蔡浩宇), Liu "Forrest" Wei (刘伟), dan Luo Yuhao (罗宇皓). Sebelum menubuhkan nama miHoYo, ketiga-tiga mereka telah bekerjasama dalam projek. Projek pertama mereka ialah komuniti kesusasteraan sumber terbuka yang memenangi biasiswa bernilai CNY 200,000 pada satu pertandingan.

Pada tahun 2010, pasukan itu membangunkan enjin permainan berasaskan jubin isometrik yang dipanggil "Enjin Misato" atau "Misato2D" menggunakan Adobe Flash Player. Katsuragi Misato, watak daripada francais Jepun Neon Genesis Evangelion, mengilhamkan nama itu.[3] Menggunakan versi enjin yang dinaik taraf,[4] mereka membangunkan permainan yang dipanggil Legend of Saha (娑婆物语)[5] buat pertandingan pembangunan permainan Flash yang diadakan semasa Persidangan Pembangun Permainan China (CGDC) kedua pada Julai tahun itu. Pasukan itu memenangi hadiah wang tunai CNY 30,000 yang disediakan oleh Shanda Games. Shanda Games kemudiannya menyumber luar mereka untuk membangunkan permainan mini yang dipanggil Bubble Hero (泡泡英雄).[6][7][8]

Permainan dan produk sunting

tahun
Inggeris Cina Jepun
2011 FlyMe2theMoon
2012 Zombiegal Kawaii 崩坏学园
Bēnghuài Xuéyuán
2014 Guns Girl Z 崩坏学园2
Bēnghuài Xuéyuán 2
崩壊学園[note 1]
Houkai Gakuen
2016 Honkai Impact 3rd 崩坏3
Bēnghuài 3
崩壊3rdHoukai 3rd
2018 miHoYo BBS 米游社[note 2]
Mǐyóushè
2020 HoYoLAB
Tears of Themis 未定事件簿
Wèidìng Shìjiànbù
未定事件簿
Mitei Jikenbo
Desktop N0va 人工桌面Réngōng Zhuōmiàn
Genshin Impact 原神
Yuánshén
原神
Genshin
2023 Honkai: Star Rail 崩坏:星穹铁道
Bēnghuài: Xīngqióng Tiědào
崩壊:スターレイル
Houkai: Sutaa Reiru
TBA Zenless Zone Zero 绝区零
Jué Qū Líng
ゼンレスゾーンゼロ
Zenresu Zoon Zero

Nota sunting

  1. ^ Dilancarkan di Jepun tanpa nombor siri.
  2. ^ Di China Tanah Besar sahaja.

Rujukan sunting

  1. ^ "了解我们". mihoyo.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 August 2022. Dicapai pada 1 August 2022.
  2. ^ HoYoverse (14 February 2022). "Presenting the New Brand HoYoverse: Aiming to Provide Global Players With an Immersive Virtual World Experience". hoyoverse.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 February 2022. Dicapai pada 24 July 2022.
  3. ^ FLASH开发者交流会 (30 November 2010). "Misato engine hugh_tsai-蔡浩宇". SlideShare. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 August 2022. Dicapai pada 20 July 2022.
  4. ^ Tsai, Hugh (10 February 2011). "奈奈月の守护,第25个开发日". WordPress. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 March 2012. Dicapai pada 30 July 2022.
  5. ^ 幽音夜花 (19 July 2019). "米哈游黑历史娑婆物语关卡体验,以及背后的故事". Bilibili. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 August 2022. Dicapai pada 27 July 2022.
  6. ^ 21世纪经济报道 (26 March 2021). "投号玩家丨从三个人到年收入50亿,大热手游《原神》和它背后的公司米哈游". Sina. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 August 2022. Dicapai pada 20 July 2022.
  7. ^ 游乐园游戏网 (19 February 2021). "来聊聊米哈游的发家史,年轻人的创业榜样". 游乐园游戏网. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 August 2022. Dicapai pada 20 July 2022.
  8. ^ GameLook (21 December 2021). "上海企业年会"包场"背后,是年轻人走向台前的故事". GameLook. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 January 2022. Dicapai pada 20 July 2022.