Mi kolok (juga dieja mi kolo), mi kering ataupun mi rangkai (daripada perkataan Iban rangkai, bermaksud "kering") ialah sejenis mi yang cukup popular di negeri Sarawak. Kebanyakan gerai di sekitar Kuching ada menyediakan atau menjual mi kolok ini. Mi kolok ini biasanya akan dihidangkan bersama kuah sup dan kicap.

Mi kolok begitu popular di negeri Sarawak

Bahan-bahan untuk membuatnya sunting

Antara bahan yang terdapat di dalam mi kolok ini ialah (bahan-bahan 1 orang):-

Cara membuatnya sunting

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan bawang besar.
  4. Kacau seketika hingga layu.
  5. Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan air rebusan daging/ayam.
  6. Masukkan mi, biarkan sedikit lembut.
  7. Masukkan garam, gula dan Ajinomoto secukup rasa. Kacau seketika.
  8. Masukkan sawi, daging/ayam rebus (yang telah dipotong nipis).
  9. Masak hingga mi lembut sedikit dan sawi layu.
  10. Angkat dan hidang segera. Hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng.
  11. Tambahkan lada sulah jika suka.

Keunikan rasanya sunting

Bagi yang baru pertama kali merasai mi kolok ini sudah tentu anda merasakan ia istimewa dan sedap kerana penggunaan mi yee (yee mee) serta dicampur dengan hirisan daging atau ayam yang direbus terlebih dahulu ini sememangnya menyelerakan. Kuah sup yang disedikan menjadi kuah untuk mi kolok ini.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting