Micah Lincoln Richards (lahir 24 Jun 1988) ialah pemain bola sepak profesional Inggeris yang bermain di posisi pertahanan untuk kelab Inggeris, Aston Villa.

Micah Richards
Maklumat peribadi
Nama penuh Micah Lincoln Richards[1]
Tarikh lahir (1988-06-24) 24 Jun 1988 (umur 35)[1]
Tempat lahir Birmingham, England
Ketinggian 1.80 m (5 ka 11 in)[2]
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Aston Villa
Nombor 4
Kerjaya remaja
Leeds United[3]
2000–2001 Oldham Athletic
2001–2005 Manchester City
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2015 Manchester City 179 (6)
2014–2015Fiorentina (pinjam) 10 (0)
2015– Aston Villa 5 (0)
Pasukan kebangsaan
2003–2004 England B16 2 (0)
2005–2006 England B19 3 (0)
2006–2010 England B21 14 (3)
2006– England 13 (1)
2012 Great Britain 5 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23:48, 30 Jun 2015 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:48, 30 Jun 2015 (UTC)

Karier kelab sunting

Awal karier sunting

Richards bermain untuk pasukan belia Leeds United youth system sebagai penyerang tetpai dia dilepaskan ketika dia berumur lapan tahun.[3] Dia kemudiannya bermain untuk pasukan belia Oldham Athletic, berpindah ke Manchester City ketika berumur 14 tahun dengan Oldham dikatakan mempunyai 20% ke atas klausa penjualan. Pada bulan Julai 2001, Manchester City dilaporkan cuba untuk membeli klausa tersebut tetapi Oldham menolak.[4]

Manchester City sunting

Dia membuat penampilan sulung pasukan utama pada 22 Oktober 2005 menentang Arsenal, masuk menggantikan Danny Mills pada minit ke-85th dimana mereka tewas 1–0.[5] Gol pertamanya datang pada 19 Februari 2006 ketika seri 1–1 dengan Aston Villa dalam pusingan kelima Piala FA.[6]

Pada bulan Julai 2006, Manchester City menolak bidaan £5 juta untuk Richards dari Tottenham Hotspur.[7] Pada 25 Julai 2006, dia menandatangani kontrak baru empat tahun.[8] Richards dicalonkan untuk Anugerah Pemain Muda Tahunan PFA pada musim 2006–07.

Dia menjadi kapten pasukan buat pertama kali pada 16 September 2007 ketika menentang Aston Villa. Pada bulan Februari 2008, dia menandatangani kontrak yang berkekalan sehingga bulan Jun 2013.[9] Pada 17 Julai 2008, Richards bermain perlawanan penuh buat kali pertama sejak kembali daripada kecederaan ketika kemenangan 2–0 ke atas EB/Streymur dalam pusingan kelayakan pertama Liga Europa UEFA.[10] Richards dicalonkan buat kali kedua untuk Anugerah Pemain Muda Tahunan PFA pada akhir musim 2007–08.

Pada 22 Mac 2009, dia menjaringkan gol pertamanya dalam musim 2008–09 ketika kemenangan 1–0 ke atas Sunderland. Pada 11 Julai 2009, Eurosport melaporkan bahawa dia telah dijangkiti selesema babi ketika bercuti di Cyprus.[11]

Manchester City memenangi Liga Perdana Inggeris pada musim 2011–12.[12] Richards mengakhiri musim itu dengan lima bantuan gol – terbanyak untuk mana-mana pertahanan dalam Liga Perdana.[13] City sekali lagi memenangi liga pada musim 2013–14, tetapi Richards hilang tempatnya dalam pasukan dan hanya membuat dua penampilan liga.[14] Pada 10 Jun 2015, Richards dilepaskan oleh Manchester City.[15]

ACF Fiorentina sunting

Pada 1 September 2014, Richards menyertai Fiorentina secara pinjaman. Richards membuat penampilan sulung untuk Fiorentina dalam perlawanan Liga Europa menentang Guingamp.[16] Richards memilih untuk tidak kekal di Fiorentina; dia hanya membuat 10 penampilan dalam liga.[17]

Aston Villa sunting

Pada 17 Jun 2015, ia telah diumumkan bahawa Richards telah menyertai Aston Villa secara pinjaman percuma selepas bersetuju dengan kontrak empat tahun.[18] Dia membuat penampilan sulung ketika kemenangan 1–0 ke atas Bournemouth.[19]

Karier antarabangsa sunting

Pada bulan November 2006, Richards menerima panggilan ke skuad England untuk perlawanan persahabatan menentang Belanda. Dia dipilih untuk bermula dalam perlawanan pada 15 November 2006 menentang Belanda selepas Gary Neville terkeluar akibat kecederaan. Ia menjadikannya pertahanan termuda England, memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang Rio Ferdinand. Dia menjaringkan gol antarabangsa pertamanya dalam kelayakan Euro 2008 menentang Israel pada 8 September 2007 di Stadium Wembley.

Kejayaan sunting

Manchester City sunting

Statistik karier sunting

Kelab sunting

Sehingga 11 Mei 2015.
Statistik kelab
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Eropah Lain-lain Jumlah
Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Manchester City 2005–06[20] Liga Perdana Inggeris 13 0 3 1 0 0 16 1
2006–07[21] Liga Perdana Inggeris 28 1 5 0 1 0 34 1
2007–08[22] Liga Perdana Inggeris 25 0 2 0 2 0 29 0
2008–09[23] Liga Perdana Inggeris 34 1 1 0 0 0 15 0 50 1
2009–10[24] Liga Perdana Inggeris 23 2 2 0 4 0 29 2
2010–11[25] Liga Perdana Inggeris 18 1 5 2 0 0 8 0 31 3
2011–12[26] Liga Perdana Inggeris 29 1 1 0 2 0 4 0 1 0 37 1
2012–13[27] Liga Perdana Inggeris 7 0 0 0 0 0 1 0 0 0 8 0
2013–14[28] Liga Perdana Inggeris 2 0 3 0 2 0 3 0 10 0
2014–15[29] Liga Perdana Inggeris 0 0 0 0 0 0 0 0 1 0 1 0
Jumlah 179 6 22 3 11 0 31 0 2 0 245 9
Fiorentina 2014–15[29] Serie A 10 0 2 0 7 0 19 0
Aston Villa 2015–16 Liga Perdana Inggeris 2 0 0 0 0 0 0 0 2 0
Jumlah karier 191 6 22 3 13 0 38 0 2 0 266 9

Gol antarabangsa sunting

Sehingga 4 Jun 2014.
# Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1 8 September 2007 Stadium Wembley, London, England   Israel 3–0 3–0 Kelayakan UEFA Euro 2008

Rujukan sunting

  1. ^ a b Hugman, Barry J., penyunting (2009). The PFA Footballers' Who's Who 2009–10. Mainstream Publishing. m/s. 351. ISBN 978-1-84596-474-0.
  2. ^ [1]. Manchester City F.C. Retrieved on 2009-02-21.
  3. ^ a b Richards, Micah (12 March 2008). "Micah Richards column". BBC Sport. Dicapai pada 2009-10-20.
  4. ^ "City keen to keep hold of Micah". Manchester Evening News. 18 July 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-07-21. Dicapai pada 2006-11-11.
  5. ^ "Arsenal 1–0 Man City". BBC Sport. 22 October 2005. Dicapai pada 16 August 2009.
  6. ^ "Aston Villa 1 City 1". Manchester Evening News. 19 February 2006. Dicapai pada 17 June 2015.
  7. ^ "Hammers in Richards race?". Clubcall.com. 23 July 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-08. Dicapai pada 2006-08-20.
  8. ^ "Exclusive- Micah signs new deal". Manchester City F.C. 25 July 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 March 2007. Dicapai pada 2006-11-16.
  9. ^ "Richards makes long City commitment". UEFA. 8 February 2008. Dicapai pada 2008-02-09.
  10. ^ "EB Streymur 0–2 Man City". BBC News. 17 July 2008.
  11. ^ Premier League – Stranded Richards has swine flu
  12. ^ "MCFC Awards 2012 – Etihad Player of the Year". YouTube. Dicapai pada 2014-06-20.
  13. ^ Featured Columnist (2014-03-08). "Liverpool Transfers: Should Reds Go for Manchester City Defender Micah Richards?". Bleacher Report. Dicapai pada 2014-06-20.
  14. ^ Cross, Jeremy (12 May 2014). "Micah Richards ready to quit Manchester City as defender admits disappointment at missing out on Premier League medal". Mail Online. Dicapai pada 16 July 2015.
  15. ^ "Arsenal release midfielder Abou Diaby - after nine years and 40 injuries". The Telegraph. 10 June 2015. Dicapai pada 10 June 2015.
  16. ^ "Europa League: Micah Richards makes debut in Fiorentina win". BBC Sport. 18 September 2015. Dicapai pada 17 June 2015.
  17. ^ "Micah Richards talks about his rollercoaster year on loan at Fiorentina: 'Italy has made me a better player but I'll be moving on'". Mail Online.
  18. ^ "Micah Richards: Aston Villa sign Man City defender on free transfer". BBC Sport. 17 June 2015. Dicapai pada 17 June 2015.
  19. ^ Reddy, Luke (8 August 2015). "Bournemouth 0-1 Aston Villa". BBC Sport. Dicapai pada 8 August 2015.
  20. ^ "Games played by Micah Richards in 2005/2006". Soccerbase. Dicapai pada 10 April 2014.
  21. ^ "Games played by Micah Richards in 2006/2007". Soccerbase. Dicapai pada 10 April 2014.
  22. ^ "Games played by Micah Richards in 2007/2008". Soccerbase. Dicapai pada 10 April 2014.
  23. ^ "Games played by Micah Richards in 2008/2009". Soccerbase. Dicapai pada 10 April 2014.
  24. ^ "Games played by Micah Richards in 2009/2010". Soccerbase. Dicapai pada 10 April 2014.
  25. ^ "Games played by Micah Richards in 2010/2011". Soccerbase. Dicapai pada 10 April 2014.
  26. ^ "Games played by Micah Richards in 2011/2012". Soccerbase. Dicapai pada 10 April 2014.
  27. ^ "Games played by Micah Richards in 2012/2013". Soccerbase. Dicapai pada 10 April 2014.
  28. ^ "Games played by Micah Richards in 2013/2014". Soccerbase. Dicapai pada 10 April 2014.
  29. ^ a b "Games played by Micah Richards in 2014/2015". Soccerbase. Dicapai pada 10 April 2014.

Pautan luar sunting

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Fabian Delph
Kapten Aston Villa
2015–sekarang
Pemegang jawatan kini