Michael Ang's Halal Kitchen

Michael Ang's Halal Kitchen ialah sebuah rancangan televisyen masakan Malaysia yang dihoskan oleh Michael Ang.[1] Menerusi siri ini, Michael mengambil inspirasi mempersembahkan makanan tidak halal, disediakan menggunakan bahan masakan halal dan boleh dimakan oleh semua yang beragama Islam. Ia disiarkan di Astro Ria bermula 20 Mei 2019. Pada 1 Julai 2020, musim kedua siri ini disiarkan di Naura HD.[2]

Michael Ang's Halal Kitchen
FormatMasakan
PengacaraMichael Ang
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim2
Bilangan episod52
Penerbitan
Pemasangan kamera
Tetapan multi kamera
Tempoh siaran20 minit
Syarikat penerbitan
Astro
Penyiaran
Saluran asal
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal6 Mei 2019 – 16 Disember 2020

Pengacara sunting

 
Michael Ang berkhidmat sebagai pengacara.

Tetamu jemputan sunting

Michael Ang's Halal Kitchen menampilkan selebriti popular sebagai tetamu jemputan dalam setiap episod, antaranya ialah:

Penerbitan sunting

Michael Ang's Halal Kitchen diilhamkan dari keinginan Michael Ang menikmati makanan kegemaran warga Cina beragama Islam. Idea dan konsep untuk rancangan ini bermula apabila beliau memeluk Islam pada 2018.[3] Menyedari banyak makanan kegemarannya yang tidak boleh dijamah lagi kerana tidak halal selepas beliau bergelar mualaf, beliau memutuskan untuk menerbitkan rancangan masakannya sendiri yang memfokuskan kepada hidangan makanan yang resipinya diolah menggunakan bahan masakan halal selepas menerima tawaran daripada Astro.[3] Michael berkata mengenai rancangannya ini dalam satu temubual bersama Berita Harian:

“Saya suka makan dan selepas memeluk Islam, ada antara makanan kegemaran saya yang tidak boleh lagi dijamah kerana tidak halal. Menerusi program ini saya menampilkan hidangan yang diolah resipinya menggunakan ramuan halal. Saya harap program ini memberi inspirasi kepada penonton dalam mempelbagaikan sajian mereka,”[3]

Dalam rancangan ini, Michael turut mengundang selebriti jemputan untuk setiap episod yang berbual secara santai bersamanya tentang selok belok kehidupan peribadi serta perkembangan terbaharu selebriti terbabit dalam kerjaya masing-masing.[4]

Siaran sunting

Musim pertama Michael Ang's Halal Kitchen memulakan siarannya di Astro Ria bermula 20 Mei 2019 setiap Isnin pada jam 9 malam.

Bermula 1 Julai 2020, siri ini telah berpindah ke Naura HD dan musim keduanya bersiaran setiap Rabu jam 9 malam. Musim kedua siri ini memfokuskan kepada hidangan dan sajian antarabangsa.[4][5]

Rujukan sunting

  1. ^ Ashraf Nasser (17 Mei 2019). "Michael bakal terbit Michael Ang's Halal Kitchen". Cinema Online. Dicapai pada 16 Julai 2019.
  2. ^ Aqmar Mustaza (3 Julai 2020). "Michael Ang beri inspirasi masakan halal". Sinar Harian. Dicapai pada 16 Julai 2020.
  3. ^ a b c Farihad Shalla Mahmud (16 Mei 2019). "Ibu restu Michael Ang masuk Islam". Berita Harian. Dicapai pada 16 Julai 2019.
  4. ^ a b Fariza Saidin (28 Jun 2020). "Sajian antarabangsa! Dapur halal Michael Ang ke luar negara". Kita Reporters. Dicapai pada 16 Julai 2020.
  5. ^ Asyraf Roslan (2 Julai 2020). "Michael Ang kembali ke dapur dengan Michael Ang's Halal Kitchen musim kedua". Astro Awani. Dicapai pada 16 Julai 2020.