Michael Jeyakumar Devaraj
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj (lahir 28 Mac 1955) merupakan Ahli Parlimen bagi kerusi Sungai Siput, Perak dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) namun memenangi kerusinya dengan tiket Parti Keadilan Rakyat.
Michael Jeyakumar Devaraj | |
---|---|
![]() | |
Anggota Parlimen Malaysia untuk P62 Sungai Siput, Perak | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 7 April 2018 | |
Didahului oleh | Samy Vellu (MIC-BN) |
Digantikan oleh | Kesavan Subramaniam |
Butiran peribadi | |
Lahir | Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 28 Mac 1955
Parti politik | ![]() |
Pekerjaan | Doktor Perubatan |
PolitikSunting
Pilihan rayaSunting
Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, beliau kalah kepada Datuk Seri Samy Vellu di Parlimen Sungai Siput. Pada ketika itu beliau hanya mendapat undi sebanyak 8,680 berbanding Samy Vellu mendapat 19,020 undi. Seorang lagi calon dari DAP, Samugam Ponmugam Ponam mendapat 2,890.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional-MIC Datuk Seri Samy Vellu yang merupakan penyandang dengan majoriti sebanyak 1,821 undi. Beliau memperolehi 16,458 undi berbanding lawan beliau memperolehi hanya 14,637 undi. Seorang lagi calon yang bertanding, Nor Rizan Oon (BEBAS) hanya memperolehi 864 undi.
Ahli ParlimenSunting
Selepas menang dalam Pilihanraya Umum 2008, disebabkan partinya, Parti Sosialis Malaysia (PSM) selalu ditolak pendaftarannya dengan alasan "mampu mengancam keselamatan negara" berdasarkan latar belakang sosialismenya, beliau terpaksa terus mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) di dalam Parlimen, seperti Wee Choo Keong yang merupakan satu lagi Ahli Parlimen PKR yang juga bukan ahli PKR (Wee merupakan Setiausaha Agung Parti Demokratik Malaysia). Namun setelah PSM berjaya didaftarkan pada bulan September tahun 2008, beliau bertukar mewakili PSM di dalam Parlimen dan dianggap sebagai "Ahli Parlimen Bebas" bersama dengan kedua-dua Ahli Parlimen Parti Maju Sabah (SAPP) yang baru keluar dari Barisan Nasional (Eric Majimbun dan Chua Soon Bui), namun sedangkan kedua-dua Ahli Parlimen SAPP ditukarkan tempat duduk, Michael Jeyakumar masih kekal pada tempat duduk yang asal.
Keputusan Pilihan RayaSunting
Thn | Pembangkang | Undi | Prts | Kerajaan | Undi | Prts | Lain-lain | Undi | Prts | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | Michael Jeyakumar Devaraj (DAP) | 12,221 | 39% | Samy Vellu (MIC) | 17,480 | 56% | Mohd Asri (MDP) | 565 | 2% | |||
2004 | Michael Jeyakumar Devaraj (PKR) | 8,562 | 28% | Samy Vellu (MIC) | 18,797 | 61% | Shanmugam Ponmugam Ponnan (DAP) | 2,890 | 9% | |||
2008 | Michael Jeyakumar Devaraj (PKR) | 16,458 | 50% | Samy Vellu (MIC) | 14,637 | 44% | Nor Rizan Bin Oon (BEBAS) | 867 | 3% | |||
2013 | Michael Jeyakumar Devaraj (PKR) | 21,593 | 52% | Devamany S. Krishnasamy (MIC) | 18,800 | 45% | Nagalingam A/L Singaravelloo (BEBAS) | 197 | 1% |
RujukanSunting
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 27 June 2010. Percentage figures based on total turnout.
- ^ "2013 Malaysia General Election NEGERI PERAK P62 Sungai Siput". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 5 May 2013. Results only available for the 2013 election.