Michael Schumacher

Michael Schumacher (Tulisan Jawi: مايكل شوماخر; lahir 3 Januari 1969) ialah seorang bekas pemandu Formula Satu dari Jerman. Schumacher ialah Juara Dunia Formula Satu sebanyak tujuh kali dan dianggap sebagai salah seorang pemandu F1 yang terhebat.[1][2][3][4] Beliau memegang pelbagai rekod dalam Formula Satu, termasuk kejuaraan terbanyak, pusingan terpantas, petak pertama, mata yang diperoleh dalam satu musim, dan kemenangan dalam satu musim, iaitu 13 buah kemenangan pada tahun 2004. Pada tahun 2002, beliau mendapat podium untuk kesemua perlumbaan, dan kemudiannya memecahkan rekod untuk podium terbanyak berturut-turut. Menurut laman sesawang rasmi Formula Satu, beliau "secara statistiknya merupakan pemandu terhebat dalam sukan yang pernah dilihat".[5]

Michael Schumacher
Schumacher pada tahun 2010.
Lahir (1969-01-03) 3 Januari 1969 (umur 55)
Hürth, Jerman Barat
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
KewarganegaraanJerman Jerman
Tahun aktif19912006, 20102012
TeamsJordan, Benetton, Ferrari, Mercedes
Entri308 (307 permulaan)
Kejuaraan7 (1994, 1995, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004)
Kemenangan91
Podium155
Mata kerjaya1,566
Petak pertama68
Pusingan terpantas77
Perlumbaan pertamaGrand Prix Belgium 1991
Kemenangan pertamaGrand Prix Belgium 1992
Kemenangan terakhirGrand Prix China 2006
Perlumbaan terakhirGrand Prix Brazil 2012
Kerjaya 24 Hours of Le Mans
Tahun penyertaan1991
PasukanTeam Sauber Mercedes
Keputusan terbaikKe-5 dalam C2 (1991)
Kemenangan kelas0

Selepas bermula dalam sukan kart, Schumacher memenangi kejuaraan pemandu Jerman dalam Formula König dan Formula Three, sebelum menyertai Mercedes dalam World Sportscar Championship. Selepas berlumba dalam satu perlumbaan untuk pasukan Formula Satu Jordan, beliau menyertai Benetton Formula pada tahun 1991. Selepas memenangi dua kejuaraan berturut-turut bersama Benetton pada tahun 1994/5, Schumacher menyertai Ferrari pada tahun 1996 dan memenangi lima gelaran pemandu berturut-turut bersama mereka, dari tahun 2000 hingga 2004. Schumacher bersara dari Formula Satu pada tahun 2006 dan kekal bersama mereka sebagai penasihat.[6] Schumacher bersetuju untuk kembali bersama Ferrari pada pertengahan musim 2009 sebagai pengganti Felipe Massa yang mengalami kecederaan yang teruk, tetapi tidak dapat melakukan demikian kerana mengalami kecederaan leher. Beliau kemudiannya menandatangani kontrak selama tiga tahun untuk memandu bersama pasukan Mercedes GP yang baru, bermula pada tahun 2010.[7]

Kerjaya Schumacher tidak asing lagi daripada kontroversi. Beliau terlibat dalam dua kemalangan pada perlumbaan akhir musim yang menentukan keputusan kejuaraan dunia, dengan Damon Hill pada tahun 1994 di Adelaide, dan dengan Jacques Villeneuve pada tahun 1997 di Jerez.[8] Schumacher merupakan duta dan jurucakap bagi UNESCO untuk keselamatan pemandu di jalan raya. Beliau juga menderma berpuluh-puluh juta dolar kepada badan amal.[9] Michael dan adiknya, Ralf Schumacher, ialah satu-satunya adik beradik dalam Formula Satu untuk memenangi sebuah perlumbaan dalam Formula Satu, dan mereka adalah adik beradik yang pertama untuk mendapat keputusan 1-2 dalam perlumbaan yang sama, di Montreal pada tahun 2001. Kedua-dua adik-beradik ini mengulangi pencapaian ini empat kali lagi (Grand Prix Perancis 2001, Grand Prix Brazil 2002, Grand Prix Kanada 2003 dan Grand Prix Jepun 2004).

Kerjaya awal sunting

 
Kereta German Formula Three yang digunakan oleh Schumacher pada tahun 1990

Schumacher dilahirkan di Hürth, North Rhine-Westphalia.[10] Beliau ialah anak kepada Rolf Schumacher dan Elisabeth. Apabila Schumacher berumur empat tahun, bapanya mengubahsuai kart pedal milik Schumacher dengan menambah sebuah enjin motosikal yang kecil. Apabila Schumacher terhempas ke tiang lampu di Kerpen, ibu bapanya membawanya ke litar go-kart di Kerpen-Horrem, di mana beliau menjadi ahli kelab kart yang termuda. Tidak lama kemudian, bapanya membina sebuah kereta kart daripada bahan terbuang, dan pada usia enam tahun, Schumacher memenangi kejuaraan kelab pertamanya. Untuk menampung perlumbaan anaknya, Rolf Schumacher menyewa dan membaiki kart, manakala isterinya bekerja di kantin litar. Walau bagaimanapun, apabila Schumacher memerlukan sebuah enjin baru yang berharga 800 DM, ibu bapanya tidak mampu untuk membelikannya; namun Michael terus berlumba dengan sokongan daripada ahli perniagaan tempatan.[11]

Schumacher mendapat lesen kartnya di Luxembourg pada usia 12 tahun.[12]

Pada tahun 1983, beliau mendapat lesen Jerman, setahun selepas memenangi German Junior Kart Championship. Dari tahun 1984, Schumacher memenangi pelbagai kejuaraan kart Jerman dan Eropah. Beliau bekerjasama dengan Adolf Neubert pada tahun 1985 dan menjelang tahun 1987, beliau ialah juara kart Jerman dan Eropah, dan berhenti sekolah, dan bekerja sebagai seorang mekanik. Pada tahun 1988, beliau membuat penampilan sulungya dalam perlumbaan kereta roda terbuka dengan menyertai kejuaraan German Formula Ford dan Formula König, dengan memenangi kejuaraan Formula König[13]

Kerjaya Formula Satu sunting

Sepanjang kerjayanya, Schumacher terkenal kerana berupaya untuk menghasilkan masa pusingan yang pantas pada detik-detik penting dalam sebuah perlumbaan.[14] Schumacher juga terkenal dengan prestasi hebatnya dalam perlumbaan yang diadakan dalam keadaan hujan. Sehingga akhir musim 2003, Schumacher memenangi 17 daripada 30 perlumbaan dalam keadaan hujan.[15] Oleh itu, beliau diberikan nama samaran seperti "Regenkönig" (raja hujan)[16] atau "Regenmeister" (master hujan)[14], walaupun bukan dalam media Bahasa Jerman. Dalam sebuah tinjauan yang dijalankan oleh FIA pada tahun 2006, Schumacher telah diundi sebagai pemandu yang paling popular pada musim ini di kalangan peminat Formula Satu.[17]

Penampilan sulung bersama Jordan sunting

 
Schumacher memandu uji untuk Jordan.

Schumacher membuat penampilan sulungnya dalam Formula Satu dengan pasukan Jordan-Ford di Grand Prix Belgium 1991, dengan memandu kereta nombor 32 sebagai pengganti untuk Bertrand Gachot, yang dipenjarakan. Schumacher, yang masih merupakan seorang pemandu Mercedes, telah ditandatangani oleh Eddie Jordan selepas Mercedes membayar Jordan sebanyak $150,000 untuk membuat penampilan sulungnya[18] Seminggu sebelum perlumbaan tersebut, Schumacher membuat Gary Anderson kagum, iaitu pereka kereta Jordan, dan pengurus pasukan, Trevor Foster, semasa memandu uji di Silverstone. Willi Weber, iaitu pengurus Schumacher, memberi jaminan kepada Jordan bahawa Schumacher tahu akan litar Spa yang mencabar itu, walaupun pada hakikatnya beliau hanya pernah melihat litar tersebut sebagai seorang penonton sahaja. Pada hujung minggu perlumbaan, rakan sepasukan, Andrea de Cesaris sepatutnya menunjukkan ajar Schumacher tentang litar Spa itu tetapi telah dihalang disebabkan oleh sebuah rundingan kontrak. Schumacher kemudiannya mempelajari litar itu sendiri, dengan berbasikal di sekitar litar tersebut dengan basikal yang dibawanya sendiri.[19] Schumacher mengagumkan semua orang di padok dengan mendapat tempat ketujuh pada pusingan kelayakan. Schumacher bersara pada pusingan pertama selepas mengalami masalah klac.[20]

Benetton (1991-1995) sunting

 
Schumacher memandu untuk Benetton di Grand Prix Monaco 1992

Selepas membuat penampilan sulungnya, dan walaupun Jordan menandatangani perjanjian dengan pengurusan Schumacher di Mercedes untuk berlumba dalam baki perlumbaan pada musim ini, Schumacher telah ditandatangani oleh Benetton-Ford untuk perlumbaan berikutnya. Jordan memohon injunksi di mahkamah UK untuk menghalang Schumacher untuk memandu bersama Benetton, tetapi kalah dalam kes tersebut kerana mereka masih belum menandatangani kontrak.[21] Schumacher menamatkan musim 1991 dengan empat mata daripada enam perlumbaan. Keputusan terbaiknya ialah kelima pada perlumbaan kedua, Grand Prix Itali, di mana beliau menamatkan perlumbaan di hadapan rakan sepasukan dan Juara Dunia sebanyak tiga kali, Nelson Piquet.

Pada permulaan musim 1992, pasukan Sauber, yang merancang untuk membuat penampilan sulung mereka dalam Formula Satu dengan sokongan Mercedes pada tahun berikutnya, mahukan Schumacher menjadi pemandu mereka jika Mercedes berjaya memasuki Formula Satu. Ia kemudiannya disahkan bahawa Schumacher akan kekal bersama Benetton, Peter Sauber berkata bahawa "[Schumacher] tidak mahu memandu bersama kami. Mengapa saya mahu memaksanya?".[22] Tahun ini telah dikuasai oleh pemandu Williams, iaitu Nigel Mansell dan Riccardo Patrese, yang menggunakan enjin Renault yang berkuasa, kotak gear semi-automatik dan ampaian aktif.[23] Dalam Benetton B192 yang "konvensional", Schumacher mendapat podium pertamanya selepas mendapat tempat ketiga di Grand Prix Mexico. Beliau kemudiannya memenangi perlumbaan pertamanya di Grand Prix Belgium. Beliau mendapat tempat ketiga dalam Kejuaraan Pemandu pada tahun 1992 dengan 53 mata, tiga mata di belakang naib juara, Patrese.

Pemandu Williams, Damon Hill dan Alain Prost juga menguasai musim 1993. Benetton memperkenalkan sistem ampaian aktif dan kawalan cengkaman mereka sendiri pada awal musim ini, dan merupakan pasukan hadapan yang terakhir untuk berbuat demikian.[24]. Schumacher memenangi satu perlumbaan, iaitu Grand Prix Portugal, di mana beliau menewaskan Prost, dan mendapat sembilan podium, tetapi bersara dalam tujuh perlumbaan. Beliau menamatkan musim di tempat keempat, dengan 52 mata.

1994–1995: Tahun Kejuaraan Dunia sunting

 
Schumacher memandu Benetton B194 untuk memenangi Kejuaraan Dunia pertamanya pada tahun 1994.
 
Schumacher memandu untuk Benetton di Grand Prix British 1995

1994 adalah tahun di mana Schumacher memenangi Kejuaraan Dunia pertamanya. Musim ini, bagaimanapun, telah diselubungi oleh kematian Ayrton Senna (disaksikan oleh Schumacher yang berada di belakang Senna, di tempat kedua) dan Roland Ratzenberger di Grand Prix San Marino, dan dengan tuduhan menipu oleh beberapa pasukan, tetapi yang paling utamanya ialah pasukan Schumacher, iaitu Benetton, yang melanggar peraturan teknikal sukan itu.[25][26]

Schumacher memenangi enam daripada tujuh perlumbaan pertama dan mendahului Grand Prix Sepanyol, sebelum mengalami kegagalan kotak gear, yang memaksanya untuk menggunakan gear kelima untuk sepanjang perlumbaan. Schumacher menamatkan perlumbaan tersebut di tempat kedua.[27] Berikutan Grand Prix San Marino, di mana pasukan Benetton, Ferrari dan McLaren telah disiasat kerana disyaki melanggar larangan yang dikenakan oleh FIA tentang alat elektronik. Benetton dan McLaren pada mulanya enggan menyerahkan kod sumber mereka untuk siasatan. Apabila mereka berbuat demikian, FIA mendapati bahawa terdapat fungsi tersembunyi dalam perisian kedua-dua pasukan, tetapi tiada bukti yang menunjukkan bahawa ia telah digunakan dalam perlumbaan. Kedua-dua pasukan telah didenda sebanyak $100,000 kerana enggan bekerjasama pada awalnya. Walau bagaimanapun, perisian McLaren, yang merupakan satu program yang membolehkan gear ditukar secara automatik, dianggap sah. Sebaliknya, perisian Benetton, yang merupakan satu sistem "kawalan pelancaran" yang membolehkan Schumacher memulakan perlumbaan bermula dengan sempurna, secara jelasnya telah diharamkan oleh FIA. Walau bagaimanapun, tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa perisian ini sebenarnya digunakan.[28] Di Grand Prix British, Schumacher diberikan penalti kerana memotong pada pusingan pemanasan. Beliau kemudiannya mengabaikan penalti tersebut dan diberikan bendera hitam, yang menunjukkan bahawa pemandu mesti segera kembali ke kotak pit mereka masing-masing, yang mana beliau disingkirkan dan kemudiannya digantung dua buah perlumbaan. Benetton menyalahkan kejadian tersebut atas kesilapan komunikasi antara steward dan pasukan.[29] Selepas Schumacher memenangi Grand Prix Belgium, beliau sekali lagi disingkirkan daripada perlumbaan tersebut kerana keretanya didapati menggunakan skidblock, di mana ia digunakan untuk meningkatkan kelajuan kereta di selekoh.[30] Kejadian-kejadian ini membantu Damon Hill merapatkan jurang mata, dan Schumacher mendahului kejuaraan dengan satu mata ketika memasuki perlumbaan terakhir di Australia. Pada pusingan ke-36, Schumacher melanggar rel penghadang yang berada di luar kawasan litar ketika mendahului perlumbaan. Hill cuba untuk memintasnya tetapi ketika kereta Schumacher kembali ke litar, mereka berdua berlanggar dan menyebabkan kedua-dua mereka untuk bersara.[31] Dengan kejadian ini, Schumacher memenangi kejuaraan dunia tahun tersebut dalam keadaan yang penuh kontroversi, dan Schumacher merupakan pemandu Jerman yang pertama untuk berbuat demikian (Jochen Rindt berlumba di bawah Bendera Austria).

Pada tahun 1995, Schumacher berjaya mempertahankan gelarannya dengan Benetton. Beliau kini mempunyai enjin Renault yang sama seperti yang digunakan oleh Williams. Beliau mengumpul 33 mata lebih daripada naib juara, Damon Hill. Dengan hasil usaha rakan sepasukan, Johnny Herbert, Benetton memenangi Kejuaraan Pengeluar mereka yang pertama dan Schumacher menjadi juara dunia berganda yang termuda dalam sejarah Formula Satu.

Musim ini telah dicemari oleh beberapa insiden bersama Hill. Ketika Hill cuba memintas Schumacher di Grand Prix British, beliau berlanggar dengan Schumacher dan menyebabkan mereka berdua untuk bersara.[32] Mereka berdua berlanggar sekali lagi pada pusingan ke-23 di Grand Prix Itali.[33] Schumacher memenangi sembilan daripada 17 perlumbaan pada musim ini, dan mendapat sebelas podium.

Ferrari (1996–2006) sunting

Pada tahun 1996, Schumacher menyertai Ferrari, iaitu pasukan yang memenangi Kejuaraan Dunia terakhir mereka pada tahun 1979 dan Kejuaraan Pengeluar pada tahun 1983, dengan gaji sebanyak $60 juta dalam tempoh dua tahun. Beliau meninggalkan Benetton setahun sebelum kontraknya bersama mereka tamat. Schumacher mengatakan bahawa tindakan yang merosakkan nama pasukan tersebut pada tahun 1994 menyebabkannya memilih untuk menarik diri daripada perjanjian tersebut.[34] Setahun kemudian, bekas pekerja Benetton, Rory Byrne dan Ross Brawn, yang pernah menjadi Pengarah Teknikal di Benetton sejak tahun 1991,[35] dan juga merupakan salah seorang ahli utama di sebalik kejayaan Schumacher dengan pasukan tersebut pada tahun 1994 dan 1995, memutuskan untuk menyertai Schumacher di Ferrari. Ini meningkat motivasi Schumacher untuk membina satu pasukan yang lebih berpengalaman dan berpotensi untuk memenangi kejuaraan dunia.

Ferrari, sebelum ini hampir memenangi kejuaraan dunia pada tahun 1982 dan 1990. Prestasi Ferrari mula menurun pada awal tahun 1990-an, sebahagiannya disebabkan oleh enjin V12 mereka yang terkenal kerana ia tidak lagi berdaya saing dengan enjin V10 yang lebih kecil, cekap, dan lebih menjimatkan bahan api daripada pesaingnya. Pelbagai pemandu, terutamanya Alain Prost, mengatakan bahawa kereta mereka adalah seperti "lori", "khinzir", dan ialah "sebuah kemalangan yang bakal berlaku".[36] Prestasi krew pit Ferrari juga dianggap sebagai satu jenaka pada masa itu.[37] Schumacher mengisytiharkan bahawa kereta Ferrari 412T adalah cukup baik untuk memenangi Kejuaraan.

Schumacher, Ross Brawn, Rory Byrne, dan Jean Todt (diambil bekerja pada tahun 1993), telah menerima kredit untuk menjadikan pasukan Ferrari, yang dahulunya merupakan pasukan yang bergelut untuk berjaya, dan kemudiannya menjadikannya sebagai pasukan yang paling berjaya dalam sejarah Formula Satu.[38][39] Juara Dunia sebanyak tiga kali, Jackie Stewart, percaya bahawa transformasi pasukan Ferrari itu merupakan kejuaraan Schumacher yang terbesar.[40] Eddie Irvine juga menyertai pasukan ini, setelah bersaing untuk pasukan Jordan selama tiga tahun.

1996–1999 sunting

"Ia bukan sebuah perlumbaan. Ia sebuah demonstrasi kecemerlangan."

Stirling Moss tentang Schumacher di Grand Prix Sepanyol 1996[41]

Schumacher mendapat tempat ketiga dalam kejuaraan pemandu pada tahun 1996 dan membantu Ferrari untuk tempat kedua dalam kejuaraan pengeluar, di hadapan pasukan lamanya, Benetton. Beliau memenangi tiga buah perlumbaan pada musim ini. Pada bahagian awal musim 1996, keretanya mengalami masalah kebolehpercayaan dan Schumacher gagal untuk menamatkan enam daripada 16 buah perlumbaan yang dipertandingkan pada musim ini. Beliau mendapat kemenangan pertamanya untuk Ferrari di Grand Prix Sepanyol.[12] Di Grand Prix Perancis, Schumacher mendapat petak pertama, tetapi mengalami kegagalan enjin pada pusingan formasi.[42] Walau bagaimanapun di Spa-Francorchamps, Schumacher memenangi perlumbaan keduanya untuk Ferrari dengan menamatkan perlumbaan di hadapan pemandu Williams, Jacques Villeneuve. Berikutan perlumbaan itu, di Monza, Schumacher memenangi perlumbaan tersebut di hadapan tifosi.

 
Schumacher mendapat tempat kedua di Grand Prix Jerman 1997.
 
Schumacher bertarung dengan David Coulthard di Grand Prix British 1998.

Michael Schumacher dan Jacques Villeneuve bersaing untuk kejuaraan dunia pada tahun 1997. Villeneuve, yang memandu Williams FW19 yang unggul, mendahului kejuaraan pada bahagian awal musim ini.[43] Walau bagaimanapun pada pertengahan musim, Schumacher mendahului kejuaraan, memenangi lima buah perlumbaan, dan memasuki Grand Prix terakhir pada musim ini dengan kelebihan satu mata. Menjelang akhir perlumbaan tersebut yang diadakan di Jerez, kereta Schumacher mengalami kebocoran penyejuk dan mungkin tidak dapat menamatkan perlumbaan. Ketika Villeneuve mendekati Schumacher untuk memintasnya, Schumacher cuba untuk menyebabkan sebuah kemalangan[44] tetapi Schumacher sendiri yang bersara daripada perlumbaan tersebut. Villeneuve akhirnya mengutip empat mata untuk memenangi kejuaraan tahun tersebut. Schumacher pula dihukum kerana berkelakuan tidak mempunyai semangat kesukanan kerana menyebabkan perlanggaran dan disingkirkan daripada Kejuaraan Pemandu Dunia tahun tersebut.[45]

Pada tahun 1998, pemandu Finland, Mika Häkkinen, menjadi pesaing utama Schumacher. Häkkinen memenangi dua perlumbaan pertama musim ini, dan mempunyai kelebihan 16 mata ke atas Schumacher. Schumacher kemudiannya menang di Argentina, dan prestasi Ferrari meningkatkan dengan ketara pada separuh musim kedua ini. Schumacher memenangi enam buah perlumbaan dan mempunyai lima podium. Ferrari mendapat keputusan 1-2 di Grand Prix Perancis, dan ia merupakan keputusan 1-2 Ferrari yang pertama sejak tahun 1990. Ferrari mengulangi keputusan ini di Grand Prix Itali, yang menyamakan mata Schumacher dan Häkkinen dalam Kejuaraan Pemandu dengan 80 mata, tetapi Häkkinen memenangi kejuaraan tersebut dengan memenangi perlumbaan kedua-dua perlumbaan terakhir musim ini.

Terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Coulthard berkemungkinan akan digantikan oleh Schumacher untuk musim 1999 dan seterusnya, dan dalam edisi yang sebelumnya dalam majalah F1 Racing, Ron Dennis mendedahkan bahawa beliau telah berbincang dengan Schumacher untuk menandatangani perjanjian bersama McLaren. Walau bagaimanapun, isu-isu kewangan yang terikat dengan Schumacher bersama pasukan Ferrari, seperti perjanjian penajaan dan pembayaran, tidak boleh diperbetulkan dalam usaha untuk dengan menyertai pasukan lawan dan perjanjian tersebut tidak membuahkan sebarang hasil.

Usaha Schumacher untuk membantu Ferrari memenangi gelaran Pengeluar berjaya pada tahun 1999. Namun begitu, keinginan Schumacher untuk memenangi Kejuaraan Pemandu berkecai di Grand Prix British selepas mengalami kemalangan yang serius. Brek belakang keretanya gagal berfungsi, dan menyebabkan beliau terbabas dan mengakibatkan kakinya patah.[46] Selepas insiden ini, beliau telah digantikan oleh pemandu Finland, Mika Salo. Selepas tidak bertanding dalam enam buah perlumbaan, beliau kembali untuk bersaing di Grand Prix Malaysia yang sulung, dengan mendapat petak pertama. Beliau kemudiannya memainkan peranan sebagai pemandu kedua, dan membantu rakan sepasukan, Eddie Irvine untuk memenangi Kejuaraan untuk Ferrari.[47] Pada perlumbaan terakhir musim ini iaitu di Grand Prix Jepun, Häkkinen memenangi gelaran keduanya berturut-turut. Schumacher kemudiannya mengatakan bahawa Häkkinen adalah pesaing yang beliau paling hormati.[48]

2000–2004: Tahun Kejuaraan Dunia sunting

 
Schumacher di Grand Prix Kanada 2001
 
Schumacher memandu untuk Scuderia Ferrari Marlboro di Grand Prix Perancis 2002, di mana beliau merangkul Kejuaraan Pemandu Dunia kelimanya

Dalam tempoh ini, Schumacher memenangi lebih banyak perlumbaan dan kejuaraan daripada mana-mana pemandu lain dalam sejarah sukan itu. Schumacher memenangi Kejuaraan Dunia ketiganya pada tahun 2000 selepas bertarung dengan Häkkinen. Schumacher memenangi tiga perlumbaan pertama musim ini dan lima daripada lapan perlumbaan pertama. Pada pertengahan musim ini, Schumacher gagal menamatkan empat perlumbaan, dan membenarkan Häkkinen untuk merapatkan jurang mata. Häkkinen kemudiannya memenangi dua lagi perlumbaan, sebelum Schumacher menang di Grand Prix Itali. Pada sidang akhbar selepas perlumbaan, selepas menyamai bilangan kemenangan (41) yang dimenangi oleh Ayrton Senna, Schumacher menitiskan air mata.[49] Pertarungan kejuaraan pemandu dibawa ke perlumbaan kedua terakhir musim di Grand Prix Jepun. Selepas bermula dari petak pertama, Schumacher dipintas oleh Häkkinen pada permulaan perlumbaan. Selepas perhentian pit yang kedua, bagaimanapun, Schumacher keluar di hadapan Häkkinen dan memenangi perlumbaan dan kejuaraan tersebut.

Pada tahun 2001, Schumacher memenangi gelaran pemandu keempatnya. Schumacher memenangi sembilan perlumbaan dan memenangi kejuaraan dunia tahun tersebut dengan baki empat perlumbaan. Beliau menamatkan musim dengan 123 mata, 58 di hadapan naib juara, Coulthard. Di Grand Prix Kanada, Schumacher mendapat tempat kedua, manakala adiknya, Ralf, memenangi perlumbaan tersebut. Di Grand Prix Belgium, Schumacher memenangi perlumbaan ke-52 dalam kerjayanya, dan memecahkan rekod Alain Prost untuk kemenangan kerjaya yang terbanyak.[50]

Pada tahun 2002, Schumacher menggunakan Ferrari F2002 untuk mempertahankan kejuaraan pemandunya. Sekali lagi, terdapat beberapa kontroversi melibatkan Schumacher. Di Grand Prix Austria, ketika rakan sepasukannya, Rubens Barrichello, mendahului perlumbaan, Barrichello diarahkan untuk memperlahankan keretanya untuk membolehkan Schumacher memenangi perlumbaan tersebut. Di Grand Prix Amerika Syarikat lewat tahun tersebut, Schumacher menguasai perlumbaan dan ingin menamatkan perlumbaan tersebut sebaris bersama Barrichello. Namun, Barrichello memenangi perlumbaan tersebut dengan jurang hanya 0.011 saat di hadapan Schumacher. Selepas memenangi Kejuaraan Pemandu, Schumacher menyamai rekod yang ditetapkan oleh Juan Manuel Fangio, yang memenangi lima kejuaraan dunia. Ferrari memenangi 15 daripada 17 perlumbaan, dan Schumacher memenangi gelaran tersebut dengan baki enam perlumbaan. Schumacher juga menamatkan setiap perlumbaan di atas podium. Beliau menamatkan musim dengan 144 mata, 67 mata di hadapan naib juara dan rakan sepasukannya, Rubens Barrichello. Schumacher dan Barrichello menamatkan 9 daripada 17 perlumbaan di tempat 1-2.

 
Schumacher di Indianapolis pada tahun 2004, di mana beliau memenangi Grand Prix Amerika Syarikat 2004

Schumacher memecahkan rekod lima Kejuaraan Pemandu Dunia kepunyaan Juan Manuel Fangio dengan memenangi gelaran pemandu dunia buat kali keenam pada tahun 2003 Persaingan terbesar Schumacher datang sekali lagi dari pasukan McLaren Mercedes dan Williams BMW. Pada perlumbaan pembuka tirai, Schumacher menamatkan perlumbaan di tempat keempat selepas membuat kesilapan, dan pada dua perlumbaan berikutnya, beliau terlibat dalam perlanggaran.[51] Beliau jatuh 16 mata di belakang Kimi Räikkönen. Schumacher memenangi Grand Prix San Marino dan dua perlumbaan seterusnya, dan merapatkan jurang mata kepada Räikkönen. Selain daripada kemenangan Schumacher di Kanada, dan kemenangan Barrichello di Britain, pertengahan musim ini telah dikuasai oleh pemandu Williams, iaitu Ralf Schumacher dan Juan Pablo Montoya, yang masing-masing memenangi dua buah perlumbaan. Selepas Grand Prix Hungary, Schumacher mendahului kejuaraan dunia dengan hanya satu mata di hadapan pesaing utama, Räikkönen dan Montoya. Menjelang perlumbaan seterusnya, FIA mengumumkan perubahan kepada kelebaran tayar. Ini memaksa Michelin, iaitu pembekal tayar untuk pasukan Williams dan McLaren, perlu mereka bentuk semula tayar mereka dengan pantas sebelum Grand Prix Itali.[52] Schumacher, yang berlumba menggunakan tayar Bridgestone, memenangi dua perlumbaan seterusnya. Selepas Montoya telah diberikan penalti di Grand Prix Amerika Syarikat, hanya Schumacher dan Räikkönen yang boleh memenangi kejuaraan tahun tersebut. Pada perlumbaan terakhir musim ini di Grand Prix Jepun, Schumacher hanya memerlukan satu mata, manakala Räikkönen perlu memenangi perlumbaan ini untuk memenangi Kejuaraan Dunia Pemandu pertamanya. Selepas menamatkan perlumbaan di tempat kelapan, Schumacher mendapat satu mata dan memenangi gelaran Pemandu Dunia keenamnya, dan menamatkan musim ini dengan dua mata di hadapan Räikkönen.

Pada tahun 2004, Schumacher memenangi 12 daripada 13 perlumbaan pertama musim ini, dan hanya gagal untuk menamatkan perlumbaan di Monaco selepas mengalami kemalangan dengan Juan Pablo Montoya. Beliau meraih gelaran pemandu ketujuhnya di Grand Prix Belgium. Beliau menamatkan musim dengan 148 mata, 34 mata di hadapan naib juara dan rakan sepasukan, Rubens Barrichello, dan menetapkan rekod baru dengan memenangi 13 daripada 18 perlumbaan, serta memecahkan rekod yang ditetapkan olehnya sendiri pada tahun 2002, di mana beliau memenangi sebelas perlumbaan.[53]

2005–2006 sunting

 
Schumacher mengejar Kimi Räikkönen di Grand Prix Kanada 2005
 
Schumacher pada tahun 2005

Perubahan peraturan pada tahun 2005 memerlukan sebuah set tayar perlu bertahan sepanjang satu perlumbaan,[54] dan ini menyebabkan pasukan yang menggunakan tayar Michelin mempunyai kelebihan ke atas pasukan seperti Ferrari yang menggunakan tayar Bridgestone.[55] Perubahan ini dibuat untuk menjejaskan prestasi Ferrari yang hebat dan menjadikan siri ini lebih menarik.[37]Ini amat ketara pada awal musim bagi Schumacher selepas bertarung dengan Fernando Alonso di San Marino, di mana Schumacher bermula dari tempat ke-13 dan menamatkan perlumbaan 0.2 saat di belakang pemandu Sepanyol tersebut. Schumacher hanya memenangi satu perlumbaan pada musim 2005, iaitu di Grand Prix Amerika Syarikat yang penuh berkontroversi. Sebelum perlumbaan itu bermula, pasukan yang menggunakan tayar Michelin ditarik keluar daripada perlumbaan disebabkan isu keselamatan. Apabila tiada kompromi di antara pasukan dan FIA boleh dicapai, hanya enam pemandu yang menggunakan tayar Bridgestone dibenarkan memulakan perlumbaan.[56] Schumacher bersara enam kali pada musim ini. Beliau menamatkan musim di tempat ketiga dengan 62 mata.

 
Schumacher memintas Kimi Räikkönen untuk tempat keempat dengan baki tiga pusingan di Grand Prix Brazil 2006

2006 merupakan musim terakhir Schumacher bersama Ferrari. Selepas tiga perlumbaan, Schumacher hanya mendapat sebelas mata. Beliau memenangi dua perlumbaan berikutnya. Selepas mendapat petak pertama di San Marino, Schumacher memecahkan rekod berusia 12 tahun kepunyaan Ayrton Senna.

Schumacher dilucutkan dari petak pertamanya di Grand Prix Monaco dan memulakan perlumbaan dari belakang petak permulaan. Beliau dikenakan penalti ini selepas menghentikan keretanya dan menghalang pemandu lain daripada mencapai kelajuan maksimum bagi mencatatkan masa pusingan terpantas pada sesi itu. Pada perlumbaan tersebut, beliau menamatkan perlumbaan di tempat kelima di litar Monaco yang sempit itu. Menjelang Grand Prix Kanada, iaitu perlumbaan kesembilan musim ini, Schumacher berada 25 mata di belakang Alonso, namun Schumacher memenangi tiga perlumbaan berikutnya untuk mengurangkan jurang mata tersebut. Kemenangan Schumacher di Hockenheim merupakan kemenangan Grand Prix tanah airnya yang terakhir. Selepas kemenangannya di Itali (di mana Alonso bersara selepas mengalami kegagalan enjin)[57] dan China, di mana Alonso mempunyai masalah tayar,[58] Schumacher mendahului kejuaraan pemandu buat kali pertama pada musim ini. Walaupun beliau dan Alonso mempunyai jumlah mata yang sama, Schumacher berada di hadapan kerana beliau memenangi lebih banyak perlumbaan.

Schumacher mendahului Grand Prix Jepun dengan baki 16 pusingan, namun untuk pertama kalinya sejak Grand Prix Perancis 2000, kereta Schumacher mengalami kegagalan enjin. Alonso memenangi perlumbaan ini, dan memberikan dirinya kelebihan sepuluh mata kejuaraan. Dengan baki satu perlumbaan, Schumacher hanya boleh memenangi kejuaraan pemandu jika beliau memenangi perlumbaan terakhir musim dan Alonso gagal memperoleh sebarang mata.

Sebelum Grand Prix Brazil, Schumacher mengakui bahawa kejuaraan tersebut akan jatuh kepada Alonso.[59] Sebelum perlumbaan tersebut, legenda bola sepak, Pelé, menyampaikan trofi penghargaan kepada Schumacher.[60] Pada sesi kelayakan untuk perlumbaan tersebut, Schumacher mencatatkan masa yang baik pada sesi pertama dan terpantas pada sesi kedua; tetapi masalah tekanan bahan api menghalangnya untuk melengkapkan masa pusingan pada sesi ketiga, dan memaksanya memulakan perlumbaan di tempat kesepuluh.[61] Pada awal perlumbaan, Schumacher memintas beberapa buah kereta lain dan berada di tempat keenam. Walau bagaimanapun, ketika Schumacher cuba memotong rakan sepasukan Alonso, Giancarlo Fisichella, tayar Schumacher mengalami kebocoran selepas melanggar sayap depan kereta Fisichella.[62] Schumacher memasuki pit dan jatuh ke tempat ke-19, dan berada 70 saat di belakang rakan sepasukan dan pendahulu perlumbaan, Felipe Massa. Schumacher bangkit kembali dan memintas kedua-dua Fisichella dan Räikkönen untuk menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

2007–2009: Persaraan pertama sunting

 
BMW Sauber dengan mesej "Thanks Michael" (Terima Kasih Michael) pada belakang kereta mereka.

Apabila Schumacher berada di atas podium selepas memenangi Grand Prix Itali 2006, Ferrari telah mengeluarkan kenyataan akhbar yang menyatakan bahawa beliau akan bersara daripada sukan permotoran pada akhir musim 2006.[63] Schumacher kemudiannya mengesahkan persaraannya. Kenyataan akhbar menyatakan bahawa Schumacher akan terus bekerja untuk Ferrari. Ia telah diumumkan pada 29 Oktober 2006, bahawa Ferrari mahukan Schumacher menjadi pembantu kepada Ketua Pegawai Eksekutif yang baru dilantik, Jean Todt.[64] Ini akan melibatkan pemilihan pemandu pasukan masa hadapan. Selepas pengumuman Schumacher itu, tokoh-tokoh Formula Satu seperti Niki Lauda dan David Coulthard, memuji Schumacher sebagai pemandu serba boleh yang terbaik dalam sejarah Formula Satu.[65]

2007: Penasihat di Ferrari sunting

Beliau menghadiri beberapa Grand Prix pada musim 2007. Schumacher memandu kereta Ferrari F2007 buat kali pertama pada 24 Oktober di Fiorano, Itali. Beliau melakukan tidak lebih daripada lima pusingan dan tiada masa pusingan telah direkodkan. Seorang jurucakap Ferrari berkata bahawa ia dilakukan untuk lembaga pengarah Fiat yang telah mengadakan mesyuarat mereka di Maranello.[66]

 
Schumacher pada perayaan Finali Mondiali di dalam F2007.

Semasa musim 2007, Schumacher menjadi penasihat Ferrari dan Jean Todt menjadi 'pembantu super' Schumacher.[67] Pada 13 November 2007, Schumacher, yang tidak pernah memandu kereta Formula Satu sejak bersara lebih setahun sebelumnya, telah menjalani satu sesi ujian rasmi dalam F2007. Beliau kembali pada bulan Disember 2007 untuk terus membantu Ferrari dengan program pembangunan mereka di Litar Jerez. Beliau memberi tumpuan kepada ujian elektronik dan tayar bagi musim 2008.

2008: Pembangunan kereta sunting

Pada tahun 2007, bekas pengurus tertinggi Ferrari, Ross Brawn, berkata bahawa Schumacher sangat gembira untuk meneruskan tugas ujian pada tahun 2008. Michael Schumacher pula berkata bahawa "Saya ingin memandu, tetapi bukan terlalu kerap.".[68]

Pada tahun 2008 juga, Schumacher bersaing dalam perlumbaan motosikal dalam siri IDM Superbike, tetapi menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai niat untuk menjadikan itu sebagai kerjaya keduanya.[69] Beliau berkata bahawa menunggang motosikal Ducati ialah perkara yang paling menyeronokkan yang pernah dilakukan dalam hidupnya.

2009: Pengganti bagi Massa yang cedera sunting

Schumacher, yang menjadi penasihat untuk Ferrari, berada di Budapest untuk Grand Prix Hungary apabila pemandu Ferrari, Felipe Massa, cedera parah selepas terkena spring ampaian pada pusingan kelayakan. Apabila ia menjadi jelas bahawa Massa tidak akan berlumba pada perlumbaan seterusnya di Valencia, Schumacher telah dipilih sebagai pengganti Massa[70] , dan pada 29 Julai 2009, Ferrari mengumumkan bahawa mereka telah memilih Schumacher untuk berlumba di Grand Prix Eropah dan seterusnya sehingga Massa dapat berlumba lagi. Schumacher menguji kereta F2007 yang telah diubahsuai untuk mempersiapkan diri kerana beliau tidak dapat menguji kereta 2009 kerana terdapat sekatan ujian. Ferrari merayu kepada FIA untuk membenarkan Schumacher menguji kereta spesifikasi musim 2009 tetapi pasukan Williams, Red Bull dan Toro Rosso menentang ujian ini.[71][72] Bagaimanapun, beliau terpaksa meninggalkan hasratnya untuk menjadi pengganti Massa kerana Schumacher mengalami kecederaan leher yang serius selepas mengalami kemalangan motosikal pada awal tahun tersebut. Tempat Massa itu diisi oleh Luca Badoer dan Giancarlo Fisichella.

Mercedes (2010–2012) sunting

Pada 23 Disember 2009, ia telah diumumkan Schumacher akan kembali ke Formula Satu pada musim 2010, dan menjadi rakan sepasukan Nico Rosberg di pasukan Mercedes GP yang baru.[7] Pada 16 November, Mercedes telah mengambil alih pasukan Brawn GP. Schumacher menyatakan bahawa persediaan untuk menggantikan Massa yang cedera untuk Ferrari telah mencetuskan minat dalam F1, di mana ia digabungkan dengan peluang untuk memenuhi cita-cita lamanya untuk memandu bersama Mercedes dan akan bekerja sekali lagi dengan ketua pasukan, Ross Brawn, yang menyebabkan Schumacher untuk menerima tawaran tersebut apabila beliau cergas untuk memandu.[7][73] Selepas menjalani ujian latihan intensif, ia telah disahkan bahawa kecederaan leher yang telah menghalang beliau untuk memandu bersama Ferrari pada tahun sebelumnya telah sembuh sepenuhnya.[7]

2010: Kembali ke Formula Satu sunting

 
Schumacher di Grand Prix Malaysia 2010

Schumacher memandu kereta Mercedes 2010, iaitu Mercedes MGP W01, pada sebuah sesi ujian rasmi pada 2 Februari 2010 di Valencia. Beliau mendapat tempat keenam pada perlumbaan pembuka tirai musim 2010 di Bahrain. Dua minggu kemudian di Australia, beliau hanya mampu mendapat tempat kesepuluh. Di Grand Prix Malaysia, Schumacher bersara awal disebabkan nat roda yang rosak. Schumacher bermula dari tempat kesembilan di Grand Prix China, dan menamatkan perlumbaan di tempat kesepuluh selepas dipintas oleh beberapa pemandu lain dalam keadaan hujan.

Di Grand Prix Sepanyol, Mercedes menaik taraf kereta mereka dengan aerodinamik yang diperkemaskini. Schumacher melayakkan diri di hadapan Rosberg pada pusingan kelayakan dan menamatkan perlumbaan di tempat keempat selepas mempertahankan kedudukannya daripada juara dunia bertahan, Jenson Button selepas perhentian pit yang pertama. Di Grand Prix Monaco, Schumacher bermula di tempat keenam dan pada hari perlumbaan, beliau memintas Fernando Alonso pada selekoh terakhir perlumbaan apabila kereta keselamatan kembali ke pit. Bagaimanapun, beliau diberikan penalti masa 20 saat selepas perlumbaan oleh steward perlumbaan, dan menjatuhkannya ke tempat ke-12 dan gagal mendapat sebarang mata.

 
Schumacher di Grand Prix Abu Dhabi.

Di Turki, Schumacher beraksi cemerlang pada pusingan kelayakan. Beliau melayakkan diri ke tempat kelima, di hadapan rakan sepasukan, Rosberg. Schumacher menamatkan perlumbaan tersebut di tempat keenam, lalu mendapat keputusan terbaik sejak beliau kembali ke Formula Satu. Walau bagaimanapun di Grand Prix Eropah, Schumacher menamatkan perlumbaan di tempat ke-15. Di Hungary, Schumacher menamatkan perlumbaan di tempat kesebelas, dan didapati bersalah selepas memandu secara berbahaya, selepas gagal mempertahankan kedudukan kesepuluh beliau daripada Rubens Barrichello. Akibatnya, beliau menerima penalti sepuluh-petak kedudukan untuk perlumbaan berikutnya di Grand Prix Belgium, di mana beliau menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh, walaupun bermula dari tempat ke-21 selepas menerima penalti.


Di Grand Prix Itali, Schumacher gagal memasuki Q3, dan akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan. Dua minggu kemudian di Grand Prix Singapura, Schumacher mendapat tempat ke-13 selepas berlanggar dengan Nick Heidfeld pada pusingan ke-36, dan menyebabkan Heidfeld terkeluar daripada perlumbaan. Di Grand Prix Jepun, Schumacher mendapat tempat keenam, sebelum mendapat tempat keempat dan ketujuh pada dua perlumbaan seterusnya di Korea dan Brazil. Di Abu Dhabi, Schumacher terlibat dalam sebuah kemalangan pada pusingan pertama dan gagal untuk menamatkan perlumbaan.

Ini adalah musim pertama di mana Schumacher menamatkan sebuah musim tanpa memenangi sebarang kemenangan, mendapat petak pertama, podium atau pusingan terpantas. Beliau menamatkan musim di tempat kesembilan dengan 72 mata.

2011 sunting

 
Schumacher di Grand Prix Malaysia 2011

Selepas gagal mendapat mata di Grand Prix Australia, Schumacher mendapat tempat kesembilan di Malaysia, manakala rakan sepasukan, Rosberg, mendapat tempat ke-12. Masalah DRS di China menyebabkan Schumacher hanya mendapat tempat 14 pada pusingan kelayakan, namun beliau bertarung sehingga ke tempat kelapan dalam perlumbaan tersebut. Beliau mendapat tempat keenam di Sepanyol, manakala di Grand Prix Kanada, Schumacher menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

 
Schumacher mendapat tempat keempat di Grand Prix Kanada.

Di Valencia, beliau berlanggar dengan Vitaly Petrov ketika beliau keluar daripada lorong pit, dan menyebabkan sayap depan Schumacher sendiri patah, dan menyebabkan beliau terpaksa kembali ke pit pada pusingan berikutnya. Peristiwa ini menyebabkan beliau gagal untuk mendapat mata selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-17. Di Grand Prix British, tayar depan Schumacher terkunci ketika beliau berada di belakang Kamui Kobayashi. Schumacher sekali lagi menyebabkan sayap depan keretanya patah. Selepas menggantikan sayap depan keretanya, Schumacher dikenakan penalti berhenti-dan pergi kerana menyebabkan kejadian tersebut. Walaupun beliau bekerja keras untuk menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan. Beliau mendapat tempat kelapan di Jerman, dan bersara di Hungary kerana mengalami kegagalan kotak gear.

Di Grand Prix Belgium, beliau menetapkan masa pusingan terpantas pada sesi latihan bebas pertama, namun disebabkan roda yang longgar pada pusingan kelayakan, beliau terpaksa memulakan perlumbaan di tempat terakhir. Walau bagaimanapun, Schumacher beraksi dengan cemerlang selepas menamatkan perlumbaan di tempat kelima. Schumacher meneruskan prestasi yang cemerlang ini di Grand Prix Itali setelah bermula dari tempat kelapan dan menamatkan perlumbaan di tempat kelima. Selepas gagal menamatkan perlumbaan di Singapura selepas berlanggar dengan Sergio Pérez, Schumacher menamatkan perlumbaan di tempat keenam di Grand Prix Jepun, setelah mendahului tiga pusingan pada perlumbaan tersebut, dan merupakan kali pertama beliau berbuat demikian sejak Grand Prix Jepun 2006.[74] Dengan berbuat demikian, beliau menjadi pemandu tertua untuk mendahului sebuah perlumbaan sejak Jack Brabham pada tahun 1970.

Di Korea, Schumacher memulakan perlumbaan di tempat ke-12. Namun pada hari perlumbaan, beliau dilanggar oleh Vitaly Petrov, dan menyebabkan beliau dan Petrov bersara. Di Grand Prix Abu Dhabi, Schumacher mendapat tempat kelapan pada pusingan kelayakan dan bermula dengan baik selepas memotong dua buah kereta lain selepas beberapa selekoh. Di Brazil, Schumacher menamatkan perlumbaan di tempat ke-15. Schumacher menamatkan musim di tempat kelapan dalam Kejuaraan Pemandu Dunia dengan 76 mata; dan keputusan terbaiknya ialah tempat keempat di Grand Prix Kanada.

2012 sunting

Schumacher sekali lagi memandu untuk Mercedes AMG untuk musim 2012, dan menjadi rakan sepasukan Nico Rosberg.[75]

Di Grand Prix Australia, Schumacher bermula dari tempat keempat.[76] Beliau berjuang hingga ke tempat ketiga pada awal perlumbaan, namun terpaksa bersara dari perlumbaan disebabkan kegagalan kotak gear pada pusingan kesebelas.[77] Di Malaysia, Schumacher bermula dari tempat ketiga,[78] namun hanya berjaya mendapat satu mata selepas dilanggar dari belakang pada pusingan pertama oleh Romain Grosjean. Schumacher memulakan perlumbaan di barisan hadapan di Grand Prix China selepas penalti satu-petak kedudukan dikenakan untuk Lewis Hamilton; dan Schumacher menduduki barisan petak hadapan bersama rakan sepasukan, Nico Rosberg, yang mendapat petak pertama sulungnya - namun kesilapan seorang mekanik semasa perhentian pit pertama Schumacher menyebabkan beliau bersara pada pusingan ke-13 disebabkan roda yang longgar.

 
Schumacher semasa pusingan kelayakan di Monaco.

Schumacher mengalami masalah DRS pada pusingan kelayakan di Bahrain, yang diburukkan lagi oleh penalti untuk pertukaran kotak gear. Beliau bermula dari tempat ke-23, dan menamatkan perlumbaan di tempat kesepuluh. Schumacher terpaksa bersara sekali lagi di Barcelona, dan menerima penalti lima-petak kedudukan untuk perlumbaan di Monaco selepas berlanggar dengan Bruno Senna. Schumacher mendapat petak pertama di Monaco; namun, disebabkan penalti yang diberikan kepada beliau, Schumacher terpaksa bermula dari tempat keenam. Pada awal perlumbaan, Schumacher dilanggar oleh Romain Grosjean, sebelum bersara dari perlumbaan disebabkan tekanan bahan api.

Di Grand Prix Kanada, beliau bermula dari tempat kesembilan. Beliau bersara dari perlumbaan selepas perhentian pit kedua kerana flap DRS kereta beliau tersekat. Di Grand Prix Eropah, Schumacher bermula dari tempat ke-12, dan mendapat podium pertamanya sejak tahun 2006 dengan mendapat tempat ketiga.

Beliau menetapkan pusingan terpantas perlumbaan di Grand Prix Jerman. Ia merupakan pusingan terpantas yang ke-77 kerjayanya.[79] Di Grand Prix Belgium Schumacher menjadi pemandu Formula Satu yang kedua untuk berlumba dalam 300 Grand Prix. Beliau memakai sebuah topi keledar khas yang berwarna platinum. Beliau menamatkan perlumbaan tersebut di tempat ketujuh.

Pada 28 September 2012, ia telah diumumkan bahawa Lewis Hamilton akan menggantikan Schumacher di pasukan Mercedes untuk musim 2013 dan seterusnya, selepas menandatangani perjanjian tiga tahun dengan pasukan tersebut.[80]

 
Schumacher di Grand Prix Amerika Syarikat 2012.

Pada 4 Oktober 2012, Schumacher mengumumkan bahawa beliau akan bersara buat kali kedua selepas musim 2012 berakhir.[81] Pada minggu berikutnya, beliau berkata: "Ada beberapa kali di mana saya tidak mahu berurus dalam Formula Satu atau membuat persediaan untuk Grand Prix seterusnya."[82]

Pada 25 November 2012, beliau bertanding dalam Grand Prix terakhirnya di Brazil. Beliau menamatkan perlumbaan tersebut di tempat ketujuh, dan menamatkan musim di tangga ke-13 dalam Kejuaraan Pemandu Dunia.

Keluarga dan kehidupan di luar litar sunting

 
Tandatangan Michael Schumacher.

Adik Schumacher, iaitu Ralf, merupakan pemandu Formula Satu sehingga akhir tahun 2007. Adik angkat mereka, Sebastian Stahl, juga merupakan seorang pemandu kereta lumba.[83] Pada bulan Ogos 1995, Michael berkahwin dengan Corinna Betsch. Mereka mempunyai dua orang anak, Gina-Maria (lahir pada 20 Februari 1997) dan Mick (lahir pada 22 Mac 1999). Beliau dan keluarganya berpindah ke sebuah rumah berhampiran Gland, Switzerland, pada tahun 2007. Mereka tinggal di sebuah rumah agam berukuran 650 m2, dengan garaj di bawah tanah dan stesen petrol, yang terletak di sebuah pantai peribadi di Tasik Geneva.[84] Keluarga ini mempunyai dua ekor anjing - satu anjing liar yang Corinna jatuh hati di Brazil, dan seekor lagi anjing baka Australian Shepherd yang bernama "Ed".

Salah satu daripada hobi utamanya ialah menunggang kuda, dan Schumacher bermain bola sepak untuk pasukan tempatan, FC Echichens. Beliau membuat beberapa penampilan dalam pertandingan bola sepak amal[85] dan perlawanan yang dianjurkan antara pemandu Formula Satu.[86] Beliau ialah peminat pasukan FC Koln dan Newcastle United.

Pada 23 Jun 2003, Schumacher telah dilantik sebagai Ambassador at Large untuk Most Serene Republic of San Marino.[87]

Pada malam sebelum Grand Prix British 2002 di Silverstone, bagi pihak Fiat, Schumacher menghadiahkan sebuah Ferrari 360 Modena kepada legenda kriket India, Sachin Tendulkar.[88]

Pada 21 Jun 2009, Schumacher muncul di stesen televisyen BBC dalam program Top Gear sebagai The Stig.[89] BBC mengumumkan bahawa Schumacher berada dalam rancangan tersebut kerana Ferrari tidak akan membenarkan sesiapa sahaja untuk memandu kereta Ferrari FXX berwarna hitam yang telah digunakan dalam rancangan tersebut.[90] Kereta tersebut diberikan kepada Schumacher apabila beliau bersara di Monza pada tahun 2006.

Apabila Schumacher muncul dalam rancangan Top Gear pada tahun 2009, beliau memberitahu Jeremy Clarkson dalam satu sesi temu duga bahawa kereta yang digunakan oleh beliau ialah Fiat 500 Abarth, dan Fiat Croma digunakan sebagai kereta keluarganya.[91]

Kemalangan ski 2013 sunting

Pada 29 Disember 2013, Schumacher sedang bermain ski bersama anak lelakinya di sebua resort di Méribel dekat French Alps, namun begitu, suatu peristiwa tragik tela berlaku, beliau tela terjatu tanpa disengajakan, dan kepalanya terantuk dena kuat pada batu. Berikutan pendarahan teruk, walaupun beliau memakai topi keselamatan, beliau telah dikejarkan ke hospital. Beliau dibantu ole dua orang pengawal ski dan diangkat menerusi helikopter dalam masa 15 minit ke hospital di Moûtiers, dan kemudian ke hospital Grenoble untuk rawatan pakar otak. specialising in brain injuries. Dipercayai Schumacher terbabas dari laluan ski yang digariskan ketika bermain.[92][93] Menurut portal berita BBC News UK, Schumacher disifatkan dalam keadaan koma disebabkan trauma otak kritikal. Sekarang beliau sedang menjalanai rawatan kusus , pembedaan neuro intervensi segera bagi mengurangkan tekanan didalam otaknya. Beliau kini dirawat oleh doktor Gérard Saillant, yang jua pakar otak dan pakar kemalangan rawan selain kawan akrab Schumacher.[92]

Rekod perlumbaan sunting

Ringkasan kerjaya sunting

Musim Siri Pasukan Perlumbaan Kemenangan P/Pertama P/Terpantas Podium Mata Kedudukan
1988 European Formula Ford 1600 Eufra Racing 4 1 1 0 3 50 Ke-2
German Formula Ford 1600 7 3 0 0 5 124 Ke-6
Formula König Hoecker Sportwagenservice 10 9 1 1 10 192 Pertama
1989 German Formula Three WTS Racing 12 2 2 0 7 163 Ke-3
European Formula Three Cup 1 0 0 0 0 N/A NC
Macau Grand Prix 1 0 0 0 0 N/A NC
1990 World Sportscar Championship Team Sauber Mercedes 3 1 0 1 3 21 Ke-5
German Formula Three WTS Racing 11 5 6 4 7 148 Pertama
European Formula Three Cup 1 0 1 1 0 N/A NC
Macau Grand Prix 1 1 0 0 0 N/A Pertama
Deutsche Tourenwagen Meisterschaft HWA AG 1 0 0 0 0 0 NC
1991 Formula Satu Team 7UP Jordan 1 0 0 0 0 0 Ke-14
Camel Benetton Ford 5 0 0 0 0 4
World Sportscar Championship Team Sauber Mercedes 8 1 0 2 2 43 Ke-9
Deutsche Tourenwagen Meisterschaft Zakspeed Mercedes 2 0 0 0 0 0 NC
Japanese Formula 3000 Team Le Mans 1 0 0 0 1 6 Ke-12
1992 Formula Satu Camel Benetton Ford 16 1 0 2 8 53 Ke-3
1993 Formula Satu Camel Benetton Ford 16 1 0 5 9 52 Ke-4
1994 Formula Satu Mild Seven Benetton Ford 14 8 6 8 10 92 Pertama
1995 Formula Satu Mild Seven Benetton Renault 17 9 4 8 11 102 Pertama
1996 Formula Satu Scuderia Ferrari S.p.A. 16 3 4 2 8 59 Ke-3
1997 Formula Satu Scuderia Ferrari Marlboro 17 5 3 3 8 78 DSQ
1998 Formula Satu Scuderia Ferrari Marlboro 16 6 3 6 11 86 Ke-2
1999 Formula Satu Scuderia Ferrari Marlboro 10 2 3 5 6 44 Ke-5
2000 Formula Satu Scuderia Ferrari Marlboro 17 9 9 2 12 108 Pertama
2001 Formula Satu Scuderia Ferrari Marlboro 17 9 11 3 14 123 Pertama
2002 Formula Satu Scuderia Ferrari Marlboro 17 11 7 7 17 144 Pertama
2003 Formula Satu Scuderia Ferrari Marlboro 16 6 5 5 9 93 Pertama
2004 Formula Satu Scuderia Ferrari Marlboro 18 13 8 10 15 148 Pertama
2005 Formula Satu Scuderia Ferrari Marlboro 19 1 1 3 5 62 Ke-3
2006 Formula Satu Scuderia Ferrari Marlboro 18 7 4 7 12 121 Ke-2
2010 Formula Satu Mercedes GP Petronas F1 Team 19 0 0 0 0 72 Ke-9
2011 Formula Satu Mercedes GP Petronas F1 Team 19 0 0 0 0 76 Ke-8
2012 Formula Satu Mercedes AMG Petronas F1 Team 20 0 0 1 1 49 Ke-13
  • Sumber: Hilton, Christopher (2006). Michael Schumacher: The Whole Story. Haynes. ISBN 1-84425-008-3.

Keputusan lengkap Formula Satu sunting

(kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Pasukan Casis Enjin 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 WDC Mata
1991 Team 7UP Jordan Jordan 191 Ford HBB 4 3.5 V8 USA BRA SMR MON CAN MEX FRA GBR GER HUN BEL
Ret
Ke-12 4
Camel Benetton Ford Benetton B191 Ford HBA 5 3.5 V8 ITA
5
POR
6
ESP
6
JPN
Ret
AUS
Ret
1992 Camel Benetton Ford Benetton B191B Ford HB 3.5 V8 RSA
4
MEX
3
BRA
3
Ke-3 53
Benetton B192 ESP
2
SMR
Ret
MON
4
CAN
2
FRA
Ret
GBR
4
GER
3
HUN
Ret
BEL
1
ITA
3
POR
7
JPN
Ret
AUS
2
1993 Camel Benetton Ford Benetton B193 Ford HB 3.5 V8 RSA
Ret
BRA
3
Ke-4 52
Benetton B193B EUR
Ret
SMR
2
ESP
3
MON
Ret
CAN
2
FRA
3
GBR
2
GER
2
HUN
Ret
BEL
2
ITA
Ret
POR
1
JPN
Ret
AUS
Ret
1994 Mild Seven Benetton Ford Benetton B194 Ford Zetec-R 3.5 V8 BRA
1
PAC
1
SMR
1
MON
1
ESP
2
CAN
1
FRA
1
GBR
DSQ
GER
Ret
HUN
1
BEL
DSQ
ITA
POR
EUR
1
JPN
2
AUS
Ret
Pertama 92
1995 Mild Seven Benetton Renault Benetton B195 Renault RS7 3.0 V10 BRA
1
ARG
3
SMR
Ret
ESP
1
MON
1
CAN
5
FRA
1
GBR
Ret
GER
1
HUN
Ret
BEL
1
ITA
Ret
POR
2
EUR
1
PAC
1
JPN
1
AUS
Ret
Pertama 102
1996 Scuderia Ferrari S.p.A. Ferrari F310 Ferrari 046 3.0 V10 AUS
Ret
BRA
3
ARG
Ret
EUR
2
SMR
2
MON
Ret
ESP
1
CAN
Ret
FRA
DNS
GBR
Ret
GER
4
HUN
9
BEL
1
ITA
1
POR
3
JPN
2
Ke-3 59
1997 Scuderia Ferrari Marlboro Ferrari F310B Ferrari 046/2 3.0 V10 AUS
2
BRA
5
ARG
Ret
SMR
2
MON
1
ESP
4
CAN
1
FRA
1
GBR
Ret
GER
2
HUN
4
BEL
1
ITA
6
AUT
6
LUX
Ret
JPN
1
EUR
Ret
DSQ‡ 78
1998 Scuderia Ferrari Marlboro Ferrari F300 Ferrari 047 3.0 V10 AUS
Ret
BRA
3
ARG
1
SMR
2
ESP
3
MON
10
CAN
1
FRA
1
GBR
1
AUT
3
GER
5
HUN
1
BEL
Ret
ITA
1
LUX
2
JPN
Ret
Ke-2 86
1999 Scuderia Ferrari Marlboro Ferrari F399 Ferrari 048 3.0 V10 AUS
8
BRA
2
SMR
1
MON
1
ESP
3
CAN
Ret
FRA
5
GBR
Ret
AUT
GER
HUN
BEL
ITA
EUR
MAL
2
JPN
2
Ke-5 44
2000 Scuderia Ferrari Marlboro Ferrari F1-2000 Ferrari 049 3.0 V10 AUS
1
BRA
1
SMR
1
GBR
3
ESP
5
EUR
1
MON
Ret
CAN
1
FRA
Ret
AUT
Ret
GER
Ret
HUN
2
BEL
2
ITA
1
USA
1
JPN
1
MAL
1
Pertama 108
2001 Scuderia Ferrari Marlboro Ferrari F2001 Ferrari 050 3.0 V10 AUS
1
MAL
1
BRA
2
SMR
Ret
ESP
1
AUT
2
MON
1
CAN
2
EUR
1
FRA
1
GBR
2
GER
Ret
HUN
1
BEL
1
ITA
4
USA
2
JPN
1
Pertama 123
2002 Scuderia Ferrari Marlboro Ferrari F2001 Ferrari 050 3.0 V10 AUS
1
MAL
3
Pertama 144
Ferrari F2002 Ferrari 051 3.0 V10 BRA
1
SMR
1
ESP
1
AUT
1
MON
2
CAN
1
EUR
2
GBR
1
FRA
1
GER
1
HUN
2
BEL
1
ITA
2
USA
2
JPN
1
2003 Scuderia Ferrari Marlboro Ferrari F2002 Ferrari 051 3.0 V10 AUS
4
MAL
6
BRA
Ret
SMR
1
Pertama 93
Ferrari F2003-GA Ferrari 052 3.0 V10 ESP
1
AUT
1
MON
3
CAN
1
EUR
5
FRA
3
GBR
4
GER
7
HUN
8
ITA
1
USA
1
JPN
8
2004 Scuderia Ferrari Marlboro Ferrari F2004 Ferrari 053 3.0 V10 AUS
1
MAL
1
BHR
1
SMR
1
ESP
1
MON
Ret
EUR
1
CAN
1
USA
1
FRA
1
GBR
1
GER
1
HUN
1
BEL
2
ITA
2
CHN
12
JPN
1
BRA
7
Pertama 148
2005 Scuderia Ferrari Marlboro Ferrari F2004M Ferrari 054 3.0 V10 AUS
Ret
MAL
7
Ke-3 62
Ferrari F2005 Ferrari 055 3.0 V10 BHR
Ret
SMR
2
ESP
Ret
MON
7
EUR
5
CAN
2
USA
1
FRA
3
GBR
6
GER
5
HUN
2
TUR
Ret
ITA
10
BEL
Ret
BRA
4
JPN
7
CHN
Ret
2006 Scuderia Ferrari Marlboro Ferrari 248 F1 Ferrari 056 2.4 V8 BHR
2
MAL
6
AUS
Ret
SMR
1
EUR
1
ESP
2
MON
5
GBR
2
CAN
2
USA
1
FRA
1
GER
1
HUN
8
TUR
3
ITA
1
CHN
1
JPN
Ret
BRA
4
Ke-2 121
2010 Mercedes GP Petronas F1 Team Mercedes MGP W01 Mercedes FO 108X 2.4 V8 BHR
6
AUS
10
MAL
Ret
CHN
10
ESP
4
MON
12
TUR
4
CAN
11
EUR
15
GBR
9
GER
9
HUN
11
BEL
7
ITA
9
SIN
13
JPN
6
KOR
4
BRA
7
ABU
Ret
Ke-9 72
2011 Mercedes GP Petronas F1 Team Mercedes MGP W02 Mercedes FO 108Y 2.4 V8 AUS
Ret
MAL
9
CHN
8
TUR
12
ESP
6
MON
Ret
CAN
4
EUR
17
GBR
9
GER
8
HUN
Ret
BEL
5
ITA
5
SIN
Ret
JPN
6
KOR
Ret
IND
5
ABU
7
BRA
15
Ke-8 76
2012 Mercedes AMG Petronas F1 Team Mercedes F1 W03 Mercedes FO 108Z 2.4 V8 AUS
Ret
MAL
10
CHN
Ret
BHR
10
ESP
Ret
MON
Ret
CAN
Ret
EUR
3
GBR
7
GER
7
HUN
Ret
BEL
7
ITA
6
SIN
Ret
JPN
11
KOR
13
IND
22†
ABU
11
USA
16
BRA
7
Ke-13 49

Schumacher disingkirkan daripada kejuaraan dunia tahun 1997 kerana memandu secara berbahaya di Grand Prix Eropah, di mana beliau menyebabkan kemalangan yang boleh dielakkan dengan Jacques Villeneuve. Jumlah matanya sepatutnya meletakkan beliau di tempat kedua secara keseluruhan pada tahun tersebut.[45]

Pemandu tidak menamatkan Grand Prix, namun diklasifikasikan kerana melengkapkan lebih daripada 90% jarak perlumbaan.

Rekod Formula Satu sunting

Schumacher memegang rekod Formula Satu yang berikut:

Rekod Nombor
Kejuaraan Dunia 7 (1994, 1995, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004)
Kejuaraan berturut-turut 5 (20002004)
Kejuaraan dimenangi dengan baki perlumbaan terbanyak yang tinggal 6 (2002)
Kejuaraan dimenangi dengan jurang mata terbanyak
(sistem mata pra-2010)
67 mata (2002)
Kemenangan 91
Kemenangan berturut-turut[N 1] 7 (2004, EropahHungary)
Kemenangan terbanyak dalam satu musim 13 (72%) (2004)
Kemenangan terbanyak dalam satu musim sebagai naib-juara[N 2] 7 (2006)
Kemenangan di Monza (Formula Satu) 5
Kemenangan di Spa (Formula Satu) 6
Kemenangan di Kanada (Formula Satu) 7
Kemenangan dengan satu pasukan 72 (Ferrari)
Kemenangan di Grand Prix yang sama 8 (Perancis)
Kemenangan Grand Prix berbeza 22
Masa paling lama antara kemenangan pertama dan terakhir 14 tahun, 32 hari
Jumlah tahun dengan sebuah kemenangan 15 (19922006)
Tahun berturut-turut dengan kemenangan 15 (19922006)
Tempat kedua 43
Keputusan kedua teratas berturut-turut 15 (Brazil 2002Jepun 2002)
Podium (Keputusan ketiga teratas) 155
Podium terbanyak dalam satu musim 17 (100%) (2002)
Keputusan podium berturut-turut 19 (AS 2001Jepun 2002)
Mata kerjaya 1,566
Keputusan perlumbaan dengan mata 221
Keputusan dengan mata berturut-turut 24 (Hungary 2001Malaysia 2003)
Petak pertama 68
Permulaan dari petak hadapan 116
Pusingan terpantas terbanyak 77
Pusingan terpantas terbanyak dalam satu musim[N 3] 10 (2004)
Berganda (Petak pertama dan kemenangan) 40
Petak pertama, kemenangan dan petak pertama 22
Keputusan Hat-trick terbanyak dalam satu musim 5 pada tahun 2004[N 4]
Perlumbaan dengan satu pasukan 181 (Ferrari)
  1. ^ Rekod dikongsi dengan Alberto Ascari (GP Belgium 1952–GP Argentina 1953). Sesetengah sumber menyatakan bahawa Ascari menang sembilan kali, tanpa mengira perlumbaan Indianapolis 500 1953 yang tidak disertai oleh Ascari. Perlumbaan di Amerika Syarikat itu terangkum dalam kejuaraan dunia, tetapi tidak sama peraturannya dengan perlumbaan-perlumbaan lain, apatah lagi jarang disertai oleh pelumba kejuaraan dunia.
  2. ^ Rekod dikongsi dengan Alain Prost (1984 dan 1988) dan Kimi Räikkönen (2005).
  3. ^ Rekod dikongsi dengan Kimi Räikkönen (2005 dan 2008).
  4. ^ Rekod dikongsi dengan Alberto Ascari pada tahun 1952.

Rujukan sunting

  1. ^ Benson, Andrew (12 Oktober 2003). "Who is the greatest ever?". BBC Sport. Dicapai pada 2 April 2013.
  2. ^ "The final five could all have been No. 1, but only Foyt gets the prize". ESPN. 23 Mei 2008. Dicapai pada 2 April 2013.
  3. ^ "Formula 1's Greatest Drivers: 2. MICHAEL SCHUMACHER". [Autosport. Haymarket Publications. 10 Disember 2009. Dicapai pada 2 April 2013.
  4. ^ Rice, Simon (12 Mac 2010). "The ten best Formula One drivers". The Independent. UK: Independent Print Limited. Dicapai pada 2 April 2013.
  5. ^ "Michael Schumacher – the end of an era". The Official Formula 1 Website. 10 September 2006. Dicapai pada 2 April 2013.
  6. ^ "Ia rasmi: Schumi akan bersara". ITV. 11 September 2006. Dicapai pada 7 Disember 2012.
  7. ^ a b c d "Michael Schumacher kembali dalam F1 bersama Mercedes GP". BBC Sport. 23 Disember 2009. Dicapai pada 7 Disember 2012.
  8. ^ Benson, Andrew (28 Mei 2006). "Kerjaya Schumacher". BBC Sport. Dicapai pada 7 Disember 2012.
  9. ^ Duff, Alex (10 September 2006). "Schumacher, juara dunia 7 kali, akan berhenti dalam Formula Satu". Bloomberg. Dicapai pada 7 Disember 2012.
  10. ^ "Hall of Fame – World Champions: Michael Schumacher". Laman sesawang rasmi Formula 1. 2006. Dicapai pada 7 Disember 2012.
  11. ^ Collings, Timothy (2005). Team Schumacher. Highdown. m/s. 35–37. ISBN 1-905156-03-0.
  12. ^ a b "Permulaan". mschumacher.com. 2006. Dicapai pada 23 April 2007.
  13. ^ Domenjoz, Luc (2002). Michael Schumacher : Kelahiran seorang genius. Parragon. m/s. 10–12, 170–171. ISBN 0-7525-9228-9.
  14. ^ a b "Michael Schumacher – Master of the F1 Circuit". Auto Racing. Dicapai pada 12 Julai 2007.
  15. ^ Hilton, Christopher (2003). Michael Schumacher : The greatest of all. Haynes. m/s. 131–132. ISBN 1-84425-044-X. Hilton has defined a race in wet conditions as "all races where it rained – even if that was a shower."
  16. ^ Hardcastle, Jonathon. "Michael Schumacher". Dicapai pada 10 April 2013.
  17. ^ "Schumacher tops F1 supporter poll". BBC Sport. 27 September 2006. Dicapai pada 10 April 2013.
  18. ^ Collings, Timothy (2004). The Piranha Club. Virgin Books. m/s. 17. ISBN 0-7535-0965-2.
  19. ^ Hilton, Christopher (2006). Michael Schumacher: The whole story. Haynes. m/s. 62–66. ISBN 1-84425-008-3.
  20. ^ "1991 Belgian Grand Prix". Results Archive. The Official Formula 1 Website. Dicapai pada 1 April 2013.
  21. ^ Collings, Timothy (2007). "Welcome to the Piranha Club". The Piranha Club. Virgin Books. ISBN 1-85227-907-9.
  22. ^ Domenjozfirst = Luc (2013) [2002]. Michael Schumacher : Rise of a genius. Parragon. m/s. 38. ISBN 0-7525-9228-9.
  23. ^ Henry, Alan, penyunting (1992). Autocourse 1992 – 93. Hazleton Publishing. m/s. 50. ISBN 0-905138-96-1.
  24. ^ "Grand Prix Results: Monaco GP, 1993". Grand Prix Encyclopedia. GrandPrix.com. Dicapai pada 9 April 2013.
  25. ^ Domenjoz, Luc (2013) [2002]. Michael Schumacher: The Rise of a Genius. Parragon. m/s. 44–47. ISBN 0-7525-9228-9.
  26. ^ Saward, Joe (11 Ogos 1994). "Globetrotter: Rocking the boat". GrandPrix.com. Dicapai pada 10 April 2013.
  27. ^ "A return to racing – Spanish Grand Prix 1994". The Official Formula One Website. 30 April 2003. Dicapai pada 10 April 2013.
  28. ^ Williams, Richard (1999). The Death of Ayrton Senna. Bloomsbury. m/s. 177–179. ISBN 0-7475-4495-6.
  29. ^ Hilton, Christopher (2006). Michael Schumacher: The whole story. Haynes. m/s. 118–120. ISBN 1-84425-008-3.
  30. ^ "Grand Prix Results: Belgian GP, 1994". Grand Prix Encyclopedia. GrandPrix.com. Dicapai pada 11 April 2013.
  31. ^ Benson, Andrew (28 Mei 2006). "Schumacher's chequered history". BBC Sport. Dicapai pada 11 April 2013.
  32. ^ "The official formula 1 website". Dicapai pada 11 April 2013.
  33. ^ "The official formula 1 website". Dicapai pada 11 April 2013.
  34. ^ Cooper, Steve (2007). "McLaren dream team turns into nightmare". Autosport. 189 (6): 6–8. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  35. ^ Bewers, Matthew. "Ross Brawn Profile". theScuderia.net. Dicapai pada 8 April 2013.
  36. ^ Baker, Andrew (20 Oktober 2006). "Switch the key to Ferrari revival". London: Telegraph Sport. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-15. Dicapai pada 8 April 2013.
  37. ^ a b Sapa (11 September 2006). "The greatest driver of all time!". SuperWheels. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-09-27. Dicapai pada 8 April 2013.
  38. ^ "Schumacher confirms retirement". MSN Cars. 11 September 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-28. Dicapai pada 2010-01-12. Text "accessdate 8 April 2013" ignored (bantuan)
  39. ^ "Ferrari: Formula 1's Most Successful Team Enters a New Era". about.com. Dicapai pada 8 April 2013.
  40. ^ Benson, Andrew (8 April 2013). "Schumacher 'made Ferrari great'". BBC Sport. Dicapai pada 6 November 2006.
  41. ^ "The Best of the Best". Autosport. 1999. Dicapai pada 2 April 2012.
  42. ^ Cours, Magny. "GRAND PRIX RESULTS: FRENCH GP, 1996". grandprix.com. Dicapai pada 2 April 2013.
  43. ^ "Friday Press Conference". GrandPrix.com. 2 April 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-29. Dicapai pada 8 November 2006.
  44. ^ "Schumacher loses championship runner-up crown". BBC News. 11 November 1997. Dicapai pada 2 April 2013.
  45. ^ a b "FIA World Motor Sport Council – 11 November 1997" (PDF). FIA. 11 November 1997. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2005-03-02. Dicapai pada 2 April 2013.
  46. ^ "Schumacher out of action". GrandPrix.com. 12 Julai 1999. Dicapai pada 3 April 2013.
  47. ^ "DRIVERS: MICHAEL SCHUMACHER". grandprix.com. Dicapai pada 3 April 2013.
  48. ^ "Hall of Fame – World Champions: Mika Hakkinen". The Official Formula 1 Website. 2006. Dicapai pada 3 April 2013.
  49. ^ Benson, Andrew (21 April 2004). "Kematian yang mengejutkan dunia". BBC. Dicapai pada 9 April 2013.
  50. ^ "Hantarkan penghargaan anda kepada Schumacher". BBC. 9 April 2013. Dicapai pada 3 Februari 2007.
  51. ^ "Coulthard takes Melbourne thriller". BBC Sport. 9 Mac 2003. Dicapai pada 26 Februari 2013.
  52. ^ "FIA stands by tyre rulings". BBC Sport. 9 September 2006. Dicapai pada 9 April 2013.
  53. ^ "Penghormatan kepada Michael Schumacher". f1technical.net. 2006. Dicapai pada 29 Disember 2012.
  54. ^ "FIA mengumumkan perubahan peraturan bagi musim 2005 dan 2006". Laman sesawang rasmi F1. 22 Oktober 2004. Dicapai pada 13 April 2007.
  55. ^ "Michael Schumacher". f1complete.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-12. Dicapai pada 30 November 2007.
  56. ^ "Schumacher memenangi GP USA". Crash.net. 19 Jun 2005. Dicapai pada 29 Disember 2012.
  57. ^ "Enjin Renault Alonso Meledak". Motorsport.com. 10 September 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 29 Disember 2012.
  58. ^ Zanca, Salvatore (1 Oktober 2006). "Alonso mempunyai masalah dengan tayar dengan". The Washington Post. Dicapai pada 29 Disember 2012.
  59. ^ "Schumacher menjatuhkan kejuaraan kepada Alonso". BBC Sport. 8 Oktober 2006. |access-date= requires |url= (bantuan)
  60. ^ "Pele akan memberikan trofi kepada Schumacher". International Herald Tribune. 22 Oktober 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-17. Dicapai pada 29 Disember 2012.
  61. ^ "Schumacher merana pada pusingan kelayakan". BBC Sport. 21 Oktober 2006. Dicapai pada 29 Disember 2012.
  62. ^ "Fisi menyebabkan kebocoran tayar Schu". itv.com/f1. 23 Oktober 2006. Dicapai pada 29 Disember 2012.
  63. ^ "Michael Schumacher akan bersara selepas Kejuaraan Dunia 2006" (PDF). Ferrari S.p.A. 10 September 2006. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2006-09-27. Dicapai pada 6 Disember 2006.
  64. ^ "Peranan baru bagi Schumacher di Ferrari?". PitPass. 29 Oktober 2006. Dicapai pada 6 Disember 2012.
  65. ^ "Penghormatan kepada Schumi". BBC Sport. 22 Oktober 2006. Dicapai pada 6 Disember 2012.
  66. ^ Goren, Biranit (6 Disember 2012). "Schumacher in the F2007 for the first time". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 31 Januari 2009. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  67. ^ "Schumacher membantu Ferrari memilih pemandu". Autosport. 29 Oktober 2007. Dicapai pada 6 Disember 2012.
  68. ^ "Schumi bertanggungjawab membangunkan kereta". Gazzetta dello Sport via f1technical.net. 11 Januari 2008. Dicapai pada 6 Disember 2012.
  69. ^ Schumacher dalam perlumbaan Superbike www.itv-f1.com. Diambil 5 Julai 2008.
  70. ^ "Pengurus menepikan Schumi". F1 ITV. 28 Julai 2009. Dicapai pada 6 Disember 2012.
  71. ^ "Williams menentang ujian Schumacher". GPUpdate.net. 3 Ogos 2009. Dicapai pada 6 Disember 2012.
  72. ^ "Red Bull menyokong Williams". GPUpdate.net. 4 Ogos 2009. Dicapai pada 6 Disember. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  73. ^ Musolino, Adrian (24 Disember 2009). "Schumacher returns for a legacy or misery". The Roar. Dicapai pada 6 April 2013.
  74. ^ Sheringham, Sam (9 Oktober 2011). "GP Jepun 2011". BBC Sport. BBC. Dicapai pada 10 Oktober 2011.
  75. ^ "Schumacher mungkin akan bersaing dalam F1 selepas tahun 2012". Espnf1.com. ESPN. 27 Januari 2010. Dicapai pada 25 Julai 2010.
  76. ^ "Schumacher menyokong kejayaan Mercedes". Crash.net. Crash Media Group. 17 Mac 2012. Dicapai pada 17 Mac 2012.
  77. ^ "Brawn masih kental selepas kegagalan di Melbourne". Google News. Google Inc. Press Association. 18 Mac 2012. Dicapai pada 18 Mac 2012.
  78. ^ "Hamilton mengalahkan Button untuk mendapat petak pertama di Sepang". Formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 24 Mac 2012. Dicapai pada 24 Mac 2012.
  79. ^ "Keputusan GP Jerman". Sky Sports. BSkyB. 23 Julai 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-26. Dicapai pada 24 Julai 2012.
  80. ^ Benson, Andrew (28 September 2012). "Lewis Hamilton akan meninggalkan McLaren selepas menandatangani kontrak bersama Mercedes". BBC Sport. BBC. Dicapai pada 28 September 2012.
  81. ^ "Schumacher mengumukan persaraan daripada Formula Satu". Formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 4 Oktober 2012. Dicapai pada 4 Oktober 2012.
  82. ^ "Schumacher bersiap sedia untuk pulang ke 'Rumah' selepas persaraan". Speed. Speed Channel, Inc. GMM. 14 Oktober 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-15. Dicapai pada 16 Oktober 2012.
  83. ^ "Adik angkat Schumacher ingin berlumba". Granprix.com. 20 November 2001. Dicapai pada 6 Disember 2012.
  84. ^ "Schuey membeli rumah £30m". The Sun. 30 November 2007. Dicapai pada 6 Disember 2012.
  85. ^ "FIFA Fair Play: Playing for a better world". FIFA. 16 Disember 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-01-16. Dicapai pada 9 April 2013.
  86. ^ "Komen tentang Schumacher". BBC Sport. 10 September 2006. Dicapai pada 9 April 2013.
  87. ^ "Diplomatic and Consular Representations of San Marino at large". Secretary of State for Foreign and Political Affairs (San Marino). Dicapai pada 9 April 2013.
  88. ^ "Apabila Schumacher berjumpa Sachin!". Rediff Cricket Online. 23 Julai 2002. Dicapai pada 6 Disember 2012.
  89. ^ "Schumacher ialah The Stig". BBC Online. 21 Jun 2009. Dicapai pada 6 Disember. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  90. ^ "F1 : Schumacher menamatkan tugas sebagai Stig di Top Gear - SCHUMACHER - F1-Live.com". En.f1-live.com. Dicapai pada 8 Ogos 2009.
  91. ^ "Siri 13, Episod 1". Top Gear. BBC Two. Unknown parameter |serieslink= ignored (bantuan)
  92. ^ a b "F1 champion Michael Schumacher 'critical' after ski fall". BBC News. 29 December 2013. Dicapai pada 29 December 2013.
  93. ^ Noble, Jonathan (29 December 2013). "Michael Schumacher in critical condition after skiing accident". Autosport. Haymarket Publishing. Dicapai pada 29 December 2013.

Pautan luar sunting