Michael Wittmann (22 April 1914 - 8 Ogos 1944) merupakan seorang komander kereta kebal Waffen-SS Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Wittmann naik ke pangkat SS-Hauptsturmführer (Kapten SS) dan telah menerima pingat Knight Cross of the Iron Cross. Beliau telah dikredit dengan memusnahkan 138 buah kereta kebal dan 132 buah meriam anti kereta kebal, berserta dengan kereta perisai lain yang tidak diketahui jumlahnya, menjadikan beliau salah seorang wira panzer terbaik Jerman, bersama-sama dengan Johannes Bolter, Ernst Barkmann, Otto Carius dan Kurt Knispel yang merupakan 'ace' terbaik peperangan dengan 168 kereta kebal dimusnahkan.

Michael Wittmann
Michael Wittmann
Nama samaranBlack Baron (Baron Hitam)
Kelahiran(1914-04-22)22 April 1914
Vogelthal Bavaria Empayar Jerman
Meninggal dunia8 Ogos 1944(1944-08-08) (umur 30)
Antara pekan Cintheaux dan St. Aignan de Cramesnil berhampiran ladang Gaumesnil[1]
DisemadikanTanah perkuburan tentera Jerman La Cambe (dikebumikan semula)
KesetiaanJerman Nazi Jerman Nazi
Perkhidmatan Waffen-SS
Tahun perkhidmatan1934 – 1944
Pangkat SS-Hauptsturmführer (Kapten SS)
UnitDivisyen 1 Panzer SS Leibstandarte SS Adolf Hitler dan Batalion 101 Panzer Berat SS
PertempuranPerang Dunia II
AnugerahKnight Cross berserta Daun Oak dan Pedang

Serangan hendap Wittmann yang paling terkenal ialah keatas elemen-elemen Divisyen 7 Armor British semasa Pertempuran Villers-Bocage pada 13 Jun 1944. Sewaktu memimpin sebuah kereta kebal Tiger I, beliau memusnahkan sebanyak 14 buah kereta kebal dan 15 buah pengangkut anggota bersama dengan 2 buah meriam anti kereta kebal dalam masa 15 minit.

Keadaan disebalik kematian Wittmann telah menyebabkan beberapa perdebatan dan perbincangan selama bertahun-tahun, tetapi ia telah diterima bahawa Truper Joe Ekins, jurumeriam dalam sebuah kereta kebal Sherman Firefly dari Rejimen 1 Northamptonshire Yeomanry, melepaskan tembakan yang memusnahkan kereta kebal Wittmann bersama krewnya. Bagaimanapun, dalam beberapa tahun kebelakangan, beberapa orang sejarawan melaporkan yang anggota-anggota Rejimen Sherbrooke Fusiliers mungkin bertanggungjawab diatas kematian Wittmann.

Anugerah kebesaran sunting

 
Michael Wittmann duduk di atas Tiger I, Utara Perancis, Mei 1944

Nota sunting

Petikan

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Pg416 tidak disediakan
  2. ^ Agte 2000, m/s. 206.
  3. ^ a b Scherzer 2007, m/s. 793.
  4. ^ Fellgiebel 2000, m/s. 77.

Rujukan sunting

  • Agte, Patrick (2000). Michael Wittmann erfolgreichster Panzerkommandant im Zweiten Weltkrieg und die Tiger der Leibstandarte SS Adolf Hitler (dalam bahasa Jerman). Deutsche Verlagsgesellschaft Preußisch Oldendorf. ISBN 3-92072-218-3.
  • Agte, Patrick (2006). Michael Wittmann and the Waffen SS Tiger Commanders of the Leibstandarte in World War II, Volume 1. Mechanicsburg, PA: Stackpole Books. ISBN 978-0-8117-3334-2.

Bacaan lanjut sunting