Michigan (/ˈmɪʃɨgən/ ) adalah salah sebuah negeri yang membentuk Amerika Syarikat. Namanya diambil daripada Tasik Michigan yang dipercayai berasal daripada perkataan Chippewa michi-gami yang bermaksud tasik besar atau air besar.

State of Michigan
Bendera Michigan Mohor negeri Michigan
Bendera Michigan Mohor
Nama samaran: The Great Lakes State
The Wolverine State,
The Automotive State,
Water-Winter Wonderland
Cogan kata: Si quaeris peninsulam amoenam circumspice

(Jikalau anda mencari semenanjung yang menyenangkan, lihat di sekeliling anda)

Peta Amerika Syarikat dengan nama Michigan ditonjolkan
Peta Amerika Syarikat dengan nama Michigan ditonjolkan
Bahasa rasmi Tiada (Bahasa Inggeris, de facto)
Demonim Michigander (pilihan utama)
Michiganian
Ibu negeri Lansing
Bandar raya terbesar Detroit
Kawasan metro terbesar Metro Detroit
Keluasan  Kedudukan ke-11
 - Jumlah 97,990 batu persegi
(253,793 km²)
 - Lebar 386[1] batu (621 km)
 - Panjang 456[1] batu (734 km)
 - % air 41.5
 - Latitud 41° 41' N hingga 48° 18' N
 - Longitud 82° 7' W hingga 90° 25' W
Penduduk  Kedudukan ke-8
 - Jumlah 10,071,822 (2007 est.)[2]
 - Kepadatan 179/batu persegi 
67.55/km² (ke-16)
 - Pendapatan median  $44,627 (ke-21)
Ketinggian  
 - Titik tertinggi Gunung Arvon[3]
1,979 ft  (603 m)
 - Purata 902 ft  (275 m)
 - Titik terendah Tasik Erie[3]
571 ft  (174 m)
Kemasukan ke
dalam Kesatuan
Januari 26, 1837 (ke-26)
Gabenor Gretchen Whitmer (D)
Leftenan Gabenor Garlin Gilchrist (D)
Senator A.S. Gary Peters (D)
Debbie Stabenow (D)
Delegasi Dewan A.S. Senarai
Zon waktu  
 - hampir keseluruhan negeri Timur: UTC-5/-4
 - 4 daerah di Semenanjung Atas Sentral: UTC-6/-5 1
Singkatan MI Mich. US-MI
Tapak web www.michigan.gov

Michigan merupakan negeri yang ke-11 terbesar dan ke-8 teramai di Amerika Syarikat. Oleh sebab Michigan dikelilingi oleh empat daripada lima Tasik Besar di Amerika Utara, negeri tersebut memiliki pantai air tawar terpanjang di dunia, [4] dan pantai kedua terpanjang selepas Alaska. Pada tahun 2005, Michigan memperoleh tempat ketiga untuk bilangan bot yang sudah diregister, selepas California dan Florida.[5] Michigan mempunyai 12,000 tasik yang terletak jauh dari pantai. Jika seseorang berada di Michigan, dia akan sentiasa berada kurang daripada 10 km (6 batu) dan 137 km (87.2 batu) dari satu sumber air asli dan empat Tasik Besar tersebut, masing-masing.

Sejarah sunting

Berabad sebelum kedatangan orang Eropah, Michigan adalah kawasan penempatan kaum pribumi. Semasa orang Eropah tiba, kaum pribumi yang paling besar dan paling berpengaruh adalah kaum yang bahasanya berkait rapat dengan kaum Ottawa, Chippewa and Potawatomi. Di dalam Michigan, kaum Chippewa adalah yang paling besar and dianggarkan seramai 25,000 hingga 35,000 tinggal di sana. Chippewa ramai dijumpai di Upper Peninsula and kasawan utara Wisconsin. Kaum Ottawa pula tinggal di sekitar Selat Mackinac dan utara Michigan dan Potawatomi berada di barat daya Michigan. Ketiga-tiga kaum hidup secara aman dan menjadi sekutu dengan pembentukan Council of Three Fires, atau Majlis Tiga Api. Selain tiga kaum itu, terdapat juga kaum Mascouten, Miami dan Wyandot (juga dikenali sebagai Huron).

Peneroka Perancis telah meneroka dan menetap di Michigan pada abad ke-17. Orang Eropah yang pertama tiba ke Michigan adalah kumpulan Étienne Brûlé pada 1622. Kawasan penempatan Eropah pertama dibina oleh Paderi Jacques Marquette pada 1668. Marquette merupakan pendakwah Jesuit yang membina sebuah kumpulan pendakwah Kristian di Sault Ste. Marie. Pada 1679, Robert Cavelier Sieur de la Salle mengarahkan pembinaan sebuah kapal yang dinamai Griffin - kapal Eropah yang pertama yang berlayar di bahagian atas Great Lakes. Dalam tahun yang sama, Le Salle membina Kubu Miami di kawasan yang sekarang dikenali sebagai St. Joseph.

Pada tahun 1701, peneroka dan pegawai Perancis, Antoine de la Mothe Cadillac membina Detriot di sekitar selat yang berada di antara Tasik St. Clair dan Erie. Pembinaan penempatan itu dibenarkan oleh kerajan Perancis kerana Cadillac telah berjaya memujuk ketua menteri Raja Louis XIV, Louis Phélypeaux, comte de Pontchartrain untuk membina sebuah penempatan tetap di kawasan Detroit moden untuk menguatkan lagi pengaruh Perancis di bahagian utara Great Lakes and sekaligus, mengawal kemaraan pihak Inggeris. Seratus askar dan pekerja telah diarahkan untuk membina kubu yang diperbuat daripada kayu seluas 200 kaki persegi. Kubu itu dinamakan Kubu Pontchartrain. Isteri Cadillac, Marie Thérèse adalah wanita pertama yang berpindah dan tinggal di Michigan. Detroit kemudian pesat membangun untuk menjadi pusat perdagangan bulu dan perkapalan. Pada masa yang sama, pihak Perancis telah menguatkan lagi Kubu Michilimackinac di Selat Mackinac dengan tujuan meningkatkan lagi penguasaan perdagangan bulu yang sungguh menguntungkan. Di tengah abad ke-18, Perancis berjaya menduduki kubu-kubu di Niles dan Sault Ste. Marie. Walau bagaimanapun, bahagian-bahagian Michigan yang lain tidak diteroka oleh orang-orang Eropah.

Setiba 1760, pihak Perancis hilang jajahan Amerika Utara mereka kepada pihak Inggeris. Kejatuhan Perancis di Amerika Utara telah disebabkan oleh French and Indian War (17541763). Great Britain mula menguasai Michigan pada 1763 dan kemudian Amerika Syarikat yang baru dua puluh tahun kemudian. Pembukaan Terusan Erie pada 1825 kemudiannya membawa ramai peneroka baru dan ini menjadi salah satu punca utama perkembangan penduduk Michigan. Perkembangan itu bagaimanapun adalah secara perlahan.

Sekitar 1830-an, seramai 80,000 penduduk menetap di Michigan. Itu adalah lebih ramai daripada yang diperlukan untuk mendirikan sebuah negari di dalam Perlembagaan Amerika Syarikat. Kerajaan negeri telah ditubuhkan pada 1835 tetapi kebenaran Kongres tidak diberikan oleh kerana pertelingkahan sempadan dengan Ohio. Masalah itu melibatkan tanah seluas 1,210km persegi (468 batu persegi) yang mengandungi bandar pelabuhan yang penting seperti Toledo di pinggir Tasik Erie dan kawasan yang dikenali sebagai Great Black Swamp. Akhirnya, Perang Toledo tercetus di antara askar-askar wataniah Michigan dan Ohio. Untuk mengelakkan perang saudara, Kongres menghadiahkan Toledo kepada Ohio dan Upper Peninsula kepada Michigan. Michigan diterima sebagai negeri Amerika Syarikat yang ke-26 pada 26 Januari, 1837.

Pada awalnya, Upper Peninsula dianggap sebagai tidak berguna tetapi sejurus selepas penerimaannya, kawasan itu dibuktikan kaya dengan sumber alam seperti kayu balak, besi dan perak. Pada masa itu, perak adalah unsur yang paling dikehendaki di Michigan. Ahli geologi Douglass Houghton and pemantau tanah William Austin Burt adalah orang yang pertama yang menjumpai dan menulis tentang sumber-sumber ini. Penemuan ini menjadi Michigan lebih terkenal di Amerika Syarikat.

Ekonomi Michigan mengalami perubahan mendadak pada awal abad ke-20. Dengan kilang pertama Henry Ford di Highland Park yang berdekatan Detroit, industri kenderaan telah berjaya ditubuhkan dan membawa zaman pengangkutan yang baru di Michigan, Amerika Syarikat dan juga dunia.

Grand Rapids sebagai bandar kedua terbesar di Michigan pula menjadi pusat pembuatan kenderaan. Semenjak 1838, bandar itu juga menjadi pusat perabot utama Michigan.

Selepas Perang Dunia II, Detroit menjadi kurang makmur apabila syarikat pembuatan kenderaan berpindah ke negeri-negeri selatan Amerika Syarikat dan juga negara asing. Walaupun begitu, Michigan masih mempunyai 10 juta penduduk - negeri kelapan yang teramai penduduk dikalangan 50 negeri Amerika Syarikat. Oleh itu, Michigan adalah sebuah negeri yang besar dan berpengaruh di dalam politik Amerika Syarikat.

Garis masa sejarah Michigan sunting

Sejarah awal ketibaan orang Eropah sunting

  • 1622: Étienne Brûlé serta peneroka yang lain dari Grenoble, Perancis kemungkinan besar menjadi orang-orang yang pertama melihat Tasik Superior.
  • 1668: Paderi Jacques Cadillac menubuhkan Sault Ste. Marie, penempatan Eropah yang pertama di Michigan.
  • 1701: Antoine de Lamothe Cadillac serta leftenannya, Alphonse de Tonty menubuhkan pusat perdagangan di tebing Sungai Detroit. Pusat tersebut dinamakan Fort Pontchartrain du Détroit. Bandar Detroit moden sekarang berdiri di situ.
  • 1760: Pihak British menawan Detroit.
  • 1760-an: Ketua kaum Ottawa, Chief Pontiac, mengetuai penentangan terhadap British.
  • 1783: Kawasan yang dikenali sebagai Michigan sekarang diserahkan kepada Amerika Syarikat melalui Perjanjian Paris oleh British. Perjanjian itu menandakan tamatnya Perang Kemerdekaan Amerika. Amerika Syarikat hanya mengambil alih Michigan pada tahun 1796.
  • 1796: Detroit dan kawasan-kawasan lain diserahkan kepada Amerika Syarikat di bawah Perjanjian Jay. Daerah Wayne dibangunkan sebagai pusat pemerintahan Northwest Territory.

Sejarah Michigan sebagai jajahan Amerika Syarikat sunting

  • 1805: Jajahan Michigan ditubuhkan dengan Detroit sebagai ibunegara. William Hull dilantik menjadi Gabenor. Detroit musnah dijilat api.
  • 1813: Lewis Cass menjadi Gabenor.
  • 1817: Universiti Michigan ditubuhkan di Detroit. Universiti itu menjadi universiti awam pertama di Michigan.
  • 1819: Kaum Ojibwe, Ottawa dan Potawatomi menyerahkan enam juta ekar tanah di kawasan tengah Lower Peninsula kepada Amerika Syarikat di dalam Perjanjian Saginaw.
  • 1821: Kaum Ojibwe, Ottawa dan Potawatomi menyerahkan semua kawasan di selatan Grand Rapids kepada Amerika Syarikat di dalam Perjanjian Chicago.
  • 1823: Kongress memindahkan kuasa menggubal undang-undang kepada Legislative Council yang mempunyai sembilan ahli yang dilantik oleh Presiden U.S. daripada Gabenor Wilayah and hakim-hakim Michigan. Sembilan ahli itu perlu dilantik daripada 18 orang yang dipilih oleh rakyat Michigan. Legislative Council kemudiannya diperbesarkan kepada 13 ahli pada 1825. Pada 1827, badan itu dipilih sepenuhnya oleh rakyat.
  • 1828: Territorial Capitol dibina di Detroit dengan $24,500.
  • 1835: Persidangan Perlembagaan yang pertama. Stevens T. Mason dilantik sebagai Gabernor Michigan yang pertama. Perang Toledo berlaku di antara Michigan dan Ohio. Perang disebabkan oleh perebutan keatas bandar Toledo. Peperangan itu melembabkan usaha Michigan untuk menjadi negeri Amerika Syarikat. Sebagai usaha damai, Toledo dan Toledo Strip diserahkan kepada Ohio dan Michigan pula dihadiahkan Upper Peninsula.
  • 1837: Michigan diterima masuk ke dalam Amerika Syarikat sebagai negeri bebas, beberapa bulan selepas Arkansas menjadi ahli persekutuan itu.

Sejarah Michigan sebagai negeri Amerika Syarikat sunting

  • 1837: The Panic of 1837 berlaku. Kejadian itu merosakan usaha untuk memajukan bank negeri serta program-program pembangunan yang lain, termasuk Terusan Clinton-Kalamazoo.
  • 1838: Perang Patriot
  • 1840: Douglass Houghton mempunyai perak di Semenanjung Keweenaw.
  • 1846: Marji-Gesick, seorang ahli puak pribumi Ojibwa membawa Philo Everett ke kawasan yang kaya dengan besi yang kini dikenali sebagai Negaunee.
  • 1847: Ibunegeri Michigan dipindahkan dari Detroit ke Lansing.
  • 1855: Michigan State University ditubuhkan sebagai Agricultural College of the State of Michigan. Ia adalah universiti yang pertama yang menerima tanah secara percuma dari kerajaan negeri di negera tersebut.
  • 1879: Bangunan Capitol yang baru dibina di Lansing dengan harga $1,510,130.
  • 1890-an-1900-an: Ford, Chrysler dan General Motors ditubuhkan di tenggara Michigan.
  • 1937: Mogok Flint (Flint Sit-Down Strike) berakhir dengan pengiktirafan United Auto Workers oleh General Motors.
  • 1943: Rusuhan terjadi di antara penduduk kulit putih dan hitam semasa Perang Dunia Kedua.
  • 1957: Jambatan Mackinac yang sepanjang lima batu dibuka pada 1 November.
  • 1967: Rusuhan kaum berlaku di Detroit. Selepas lima hari, 43 orang mati, 1189 cedera dan lebih 7000 orang ditahan. Rusuhan itu memberi kesan mendalam ke atas bandar tersebut and ini adalan salah satu sebab-sebab utama kenapa Detroit adalah bandar yang paling banyak unsur-unsur perkauman.
  • 1974: Gerald R. Ford dari Grand Rapids, graduan University of Michigan, menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-38.
  • 1987: Michigan menyambut ulangtahun ke-150.
  • 2002: Jennifer Granholm (Demokrat) dipilih sebagai gabenor wanita pertama Michigan.

Kerajaan dan politik sunting

Ibunegeri Michigan terletak di Lansing. Ketua eksekutif negeri adalah seorang gobernor yang sekarang dipegang oleh Jennifer Granholm. Bahagian perundangan negeri terdiri daripada House of Representatives dan Senate. Perlembagaan negeri membolehkan referanda dan inisiatif pengundi diadakan. (Artikel II, § 9 [1] dengan tafsiran "the power to propose laws and to enact and reject laws, called the initiative, and the power to approve or reject laws enacted by the legislature, called the referendum. The power of initiative extends only to laws which the legislature may enact under this constitution.")

Daerah-daerah dan townships Michigan adalah sebahagian daripada kerajaan. Ini bermakna mereka hanya mempunyai kuasa yang diberi oleh undang-undang negeri. Bandar-bandar dan kampung-kampung diberi kuasa tempatan dan ini bermaksud mereka boleh membuat sesuka hati dengan apa-apa jika perbuatan itu tidak melanggar undang-undang negeri.

Michigan ada dua jenis townships: undang-undang umum dan piagam. Status township berpiagam digubal oleh majlis perundangan negeri pada 1947 dan diberi kuasa tambahan serta dinaiktarafkan untuk menghalang ia daripada diambil alib oleh bandar-bandar besar. Sehingga April 2001, ada 127 township berpiagam di negeri itu.

Seperti negeri-ngeri utara yang lain, Parti Republikan menguasai Michigan sehingga Great Depression. Pada 1912, Michigan adalah salah sebuah negeri-negeri yang menyokong calon ketiga yang progessif, Teddy Roosevelt untuk menjadi Presiden. Kebelakangan ini, ketegaran industri sejarah kesatuan buruh telah mendorong Michigan untuk menjadi lebih kiri di dalam politik dan menyokong Parti Demokrat sekurang-kurangnya di peringkat persekutuan. Michigan telah menyokong Demokrat di dalam empat pilihanraya presiden yang lepas. Pada 2004, John Kerry menang tipis di Michigan dengan mengalahkan George W. Bush. Kerry menang 17 undi elektoral serta margin 0.03 peratus dengan undian 51.2%. Kehadiran Republikan dapat dirasai di barat, utara dan bahagian-bahagian yang kurang maju, terutamanya di Grand Rapids. Demokrat pula menguasai timur Michigan, terutamanya di sekitar kawasan metropolitan Detroit.

Geografi sunting

 
Peta Michigan termasuk kawasan perlautannya

Michigan merangkumi kawasan seluas 250,630 km² (96,810 batu²) dan sekaligus menjadi negeri Amerika Syarikat terbesar di timur Sungai Mississippi jika kawasan perairannya diambil kira. Walau bagaimanapun, Georgia dan Florida mempunyai keluasan darat yang besar sedikit daripada Michigan. Michigan dipecahkan kepada 83 daerah.

Negeri ini bersempadan dengan Indiana dan Ohio di selatan serta Wisconsin di barat laut Upper Peninsula. Negeri ini juga mempunyai sempadan perairan dengan Minnesota, Illinois, negeri Kanada iaitu Ontario dan Walpole Island yang menjadi kawasan rezab pribumi Kanada.

Upper Peninsula adalah kawasan pergunungan yang diliputi hutan yang tebal. Banjaran di Upper Peninsula meningkat hampir kepada 2,000 kaki dari paras laut dan membentuk sungai-sungai yang mengalir ke Tasik Superior dan Tasik Michigan. Muka bumi yang kasar terbentuk dikedua-dua belah banjaran tersebut. Gunung tertinggi di Michigan adalah Gunung Arvon yang setinggi 603 m (1,979 kaki). Jika Connecticut, Delaware, Massachusetts dan Rhode Island disatukan, kawasan itu akan menjadi sebesar semenanjung ini. Walaupun begitu, semenanjung ini hanya mempunyai penduduk seramai 330,000 sahaja. Penduduk-penduduk semenanjung kadang-kala dipanggil "Yoopers" (berasal daripada singkatan Upper Peninsula, U.P.) and longhat mereka dipengaruhi oleh imigran-imigran dari Scandinavia dan Kanada yang pindah ke sini lewat 1800an.

Dari utara ke selatan, Lower Peninsula yang kelihatan seperti sebuah sarung tangan di dalam peta adalah sepanjang 446 km (277 batu). Dari timur ke barat pula, ia adalah sepanjang 314 km (195 batu). Lower Peninsula merangkumi dua per tiga daripada Michigan. Permukaan kawasan ini secara putaranya adalah rata dengan bukit-bukau berbentuk kon yang berselerak yang naik tidak lebih dari 200 kaki. Kawasan bukit-bukau itu dibahagikan oleh sungai-sungai kecil yang mengalir ke utara dan selatan. Kebanyakan bukit-bukau ini tertumpu di bahagian barat and bercerun secara perlahan ke arah Tasik Michigan di timur. Secara rasmi, puncak tertinggi di Lower Peninsula tidak pernah ditentukan tetapi Bukit Briar yang setinggi 520m (1,705 kaki) dan beberapa puncak yang berhampiran bermungkinan adalah puncak-puncak yang tertinggi. Kawasan terendah adalah di Tasik Erie dengan kedalaman 174 m (571 kaki).

Keadaan geografi Michigan membuatkan dua penghujung negeri ini terpisah dengah jauhnya. Ironwood terletak di barat Upper Peninsula adalah 1,015km (630 batu) jauh dari Lambertville yang terletak di tenggara Michigan, berdekatan dengan Toledo, Ohio. Ini telah menyebabkan keadaan politik dan pusat penduduk di Upper Peninsula lebih tertarik kepada budaya dan kegiatan ekonomi Wisconsin, jiran Michigan di barat laut daripada Lansing. Sebelum ini, cadangan supaya Upper Peninsula berpisah dari Lower Peninsula telah disuarakan beberapa kali.

Michigan mempunyai banyak tasik dan paya di kedua-dua semenanjung. Pantainya pula terdapat banyak pembentukan yang menarik. Teluk Keweenaw, Whitefish, dan Big and Little Noquette merupakan teluk-teluk yang penting di Upper Peninsula dan di Lower Peninsula pula terdapat Teluk Grand and Little Traverse, Thunder, dan Saginaw. Selain Alaska, Michigan mempunyai pantai terpanjang di Amerika Syarikat dengan 3,607 km (2,242 batu). Pulau-pulau Michigan pula mempunyai pantai sepanjang 1,415km (879 batu). Ini bersamaan dengan pantai Atlantik dari Maine ke Florida. Michigan mempunyai banyak pulau dengan pulau-pulau terpentingnya adalah kepulauan Manitou, Beaver dan Fox di Tasik Michigan; Isle Royale dan Grande Isle di Tasik Superior; Marquette, Bois Blanc dan Mackinac di Tasik Huron; serta Nebish, Sugar dan Drummond di Sungai St. Mary.

Sungai-sungai di negeri ini adalah kecil, pendek dan cetek. Ini menyebabkan hanya beberapa batang sungai sahaja yang membolehkan kemudian bot-bot. Sungai-sungai utama adalah Au Sable, Thunder Bay, Cheboygan dan Saginaw yang mengalir ke Tasik Huron; Ontonagon dan Tahquamenon ke arah Tasik Superior; serta St. Joseph, Kalamazoo, Grand dan Escanaba ke Tasik Michigan. Tidak ada satu tempat pun di Michigan yang terletak 137 km (85 batu) jauh daripada mana-mana Great Lakes. Negeri ini juga mempunyai 11,000 buah pulau serta jumlah panjang sungai sepanjang 58,000 km (36,000 batu).

Michigan mempunyai bentuk muka bumi yang pelbagai. Batu-bata yang besar yang primitif boleh ditemui di serata negeri. Batu-batu di Upper Peninsula terdiri daripada Lower Silurian sandstones, limestones, perak and besi, seperti yang di sistem Huronian di Canada. Bahagian tengah Lower Peninsula pula mengandungi arang batu serta batu-bata yang berasal dari zaman permo-Carboniferous. Batu Devonian and sub-Carboniferous berada di sekitar negeri. Tanah di Michigan pula terdiri daripada pelbagai jenis. Kawasan-kawasan yang luas, terutamanya di bahagian selatan adalah sangat subur. Walau bagaimanapun, Upper Peninsula dipenuhi dengan kawasan bergunung-ganang dan tidak sesuai untuk pertanian.

Oleh kerana Michigan dikelilingi oleh tasik-tasik yang besar, cuaca di sini dipengaruhi oleh tasik-tasik tersebut. Keadaan ini juga menyebabkan julat suhu di Michigan lebih kecil berbanding kawasan-kawasan yang terletak di latitud yang sama. Antara hidupan flora di sini adalah asswood, maple, elm, sassafras, butternut, walnut, poplar, hickory, oak, willow, pine, birch, beech, hemlock, witchhazel, tamarack, cedar, locust, dogwood, and ash.

Terdapat lima taman negara di sini - Isle Royale National Park, Keweenaw National Historical Park, Pictured Rocks National Lakeshore, Sleeping Bear Dunes National Lakeshore dan Father Marquette National Memorial.

Detroit merupakan satu-satunya bandar utama di Amerika Syarikat yang terletak lebih ke utara berbanding kawasan terselatan Kanada.

Demografik sunting

Rekod jumlah penduduk
Bancian
tahun
Jumlah

1800 3,757
1810 4,762
1820 7,452
1830 28,004
1840 212,267
1850 397,654
1860 749,113
1870 1,184,059
1880 1,636,937
1890 2,093,890
1900 2,420,982
1910 2,810,173
1920 3,668,412
1930 4,842,325
1940 5,256,106
1950 6,371,766
1960 7,823,194
1970 8,875,083
1980 9,262,078
1990 9,295,297
2000 9,938,444

Semenjak 2005, Michigan dianggarkan mempunyai 10,120,860 penduduk, bertambah 16,654 (0.2%) daripada tahun sebelum dan 182,380 (1.8%) sejak tahun 2000. Ini termasuk pertambahan semula jadi semenjak bancian terakhir yang menyatakan pertambahan 235,760 orang (691,897 kelahiran tolak 456,137 kematian) serta penurunan kemasukan orang asing dari luar negeri seramai 42,183 orang. Kemasukan rakyat asing bertambah secara bersih seramai 122,901 orang dan pengerakan penduduk Amerika Syarikat menyebabkan kehilangan bersih seramai 165,084 orang. Jumlah penduduk telah bertambah seramai 817,000 di antara tahun 1990 dan 2004; perubahan sebanyak 8.8%.

Semenjak 2004, negeri ini mempunyai rakyat yang dilahirkan di luar negera seramai 594,700 (5.9% daripada jumlah penduduk negeri).

Bangsa dan keturunan sunting

Mengikut bancian 2000, Michigan mengandungi:

Antara lima keturunan terbesar di Michigan adalah Jerman (20.4%), Afrika (14.2%), Ireland (10.7%), British (9.9%) dan Poland (8.6%). 3.3% tergolong daripada orang Sepanyol.

Terdapat ramai rakyat Amerika yang berasal dari Jerman di seluruh Michigan. Orang-orang Scandivania seperti orang Finland, British dan Perancis pula tertumpu di Upper Peninsula. Michigan barat dipenuhi orang rakyat Amerika berdarah Belanda dan kebanyakan mereka menetap di sekitar kawasan Grand Rapids-Holland. Michigan adalah negeri yang mempunyai rakyat Amerika yang berketurunan Belanda yang paling ramai di Amerika Syarikat. Orang Poland, Ireland dan Arab berada di kawasan Metro Detroit. Kulit hitam adalah penduduk majoriti di Detroit, Benton Harbor dan beberapa lagi bandar.

Agama sunting

Pecahan agama di Michigan adalah seperti berikut:

Michigan adalah negeri yang mempunyai peratusan penduduk beragama Islam dan Reformed Christians yang tertinggi di Amerika Syarikat. Penduduk Islam tertumpu di Detroit dan Reformed pula di sekitar Grand Rapids dan di bahagian barat negeri.

Bandar-bandar utama sunting

 
Pemandangan Detroit downtown dari Sungai Detroit

Mengikut bancian yang dilakukan pada 2000, bandar-bandar terbesar di Michigan adalah:

Bandar-bandar penting yang lain:

Disusun mengikut pendapatan per kapita, 20 kawasan terkaya di Michigan, mengikut bancian Amerika Syarikat pada 2000:

  1. Barton Hills, $110,683
  2. Bloomfield Hills, $104,920
  3. Lake Angelus, $83,792
  4. Bingham Farms, $74,588
  5. Franklin, $71,033
  6. Grosse Pointe Shores, $69,639
  7. Orchard Lake Village, $67,881
  8. Michiana, $63,558
  9. Bloomfield Township, $62,716
  10. Birmingham, $59,314
  11. Grosse Pointe Farms, $54,846
  12. Grosse Pointe, $53,942
  13. Grand Beach, $51,788
  14. Sylvan Lake, $48,744
  15. Huntington Woods, $45,264
  16. South Gull Lake, $45,175
  17. West Bloomfield Township, $44,885
  18. Northville, $43,454
  19. Beverly Hills, $43,452
  20. Grosse Ile, $42,150


Nota kaki sunting

  1. ^ a b (Inggeris) "Michigan in Brief: Information About the State of Michigan" (PDF). Michigan.gov. Dicapai pada 2008-12-06.
  2. ^ (Inggeris) national and state population estimates. Dicapai pada 2008-12-06
  3. ^ a b (Inggeris) "Elevations and Distances in the United States". U.S Geological Survey. 29 April 2005. Dicapai pada 2008-12-06.
  4. ^ (Inggeris) NOAA Office of Ocean and Coastal Resource Management : My State : Michigan
  5. ^ (Inggeris) Press Release: The States of Boating: Report Shows Where Americans Take to the Water Most