Miguel Pérez Cuesta (lahir 21 Mac 1986), ataupun dikenali sebagai Michu merupakan pemain bola sepak Sepanyol yang kini beramain untuk kelab S.S.C. Napoli secara pinjaman dari kelab Swansea City di posisi penyerang ataupun pemain tengah menyerang.

Michu
Maklumat peribadi
Nama penuh Miguel Pérez Cuesta[1]
Tarikh lahir (1986-03-21) 21 Mac 1986 (umur 38)
Tempat lahir Oviedo, Sepanyol
Ketinggian 1.85 m (6 ka 1 in)[2]
Posisi permainan Penyerang / Pemain tengah menyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Napoli (pinjaman dari Swansea City)
Nombor 21
Kerjaya remaja
1994–2003 Oviedo
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2003–2007 Oviedo 100 (13)
2007–2008 Celta B 28 (10)
2008–2011 Celta 101 (14)
2011–2012 Rayo Vallecano 37 (15)
2012– Swansea City 52 (20)
2014–Napoli (pinjaman) 3 (0)
Pasukan kebangsaan
2013– Sepanyol 1 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 11 Oktober 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 Oktober 2013

Kerjaya kelab sunting

Selepas bersama dengan kelab Real Oviedo di liga bawahan, beliau berpindah ke kelab Celta de Vigo B di Segunda División B pada musim panas 2007.

Pada pertengahan Januari 2010, beliau menghadapi perindahan ke Sporting de Gijón untuk menggantikan tempat pemain Birmingham City, Míchel tetapi ia gagal dan beliau hanya tetap di Celta.

Pada 8 Jun 2011, selepas membantu kelab menduduki tempat keenam, Michu menjaringkan gol tunggal perlawanan pada perlawanan pertama play-off menentang Granada. Walau bagaimanapun, pada perlawanan kedua beliau gagal menyempurnakan penalti pada penentuan penalti dan pasukannya tersingkir 4-5.

Rayo Vallecano sunting

Pada 27 Julai 2011, selepas kontrak Michu bersama Celta tamat, beliau menadatangani kontrak dua tahun bersama kelab Rayo Vallecano yang baru naik ke divisyen teratas. Beliau membuat debut pada 28 Ogos ketika terikat seri 1-1 bertemu Athletic Bilbao.

Pada musim pertamanya, Michu merupakan slah satu penjaring tercantik dan paling diingati semasa menentang Real Sociedad (menang 4–0 di laman snediri),Racing de Santander (menang 4–2), Osasuna (menang 6–0) dan Real Madrid dengan kekalahan 6-2.

Swansea City sunting

Pada 20 Julai 2012, Michu menandatangani kontrak tiga tahun bersama kelab Liga Perdana Inggeris, Swansea City dengan bayaran 2 juta paun sterling. Berikutan ketibaan Gylfi Sigurðsson, kelab ini berusaha untuk mencari seorang penyerang untuk formasi mereka, 4-2-3-1. Beliau telah diberi jersi 9 dan memulakan kariernya sebagai seorang penyerang.

Pada perlawanan debut liganya pada 18 Ogos, Michu menjaringkan dua gol dan membuat satu hantaran kepada Scott Sinclair pada perlawanan menentang Queens Park Rangers, 5-0. Pada 6 Januari 2013, Michu menjaringkan gol pertamanya di Piala FA Inggeris selepas memasuki padang semasa menentang Arsenal, terikat seri 2-2 pada pusingan ketiga Piala FA.

Pada 23 Januari 2013, Michu menandatangani kontrak empat tahun bersama Swansea. Pada 23 Februari, beliau menjaringkan gol kedua pada perlawanan akhir Piala Liga semasa menentang Bradford City dan membantu pasukannya untuk menjuarai Piala Liga buat pertama kali dalam sejarah. Swansea menang 5-0 pada perlawanan itu.

Michu menjaringka gol pertama Swansea pada musim 2013-14 pada 1 Ogos 2013 apabila kelab itu melakar kemenangan 4-0 ke atas Malmö FF pada pusingan ketiga kelayakan Liga Europa. Pada perlawanan play-off menentang Petrolul Ploiești pada bulan yang sama, beliau menjaringkan gol kedua perlawanan apabila menang 5-1 di laman sendiri.

Pada 17 Julai 2013, Michu dipinjam oleh Napoli. Beliau membuat debut untuk pasukan barunya pada 31 Ogos selepas memasuki padang pada minit ke-85 dan pasukannya melakar kemenangan 2-1 ke atas Genoa.

Kerjaya antarabangsa sunting

Pada 22 Disember 2012, Vicente del Bosque berkata Michu akan bermain untuk Sepanyol buat pertama kali dalam perlawanan persahabatan pada 6 Februari tahun berikutnya menentang Uruguay. Walau bagaimanapun, beliau tidak termasuk dalam skuad terakhir pada perlawanan itu.

Pada 6 Oktober 2013, Michu akhirnya dipanggil oleh pasukan kebangsaan untuk menggantikan tempat David Villa yang mengalami kecederaan. Beliau membuat debut lima hari kemudian pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Belarus, Sepanyol menang 2-1.

Penghargaan sunting

Swansea City
Napoli

Catatan sunting

  1. ^ "Barclays Premier League squad numbers 2013/14". Premier League. 16 August 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-21. Dicapai pada 17 August 2013.
  2. ^ "Michu". Eurosport. Dicapai pada 18 January 2015.

Pautan luar sunting